Scorpene: Dari Dulu Pembangkang Lemah Bab Pertahanan

Share


PAKATAN haram di Malaysia ni kelihatan macam tahu semua benda dalam soal pentadbiran sebuah negara.  Penulis tegaskan disitu, ‘kelihatan’.  Termasuklah dalam hal ini, soal pertahanan.

Macam pembohongan dalam isu kapal selam Scorpene yang masih cuba dipertahankan walaupun dah banyak kali dibuktikan salah.

Untuk cerita kapal selam ini saja, dari dakwaan rasuah, tak boleh menyelam sehinggalah kepada tuduhan seorang wanita dibunuh kerananya, semuapun sekadar menunjukkan bahawa Pakatan haram ini sebenarnya tidak tahu apa-apa pasal pertahanan.

Biarlah penulis buka rahsia disini.  Kalau pakatan haram ini ada otak, mereka patut tahu negara kita memang pernah buat beberapa kesilapan dalam perolehan untuk menguatkan pertahanan negara ini dulu.

Kesilapan ini bagaimana pun bukan disengajakan, tapi lebih kepada tertekan dengan kemungkinan pengaruh komunis merebak setelah kejayaan Vietnam Utara menawan Saigon pada 1975. Kita sendiri pada waktu itu sedang berhadapan dengan perang gerila oleh Parti Komunis Malaya (PKM) aka hero Mat Sabu.

Pertama, kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Tun Hussein Onn pada akhir 70-an telah meluluskan pembelian 84 buah pesawat terpakai A4 Skyhawk dari Amerika Syarikat di bawah program PERISTA.  Ramai tidak tahu yang Amerika sendiri pun pelik kenapa Malaysia nak beli pesawat tinggalan perang Vietnam yang dah lama tersadai di padang pasir Arizona.

Kepelikan ini menyebabkan Amerika Syarikat beri designasi baru kepada pesawat Skyhawk itu sebagai A4 Skyhawk PTM – Perculiar To Malaysia.  Perkataan perculiar ini banyak digunakan untuk mengambarkan keanehan, walaupun ada kata ia merujuk kepada ‘khas’.

Sebetulnya, tidak pelik, cuma masa yang diambil untuk menilai pesawat baru, bukannya pendek tapi panjang.  Maka itu keputusan segera dibuat untuk membeli pesawat terpakai.

Dari 84 yang dibeli, hanya separuh yang dibaik pulih untuk digunakan, manakala separuh lagi ditinggalkan sebagai sumber alat ganti sebab Amerika dah tak keluar lagi dah jenis pesawat perang macam itu.  Dari separuh yang digunakan, hampir 1/3 jatuh terhempas termasuk satu yang menyebabkan juruterbangnya tidak dijumpai sehingga sekarang.

Kenapa pada waktu itu, DAP dan PAS tidak membangkitkan soal perolehan yang ternyata silap ini?  Tak payah jawab, sebabnya mereka tidak tahu, bodoh.  Walhal kalau nak dijadikan isu, memang ada isu disitu.  Mungkin bukan dari segi rasuah dan penyelewengan, tapi dari segi kewajaran memilih pesawat tidak layak terbang, yang akhirnya terbukti merugikan negara.

Kesilapan kedua, ialah bila negara hampir membeli pesawat pejuang tercanggih (waktu itu) jenis Tornado Gr-2 dari Britan pada 1987, sedangkan pada waktu tersebut tidak ada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berkelayakan mengendalikan pesawat canggih seumpama itu.

Menteri Pertahanan waktu itu ialah Datuk Abdullah Haji Ahmad Badawi, jadi sendiri mau fahamlah

Keputusan itu akhirnya dibatalkan oleh kerajaan Malaysia pada 1988 oleh  Menteri Pertahanan yang menggantikan Abdullah, siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir Mohd dan pesawat Tornado digantikan dengan pesawat pejuang ringan/serangan darat Hawk Mk 208/209 yang masih digunakan sehingga sekarang.

Tujuan penulis bangkitkan semua ini bukan sangat nak mengenang kisah lama, tapi sekadar nak memaklumkan kepada generasi muda hari ini bahawa Pakatan haram ini bodoh.  Bab yang ada isu dia tidak kompang-kompang kan, bab yang tidak ada isu itu yang dikecohkannya.

Scorpene ini tidak terkecuali.

Hakikatnya, tidak ada salah dan betul tentang perolehan sistem pertahanan.  Semuanya ikut keperluan negara masing-masing, disamping pakej persenjataan yang dimasukkan dalam perolehan.  Contoh kapal selam Scorpene yang diperolehi Chile dan Malaysia, berbeza dari segi harga (walaupun jenis sama) sebab Scorpene Chile tidak dilengkapi torpedo tercanggih jenis Blackshark, sedangkan Malaysia ada.

Syarikat Perimekar yang dituduh menerima rasuah bagi pihak Perdana Menteri sebanyak  €114 juta itupun sebenarnya adalah pembekal perkhidmatan sokongan untuk projek Scorpene selama 6 tahun.  Diulangi, pembekal perkhidmatan, bukan orang tengah seperti yang rancak difitnahkan Pakatan haram.

Pendek kata, Pakatan ini bodoh dan mereka cuba mengajak rakyat Malaysia ikut jadi bodoh macam depa juga.  Sebab itu penulis tidak bimbang bila mereka bangkitkan hal pertahanan, sebab dah tahu memang tidak akan sampai ke mana.



17 thoughts on “Scorpene: Dari Dulu Pembangkang Lemah Bab Pertahanan

  • June 7, 2012 at 11:29 pm
    Permalink

    sebenarnya mereka sedang mereka-rekakan cerita sahaja…tiada pembuktian pun.

    contohnya perimekar tu…bukannya mereka tak tahu bahawa tldm menghantar staff dan keluarga ke perancis untuk latihan…segala gaji,rumah,kenderaan dan pelajaran termasuk juga persedian latihan..permekar akan sediakan…tapi biasalah pembangkang bukannya reti pun, dia ingat bayar sebuah kapal selam…terus pihak pembuat akan sediakan anggota …hehehehehehe

    kadang-kala lucu juga …tapi yang jenis angguk dan pencacai…percaya bulat2..mereka sendiri kalau pergi bekerja pun pasti menyediakan perbelajaan makanan dan pengangkutan….tapi yeala…mereka tak berfikir melainkan hati dah hitam oleh dosa menfitnah…..

    oooppps paling lucu dia kata PM kita mintak rasuah eur5oojuta , lepas tu depa upkan sampai eur1 billion..alahai suaram….harga mintak rasuah dah melebihi harga pembelian kapal selam nun…gila ke apa…hahaha

    Reply
    • June 10, 2012 at 12:20 am
      Permalink

      Mana dia komen si lipas iPas yang kecoh sangat memanjangkan fitnah terhadap Najib?

      Jadi che iPas, berapa sebenarnya yg kau confirm bayaran rasuah kepada Najib, €114 juta atau €1 billion? Mana satu ni? Nak tuduh biar jelas dan tepat.

      Mana dokumen2 bukti yang sah? Contohnya spt dokumen RPK terhadap Azmin, barulah sah. Setakat baca cerita wartawan sangkut dari Perancis, itu bukan dokumen sah, atau sumber berita yg boleh dipercayai.

      Mana dia rujukan kes mahkamah di Perancis? Setahu saya, tidak ada pun kes ini dibawa ke mahkamah atau sedang dibicarakan. Bagilah linknya lipas.

      Suara Keadilan dan Harakah dalam tajuk utama mukadepan pernah tuduh “Najib disapeona ke Mahkamah Perancis, enggan hadir”. Mana link atau bukti sapena yang kononnya dikeluarkan itu. Mana dia lipas?

      Sudah tentu tidak ujud perbicaraan tidak ujud lah sapena. Tapi Suara Keadilan, Harakah dan Lidah Lipas kata ada, mana dia?

      Jawableh lipas, tak usahle linkkan ke berita wartawan kangkung atau suara haram Suaram, itu berita dan sidang akhbar, bukan bukti.

      Cerita suratkabar dengan bahan bukti adalah berbeza, tidak sama, different, not the same, ada faham ke lipas?

      Atau u memang ipas lipas yang ada masalah minda? Ada faham?

      Reply
  • June 7, 2012 at 11:31 pm
    Permalink

    cuba tanya penulis tu….ada 4 orang saksi tak? muahahahahahahahahahahaha…..

    Reply
  • June 7, 2012 at 11:40 pm
    Permalink

    Hihihii… Ini soal keselamatan negara, hihihi.. Untungla jadi Najib.

    Reply
  • June 8, 2012 at 12:06 am
    Permalink

    Ini lah kerja bangsat-bangsat melayu…dalam negara fitnah tak jalan…dicuba pula diluar negara…juak juak melayu bangang yang jadi pencacai bangsat-bangsat melayu bersorak sakan…tapi haram 1 bukti yang jelas pon takdak…setakat kata-kata kosong sahaja..budak darjah 1 pong reti buat cerita…mungkin lebih bagus lagi.(maaf terkasar bahasa sedikit)

    Reply
  • June 8, 2012 at 12:34 am
    Permalink

    segala unsur-unsur bebaur najis depa pandai la hidupkan.. memang depa jenis bangkai hidup.. menyemak je kat malaysia.. berambos je la.. lagipun Barisan yg memerintah.. yg x suka leh pegi mampos!

    Reply
  • June 8, 2012 at 3:50 am
    Permalink

    sebenarnya pembangkang sengaja tembak peluru kosong terhadap pertahanan negara. itu pon mungkin atas arahan atau desakan punasihat cine tua yg nak mampos dok selatan johor.. mane taw, tembak2 kot2 boleh terbukak lobang2 sulit ATM. tambahan pulak orang malaysia kalau ada masyuk apa pon boleh bukak.. tak percaya tanya asimen. jangan layan sangat karenah pembangkang yang pura2 bodoh tapi byk muslihat yang tersirat skang. yang penting lenyapkan sekor demi sekor kacang antu macam orang melayu dulu2 buat di tanah melayu..

    p/s. kalau setakat altantuya sepet, eliz kangkang lagi wangi kott..tak caye cube tanya nik aziz..kan gitu tok guru!!.. hikhikhik..

    Reply
  • June 8, 2012 at 5:05 am
    Permalink

    laa.. memang pukimak hang ni. ingat kan sumber dari greenpeace rupanya greenboc.
    blog dibayar oleh PAS dan geng picollo@dragon ball yg lain.
    kama hame hae!!! pukimak punya alasan.

    Reply
  • June 8, 2012 at 5:06 am
    Permalink

    buat la cerita pukimak tu. patut la PAS ni parti ajaran setan.

    Reply
  • June 8, 2012 at 7:17 am
    Permalink

    takde sapa nk layan opera bangang hangpa dah…hehehe…..kesian…org dh tak mau layan, merayu-rayu mintak komen….

    Reply
  • June 8, 2012 at 7:57 am
    Permalink

    pembangkang pakatan haram ni lemah anitbodi..tapi tak lemah nafsu syahwat je..hahah

    Reply
  • June 8, 2012 at 7:59 am
    Permalink

    lain kali humbankan pembangkang dalam scorpeone..lepas tu tinggalkan kat tengah tengah laut…padan muka diaorang hehehe

    Reply
  • June 8, 2012 at 8:30 am
    Permalink

    Beberapa tahun lepas isu komisyen pembelian kapal selam Scorpene pernah digembar gemburkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang sebagai skandal penyalahgunaan wang dan penyelewengan dana negara yang terbesar dalam sejarah tanahair.

    Bila disebut penyelewengan dan salahguna wang, wajib saja akan terbeliak mata penyokong pembangkang ditambah pula dengan tokok tambah kematian wanita Mongolia serentak dengan itu bergentayanganlah segala macam cerita angin mengaitkannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

    Walhal realitinya Altantuya yang dikaitkan dengan PM itupun langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot macam laki bini seperti disebarkan oleh penyokong pembangkang. Hingga saat ini PM sudah tiga kali mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut kalimah “Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi” menafikan penglibatannya dalam pembunuhan tersebut.

    Jika dihitung dari jumlah hari PM bersumpah, sudahpun melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang benar kerana berdasarkan huraian hadith dan pendapat ulama, sekiranya seseorang itu bersumpah palsu dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana dari Allah s.w.t akan menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2 bulan ataupun selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.

    Berbalik pada isu komisyen pula, sebetulnya ianya langsung tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna kuasa mahupun dana negara. Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO 114.96 juta (RM540 juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah untuk nilai kontrak bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi selama enam tahun.

    Malah, Datuk Seri Najib pada 14 Mei 2008 yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan juga mengambil tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam isu komisyen tersebut.

    Walaupun demikian, disebabkan tabiat sesetengah manusia yang mudah lupa, sukalah penulis sekali lagi mengutip fakta-fakta tersebut sekadar sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali memahami dengan jelas ke mana wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan.

    Untuk makluman semua, Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.

    Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop kerja sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang tempoh enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene serta pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut untuk tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene.

    Syarikat Perimekar Sdn Bhd itu bertanggungjawab sepenuhnya sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang mengkehendakinya melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana berikut;-

    i. Menyediakan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

    ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

    iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

    iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

    v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

    Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan sekali.

    Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu.

    Manakala bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam, tentu sahaja segala program dan latihan yang diatur di luar negara cukup bermanfaat supaya aset ketenteraan yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap optimum dan bertahan lama.

    Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan, kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu.

    Namun bagi pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar, mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan persenjataan dan pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya mempersoalkan jumlah sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah tersebut sebenarnya turut mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara kepada pihak musuh.

    Walaupun isu ini sudah sejuk namun menjadi kewajipan bagi penulis dan pembaca sekalian untuk terus menyebarkan kebenaran kerana apabila menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja pihak pembangkang akan cuba spin fakta mengikut sudut lain pula bagi mengabui mata khalayak umum.

    Malah pembangkang kini sibuk menyatakan bahawa Datuk Seri Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam pembelian kapal selam ini iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1 diikat dengan nilai RM 3.80 ) sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana nilai dua buah kapal selam Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira RM3.6 billion. Nampaknya, pembangkang tak henti-henti mahu menipu kerana percaya rakyat Malaysia mudah ditipu!

    Reply
  • June 8, 2012 at 1:02 pm
    Permalink

    hmmm…teringat propaganda moooo, scorpene hanya boleh menyelam sedalam 30 meter…hehe dia ingat tu tongkang pengedar dadah Bolivia ke ?

    Apa pun dalam bercakap tentang asset-asset pertahanan negara, kerajaan perlu berhati-hati..

    Kekadang DAP saja menjolok hal-hal pertahanan negara…supaya counter debate drp pihak kerajaan sedikit-sebanyak mendedahkan keupayaan asset-asset tentera kita…dan kita tahu siapa DAP…dan kita juga tahu guan eng mempunyai pejabat di singapork…yang tak tahu cai-cai pembangkang jer.

    Reply
  • June 8, 2012 at 9:31 pm
    Permalink

    Saperti yang kita selalu cakap puak puak haram ini siang malam pagi petang, malam sampai pagi balik kerja mereka duduk me-reka cipta issue yang boleh ditiup macam belon supaya meletup.

    Issue scorpene issue basi , semua orang tahu. Tapi apakan daya, dooms day sudah terlalu hampir dan mereka perlu talian hayat untuk terus bernafas. Hendak pergi direct terasa ngeri jadi mereka gunakan SUARAM yang bunyinya macam anak haram atau son of the bitch- SOB.

    SOB ini kononnya perlu ke France untuk menyiasat. Apa hak mereka untuk siasat dengan satu kerajaan luar , kita pun tak tahu. Apa pengaruh yang mereka ada untuk membuatkan satu kerajaan asing menjawab soalan mereka, kita pun heran.

    Terlalu jelas betapa desparadonya puak ini. Apakah daya hutang yang perlu dijawab oleh de facto laknatullah nya itu terlalu banyak. Pastinya hutang ini perlu dijelaskan sekurang kurangnya separuh walau tidak semua semasa kempen pilihan raya nanti. Issue iceream perlu penjelasan. Issue beri orang makan icecream dalam jamban pun kena jawab.

    Tak kan nak diam saja. Tapi mengenali mereka ini tak mustahil untuk mereka buat U-Turn atau konar baring. Mereka pun ramai loyar yang buruk yang tengah mengarang cerita untuk kurangkan impak terhasil dari kemungkaran yang mereka sendiri amalkan.

    Reply
  • June 9, 2012 at 12:13 pm
    Permalink

    Saya kurang jelas apa yang dibicarakan di mahkamah Perancis.. Boleh sesiapa tolong jelaskan…

    Mahkamah Perancis mahkamah Kanggaroo juga ke? Membicarakan kes tanpa bukti kukuh?

    Reply
  • June 10, 2012 at 12:26 am
    Permalink

    Budak iPas lipas ni bila tajuk pasal Kes rasuah Azmin Ali dia sebuk nak cerita pasal kapal selam.

    Bila dah buka tajuk pasal kapal selam, hilang pulak dia. Mana pula kau menyelam lipas?

    Belalang, oh Belalang, mana kau Belalang…?
    Eh, lipas oh lipas, mana kau lipas

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *