Pakatan Selangor: Isu Padang Pun Tak Boleh Selesai, Janji Banyak Tak Tunai

Share


ORANG kata, bukan penulis kata tau, Pakatan haram yang memerintah Selangor itu banyak hebat.  Segala macam kejayaan yang dicapai sejak 4 tahun lepas sehingga katanya selepas ini kalau letak kambing jadi calon pun, parti-parti komponen dalam Pakatan haram ini akan menang.

Ini kata orang.

Tapi kelihatannya, disebalik semua itu, hari-hari kita dihidangkan dengan masalah yang hampir kesemuanya dikaitkan dengan kerajaan negeri.  Masalah sampahnya, air percuma yang tak semua orang dapat, punca bekalan air bersih itu sendiri dan sebagainya.  Cakap sampah ini sahaja, hidung rakyat Selangor dah naik tepu dengan bau sampah lama tak berkutip.

Terbaru ini isu padang PKNS di Kelana Jaya pulak.  Seperti yang semua tahu, Ahli Parlimen Kelana Jaya ini tak reti berbahasa melayu, dia hanya pandai rakam video orang mabuk cakap sorang-sorang.

Soalnya warna dalam peta.  Satu peta warna merah (tanda boleh dibangunkan) dan satu lagi warna hijau (tidak boleh ada pembangunan).  Kalau penuli salah, betulkan, tapi lebih kurang macam itulah kisahnya.

Bila bercakap soal tanah ini, memang sejak Pakatan haram mengambil alih, tanah di Selangor menjadi rebutan semua pihak berkepentingan, macam di Pulau Pinang juga.  Paling ke depan sudah tentulah tycoon cina yang membiayai kewangan DAP dan seterusnya PAS serta PKR.

Sebab itu kita fikir amat tidak logik sekali pihak-pihak berwajib dalam isu padang PKNS ini boleh ‘tersilap’ menandakan dalam peta sama ada tanah itu boleh dibangunkan atau tidak.  Penulis tidak rasa itu masalahnya, sebaliknya warna itu cepat-cepat ditukar setelah isu ini menjadi punca kemarahan rakyat yang menyaksikan Azmin Ali puas dimaki hamun penduduk minggu lepas.

Konon nak datang jadi hero, akhirnya menjadi sasaran maki hamun.

Paling menggelikan hati bila kerajaan Pakatan haram Selangor sendiri menubuhkan jawatankuasa menyiasat macam mana ‘kesilapan’ itu boleh berlaku.  Boleh percaya ke ni?  Sepatutnya pihak yang lebih berkecuali menyiasat, bukannya kerajaan negeri menyiasat PBT dibawah kendalian kerajaan negeri sendiri, tak gitu?

Penulis tidak hairan kalau nanti ada yang dikambing hitamkan dan diletak semua kesalahan.

Bila dilihat semula, apa masalah sehinggakan isu kecil macam padang pun boleh jadi masalah?  Kata hebat, kata terer, BN ni semuanya yang tak baik, tapi bila dia perintah, soal kecil macam padang pun tak boleh selesai?  Usah kata soal lain-lain yang lebih besar, macam isu janji 2008 yang berderet lagi tak bertunai.

Ini rakyat perlu fikirkan, apa jenis kerajaan yang anda pilih pada 2008.  Penulis lihat, takde apa yang hebat pun bila puak ini mengambil alih, hebat gebang adalah tapi dari segi apa yang boleh dilihat dan dinilai, hampir tidak ada apa.


17 thoughts on “Pakatan Selangor: Isu Padang Pun Tak Boleh Selesai, Janji Banyak Tak Tunai

  • June 3, 2012 at 9:21 pm
    Permalink

    Kalau ada MB Gagap bin Binggal cam nielah jadinya Negeri Selangor yg kita Sayangi. Dahlah tuu MB & Exco2 yg ada semua bakkan “LANUN DARAT” yg siang malam mencari peluang mudah nak samun harta negeri sebelum terlambat (madsud akau bila dah BUNGKUS PRU13 nti)…Jangan kata Tanah Public/Raayat ie. Padang PKNS, Harta Negeri yg ada pon bolih diJual(b’gnan. PKNS) dan Hasil Bumi/Pasir, jng dok katalah. Masaalah Sosial..Perghhh..Rekod Bro..Tumboh macam Cendawan ie. Hotel Murah/Budget, SPA/Rumah Urut++++, Kemasokkan CinaDoll utk market Pelacuran + utk Stok SiNuar dan bab dan sampah dah malas nak dengar tak settle2..tegok muka MB*Exco dia dah serupa mcm TONG2 or LORI2 SAMPAH…Nak pilih lagi k’jaan camnie ker lagi raayat SELANGOR???????

    Reply
  • June 3, 2012 at 9:27 pm
    Permalink

    Jika masalah padang pun mereka tak mampu selesaikan, bagaimana mereka nak selesaikan masalah lebih besar seperti isu luar negara, isu ekonomi. Bercakap memang lah mudah, bila diberi amanah maka inilah jadinya.

    Reply
    • June 3, 2012 at 10:02 pm
      Permalink

      UMNO pun banyak isu tak selesai …

      pi kat Johor, sarawak sabah

      Reply
      • June 4, 2012 at 9:06 am
        Permalink

        1 negeri puya isu pon xleh settle…nak jaga 1Malaysia konon…..piee lah butoh..

        Reply
  • June 3, 2012 at 9:47 pm
    Permalink

    Mereka tak bekerja. Kerja mereka hanya bercakap.

    Skandal banyak. Nak tutup cerita skandal lagi, nak berdaleh lagi, nak berbohong lagi…. Nak fitnah orang lain lagi… Bila ada masa mereka nak fikir pasal padang, pasal longkang.

    Reply
  • June 3, 2012 at 10:01 pm
    Permalink

    Peraturan atau undang-undang yang telah Allah S.W.T. tetapkan dan tentukan kepada manusia adalah lengkap, iaitu dengan meliputi aspek akhlak, ibadat, muamalat, politik dan sosial. Hal tersebut kerana Allah S.W.T. yang mencipta manusia dan amat mengetahui apa yang diperlukan dan sesuai dengan manusia itu.

    Nampak nya Najib PM lagi Maha Megetahui dari Allah, apa Najib cakap “Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak menyatakan Alquran tidak berpaksi kepada “realiti sebenar”.

    Semua penyokong dan pengundi UMNO/BN berdiam diri tak berani nak komen nanti takut terbang periok nasi, tak tak dapat rezeki dari Najib, tak dapat jawatan. Bukan senang nak tinggalkan kereta, pemandu, rumah rasmi. Kesian penyokong dan pengundi UMNO/BN bertuhan kan manusia rupanya.

    Nabi Muhammad selama 22 tahun menerima wahyu dari tuhan, akhirnya dikatakan Al quran tidak berpijak dibumi nyata. Sudah 1400 tahun alquran digunakan oleh orang-orang Islam, tapi akhirnya dicampak kan oleh Najib ke longkang jea…. dengan sekelip mata . Kerana alquran tidak berdasarkan reality semasa Kerajaan BN dan UMNO yang memerintah Malaysia ….

    Reply
    • June 4, 2012 at 9:04 am
      Permalink

      Bagusnya FITNAH…namapon butuh, mulut mcm butuh MakBapak dia gak…kah..kah..kah…

      Reply
  • June 3, 2012 at 10:06 pm
    Permalink

    pemerintahan Umno dibawah Zambry telah menghapuskan lebih 8000 hektar hutan simpan. Dengan lebih tepat, sejak Zambry jadi MB, Zambry telah memansuhwartakan seluas kira-kira 8,548.43 hektar Hutan Simpan di Perak.

    Dan bagi sapa-sapa yang tak berapa faham tentang hutan, bila status Hutan Simpan itu dimansuhkan, maka balak-balak dalam hutan tersebut sudah boleh dikeluarkan. Habih hutan di Perak ni Yob!!

    Lebih teruk lagi, pada 7 Mac 2012 saja, Zambry telah memansuhkawartakan seluas 1855.34 hektar hutan simpan. (4582 ekar). Tauke-tauke mana yang dapat balak ni? Yaang ni aku tak tau..tapi aku rasa tak lama lagi boleh tau. Apa yang diperlukan ialah member-member dari Pejabat Hutan dan Pejabat Tanah tolong supply info.

    Untuk memudahkan hangpa membuat carian, aku sertakan maklumat dibawah ini.

    1. 21 Mei 2009: 101.09 hektar. Hutan Simpan Batu Undan.
    2. 11 Nov. 2009: 40.47 ha. Hutan Simpan Segari Melintang.
    3. 8 Julai 2009: 5.24 ha. Hutan Simpan Lumut.
    4. 6 Jan 2010″ 121.16 ha. Hutan simpan Teluk Muroh.
    5. 31 Dis. 2009: 2.20 ha. Hutan Simpan Pangkor Selatan.
    6. 9 dis. 2010: 3178.14 ha. hutan Simpan Gunung Besout.
    7. 23 Dis 2010: 500.50 ha. Hutan simpan Kledang Saiong.
    8. 17 Jan 2011: 145.68 ha. Hutan Simpan bintang hijau.
    9. 18 Ogos 2011. 748.6 ha. Hutan Simpan Korbu.
    10. 2 Disember 2011: 69.55 ha. Hutan Simpan Korbu.
    11. 6 disember 2011: 567 ha. Hutan Simpan Sungai Kroh.
    12. 10 Jan 2012″ 1214 ha. Hutan Simpan Korbu.
    13. 1 Mac 2012: 390 ha. Hutan Simpan Bukit Slim
    14. 1 Mac 2012: 75.27 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
    15. 1 Mac 2012: 87.41 ha. Hutan Simpan Bukit tapah.
    16. 1 Mac 2012: 92.24 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
    17. 1 Mac 2012: 116.69 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
    18. 2 Mac 2012: 69.88 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.
    19. 2 Mac 2012: 70.41 ha. Hutan Simpan Bukit Tapah.

    Reply
    • June 4, 2012 at 9:02 am
      Permalink

      Manalah sibutuh ni dpt cerita DONGENG nie…kah..kah..kah….

      Reply
      • June 4, 2012 at 9:19 am
        Permalink

        rilek la tuh….hutan Elizabeth Wong kan tebal lg…..bwk2 bertenang…..

        Reply
      • June 5, 2012 at 12:29 pm
        Permalink

        nampak macam best je data tu … ala sambil hirup kopi buang masa ..copy and paste la

        Reply
  • June 4, 2012 at 10:25 am
    Permalink

    Isunya kat selangor la butoh…tgok tajuk

    Reply
  • June 4, 2012 at 11:07 am
    Permalink

    janganlah nak buat statement yg tiada fakta.bila masa yg Dtk Sri Najib cakap mcm tu dan bila Dtk Sri Zambry hapuskan hutan.Setahu kita Nik Aziz yg cakap Allah Taala tiada kuasa mutlak.Kita ada bukti,cuba tengok youtube.Nizar pulak nak bagi bukan Melayu tanah hak miilik kekal 999 tahun.Jgn lah terbalikkan cerita.Tak baik menipu berdosa.

    Reply
  • June 4, 2012 at 11:44 am
    Permalink

    Nama (butuh) pun dah tak melambangkan seorang Islam.Guna lah nama yg elok sikit.Yg nak marah sangat dgn PM ni apa hal…Kalau tak de PM dan allahyarham Tun Razak tak mungkin negara kita boleh maju mcm sekarang dan kamu pun tak mungkin boleh komen dlm internet mcm ni.Belajarlah menghormati pemimpin terutama pemimpin Islam yg bertaraf dunia mcm Dtk Sri Najib.Berpijaklah di bumi nyata.Kesemua ketua negara kita selama ini adalah PEMIMPIN ISLAM BERTARAF DUNIA.Malulah sikit dgn diri kita yg tak de taraf langsung ni.Tu lah asyik baca Harakah aje.Bukalah minda sikit bacalah juga akhbar lain dan carilah sumber dan fakta yg benar.

    Reply
    • June 4, 2012 at 4:41 pm
      Permalink

      dIA tu antara manusia yang hati mereka sudah hitam. Bila hati hitam, otak jadi bebal. Kalau ditanya kenapa mereka marah sangat pada orang itu,orang ini, pasti mereka tak ada jawapan khusus. Yang jelas mereka disuruh membenci jadi mereka pun benci.

      Reply
  • June 4, 2012 at 12:26 pm
    Permalink

    Nama dia pun dah melambangkan keperibadian… Tak usah layanlah org yg buruk keperibadian mcm ni…

    Reply
  • June 5, 2012 at 12:32 pm
    Permalink

    dia tak sedar dia tinggal dimana , dan kerajaan dok buat apa yang selama ni mcm bulan empat says

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *