Isu PTPTN Mengesahkan Polisi Pembangkang Haru Biru

Share


Baru saja beberapa bulan lalu Anwar Ibrahim bersama pakatan pembangkang mengwar-warkan kewujudan tabung pinjaman PTPTN sebagai satu penindasan terhadap mahasiswa IPT. Baru saja sebulan lebih yang lalu Nurul Izzah dan Tian Chua mewakili pihak pakatan pembangkang turun padang sama-sama berarak ke Dataran Merdeka menuntut pemansuhan PTPTN.

Baru saja berlalu beberapa ketika pembangkang menjanjikan pendidikan percuma untuk mahasiswa dan berjanji untuk menghapuskan terus hutang yang tertunggak. Baru saja beberapa hari lalu Anwar sebagai ketua pembanggang Malaysia menggesa dan menghasut peminjam PTPTN supaya ingkar pada tuntutan pembayaran semula wang pinjaman PTPTN.

Namun, sebagaimana biasa walaupun segala ucapkata dan janji yang dilafazkan oleh pembangkang masih tergiang-giang di telinga khalayak umum seperti kita, tapi bagi tukang karut yang bercakap ianya sudah hilang dari memori masing-masing dek kerana ucapkata yang keluar dari sang mulut bangkai acapkali dituturkan dahulu fikirnya kemudian.

Inilah yang sekarang yang sedang menimpa kalangan pemimpin pembangkang, mereka beriya-iya mempromosikan polisi dan dasar anti PTPTN dan mereka juga yang kalut ribut bila pinjaman PTPTN dibekukan seketika untuk satu dua IPT dan kolej yang berada di bawah kendalian kerajaan negeri yang di tunjangi pembangkang.

Rafizi Ramli misalnya, sebelum ini punyalah bersemangat dengan gaya jambunya semasa berhujah menegakkan polisi pembangkang yang dikatakan pro pendidikan percuma dan anti PTPTN dalam debat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin tempohari, alih-alih baru saja PTPTN buat percubaan psikologi terus Rafizi melatah tak keruan dibuatnya.

“Selain itu, Mohd. Rafizi turut mencabar Khaled untuk memberi penjelasan kepada rakyat bagi membuktikan adakah beliau terlibat dengan tindakan menyekat pinjaman PTPTN pelajar Unisel.

“Jika benar beliau terlibat, tindakan itu wajar dikutuk dan beliau perlu meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak sesuai dengan arus politik mutakhir. Tetapi jika tidak, beliau harus bertanggungjawab campurtangan dan memastikan tindakan kebudak-budakan yang zalim ini tidak akan berlaku pada masa akan datang,” katanya. (KLPos, 6 Jun 2012)

Rafizi berkata, jika mahasiswa dibelenggu masalah hutang PTPTN dan tidak mempunyai pekerjaan, mereka tidak mampu menjana ekonomi sekaligus menyebabkan ekonomi negara tidak berkembang.

“Bila mereka berhutang, kuasa beli mereka rendah. Untuk berkembang pada masa akan datang, kita perlukan rakyat yang mempunyai kuasa beli yang kuat. Kalau generasi muda, tiap-tiap tahun yang keluar daripada universiti lebih kurang 200,000 dan semuanya berhutang, ini menyebabkan ekonomi tidak akan berkembang,” katanya. (KeldaianDaily, 6 Jun 2012)

Selama ini punyalah di gendang pung pang pung pang kata PTPTN menindas pelajar, PTPTN mesti dimansuhkan kerana kewujudan pinjaman pendidikan PTPTN hanya menyebabkan lahirnya generasi berhutang – di hari yang sama dia beranggapan langkah PTPTN membekukan sementara pinjaman kepada pelajar baru UNISEL adalah zalim dan kebudak-budakan.

Entah spesis apakah ini yang boleh bercakap dalam nada berbeza dalam jangka masa yang singkat, yahudi zionis pun kalah macam ini punya gaya. Ini baru satu dua contoh kontradiks oleh seorang pemimpin pembangkang yang keliru dengan polisi dan dasar parti yang dia perjuangkan.

Itu belum lagi kita ungkit satu persatu kenyataan Anwar Ibrahim yang sekejap kata dalam tempoh setahun PTPTN bertukar jadi percuma kemudian di lain hari pula dia berjanji dalam masa tiga tahun baru ada yuran percuma jika menang kerajaan pusat, pendek kata ada saja kontra saban hari dek kerana bercakap guna nafsu mengejar kuasa berbanding berfikir guna akal fikiran di kepala.

Merintis Pendidikan Percuma Ala PR

Realitinya PTPTN tak pernah memaksa pelajar untuk menggunakan khidmat pinjaman mereka. Jika ia membebankan, abaikan saja dan usahakan alternatif lain. Dan sekarang, peluang terbuka untuk pakatan pembangkang realisasikan pendidikan percuma di UNISEL dan KUIS sesegera mungkin tanpa perlu lagi bergantung pada dana pinjaman PTPTN.

Buat apa nak marah-marah dan hentam Menteri Pengajian Tinggi, Khaled Nordin yang dengan tulus hati membuka ruang supaya kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dapat membuktikan kemampuan mereka menyediakan pendidikan percuma. Asyik beralasan nak tunggu jadi kerajaan pusat dulu baru nak buat pendidikan percuma maknanya sampai bila-bila pun teori hanya tinggal teori saja.

Dengan kekayaan Selangor dan kononnya ada simpanan RM1.9 bilion dalam kantung kerajaan, apa sangatlah untuk korbankan puluhan juta bagi menampung 1000 pelajar baru UNISEL sebagai perintis dasar pro pendidikan percuma. Misal kata seorang pelajar memerlukan RM15,000 untuk  tiga tahun pengajian diploma di darab dengan 1000 orang baru cecah RM15 juta saja.

Masih banyak lagi baki dari RM1.9 bilion, tak gitu?

Yuran pengajian batalkan saja, asrama pelajar dan makan minum selama tiga tahun semuanya percuma untuk seribu pelajar tersebut. Buku nota, alatan pembelajaran percuma – paling tidak, campur tolak darab bahagi untuk keseluruhan kos termasuk penyelenggaraan IPT dan kos pengurusan hanya RM100 juta untuk tiga tahun – ini logik mudah untuk satu IPT tanpa ambil kira ribuan pelajar lama.

Soal berapa lama mampu bertahan? 3 tahun… 5 tahun… 10 tahun… Itu belakang cerita. Tapi takkanlah tak mampu dan tak berani laksanakan pendidikan percuma di UNISEL & KUIS kurang-kurang untuk seketika sementara menanti pilihanraya umum.

Lepas habis pilihanraya kalau masih jadi kerajaan negeri, batalkan sajalah semula atas alasan masalah kewangan macam alasan kolej pendidikan Kedah yang baru dinaikkan yuran sebelum ini. 🙂

Rumusan

Apapun, bagi penulis dan lain-lain penyokong kerajaan, kami dah lama faham silat tari pembangkang yang kerap keliru dan terbelit dengan polisi mereka sendiri kemudian gemar menuding jari menyalahkan BN bila mati akal terkepung dek dasar haru biru yang mereka perjuangkan.

Berjanji dan bermain tarian kata-kata lunak dan populis cukup mudah. Sama macam penjual ubat di jalanan bila bercakap perihal ubat dan makjun yang mereka jual, boleh kalah doktor dan ahli farmasi bertauliah.

Tapi bila di suruh makan sendiri ubat dan makjun tersebut, mati hidup semula pun takkan ditelannya dek kerana ragu pada tahap keselamatan produk jualan sendiri.

Tapi sukalah penulis nak minta para pembaca yang mana masih teruja dengan propaganda dan janji politik pemimpin pembangkang, takkanlah sedikitpun tak terfikir untuk mengkaji dan buat sedikit analisis di luar kebiasaan supaya tidak terus melihat dunia ini dari bawah tempurung.

Isu PTPTN ini dah cukup untuk dedahkan kecelaruan polisi pembangkang yang tak pernah tetap pendirian, berubah-ubah sesuka hati. Spesis-spesis sebegini jika diberi peluang memerintah negara, cukup dua tiga tahun habis jahanam lingkup masa depan negara.



30 thoughts on “Isu PTPTN Mengesahkan Polisi Pembangkang Haru Biru

  • June 8, 2012 at 2:05 am
    Permalink

    Hahahaha.. kosian kek Sam Ketot tu, dio baghu nak masuk gear satu, nak buek roadshow ttg PTPTN.. tup..tup Rafizi dah sokong pulak PTPTN ni..

    Reply
    • June 8, 2012 at 12:55 pm
      Permalink

      Dalam kes ni Menteri tak bijak.Rakyat yang bijak dan yg dah tengok debat Khairy Rafizi akan tolak BN.Percayalah.Isu Felda satu lagi.Tengah nak PRU bleh ke korang create isu yg menghilangkan sokongan orang melayu dahla orang Cina dah konpem tolak BN.Maybe batery BN dah weak

      Reply
      • June 8, 2012 at 2:24 pm
        Permalink

        Ye ke batery weak bro.
        Budak2 yang masuk UNISEl kebanyakanya menyokong pembangkang, sama jugak dengan parents diaorang..
        Menteri cuma bagi jalan untuk rafizi lembu laksanakan ape yang dia cakap kt negeri pakatan..
        UMNO tetap dihati orang melayu…

        Reply
        • June 8, 2012 at 4:06 pm
          Permalink

          Berfikir guna kepada otak bukan lutut zaman sekarang kena tunjuk kita smart bukan hentam keromo.PR very smart dan kita jangan guna taktik 70an yang dah usang.Ada banyak kaedah lawan bukan guna taktik tak cerdik jangan dibuat sejak kebelakangan ini.Rasa Tun M kena takeover PM kalau tidak BN pasti ghuyup.

          Reply
          • June 8, 2012 at 4:15 pm
            Permalink

            PR very smart ke bro…
            Kte tunggu PRU nanti, sape tido dulu..

      • June 8, 2012 at 5:58 pm
        Permalink

        dey semangat 46

        rakyat mana yang tolak BN ni??
        persepsi kau dgn berangan geng kau saje rakyat tolak BN ni…

        tempat aku ok jer,.. abih semua orang PAS pakat2 nak undi BN… apa cerita kau ni..

        lagi satu kau tau tak fakta finland cuma ada 5 juta penduduk , itu pun takde free pendidikan depa

        hang kena kelentong lah dgn rafizi tu, tu lah dulu2 tak nak p sekolah, lani senang2 jer kena tipu

        macam cina ni tipu orang melayu mcm kau

        Reply
        • June 10, 2012 at 8:12 am
          Permalink

          Fakta tuu betul pun .Engineer aku orang Finland.Dan aku pernat pergi Finland.Kau Tau company Watsilla.Aku nasihatkan berpijaklah di bumi nyata.Zaman sekarang fakta dihujung jari bukan tahun 70an.Kita kena smart kalau nak releven.

          Reply
  • June 8, 2012 at 3:25 am
    Permalink

    PR hanya propa je lebih. Bercakap tak berpijak dibumi nyata. Terlalu cepat nak naik kebulan sedangkan diri berbekalkan janji air liur

    Reply
  • June 8, 2012 at 4:09 am
    Permalink

    doa ambo dimakbulkan tuhan..cuma doa ambo makan tuan.. ambo tak kesah pong sebab kehendak tuhan belako..oleh itu ambo selaku tok guru paling gedebe sokong penoh mohamed khaled nordin.. nampak kejantanan nya..cobaan belako deh ..cobaan..cobaan..!!!

    Reply
  • June 8, 2012 at 4:40 am
    Permalink

    pukimak betul nik aziz ngan khalid. dia nak jual tanah rupanya. bukan nak tolong pelajar.alasan! memang pukimak nik aziz ngan khalid.

    Reply
    • June 8, 2012 at 7:10 am
      Permalink

      biasa la bro…gadai mengadai ni memang perinsip depa….kalau tidak masakan surirumah ada berjuta saham….

      Reply
  • June 8, 2012 at 7:42 am
    Permalink

    baru je PTPTPN cuit sikit je bekukan..bukan hapuskan pun tapi dah meroyan pakatan haram pasal ni..mana nak cekau duit nak tanggung duit belajar budak2 unisel?? dalam unisel ni ramai totok pembangkang haram…hahhaha

    kalau anak aku dapat masuk U..aku tak nak ppilih UNISEL..sebab aku dengar dah makin teruk…

    Reply
  • June 8, 2012 at 8:02 am
    Permalink

    Kebanyakan penuntut2 Unisel dan Kuis tu pun akan dijadikan kader penentang kerajaan.

    Unisel dan Kuis memang dipenuhi penentang kerajaan, bermula dari pentadbiran, akademik dan penuntutnya.

    Mintak la tolong dari punahsihat Anwar 2Ringgit tu.

    Reply
  • June 8, 2012 at 8:38 am
    Permalink

    Apa yang kecuh sangat..jalan penyelesaian nya senang jee..bakal mahasiswa tu boleh pohon belajar kat lain Universii yang mana pinjaman wang PTPTN tidak dibekukan..lagipun buat pe la belajar kat Unisel tu sebab sejak kebelakangan ni para mahasiswa disitu kerap dijadikan kuli batak dan pacacai kepada Nuar berahi dan puak PR untuk menyertai demontrasi jalanan membantah kerajaan…so daripada dok biarkan diri dipergunakan lebih baik jangan didekati Unisel dan jadilah insan berguna yang boleh membantu keluarga dan rasa hormat kepada pemerintah.

    Reply
    • June 8, 2012 at 11:27 am
      Permalink

      betul tu…kat unisel tu jadi kuli batak kalid gagap je…daripada baik baik nama UNISEL…terus tukar jadi UNISEX…ALJUBURI suka tu..heheheh

      Reply
  • June 8, 2012 at 9:03 am
    Permalink

    adik adik di Unisel , jangan risau dan bimbang. Kalau rasa nak belajar sungguh sungguh . pakat berhenti ramai ramai dan masuk U lain. Itu lah pilihan terbaik untuk adik adik daripada terus berada didalam Unisel yg lebih banyak berpolitik. Jangan buang masa ambil tindakan segera. PTPTN menanti anda di U lain.
    lagi pun – imej UNisel dimata majikan dah teruk ..sangat teruk. Adik adik tak kemana lepas ni.
    Kami para majikan tak pandang pun sijil Unisel….Ikhlas…

    Reply
  • June 8, 2012 at 9:41 am
    Permalink

    Bravo Khaled Nordin. Mcm ni baru layak pi jadi Menteri dalam negeri pulak.

    Reply
  • June 8, 2012 at 10:21 am
    Permalink

    Dikatakan manusia yang bernama ANwar IBrahim ini manusia hebat dan extraordinaire. Apa tidak nya Anwarlah manusia yang bertanggongjawab memperkenalkan verb ‘LIWAT’ pada kita rakyat Msia. Selama ini kita cuma tahu LAwat, leWat , lambat dan cepat saja. Kita tak sebut LIWat walau liwat perbuatan laknatullah ini ada diamalkan segelintir manusia extraordinaire zaman naBi Lut dulu, manusia yang setaraf dengan Anwar tentunya.

    Tapi sekarang anak kita darjah 2 pun sudah pandai sebut terma ini dan pandai beri huraian sekali.

    Kehebatan Anwar bukan habis disitu. Kehebatan Anwar boleh pinjam pakai bini kawan dia. Bini pinjam ini diperlakukan macam toy yang boleh dia bukak sarong, dalam kereta, dibilik hotel dan tentunya Trivolli satu nama kediaman yang maha hebat skala maksiat nya. Dia boleh arahkan rakamkan aksi dia . Dimainkan kembali, di edit dan diulang tanyang. tak siapa yang boleh buat kerja semacam ini kecuali Anwar kerana Anwar hebat.

    Reply
  • June 8, 2012 at 10:27 am
    Permalink

    Anwar melanggan lubang haram dimerata dunia. Dia jugak melanggan cina doll dan dia dieskot kesitu oleh kawan dia.

    Film cina doll mungkin bukan arahan dia untuk dirakamkan tapi ianye memang sudah dirakam dan jadi tuntunan.

    Anwar jugak hebat ada bini paling TAat. Dalam kecurangan suaminya BIni ini letakkan Anwar dalam kategori ANugerah tuhan yang paling AGong.

    Anwar ada anak yang bermatian menutup mungkar bapaknya. TEntu nya anak ini sanggup betul betul mati mempertahankan bapak nya.

    Anak hebat ini ada cacai yang lantik dia sebagai IMAm Mahadi manusia mulia.

    Ye. Anwar memang hebat.

    Reply
  • June 8, 2012 at 10:28 am
    Permalink

    Terbaru sedara Anwar ditahan kerana hisap dadah sinthetic.

    Banyak lagi yang bakal jadi baru bersangkutan Anwar. jadi kita kena sabar menunggu.

    Reply
  • June 8, 2012 at 10:38 am
    Permalink

    Kerana kehebatan ini lah cacai Anwar berjalan dengan mata ditutup, mendengar ceramah dengan telinga disumbat dan bertafakkur dengan hati diselubung rapat kedap udara dan kedap air.

    Reply
  • June 8, 2012 at 10:49 am
    Permalink

    Salaknya Zahid tiap malam bukan kosong. Jeritnya ZulNordin tiap ceramah dimerata tempat bukan busuk hati. Lantangnya Nalla dan Ummi selang dua tiga hari bukan kerana takut atau cemburu Anwar jadi itu ini, dilantik jadi itu jadi ini.

    Tapi mereka sanggup berpenat lelah dan ambik risiko demi kesedaran mereka buat menyelamat Ummah dari tersesat kerana terpedaya.

    TERpedaya oleh manusia laknatullah yang teramat determine dengan impian liarnya walau dia sendiri tahu impian itu bakal jadi satu yang kosong.

    Reply
    • June 8, 2012 at 11:19 am
      Permalink

      Ini lah masanya Rafizi lembu membuktikan bahawa dia seorang yang bijak pandai..
      Aliran tunai kerajaan selangor kan berbilion ringgit disamping mempunyai penasihat ekonomi paling bijak didunia..
      Buktikan…
      Tindakan tepat dari PTPTN..
      aku menyokong tindakan ptptn sepenuhnya..

      Reply
  • June 8, 2012 at 11:25 am
    Permalink

    sepatutnya rafizi lembu gay tu patut gumbira la..tapi awat jadi kalut ni…kalau berdebat ..ko la heronya..sekarang ko jadi tikus mondok!! hehehe

    Reply
    • June 8, 2012 at 11:27 am
      Permalink

      Rafizi lembu memang cakap serupa bangsat.
      x da fakta..
      Hehehehehee.

      Reply
  • June 8, 2012 at 1:17 pm
    Permalink

    Tu la aku kata pembangkang malaysia adalah pembangkang tahap tepu yang paling ulung di dunia ni !

    apa saja kerajaan buat depa akan bangkang, baik ke buruk ke itu soal kedua..janji bangkang.

    kalau la Najib kumpul semua depa ni kat tepi laut…lepas tu Najib kata jangan terjun…maka berduyun-duyun la mereka akan terjun !!

    Janji bangkang..hehe

    Reply
    • June 8, 2012 at 8:44 pm
      Permalink

      Elok sekali andaian raplahjingaa. Ye, itulah ibaratnya kerana whatever kerajaan buat tak ada satu yang betul.

      Yang betul cuma impian mereka walau pun impian akan hanya tinggal impian umpama tong besar kosong penoh angin.

      Reply
  • June 8, 2012 at 3:36 pm
    Permalink

    sekarang biar mereka rasakan. khalid ibrahim sampai nak mortgage pulak tanah unisel utk membiayai pelajaran pelajar2 unisel. dah gila dah khalid ni.

    Reply
  • June 9, 2012 at 11:32 am
    Permalink

    Biasanya kalau makan free atau barang free ramai yang seronok walaupun qualitinya biasanya tak seberapa tapi ianya percuma, jadi orang tak kesah….

    Tapi adalah tersangat pelik kalau ada yang mati-matian tak mahu benda percuma/free…

    Reply
    • June 9, 2012 at 5:26 pm
      Permalink

      Tapi agak2 la free tu macamana. Kalau tak logik dan akan tergadai masa depan takkan nak free juga.
      Negara2 yg free yuran universiti kebanyakannya cukai berapa peratus..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *