Niat Jahat Mahfuz Tuduh Polis Dan UMNO Sabotaj Himpunan Hijau 100k Untuk Tutup Kemaluannya?

Share


Rasanya sudah dijangka PAS akan menggunakan taktik kotor di Himpunan Hijau Ke Putrajaya apabila dilaporkan dua beg plastik mengandungi dua buah bateri motosikal dan jam loceng ditemui oleh petugas yang membersihkan Stadium Darulaman yang menjadi lokasi himpunan tersebut.

Menariknya, PAS cepat-cepat menyatakan bahawa ia adalah dua set “bom jangka” yang cuba diledakkan oleh para penyokong UMNO di himpunan yang kononnya dihadiri oleh 100,000 orang penyokong parti itu.

Apatah lagi nota yang ditemui di dalam bes plastik itu berbunyi…

“HAMPA ANAK BERANAK MEMANG CELAKA BABI ANJING TAK HABIS2 NAK ROSAKKAN ISLAM… LGBT PUN HAMPA SOKONG… DEMI ALLAH DARAH HAMPA ANAK BERANAK HALAL BAGI KAMI… TUNGGU MASA SESUAI SAHAJA… ALLAHUAKBAR.”

Maka bersalak-salakanlah para pemimpin dan penyokong PAS menuduh bahawa UMNO yang punya angkara dan cuba mencetus keganasan terhadap mereka.

Untuk rekod, ketika artikel ini ditulis, belum ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak, termasuk oleh para pemimpin PAS mahupun para penyokongnya.

Yang ada ialah penyebaran pertuduhan beberapa pemimpin PAS Kedah dan para penyokongnya di Facebook yang menuduh UMNO sebagai dalang ancaman tersebut, selain mengesyaki pihak polis atau special branch (SB) yang cuba mensabotaj himpunan tersebut.

Persoalannya, apakah mereka punya bukti untuk menuduh UMNO sedemikian rupa? Dan apakah pihak berkuasa yang sangat banyak membantu kejayaan penganjuran himpunan itu tergamak melakukan sabotaj begitu rupa?

Yang peliknya, tiada pula sebarang unsur pembuatan bom jangka di dalam penemuan tersebut. Apakah bateri motosikal mampu diletupkan oleh jam loceng? Lainlah kalau “detonator” dan “main charge” yang digunakan untuk membuat bom jangka ditemui bersama…

Paling tolol ialah kenyataan Pengarah Majlis Himpunan tersebut, Mahfuz Omar yang tiba-tiba menuduh dan menyalahkan pihak polis, kononnya pihak berkuasa itu telah bertindak “menyerang dan mencetus keganasan” di stadium pada malam itu.

Tiba-tiba saja Mahfuz menuduh polis?

Padahal, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Fauzi Shaari, yang berucap pada malam itu sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada para anggota polis yang bertugas mengawal jalanraya dan menjaga keamanan di sepanjang himpunan tersebut.

Tiba-tiba saja Mahfuz bagaikan “anjing tersepit yang menggigit tangan yang melepaskannya” telah menuduh yang bukan-bukan terhadap pihak polis yang banyak membantunya di sepanjang program.

Sudahlah tidak punya sebarang bukti, tak malu pula berburuk sangka pada pihak berkuasa yang menolongnya? Apa punya jenis manusia Mahfuz Omar ini…

Pada saya, Mahfuz hanya mahu menutup malunya kerana gagal mencapai sasaran kehadiran para penyokong PAS di Stadium Darulaman pada 2 Jun lalu, terutamanya pada malam kemuncak majlis himpunan tersebut.

PAS mensasarkan seramai 100,000 orang untuk hadir di majlis itu. Memang benar stadium penuh dengan orang-orang PAS dari seluruh negara, termasuk di tengah padang.

Namun, perlu diketahui bahawa stadium itu hanya mampu menampung seramai 32,387 orang sahaja pada satu-satu masa dan Mahfuz memerlukan sekurang-kurangnya 3 buah Stadium Darulaman untuk memastikan sasaran 100,000 orang itu dicapai.

Sekiranya dipadatkan stadium dengan 40,000 orang, ditambah dengan 10,000 orang di padang, trek balapan, pintu masuk stadium dan di dalam tandas stadium, ditambah lagi 10,000 orang diluar perkarangan stadium termasuk para peniaga di gerai-gerai, jumlahnya hanya sekitar 60,000 orang sahaja.

Saya tahulah jumlah kehadiran para penyokong PAS kerana saya berada di lokasi himpunan dari selepas selesai solat Jumaat hingga majlis berakhir pada jam 12 tengah malam.

Meskipun saya hadir dengan niat sebagai pemerhati tidak rasmi dan menyokong UMNO, saya perlu berlaku adil dalam laporan bagi mengetahui tahap sebenar kekuatan PAS di Malaysia, khususnya di Kedah.

Terus terang saya katakan, jumlah kehadirannya tidak sampai 75,000 orang dan itulah yang cuba ditutup Mahfuz Omar agar dia tidak lihat sebagai seorang yang gagal dalam tugasnya…


20 thoughts on “Niat Jahat Mahfuz Tuduh Polis Dan UMNO Sabotaj Himpunan Hijau 100k Untuk Tutup Kemaluannya?

  • June 4, 2012 at 5:17 am
    Permalink

    biasa la cara org pas bercakap style betina meroyan.. bukti xde main cakap je.. org x sekolah mmg cam tu… dlm pada tu BN terus membela nasib rakyat sementara PAS sentiasa membuang masa rakyat

    Reply
  • June 4, 2012 at 6:45 am
    Permalink

    Fitnah ni pekerjaan syaitan…tp nak buat lagu mana, dah mahkluk tu kawan baik puak depa….

    Reply
  • June 4, 2012 at 7:58 am
    Permalink

    Aku paling benci kalau beruk Mampus Omar ni bercakap, sukahati kepala bapak dia saja hentam orang, bilalah org2 UMNO nak bagi pelempang kepala dia tu..

    Reply
  • June 4, 2012 at 8:01 am
    Permalink

    dah tau gagal..tau nak salahkan orang je si mahposs bean ni…cam budak budak la…

    dah geng katak hijau…tak ramai mana pun…heheheh

    Reply
  • June 4, 2012 at 8:57 am
    Permalink

    Byk Bendera dari orang…kah..kah..kah….

    Reply
  • June 4, 2012 at 9:45 am
    Permalink

    kenapaambilgambar masa orang rehat..kenapa tak ambil gambar masa majlis sudah bermula…kan stadium sehingga tak boleh masuk lagi dah…

    Reply
  • June 4, 2012 at 9:47 am
    Permalink

    pungutan derma ikhlas yang dapat malam tu lebih 140 ribu ringgit.. itupun dapat pungut separuh saja…

    Reply
  • June 4, 2012 at 10:00 am
    Permalink

    Saya doakan semoga doa Nizar makbul: Perhimpunan ini merupakan titik tolak kejatuhan PAS di semua peringkat termasuk di peringkat kerajaan negeri di Kelantan.

    Biasanya PAS tidak mempunyai masalah untuk memenuhkan stadium kalau setakat stadium Darul Aman. UMNO yang biasanya gagal penuhkan stadium sebab ahli-ahlinya liat sikit.

    Mana pergi hardcore PAS? Tempat duduk di Stadium Darul Aman tu pun tak penuh sejak dari pagi sampai malam?

    Reply
  • June 4, 2012 at 10:18 am
    Permalink

    “Dah tua pun BODOH”

    Reply
  • June 4, 2012 at 10:34 am
    Permalink

    DOK AGAKDAH…Puak PAS MUFLISIN ni akn cari UMNO jgk…. Adoiiilaaa bncinya aku dgn puak lembu hijau ni!!

    Reply
  • June 4, 2012 at 1:27 pm
    Permalink

    Huishhh..mahput nih memang teraaaa habis laaaaaa. Lepas pakar ekonomi,undang-undang n9h pakar bom pulak dahhh..hahahahaaaa.Kalau ikut kata orang tua-tua, nih adalah gila kasta yang agak tinggi.Tak payah pakai bom jangkaaa tak jangkaa kaaa kalau nak bagi puak-puak tuh lemas. Kalau kita pakat pi kentut dalam stadium tuh oun depa pakat rebah habisss.. Cissss…apa punya Yb boleh buat statement cap siput babi! Bangang tahap gaban sungguh.Sudah laaaaa..Pas dah tak dak hari dah di Kedahhh…mimpi saja..laaaa..Oppp lagi satu 100,000 orang hahahahaah

    Reply
  • June 4, 2012 at 7:15 pm
    Permalink

    Mafoz kalau tak berpolitik dia sekarang tengah ajar orang bawak kereta. Kaliber dia hanya jadi instructor driving school saja. Lebih tak ada.

    Kerana dia pandai fitnah selain berbohong (berbohong biasa, semua puak dia berbohong) maka dia diberi peluang masok pas. Main politik.

    Tapi lepas ini kita boleh tengok dia jadi instructor driving selepas Kedah dipulangkan pada Umno.

    Reply
  • June 4, 2012 at 9:36 pm
    Permalink

    Dah agak dah.Dia org ni kalau makan tercekik tulang pun dia salahkan Polis dan Umno.Alasan dia yg tangkap ikan tu orang Umno.Rakyat sekarang bukan bodoh dan bukan mudah nak diperbodohkan.Carilah alasan lain yg lebih konkrit.

    Reply
  • June 4, 2012 at 10:57 pm
    Permalink

    laknatullahu alaikum barua barua PAS sekiranya cuba bermain sentimen ini….walau mengkafirkan sesama umat kami tidak sanggup , apatah lagi berbunuhan dan mengebom. Bodohlah juak juak PAS nih.

    Reply
    • June 5, 2012 at 12:44 am
      Permalink

      Doktrin jahat inilah yg sentiasa dimasukkan ke dlm otak pencacai PAS trmasuklah di dlm kampus2 IPT, iaitu SB UMNO sgtlh jahat, ganas, dn akn lakukan apa shj pd mahasiswa pro PAS!

      Tp malangnya, sehingga kini belum jumpa lagi SB bom, bunuh, cederakan mahasiswa, sebaliknya mereka yg menggila merusuh dn sepak pukul Polis semasa di UPSI puak Adamadliberok dn BERSHIT

      krjn terlalu lembut dn terlepas pndng betapa kuatnya pengaruh PAS pd mahasiswa yg Islamik yg saban tahun merekrut kader2 baru secara ‘bawah tanah’ di sebalik nama persatuan rasmi mahasiswa Islam!

      Krn BN lngsung tidk kesah dn ambil iktibar bgaimana pndedahan seirang mahasiswi dr Skudai Johor dhulu tntng gerakan bawah tanah PAS di dlm kampus yg sgt kukuh berakar umbi dr batch ke batch.

      Ini lh benih2 yg skrg ini sgt bnci pd Krjn xusah buat baik mcm mnalah pd mereka, dn mereka inilah generasi pemikir think tank PR yg sarat dgn otak perusuh dn pembenci keterlaluan pd Krjn wpun entah apa asas nya pun tktahu yg setiap mlm merancang dn memikir bagaimana hndk hncurkn UMNO dn bkn. MIC atau MCA…

      Baik sgt krjn UMNO ini smpai org letak pisau dileher pn masih tidor lena… Mcm tu lh analoginya….

      Reply
  • June 4, 2012 at 11:04 pm
    Permalink

    Toyol p ltak betri motosikal pun dah gemar, Toyol tu budak mahfuz

    Reply
  • June 4, 2012 at 11:09 pm
    Permalink

    UMNO kene kerje keras lagi diperingkat negeri, tak nampak lagi himpunan yang besak-besak. Kalu ade pun bukan atas nama UMNO/BN. Semlm aku pergi kehulu perak, internet tak de, paper pun lambat sampai. Tapi ceramah meletup-letup and bendera PAS berkibaran dimerata tempat, hanya satu dua je bendera BN. Mana pergi nya jentera BN perak. DS Zambry bangun!! kerahkan jentera kalau nak menang

    Reply
  • June 5, 2012 at 6:20 pm
    Permalink

    Nih adalah musim “mat pet, mat gian, pakat bedah dan cucuk” carik duit..hahaha ..Kat kampung aku “Geng klinik pakar sendiri”kini menjadi “kadiaq” upahan kepada pembangkang khususnya Pas untuk ambil upah carik buluh, panjat pokok pasang bendera….

    Reply
  • June 7, 2012 at 4:43 pm
    Permalink

    mai kita bercerita tentang dua buah beg yg dijumpa pakcik tua pekerja stadium 2 hari selepas berlangsungnya himpunan hijau yg menyebabkan umno demam kora ni. aku nak ajak hampa pikir gaya org cerdik sikit..

    gini.. pakcik tu semasa dok cucui kawasan stadium ternampak duah buah beg ni yg ada kelengkap seolah-olah berisi bom, jadi sebagai pekerja dia pun bagitau bos dia iaitu pegawai perbadanan stadium tu yg menghubungi polis untuk mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku..

    baik.. maka mai la dua tiga orang pegawai polis utk sahkan kandungan beg tu, dan hasil pemeriksaan depa sahkan bungkusan ni kemungkinan bertujuan nak gagalkan himpunan hijau sekiranya beg tu dijumpa pada hari berlangsungnya himpunan hijau tu..

    atas nasihat dan pandangan bersama maka tiada laporan polis dibuat… lagi pulak beg tu tak da bom pun cuma cubaan jahat pihak2 tertentu nak gagalkan perhimpunan tu saja..

    ok selesai bab tu.. maka diambil keputusan tutup kes ni tanpa pengetahuan sesiapa pun kecuali pegawai polis yg ada masa tu, pegawai stadium dan pakcik tukang cuci tu saja..

    persoalannya macamana cerita penemuan beg dan nota amaran ni boleh sampai ke pengetahuan penulis yg gelar diri dia dukeofmontecristo ni?? apakah penulis ni pakcik tukang cuci yg tak reti blog memblog ni atau penulis ni salah seorang dari anggota polis yg hadir pada hari penemuan beg tu atau penulis ni pegawai stadium yg melaporkan penemuan beg ni kepada polis??

    berbalik kepada cerita penulis yg jugak hadir pada malam tu sebagai pemerhati yg menyokong umno..

    amat tersangat jarang bloggers pro umno bersusah payah dan bersesak-sesak utk hadir ke program pas atau pakatan hanya nak dapatkan laporan atau point penulisannya tambahan pulak sampai terpaksa merempuh jalan jammed.. kecuali la dia tu seorang SB @ anggota polis yg diarah utk berbuat demikian maka nak tak nak dia kena hadir jugak la walaupun terpaksa berhujan mcm hari tu..

    siapa penulis @ dukeofmontecristo yg boleh mendedahkan setiap butiran nota amaran dalam beg berisi “bom” tu???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *