Nepotisme: Azmin Sindir Anwar, Kak Wan dan Nurul Izzah

Share


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, baru-baru ini menegaskan bahawa PKR tidak wajar mengamalkan nepotisme di dalam parti itu memandangkan amalan tersebut dianggap tidak sihat bagi parti tersebut.

Kenyataannya itu sangat jelas menyindir pedas Ketua Umum, Anwar Ibrahim, yang juga “madu”nya, yang membariskan isteri, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden dan anak perempuan sulungnya, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR.

Pun begitu, Azmin dilihat sengaja memujuk hatinya dengan menyatakan bahawa dia yakin bahawa amalan nepotisme yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim itu tidak akan menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi parti itu.

Menurutnya lagi, PKR kononnya sangat demokratik dan sangat telus mempraktikkan amalam demokrasi di dalam setiap pemilihan kepimpinan PKR.

Saya melihat kenyataan Azmin tersebut merupakan satu kenyataan “sedih”, “kecewa”, “rasa tergugat” dan cuba meraih simpati dari para penyokong parti yang kini lebih menyedari “kedudukan istimewa”nya di mata Anwar.

Sebagaimana maklum, seluruh negara, para penyokong dan pemimpin PKR sendiri mengakui bahawa Azmin merupakan “madu emas” yang menjadi kesayangan Anwar Ibrahim.

Meskipun Anwar menerima rungutan, komplen dan laporan tidak enak yang menunjukkan sikap Azmin yang melampau serta suka bertindak sesuka hati, Ketua Umum PKR itu hanya berdiam diri dan lebih gemar menyebelahi Azmin.

Meskipun sumber PKR memberitahu bahawa Azmin pernah bertindak menyakitkan hati dan bersalahan dari semangat parti, tiada sebarang tindakan dilakukan terhadapnya.

Justeru itu, dikhabarkan bahawa Kak Wan dan Nurul Izzah tidak senang hati dengan “kekebalan” Azmin dan mereka berdua telah mendapat sokongan padu dari akar umbi PKR untuk menumbangkan Azmin pada pemilihan PKR yang akan datang.

Tambahan pula dilaporkan bahawa Kak Wan dan anak-anaknya memang tidak menyenangi Azmin sejak “peristiwa hitam” yang dikatakan ada kaitan dengan video-video yang dimiliki oleh Nallakaruppan.

Mengenangkan nama “Tivolli Villa”, “ais krim” dan nama “Shamsidar Taharin”, dikatakan bahawa hati Kak Wan dan anak-anaknya hancur lebur bagaikan hati Mak Tom yang dihancurkan oleh Azmin.

Azmin dikatakan enggan mengalah dengan memulakan serangan terhadap Kak Wan, Nurul Izzah dan keluarga Presiden PKR itu (melainkan Anwar), dengan sengaja menimbulkan isu nepotisme serta mengharapkan agar anak-beranak Anwar itu tidak dijadikan pemimpin utama PKR.

Namun, secara tidak langsung Azmin terlupa bahawa apabila dia menyebut mengenai isu nepotisme di dalam PKR, maka secara tidak langsung dia juga menyerang Anwar Ibrahim yang merupakan suami Kak Wan dan bapa Nurul Izzah.

Lebih menarik lagi, dalam kenyataannya itu juga dia mengingatkan Anwar tentang serangan bekas TPM itu terhadap mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dan menuduh negarawan itu mengamalkan nepotisme (padahal Tun M tak amalkan nepotisme pun!).

Apa petanda dari kenyataan Azmin itu? Apakah dia cuba meruntuhkan dinasti Anwar Ibrahim, isteri dan anak-beranaknya di dalam PKR? Berjayakah Azmin di dalam permainannya itu? Kita tunggu episod Azmin Vs Keluarga Anwar yang seterusnya pada pemilihan PKR kali ini…

Seperkara lagi yang harus ditunggu ketika pemilihan nanti, apakah para pemimpin PKR yang bertanding mengamalkan demokrasi dengan kerusi melayang, duit berterbangan dan pergaduhan sehingga melibatkan laporan polis lagi selepas ini.

Biasalah. Kalau tidak ada drama “hindustan”, bukan PKR namanya, kan?


13 thoughts on “Nepotisme: Azmin Sindir Anwar, Kak Wan dan Nurul Izzah

  • June 4, 2012 at 6:38 pm
    Permalink

    Dapatkan Versi Baru filem Keluarga 69 yang sedang hang dipasaran dalam bentuk DVD…lebih padat dgn unsur2 lucah untuk tatapan penyokong2 setia LGBT….Filem ini telah di arahkan dan juga dilakonkan oleh pengarah dan pelakon filem lucah terkenal negara….tidak lain dan tidak bukan Sdr. Anwar Aljuburi Alliwati..

    Sebahagian hasil kutipan jualan filem ini juga akan disalurkan kepada Yayasan Keghairahan LGBT Se-Malaysia…Harap Maklum.

    Reply
    • June 4, 2012 at 11:41 pm
      Permalink

      ‘ais krim’ bole dijadikan sumbangan ke bro…hehe

      Reply
      • June 5, 2012 at 12:41 am
        Permalink

        boleh bro…tp pastikan ice cream tu berjenama ‘aismin conekto.’

        Reply
  • June 4, 2012 at 6:59 pm
    Permalink

    Dia sedar dia dikutuk saban hari. Dia dimaki saban hari. Dia sendiri mengaku bahawa dia dimaki orang saban hari selain dari cacai dan pemuja dia .

    Silap silap bini dia sendiri pun maki dia saban hari (secara niat dalam hati)

    Dia sedar itu semua kerana dia tahu dia jahat, dia pengkhianat, dia kotor dan dia laknat.

    Orang laknat tak layak didoa dan dipuji tetapi dimaki.

    Maka dengan makian manusia sepanjang hari disetiap masa, apalah sangat perli dari kekasih dia. Tentunya perlian itu tak mampu memberi kudis padanya barang sekelumit.

    Dia sedar lidah dia bercabang. Dia tahu jika cara yang sama diamal oleh pihak lawan, akan diungkit, diburukkan serta ditentang habis habisan. TEtapi hakikatnya musuh dia tak ada satu pun yang mengamal nepotism dalam parti mereka. Tak ada parti anak beranak kecuali sekutu dia dalam puak laknat lagi jahanam itu saja.

    Reply
  • June 4, 2012 at 9:30 pm
    Permalink

    Tu la PKR ni,mengata dulang paku serpih mengata orang dia yg lebih.Ini semua adalah balasan ALLAH SWT kepada org2 yg selalu menabur fitnah.Segalanya dah berbalik pada mereka lagi teruk pulak tu.Dari isu moral sampailah isu rasuah dan salah guna kuasa semua dah dapat rakyat Malaysia saksikan .cuma yg dah taksub je tak dapat menerima hakikkat dan kebenaran.

    Reply
  • June 4, 2012 at 9:42 pm
    Permalink

    asmin semakin disisihkan dari pkr semenjak isu ais krim serta berkongsi isteri dengan anuwar.

    PAS yang menjadi rakan sekutu sahaja yang masih berpaut didahan yang makin rapuh. Bagi golongan agama dalam pas anuwar dan asmin hanyalah batu loncatan untuk memenuhi impian mereka ke putera jaya. PAS sendiri tahu bahawa nik aziz dan hadi awang tidak layak menjadi pm kerana pemimpin utama mereka dungu dan bebal, sebab itu mereka memilih orang yang lebih liberal untuk jadi pemimpin dalam pas dan menolak pemimpin kuno mereka. Nampaknya peluang untuk Khalid samad, DR Zulkifli serta Jamaruddin Jaafar akan melangkah meninggalkan golongan agama dalam pas.

    Reply
  • June 4, 2012 at 9:42 pm
    Permalink

    UMNO pun nepotism ….

    projek2 ….

    Reply
      • June 4, 2012 at 10:47 pm
        Permalink

        tuh ni dh keletihan & lemah longlai…dia guna bateri Cap 3A yg dah nak expire….

        Reply
  • June 5, 2012 at 12:27 am
    Permalink

    “bang mas bang mas… tolong la bagi idea apa yg i nak klentong depa ttg ice cream nye cita ni.. dah tarak idea dah ni..”, Bang mas : “ho ho ho.. min mhanjha.. yg ni wa x leh champho.. lu punya ais clim.. u sendri punya peti sejuk la.. ho ho ho wa x mau campo wo..” – mana x panas hati.. kui3..

    Reply
  • June 5, 2012 at 10:17 am
    Permalink

    mesti masa berucap tu dia lupa diri akibat mabuk daun ketum. bila dah sedar baru perasan apa yg dia ucapkan tu kena kat batang hidung parti dia.

    Reply
  • June 5, 2012 at 8:33 pm
    Permalink

    Bukan setakat napotisme, malahan liwatime,analtisme,biniolangtisme,amoitieme,jambutisme,gaytisme dan sewaktu dengannya. Lebih teruk lagi,penyokong PKR/pembangkang telah dibangangtisme serta dikaldaitisme juga..hahaha Pakatan Rakyat dalam kata lain PARTI LETIHTISME…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *