Harap Abby Abadi Tidak “Buta” Seperti Aishah…

Share


Baru-baru ini saya ada menulis mengenai penyanyi, Aishah, yang baru menyertai PAS, tapi sudah “pandai” menilai parti itu yang kononnya diminati oleh golongan “cerdik pandai” (tidur atas jalan sambil pegang bendera di tengahari terik, pandai ke bodoh?).

Dan kali ini saya tertarik pula untuk menulis kisah seorang lagi selebriti yang terkenal dengan watak “Inspektor Aleeza” di dalam siri drama Gerak Khas, Abby Abadi.

Abby yang hadir dijemput PAS Pahang di salah satu programnya di Kerdau, Talk Show Malam Keinsafan, selamba memberitahu “pak-pak lebai kulup” yang “meleleh air liur” bahawa dia yakin semua peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya tidak menerima sebarang bayaran.

Dia memberi alasan bahawa dia melihat “pak-pak lebai” di majlis talk show itu menghulurkan derma di dalam karung PAS di Kompleks PAS Pahang itu dan begitu “confident” bahawa mereka tidak menerima “habuan” dan hanya memberi “habuan” kepada parti mereka.

“Jadi saya yakin mereka tidak dibayar seperti yang diperkatakan dalam media sebelum ini,” kata Abby Abadi di depan para peminatnya yang dipercayai mungkin memasang angan-angan menjadikan bekas isteri Norman Hakim itu sebagai “cawangan baru”.

Malah, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi turut tidak melepaskan peluang untuk “mengusik” Abby Abadi dengan berterus terang bahawa “pak-pak lebai” PAS itu hadir bukan untuk melihatnya, tapi untuk melihat Abby sahaja.

Nampaknya Nasrudin yang serban sebakul pun mahu mencuba nasib, apatah lagi “pak-pak lebai kulup” PAS yang lain? Makin “melelehlah” mereka tengok janda Norman Hakim tu. Namun itu hanya gosip sampingan…

Berbalik kepada kenyataan Abby mengenai puak-puak PAS yang tidak menerima bayaran ketika menghadiri Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu.

Saya ingin bertanya Abby Abadi, berapa lama dia kenal PAS dan para penganutnya? Setahun? Dua tahun? Tiga tahun? Sepuluh tahun? 20 tahun? Atau baru sebulan dua?

Dan apakah dia hadir ketika himpunan itu berlangsung di Kedah? Setahu saya, hanya Aishah saja yang dijemput dan PAS tidak menjemput “Inspektor Aleeza” ketika itu. Mungkin PAS takut Aishah rasa terancam dengan kecantikan Abby…

Untuk pengetahuan Abby, saya orang Kedah dan sudah lebih 30 tahun bergelumang, berkawan baik dan hidup bersama puak-puak PAS. Saya tahulah bagaimana perangainya puak-puak PAS tu…

Dan untuk pengetahuan Abby juga, saya juga hadir pada himpunan itu di Stadium Darul Aman bersama beberapa rakan. Saya juga seharian memakai baju hijau ketika itu dan duduk bersembang bersama orang-orang PAS sambil “pekena” bihun sup “Bershit 3.0”. Abby nak cuba?

Dari perbualan saya dengan beberapa pakcik-pakcik dari Kelantan, mereka sendiri seronok bercerita bagaimana mereka diberikan wang poket untuk datang ke himpunan tersebut. Khabarnya, duit poket itu datangnya dari pemimpin PAS Kelantan…

Bagitu juga dengan beberapa pak-pak lebai lain yang datang dari Terengganu, Perak, Selangor dan Johor. Katanya mereka diberikan sedikit wang untuk makan minum ketika di Kedah…

Sebenarnya Abby, maklumat kami memberitahu sesuatu yang bertentangan dengan apa yang dikatakan Abby itu. Dan maafkan saya jika saya katakan bahawa kenyataan yang Abby keluarkan itu sangat salah dan tidak tepat langsung.

Abby, memang mereka terima wang poket. Biasalah begitu. Mana-mana parti pun begitu. Iyalah, bukan senang nak ajak orang ke program anjuran parti. Kadang-kadang ramai penyokong nak hadir, tapi tak mampu sebab masalah tak cukup duit. Sebab itu mereka dibantu sedikit…

Apa yang Abby nampak berkenaan derma itu memang benar. Itu perkara yang berbeza. Memang mereka menderma walaupun seringgit atau lima puluh sen. Itu memang tabiat PAS dari dulu. Ada yang hulur derma banyak dan ada yang sedikit.

Tapi itu dari sudut “derma karung”. Ada di kalangan mereka yang berkata, “malu la kalau aku tak derma, nanti semua orang kata aku Haji Bakhil pulak”.

Namun dari sudut terima duit poket pula, memang mereka ada terima pun. Lagipun Mursyidul Am mereka sudah ajar awal-awal lagi, “kalau beri ambil sajalah”. Dan sebab itu mereka ambil duit poket itu kerana ada “fatwa” yang membenarkannya. Cuma mungkin mereka malu nak beritahu Abby…

Jadi, saya harap Abby berhati-hati dan tidak tertipu dengan “pak-pak lebai” PAS. Nampak saja berlebai dan warak, tapi dalam poket mereka ramai yang ada “ubat kuat”.

Saya puji Abby bertudung dan mendekati Islam. Tapi mendekati PAS bukanlah bermakna mendekati Islam sebenar kerana PAS punya Tuhan yang suka mencarut dan membenarkan penganut-penganutnya mencarut. Jika tak percaya, sila tanya pada “nabi”nya…


87 thoughts on “Harap Abby Abadi Tidak “Buta” Seperti Aishah…

  • June 19, 2012 at 12:13 pm
    Permalink

    Assalamualaikum,

    Sekadar peringatan bagi yang lupa.” Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” –(Al-Maidah: 8)

    Reply
    • June 21, 2012 at 11:40 am
      Permalink

      Umno terlalu benci kat kaum lain sampai terlupa nak ajak mereka kepada islam.
      Rugi masuk umno…sebab tuhan tak tanya apa pengorbanan kita pada bangsa tapi Allah tanya apa pengorbanan kita pada Islam.

      Reply
  • June 19, 2012 at 12:33 pm
    Permalink

    Bagi komen pakai kepala lutut sbb tu org benci kpd pencacai umno

    Reply
  • June 19, 2012 at 2:12 pm
    Permalink

    Ish ish ish ish…takkan abby ni terpengaruh gak nak cari syurga melalui pas…pas tu parti politik, politik tu pas, nik aziz tu nabi parti politik ni..kan beza tu.

    Reply
    • June 19, 2012 at 4:46 pm
      Permalink

      Masuk Pas Tak pa..Tapi PKR bahaya ada sorang tuu tunggu jadi mangsa jer.. nanti kluar video edit by mykmu kah.kah.Kat malaysia ni video blue halal asal star mesti dari ahli poltik.

      Reply
      • June 19, 2012 at 6:47 pm
        Permalink

        Baguih la hang HangJabat….video blue halal….yang pelakunya buat tu pun halal ke jugak…..bodo la hang….kah…kah…kah….

        Reply
        • June 22, 2012 at 10:00 am
          Permalink

          ko ni bodoh ape Fazli yusof, HangJEbat cakap Video BLue tu halal dia perli org2 dlm BEE-N bodoh.. sbb video blue melibatkan ahli politik mesti siar TV n Berita bg budak2 bwh umur tgk.. tu maksud hang jebat.. ada otak pk la skit.. jgn jadi bodoh sgt… Mana boleh siar perilaku sumbang mahram seseorang dlm TV untuk tontotan umum.. itu dh mengaibkan seseorang itu.. daripada siar video blue anwar kat TV baik siar video blue pamela anderson jer..

          Reply
    • June 20, 2012 at 12:26 am
      Permalink

      Satu lagi pemfitnah akhir zaman mcm UFB. Pemimpin pas tak pernah pun dengar offer syurga…offer pahala adalah. Tapi tak semestinya org byk pahala tu masuk syurga. Tu semua orng tau tapi umno saje je buat2 tak tau, termasuk ulama2 ILMU yang menyembunyikan kebenaran ni.
      Agaknya mcm ni perangai ahli2 kitab dulu yang menyelewengkan taurat dan injil.
      Kononnya mereka org yang baik tapi sebenarnya menyembunyikan kebenaran yang mereka tau.

      Reply
      • June 20, 2012 at 4:16 am
        Permalink

        parti ajaran sesat di pimpim oleh mereka yang sesat lagi menyesatkan..harap umat islam tidak tersesat lagi dengan menolak pas dalam pru13 nanti. tq

        Reply
      • June 20, 2012 at 3:41 pm
        Permalink

        oooo…macam tu rupanya bujuk…yang berzina dengan isteri kawan sendiri tu…kira hatinya putih la…yang berkhalwat dengan bini orang tu…kira dapat hidayah Allah laaa..

        hmmmm….songsang sungguh ajaran yang hang bawa…

        Reply
  • June 19, 2012 at 2:29 pm
    Permalink

    itulah silapnya bila berguru dengan syaitan. Asal pas = islam, pas hanyalah parti syaitan.

    Reply
  • June 19, 2012 at 2:36 pm
    Permalink

    Hahaha, korang ni, jgn tak tau plak, kan Norman Hakim Pemuda UMNO Wangsa Maju@Selayang tak silap aku, ni kes balas dendam la nie hahaha. . .

    Reply
    • June 21, 2012 at 11:36 pm
      Permalink

      Oooo inilah yang menyebabkan dia masuk pas, dah tau lah cerita benar skrg ni… Isu dendam talak (adik beradik dgn gila talak) rupanya…. He he he

      Reply
  • June 19, 2012 at 3:32 pm
    Permalink

    PAS akan jadi parti untuk mengumpul selebriti yang dah tersasar jalan aje, kenapa tak jemput Malek Noor, lagi power dia punya insaf.

    Akan datang PAS di kenal sebagai parti tebus dosa, Ini semua ajaran Nik Aziz yang kata undi PAS masuk Syurga, lagi ramai prang masuk lagi berat dosa pok nik.

    Reply
    • June 19, 2012 at 9:11 pm
      Permalink

      “PAS di kenal sebagai parti tebus dosa” ..

      org PAS pun tak cakap macam tu….

      org bukan bodoh sangat lah … nak menilai …

      lain lah macam UMNO…pemimpin rasuah pun sokong …..

      Reply
      • June 19, 2012 at 11:19 pm
        Permalink

        Takkanla orang PAS nak mengaku kot. Apa punya bodo la lu ni. Tapi memang betul pun. Asal dapat hidayah je atau baru lepas pakai tudung terus nak masuk PAS. Memang diorang dari dulu dah pangkah PAS. Tak pakai tudung sebab nak cari makan. Bila dah pakai tudung tak boleh cari makan lagi masuk parti PAS, terus duduk sebaris dgn Azhar Idrus dan Mahfuz. Apa ilmu yang diorang dapat sumbang, sekadar nak cerita pengalaman diorang semasa jadi artis dulu? Relevan ke?

        Ramai lagi orang lain yang jauh tersasar ataupun saudara yang baru memeluk Islam yang dah tentu lagi banyak pengalaman yang dapat dikongsi tapi takde pulak diorang duduk atas pentas PAS. Kenapa pulak yea. Oh yea… tak glamer dan takde nama dan daya tarikan buat penyeri Harakah dan pentas ceramah. Terus terang, kadang2 saya rasakan diorang ni hipokrit je. So memang betul la, “PAS di kenal sebagai parti tebus dosa” .. Sori bro.

        Reply
        • June 22, 2012 at 10:05 am
          Permalink

          UMNO parti tambah dosa.. sekali aku tgk aurat rosmah 1 dosa aku tambah… kalau 2-3 kali tambah lagi dosa aku.. xtau berapa byk dosa dpt..

          Reply
        • June 22, 2012 at 10:33 am
          Permalink

          Hang pernah dengar nama Ann Wan Seng? slah seorang saudara baru.. dulu la. sekarang dah lama. Dia ada tulis buku2 bercorak agama dan ekonomi.Dia biasa berada sebaris dengan pemimpin PAS, dulu.
          Tapi takkan nak panggil orang yg. tak pandai bercakap berdiri d pentas PAS.

          Reply
          • June 22, 2012 at 2:39 pm
            Permalink

            “Tapi takkan nak panggil orang yg. tak pandai bercakap berdiri d pentas PAS.”

            Jelas dan nyata, penyokong PAS lebih suka dengar “temberang” dari penglipur lara mereka dari menghadiri majlis ilmu sebabnya orang berilmu tak pandai bercakap. Bukan saya cakap tapi Bujuk yang cakap. Tak gitu Bujuk.

      • June 20, 2012 at 12:31 am
        Permalink

        PAS lah tempat mereka mengadu dan membimbing mereka. Kalau nak harap umno, sampai ke ajal pun tak boleh nak harap bimbing ke jalan Allah.
        Tgk la artis2 yg sokong umno ni, sampai ketua pun tak tau nak tutup aurat.
        Tu yang umno suka tu.

        Reply
        • June 20, 2012 at 3:42 pm
          Permalink

          Bimbing ? hehe….macam mat sabu membimbing ke ?oooooo….PAS bimbing macam tu…dengar kata dalam keretapi malam pun ada kelas bimbingan…oooooo..bimbingan..

          Reply
          • June 20, 2012 at 9:48 pm
            Permalink

            Hmm…tak habis2 umno ni nak fitnah zina tanpa bukti, cakap2 je tapi bila masuk mahkamah semua bukti tonggang terbalik. Tu yang tak pernah menang tu.
            Dulu kini dan selamanya mcm tu la perangai selagi tak keluar umno.
            Nasib baik sungguh org yg dah keluar umno mcm aku ni.
            Selamat dari perangai asyik2 menuduh orang berzina. Sedihhhh…sapa la idola korang yang mengajar korang ni.

          • June 21, 2012 at 9:35 pm
            Permalink

            orang macam hang memang elok la keluar daripada UMNO…tak ada faedahnya.

        • June 22, 2012 at 10:09 am
          Permalink

          aku sokong ko ex-umno.. artis yg sokong UMNO sape ekk… ohh lupe lak AYAHDA MERAH 36 PEKIDA iaitu AYAHDA AWIE yg rambut panjang tu ek.. semua ahli2 bwh nya kene salam cium tangan tanda hormat.. bapak kandung sendiri yg betol2 ayahda x salam cium tangan pun… sedeyyyyy tgk org2 umno ni…

          Reply
    • June 20, 2012 at 11:19 pm
      Permalink

      Kalau malek nor joint PAS korang akan kutuk macam2 jugak… sudah la.

      Reply
  • June 19, 2012 at 3:34 pm
    Permalink

    penuh dengan hasad dengki pasal dia tak masuk umno.suka hati dia la nak masuk parti apa pun,ish ish ish ish

    Reply
    • June 19, 2012 at 9:08 pm
      Permalink

      biasa lah manusia …. bila ada sikit org nak buat perubahan diri…

      kutuk …

      Reply
  • June 19, 2012 at 3:41 pm
    Permalink

    inilah tabiat burok org melayu terutama umno dengki,iri hati macam2 perangai burok dulu kini selamanya.

    Reply
  • June 19, 2012 at 3:45 pm
    Permalink

    Secara peribadi, x kisahlah dia nak masuk parti mana. Cuma jgn baru setahun jagung join parti, terus cop org lain kafir dan ibadat tak diterima Allah sudahlah yer…

    Reply
  • June 19, 2012 at 4:17 pm
    Permalink

    Dpd Saidina Ali Bin Abi Talib ra bahawa Nabi saw bersabda”Apabila umatku telah membuat lima belas perkara yg tersebut, dengan pasti bala bencana akan diturunkan kepada mereka iaitu:”
    * salah satunya:PARA ARTIS-ARTIS DISANJUNG-SANJUNG
    Maka pada masa ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain. Hadis riwayat Tirmizi.

    Ya, sekarang kita lihat siapakah yg sebenarnya menyanjung artis dan parti manakah yg berebut-rebut menarik golongan artis menyertai mereka. Sedangkan dahulu parti inilah yang menghina dan merendahkan para artis.Inilah sebenarnya wajah PAS

    Reply
    • June 19, 2012 at 11:49 pm
      Permalink

      Yg. sanjung artis tu UMNO, hampir semua majlis UMNO mesti ada artis buat show. Dalam PAS hanya ada artis pencen,diorang tak berdakwah bukan buat maksiat. Cth. terbaru UMNO buat himpunan belia pangil artis luar lagi, seksi lagi, kafir lagi nama dia K-POP.

      Reply
        • June 21, 2012 at 11:35 pm
          Permalink

          Siapa yg. munafik, yg cakap Islam tapi panggil K-POP, atau yg. tegur hiburan melampau yg. merosakkan umat islam?

          Reply
      • June 20, 2012 at 3:47 pm
        Permalink

        alaaaaa apasalah nya orang luar datang malaysia menyanyi bujuk…lain la kalau depa datang sapu balak sampai terang bukit…alaaaa macam kat kelantan tu bujuk…bukan hang tak tau…macam tu ok la pulak yea bujuk ?

        Reply
        • June 20, 2012 at 11:17 pm
          Permalink

          diorang menyanyi memang tak salah.. yg. salah menteri yg. bawak penyanyi tu untuk d hidangkan pada sekelian anak muda islam supaya lalai dengan maksiat.

          Reply
          • June 21, 2012 at 9:34 pm
            Permalink

            alaaa bujuk…yang dok berkhemah lelaki perempuan kat dataran tu….agak-agak hang time maghrib depa tinggalkan khemah pi solat kat masjid negara tak ?

            tambah-tambah minah botak seekor tu….oooomacam tu kira tak pe pulak yea bujuk ?

            hang ni buih laaa

          • June 21, 2012 at 11:36 pm
            Permalink

            Agak2 hang mereka tu ahli PAS ke?

          • June 22, 2012 at 10:17 am
            Permalink

            Takde orang PAS ke masa diorang berkhemah kat Dataran hari tu. Betul ke? Kalau takde apasal ada pemimpin PAS yang singgah?

          • June 22, 2012 at 10:28 am
            Permalink

            Itu sokongan moral terhadap perjuangan mereka. Bukan sokong tingkah-laku mereka. Sama juga dengan BERSIH, PAS sokong perjuangan BERSIH bukan sokong batang tubuh Pengerusi BERSIH.

          • June 22, 2012 at 2:33 pm
            Permalink

            Bila sokong perjuangan mereka, indirectly kita subahat jugak dengan tingkah laku diorang. Apalah orang PAS ni, kan elok masa tu bagi ceramah agama, tazkirah ke sikit sebanyak kot2 ada yang non muslim kat situ yang tiba-tiba terima hidayah dan terus menjadi saudara baru. Baru la dakwah namanya. Takat duduk bagi sokongan apa ke jadahnya.

      • June 21, 2012 at 11:48 am
        Permalink

        Tak payah dok kata kat orang lah bujuk. hangpa pun serupa. ada kuasa sikit akan nampaklah belangnya.

        Reply
      • June 22, 2012 at 10:18 am
        Permalink

        bujuk aku sokong ko bujuk… panggil artis luar K-POP bayar ratus2 ribu… sedekah org miskin kan bagus.. panggil artis tempatan jer.. UMNO bab sedekah ni kureng skit… kalau sedekah mesti kene masuk TV… setahu aku kalau dlm islam niat sedekah umpana bg tangan kanan tangan kiri xtau.. tp bg UMNO TOK JIB ckp.. KITA BG DURIAN RUNTUH sbyk 15k kepada org2 felda.. kalau boleh satu dunia nia bg tau… kalau nk sedekah kepada anak2 yatim pulak bg cek sebesar TV 70 inch.. senang camera man TV3 xyah zoom..

        Reply
  • June 19, 2012 at 4:21 pm
    Permalink

    Kita bimbang ketabsuban pengikut PAS pada pemimpin mereka akan ikut jejak Ashaari dizaman Al Arqam. Rata rata ahli Al Arqam berbini lebih dari satu. Ini kerana untuk bukak cawangan baru bakal bini baru akan ditarbiah oleh chief mereka untuk redha kerana mereka bakal menerima payung emas diakhirat jika rela bermadu.

    Orang perempuan bila dengar emas terus teruja bukan masa hidup saja , masa mati pun mereka berharap diri mereka disaluti emas.

    Bila pakai seban, ketayap dan berjubah labuh dengan janggut lebat didagu semacam satu power yang membantu naikkan tahap nafsu lelaki. Mungkin juga dengan berimej begini kecenderongan dia orang jadi berubah sikit dan sentiasa utamakan kekuatan power kelakian mereka. Untuk memastikan keadaan ini, ubat kuat sentiasa dimakan dan dibekal kemana saja.

    Bercakap pasal ketayap dengan janggut sejemput ini teringatlah aku peristiwa banyak tahun dulu semasa syarikat aku menjadi kontraktor untuk Petronas. Kerja aku attend shipment semasa kapal berlabuh ditengah laut muat minyak mentah untuk eksport.

    Kami satu team akan attend yang terdiri dari kompeni tokeh sendiri dan kontraktor lain. Termasuk dalam team kami hamba Allah yang warak berketayap serta berjanggut. Bila naik atas kapal yang semuanya foreign nationality diatas kapal selalunya ada tayangan blue movie.

    Kebetulan masa lepas siap buat kerja kami ke bilik TV untuk berehat . Dalam bilik tersebut sudah ada dua tiga orang yang sedang duduk, minum kpi dan didepan ada tayangan video blue movie. Kawan kita tadi terperanjat dan beristigfar panjang lalu ambil tempat duduk yang agak jauh membelakangkan TV. Konon tak suka menonton film tak senonoh begitu.

    Sebelah petang nya masa aku siap makan aku pun try cari dia untuk bersembang. Masok dalam bilik TV semuala aku tak nampak orang lain tapi dia sorang duduk betul betul depan TV yang menayang video mat saleh tengah soft wrestling. Gusti lembut yang menghairahkan. Aku join dia dan dengan nada malu dia cakap ” filem ini setakat tonton tak apa. Berdosa kalau kita praktik aksi serupa ”

    Kami akan berada atas kapal lebih dari 24 jam dan kebanyakan masa aku tengok dia dalam bilik TV saja kerana dia banyak free time. Dia dari kompeni tokeh jadi kerja kurang cuma sign dokumen saja.

    Itulah contoh manusia yang menghipokrasikan diri dari hal kecil ke hal sebesar besar. Orang lain buat dikatakan salah. Bila benda serupa mereka buat, mereka kan beri alasan untuk menghalalkannya.

    Reply
    • June 19, 2012 at 7:03 pm
      Permalink

      Biasa tu bro..golongan diorng mmg konon perasan baik & alim tp bila dah mula rasa keseronokan dunia..hmmm..itu yg jadi ‘..pandai mengata org tapi diri sendiri lagi lebih,,’..

      Reply
    • June 20, 2012 at 9:55 am
      Permalink

      PARTI ARTIS SEMALAYSIA.lain kali wa male kongkek sama lu la abby.mali join sama wa lagi bagut.wang ala kasi manyak.lu ganti CHINA DOLL.I LAP U ABBY

      Reply
      • June 20, 2012 at 6:48 pm
        Permalink

        haiyaaaa!!..manyak syokk woo..hali-hali-mau..

        Reply
  • June 19, 2012 at 4:42 pm
    Permalink

    antara pas dan umno siapa yang lebih menyanjung artis.jauh beza tu..cuba perhatikan majlis2 yg di anjurkan oleh pas dan satu lg oleh umno..takan tak nampak perbezaanya.kalau umno penuh dengan artis berhibur yg melalaikan…

    Reply
    • June 19, 2012 at 8:47 pm
      Permalink

      Umno tidak menyanjung artist tetapi Umno mengiktirafkan orang seni yang hidup mereka bergantung pada aktibiti seni mereka. Umno menyedari artist perlu diberi ruang mengembang kerjaya mnereka kerana mereka berhak untuk hidup sebagaimana orang lain jugak. Nak suruh mereka tanam sayor, nak suruh tangkap ikan, pelihara ayam daging mereka tak pandai. Ini kerana mereka seorang artist yang tahui menyanyi saja. Amy search juga pernah dipanggil Niko untuk menyanyi DiKelantan. Apa itu tidak mengasyikkan ke.

      Atau masa Ami menyanyi dipentas penonton dibawah berzikir, bertasbih dan bertahmid ke?

      Reply
      • June 19, 2012 at 11:53 pm
        Permalink

        Amy nyanyi lagu rock ke lagu dakwah d k’tan?

        Reply
          • June 21, 2012 at 11:32 pm
            Permalink

            aku pernah dengar dia Azan, dalm Tv lagi.. tentunya itu satu dakwah.

  • June 19, 2012 at 4:48 pm
    Permalink

    Salam semua,
    Aishah memang tergolong org cerdik pandai..boleh nyanyi lagu org puteh apo..elok ikut PAS..kelantan maju di sebabkan ramai golongan cerdik pandai kat sana..perdapatan per kapita pun tinggi..buek abby abadi elok lah join UMNO kg Parit..YB Adnan bagus orang nye..lawyer lagi..

    Reply
  • June 19, 2012 at 5:01 pm
    Permalink

    ramainya tokoh agama dalam pas ada yg berjawatan bekas imam besar,pensyarah dan banyak lg tak payah sy nak sebut banyak lg,takan la nak di samakan dengan asari mohd jaauh ibarat langit dengan bumi..

    Reply
  • June 19, 2012 at 5:07 pm
    Permalink

    stongkol aku setuju….umno penuh artis berhibur yg melalaikan…tapi salahkan permintaan dari anak muda sbb kalau xda org nak tgk ingat umno nak buat….soalnya kita berbeza ngn org lain…ramai lagi anak muda suka hiburan dan sbb itu mereka menjauhi pas…yg sokong pas kebanyakkannya baya saya umur 26 keatas sbb dah tak enjoy cam dulu lagi….

    dannnnn……AKU SUKA LAST QUOTE ARTIKEL NIE MMG TEPAT…ahli pas terlalu menyanjung nik aziz cam nabi..sedangkan nabi bun ditegur sahabat (umar)…nik aziz sorang pun tak tegur…ke korang nak jawab nik aziz maksum…???

    Reply
    • June 20, 2012 at 12:00 am
      Permalink

      Tuan maksudkan tak salah sediakan hiburan yg. melalaikan sebab nak tarik orang muda? Apakah ini ajaran Islam atau ajaran UMNO?
      Tuan kata lagi TGNA takda sapa tegur, sedangkan dalam kes Arif Fahmi, menantu dia ramai pimpinan PAS termasuk TGHA tegur jangan ambil saudara terdekat sebagai CEO sykt. k’jaan. Ada banyak lagi yg. d tegur, tapi takkan semua nak highlight kat akhbar. Takkan kami nak malukan Tok Guru kami, takda adab namanya tu.

      Reply
      • June 20, 2012 at 3:50 pm
        Permalink

        Alaaaa bujuk tok guru hang tegur sebab nak tipu cai-cai macam hang….menantu dia jugak dia letak jadi orang kuat PKINK…

        bujuk…bujuk…kena tipu jugak hang dengan orang tua tu…lekeh sungguh la.

        Reply
      • June 21, 2012 at 11:51 am
        Permalink

        Toksah dok gebang banyak lah bujuk, tu perkara kecik, yang besar lagi ko tak nampak…. anwar 3B @ aljuburi, mat aiskrim, mat phonesex dan mcm2 lagi, ko ingat org dah lupa ka?

        Reply
        • June 21, 2012 at 11:30 pm
          Permalink

          Itu fitnah.. anwar dah suruh siasat, malas awal tahun 2000 dulu dah siasat dan takda bukti. Waktu tersebut dia dalam penjara, takda sebab kata dia halang siasatan sebab dia banduan waktu tu, bukan TPM.

          Reply
      • June 22, 2012 at 10:20 am
        Permalink

        Elehhh… Azhar Idrus, Sham Kamikaze, Ali Terrarossa main gitar sambil nyanyi masa ceramah bukan nak tarik orang muda ke? Come on Bujuk, jangan hipokrit. Satu lagi, diorang tu penyokong mana yea, UMNO? Adakah ini ajaran Islam atau ajaran PAS?

        Reply
    • June 20, 2012 at 9:59 am
      Permalink

      Yup..kami olang muda mau cari hibur la.lu olang sibuk sana politik sini pi\politik.lu puny bini kami olang kasi makan.sikit ali lu olang pelegi kempen .wa olang kasi kongkek lu punya bini.makan wa suda kasi

      Reply
  • June 19, 2012 at 5:25 pm
    Permalink

    saya ulas berdasarkan ulasan dari cfu yg berdasarkan dari hadis nabi saw.cuba baca balik hadis yg di kemukakan oleh cfu

    Reply
  • June 19, 2012 at 5:38 pm
    Permalink

    org pas memang menyanjung nik aziz semua org dah tahu cara hidup dia macamana berbeza dengan pemimpin umno.di kalangan org umnno saje yg berkata kata org pas menyanjung nik aziz macam nabi.

    Reply
    • June 19, 2012 at 6:39 pm
      Permalink

      hmmmm…cara hidup dia memang berbeza….tengoklah dengan siapa dia berkawan…..

      Reply
      • June 19, 2012 at 7:07 pm
        Permalink

        Jangan pergunakan AGAMA utk kepentingan sendiri atau parti..HIPOKRIT..bukan KEREDHAAN Allah

        Reply
    • June 19, 2012 at 11:26 pm
      Permalink

      Uztaz Budak korang yang kata Nik Aziz tu dah status “nabi”. Orang UMNO tak cakap camtu pun asalnya. Kau tanya balik ustaz budak korang, suruh dia tarik balik kenyataannya.

      Reply
      • June 21, 2012 at 11:54 am
        Permalink

        ha ha ha kena stogkol atas kepala.

        Reply
      • June 21, 2012 at 11:28 pm
        Permalink

        Kalau tak faham, bertanya. Apakah kamu nak nafikan hadis nabi yg. sebut ‘al-ulamak, warisatul anbia’ atau ulamak itu pewaris nabi. Hadis ini yg. dia ulas, apa masalah… bukannya dia kata sekarang kita ada nabi baru bernama sekian2, maka taatlah kamu sekelian arahannya… itu memang kufur la.
        Ada dia sebut Nabi Aziz a.s atau dia sebut TGNA?

        Reply
        • June 22, 2012 at 10:29 am
          Permalink

          bujuk ko xyah layan sgt org2 UMNGOK ni.. ko ambil sample ni sudah. PAS pegang kelantan dah lama… ko tgk ape jadi raja kelantan.. raja yg berjiwa rakyat.. tidak2 bermegah2, xbeli no plat.. ko tgk raja di negeri yg diperintah umno ape jadi.. tu je… ko boleh nilai sendiri bujuk.. pastu ko pg sendiri kelantan… time azan je.. diorang sanggup tinggalkan gerai mereka untuk sembahyang… xsama mcm ngeri under umno.. asar nk abis pun blm pg smbyg asar lagi.. tu jer kalau nk tau PAS tu elok atau UMNO lagi elok.. tgk pemimpin kita dh leh nilai.. Nik Aziz pakai serban, Tok Jib pakai rantai, bini nik aziz tutup aurat.. Big Mama dedah aurat… That ALL..

          Reply
          • June 22, 2012 at 9:45 pm
            Permalink

            Kami orang UMNO sebenarnya malas nak cerita pasal Sultan ni. Tak payahla awak nak bangga sangat dengan Sultan Kelantan awak tu. Orang UMNO malas nak korek peribadi Sultan kerana kami hormatkan Sultan tak kira dari negeri pembangkang atau dari negeri BN. Sultan Kelantan pun rasanya tak perkenan kalau orang lain dok jaja nama dia.

            Awak cuma bagi contoh Nik Aziz awak je la. Serban besar tudung saji bukan bermakna dia ni bijak dalam urus tadbir. Masalah air kat Kelantan pun tak selesai ada hajat nak buat highway.

            Jangan mengata Rosmah camtu sekali bro, Shamsidar tu nama aje bertudung tapi boleh serah body pada “pemimpin anugerah tuhan”. Mat Sabu, ooppss… sori, ustaz Mat Sabu tu kopiah tak lekang dari kepala tapi tutuh bini member baik jugak. Ada tak dengar cerita orang UMNO buat camtu. Hmmm… baru2 ni korang punya ustaz PKR apa ke namanya ntah, Badrol Amin, haa.. yea la tu. Apa ke halnya bagi kaunseling pukul 3 pagi, kat bilik hotel sendiri pulak tu, tanpa ditemani oleh orang lain lagi, berdua2an pulak tu. Ada tak dengar Najib bagi kaunseling pukul 3 pagi?

            Tok Jib pakai rantai? Iye ke? Rantai apa tu, rantai headphone? Tak payah nak megah sangat dengan serban Nik Aziz tu, bukannya boleh jadi syafaat masa kat akhirat nanti bro. By the way, saya pernah pegi Kelantan, time azan takde la semua orang tinggalkan gerai untuk pergi sembahyang. Ada jugak yang melepak kat dalam gerai. Bro pergi Kelantan ke atau bro cuma tengok brochure je. Jangan nak temberang la bro.

        • June 22, 2012 at 1:15 pm
          Permalink

          Takde sapa nak nafikan hadis yang sebut “ulamak itu pewaris nabi”. Tapi kalau dah ustaz budak tu kata “maknanya kalau takde nabi dia (ulamak)tu nabi lah”. Mungkin Bujuk dan saya mempunyai pemahaman yang berbeza dan saya tidak akan berganjak dengan pemahaman saya tentang apa yang disebutkan oleh ustaz budak itu tadi.

          “Dan para ulama adalah warisan (peninggalan) para nabi. Para nabi tidak meninggalkan warisan berupa dinar (emas), dirham (perak), tetapi mereka meninggalkan warisan berupa ilmu.”(HR Ibnu Hibban dengan derajat yang shahih).

          Kalau Bujuk meninggal, anak merupakan warisan Bujuk begitu juga harta pusaka yang lain. Namun begitu anak Bujuk tidak boleh disamakan dengan Bujuk. Begitu juga nabi. Pewaris nabi (ulamak) bermakna mereka yang mewarisi ilmu nabi itu sendiri. Pewaris nabi tidak boleh disamakan seperti nabi.

          Reply
  • June 19, 2012 at 8:01 pm
    Permalink

    Yang aku dok ghasa pelek ia la bila artis tu dah insaf mola pakai tudung ato bersegheban kunun ikut cagha islam. Tapi tentang pengertian islam sebenaq depa ni masih kaboq sakan. Yang depa tau islam tu solat,pi buat umrah,posa bukan dalam bulan ramadan posa sunat la tu. Bila pi buat umrah maka banyak ceghita ceghita nak buat doa depan kaabah supaya murah rezeki,dapat jodoh dan apa saja.Sampai ambik gambaq masuk laman sosial kunun depa dah insaf & kembali pada islam. Jadi depa pi Mekah bukan untuk memahami & menginsafi perentah ALLAH tapi sekadaq perasan diri tu riak….!!!!

    Reply
    • June 19, 2012 at 11:32 pm
      Permalink

      Sebenarnya bro, artis pakai tudung, terima hidayah ke, insaf ke, saya tak kisah langsung. Itu hak peribadi masing2. Tapi kenapa bila dah insaf terus hentam orang kiri kanan. Ambil contoh Bob Lokman dan Aisyah. Apa diorang lupa ke dulu diorang hidup bergelumang dengan apa. Kalau orang bukak kisah lama diorang kan buat malu je.

      Seeloknya bila kita sudah insaf baik kita diam dan meneruskan ibadat dan dakwah kita. Tak payah nak kutuk orang, maki orang sana sini. Atau kat pentas PAS sahaja diorang dapat lesen kutuk mengutuk. Kalau dalam Melodi dulu dapat kutuk2 artis lain, kat pentas PAS kutuk mengutuk tu kita panggil “berdakwah”.

      Reply
    • June 20, 2012 at 10:53 am
      Permalink

      Astargfirullah….kamu xpuas ati dgn org yg mau brubah knpe…diorg x mahu lg hdp dlm kejahilan…salah ke meke mendekati org agama utk dptkan ilmu…tdh org riak plak…adkh depa tu asal pakai tudung trus gelar blagak alim,,hipokrit..ustazah konon..nk tu tuntutan agama…suka x suka ttp kne pakai..x yah tunggu ati terbuke…khianat btl lah…
      korang yg nk trs hidup dlm jahil,,lalai..dengki dgn diorg knpe…ape pekdah ko dpt hina org yg mau brubah…hina ko lg yg x mau brubah….x mau mendekati cra hdp tuntutan Allah…

      Reply
      • June 20, 2012 at 3:38 pm
        Permalink

        Betul…betul aku sokong hang…berubah lah tinggalkan lah PAS parti ajaran sesat ni semua….dan dekati lah ahli-ahli agama..yang tak ada pun dalam PAS.

        Reply
    • June 20, 2012 at 11:13 pm
      Permalink

      Kalau pakaian pun tak mampu nak ubah lepas balik HAJI, boleh ke kata dah berubah, dah bertaubat, dh insaf? Syukurlah kalau boleh ubah pakaian dari tak tutup aurat kepada tutup aurat, dari pakaian biasa kepada pakaian ikut sunnah nabi. Kan itu perubahan yg. +ve.. Tak tau la aku apa yg. pemimpin UMNO ajar hingga berubah kepada lebih baik pun korang pertikaikan.. tapi tak pulak kecoh mereka yg. balik haji, nama pun dah tambah jadi HAJAH aurat tak tutup2 jugak.

      Reply
      • June 21, 2012 at 9:39 pm
        Permalink

        alaaaa bujuk…lantak lah kat dia, kalau pi haji tiap-tiap tahun pun balik mai buat fatwa caca merba..sesat kat orang, terutamanya yang macam hang…lagi satu sen pun tak guna…kan..kan…kan

        Reply
        • June 21, 2012 at 11:21 pm
          Permalink

          Sebagai saudara Islam, hang kata lantaklah dia buka aurat, lantaklah dia masuk neraka? sedangkan dalam islam sebut, tak sempurna IMAN kamu selagi kamu tak sayang pada saudara kamu seperti sayang diri sendiri. Kalau kamu takut langgar perintah Allah yg. akibatnya masuk neraka maka kamu juga kena nasihat dan tarik saudara kamu supaya tidak engkar suruhan Allah dan jatuh dalam neraka.

          Reply
          • June 22, 2012 at 2:54 pm
            Permalink

            Elehhh Bujuk, apa nak heran dengan isteri pemimpin yang tak pakai tudung tu. Dia bukan YB dan bukan calon pun. Tapi cuba kita bandingkan isteri sorang pemimpin tu yang ada skandal dengan pemimpin “anugerah tuhan”. Hmmm… kongsi isteri dengan tak pakai tudung mana lagi parah yea.

            Elok lah tu, yang isteri di bagi kat “pemimpin anugerah tuhan”, yang suami pulak bagi aiskrim kat perempuan lain.

            Sori Bujuk, itu contoh orang PKR kan, yang PAS pun ada jugak, berkopiah sepanjang masa, sekejap2 takbir tapi tutuh bini kawan sendiri. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kat mana berlaku, kat Serambi Mekah bro, bukannya Serambi Hollywood atau Las Vegas.

            Sapa diorang tu. Pemimpin tertinggi pujaan korang jugak. Bujuk, Bujuk. Grow up boy.

        • June 22, 2012 at 1:21 pm
          Permalink

          Bujuk, dia pakai tudung ke, dia pakai tights ke, bukan kita tanggung dosa dia. Laki dia yang tanggung dosa dia, lagipun kita bukan undi dia pun, kita undi laki dia. Lagi satu bro, dia dah selesai rukun Islam yang ke 5, saya belum lagi. Bujuk dan pegi haji belum?

          Reply
  • June 20, 2012 at 4:18 pm
    Permalink

    penyokong2 pas ni luarnya nampak alim je. tapi ramai yang fardu ain pun tak pas wooo. tak caya suruh la depa mengaji.

    Reply
  • June 21, 2012 at 9:45 am
    Permalink

    Kalau UMNO tumbang adalah akibat punca daripada perbalahan orang Melayu sendiri.

    Janganlah salahkan Cina atau India pulak.

    Reply
  • June 21, 2012 at 12:04 pm
    Permalink

    admin, saya jugak orang Kedah, dekat dgn kg Memali, kaw adun Bayu. macam admin jgk, saya kenal PAS telah 20 tahun kat kedah. Saya kenal Ust. Ibrahim dan kuncu-2nya yang dok bergilir pergi jaga pondoknya masa dekat nak jadi tragedi tu.
    Untuk makluman, org pas termasuk balu-2 kpd yang mati pun skrg dah meluat kpd pas. Sebab itu kaw ter sebut tak pernah jatuh ketangan pas walaupun selepas peristiwa memali. Org sekitar kenal benar siapa Ibrahim Libya dan siapa pengikutnya, sebab itu mereka tak heran kenapa Ibrahim Libya dan pengikutnya di tembak, memang patut pun.
    Dulu saya cerita panjang dlm komen kpd Wardina yang masuk PR. Para artis ni adalah manusia yang kebanyakannya jahil, jadi mereka nampak macam PAS itu baik sangat (kalau tak kenal), jadi tak heranlah kalau mereka taubat dgn menyertai PAS. Memang PAS mahu dilihat begitu. Itu semua adalah sebhg strategi mereka didalam kerja menjual agama untuk kuasa politik.

    Reply
  • June 22, 2012 at 4:00 pm
    Permalink

    ALHAMDULILLAH pada artis2 yang telah berubah kepada LEBIH ISLAMIK.di harapkan ianya di teruskan.TETAPI JANGANLAH ARTIS2 INI TERLIBAT DENGAN MANA2 PARTI POLITIK .BERTAUBAT BIAR JUJUR DAN IKHLASS IAITU KERANA ALLAH.JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN DAKYAH YAHUDI DAN KRISTIAN YANG MENYESATKAN.

    Reply
    • June 22, 2012 at 5:52 pm
      Permalink

      Setuju sangat dengan ana muslim. Saya memang suka dengan artis yang berubah dari jahil kepada Islamik. Namun yang saya tak suka ialah bila berubah terus naik pentas politik dan hentam orang kiri kanan seolah2 mereka ini maksum dari dulu, kini dan selamanya.

      Reply
  • July 3, 2012 at 3:16 pm
    Permalink

    Kalu artis naik pentas umno boleh pulak?kalu pentas pas xbleh?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *