PRO-ANWAR IBRAHIM TERSUNGKUR MALU SEBAB GAMBAR @NajibRazak !!

Share


Tahniah MiM ucapkan kepada minuman isotonik 100 PLUS kerana berjaya mempromosikan produk mereka di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, baru-baru ini.

Selain daripada itu, ‘tahniah’ juga MiM ucapkan kepada bloggers otai / facebookers pro-pembangkang kerana turut serta mempromosikan satu lagi produk terbaru 100 PLUS semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 yang mencecah 2.4 juta pengunjung.

Mereka mungkin tidak sedar tetapi it is a free promotion for 100 PLUS dan sudah tentu menguntungkan produk tersebut!

Seperti biasa, media alternatif pro-pembangkang tidak mengkaji dengan mendalam sesuatu isu yang cuba dicanang-canangkan oleh mereka.

Dalam isu gambar DS Najib Razak di tin 100 PLUS ini, mereka bertepuk tangan keriangan kononnya berjaya memalukan Perdana Menteri kita dan produk isotonik 100 PLUS.


Dek gambar Najib Razak di tin 100 PLUS seperti foto di atas, pro-pembangkang menghentam tanpa usul periksa dan menyebarkan kepada orang ramai supaya boikot produk isotonik tersebut.

Dan benarlah seperti yang kita faham selama ini, batalion media alternatif pro-pembangkang terpaksa menjilat ludah dan gigit jari sendiri!

Rupa-rupanya, gambar Najib Razak hanya sekadar pelekat (sticker) di tin 100 PLUS! Sila baca kenyataan di bawah :

Kenyataan 100 PLUS Malaysia itu ternyata telah memalukan media alternatif pro-pembangkang! Mereka itu pula yang sekarang tampak kurang cerdik dan jatuh kredibiliti mereka kerana memainkan isu gambar Najib Razak!

Seperti yang MiM katakan sebelum ini, tanpa mereka sedari, media pro-pembangkang itu telah mempromosikan satu produk terbaru 100 PLUS.

Mungkin syarikat isotonik tersebut akan mulai print sesuatu program besar tajaan mana-mana pihak selepas ini.

Dan untuk mengurangkan aksi meroyan pro-pembangkang tantang isu gambar Najib Razak di tin 100 PLUS, di sini MiM sertakan satu gambar daripada pembaca anonymous.

Lihat di bawah :


Semoga mereka tidak meroyan lagi!



One thought on “PRO-ANWAR IBRAHIM TERSUNGKUR MALU SEBAB GAMBAR @NajibRazak !!

  • June 7, 2012 at 9:50 pm
    Permalink

    Tranungkite cakap lepas ni jualan minuman tersebut akan jatuh menjunam kerana mencari padah mencetak photo PM ditin minuman tersebut.

    Kenyataan yang penuh jaki, dengki, busuk hati dan tak puas hati. Setaraf dengan budak baru masok sekolah darjah satu, penggal pertama.

    Hampas bertaraf rendah rupanya puak pembangkang kat Msia ini.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *