Pasca Bershit 3.0: Siapa Kata Majlis Peguam Dan SUHAKAM Bijak Dan Wajar?

Sebenarnya, saya sudah muak dengan kerenah Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malayasia (SUHAKAM) yang seolah-olah begitu bodoh dalam menghukum cara pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhadapan dengan himpunan Bershit 3.0 pada hujung April lalu.

Majlis Peguam yang dipengerusikan oleh “anak didik” Ambiga, kelihatan begitu bebal dengan kenyataannya yang mengutuk PDRM yang dikatakan bertindak ganas terhadap para peserta himpunan Bershit tempohari.

Begitu juga dengan SUHAKAM yang menyatakan bahawa pihak polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam sekaligus menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak begitu di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India dan beberapa kawasan terbabit yang huru-harakan puak-puak Bershit.



Persoalannya, bagaimanakah cara yang “PALING WAJAR” bagi pihak berkuasa berhadapan dengan himpunan yang mempergunakan perkataan “himpunan aman” dan kemudiannya bertindak ganas di tempat awam serta pihak berkuasa?

Dalam mengkritik tindakan pihak berkuasa terhadap “sahabar-sahabat karib” Majlis Peguam dan SUHAKAM itu, mereka langsung tidak memberikan cadangan atau cara bertindak yang mereka fikir “wajar” untuk “mengajar” perusuh-perusuh berbaju kuning itu.

Apakah tindakan polis terhadap perusuh-perusuh itu ganas? Ya, memang ganas. Namun, perlu diingat bahawa pihak PDRM yang bertindak ganas kepada mereka-mereka yang melampau batas sahaja.

Pada yang tidak melampau dan mengikut arahan pihak berkuasa, mereka sedikit pun tidak dijentik!

Saya ingin bertanya kepada semua peguam-peguam yang kononnya bijak pandai dan profesional itu, sekiranya datang beratus orang berbaju kuning ke rumah mereka, menggoncang pagar, memaki hamun dan membaling objek keras sebagai membantah yuran guaman mereka yang dikatakan tidak berpatutan, apa yang mereka rasa?

Sekiranya mereka mendapat injunksi mahkamah supaya ratusan orang di depan rumah mereka tidak diganggu atau diceroboh dan diberikan puluhan anggota polis berkawal di depan rumah mereka, dan kemudiannya ratusan orang tersebut tetap merempuh masuk ke rumah mereka serta membelasah polis-polis tersebut, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh anggota polis berkenaan?

Apakah anggota polis itu wajar menadah muka, kepala dan tubuh badan mereka untuk dipukul dengan topi keledar, kayu, besi, botol, batu dan pelbagai objek merbahaya yang lain dan bertahan begitu saja tanpa sebarang tindakan lain?

Apakah peguam-peguam itu fikir seluruh anggota polis di Malaysia ini layak dilayan seperti “punching bag”? Apa kata kalau puak-puak yang merusuh itu menjadikan peguam-peguam itu saja sebagai “punching bag”?

Mungkin dengan cara itu maka Majlis Peguam akan menyatakan tindakan ganas PDRM terhadap perusuh itu wajar? Begitu?

Kenyataan SUHAKAM yang menyatakan bahawa “polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam” adalah kenyataan yang paling bodoh dalam sejarah hak asasi manusia di seluruh dunia.

Kalau perusuh menggunakan kawasan awam sebagai lokasi untuk mereka merusuh, apakah wajar PDRM menembak gas pemedih mata di kawasan hutan? Kalau tidak ditembak ke kawasan awam tempat perusuh membuat kacau, di mana harus ditembak gas pemedih mata tersebut?

Saya fikir, barisan SUHAKAM yang menyatakan pendirian sebegitu bodoh hanya menjatuhkan reputasi hak asasi manusia sahaja. PDRM menembak gas pemedih mata itu untuk menyuraikan rusuhan yang dilakukan di tempat awam dan perusuh-perusuh itu bertindak melampau terhadap pihak berkuasa itu.

Jelas dalam bukti-bukti yang dipamerkan oleh PDRM menyaksikan puak pelampau itu menceroboh, bertindak ganas dan menyerang pihak berkuasa itu terlebih dahulu sebelum polis bertindak.

Saya fikir, panel-panel SUHAKAM yang mengeluarkan kenyataan tersebut lebih wajar untuk meletak jawatan saja dari badan bebas itu kerana jelas ia merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak adil sama sekali.

Majoriti rakyat marah pada Bershit dan Pakatan Haram yang menghuru-harakan ibunegara, mereka bersorak “padan muka” pada puak-puak tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM atas kecekapan mereka bertindak “ganas yang wajar” terhadap puak-puak pelampau itu.

Peliknya, Majlis Peguam dan SUHAKAM pula yang “buta” dan mengeluarkan kenyataan bodoh serta tidak adil kepada wira-wira negara yang berjaya mengawal keamanan negara dari keganasan melampau puak-puak perusuh itu.

Apa Majlis Peguam dan SUHAKAM “makan suap” ke?

31 thoughts on “Pasca Bershit 3.0: Siapa Kata Majlis Peguam Dan SUHAKAM Bijak Dan Wajar?

  • May 13, 2012 at 10:49 AM
    Permalink

    BuBAR je BAR COUNCIL dengan SUHAKAM ni..sebab dalam tu banyak hantu..hehehe

    Reply
  • May 13, 2012 at 11:14 AM
    Permalink

    Saudara wajar tanya Pak Lah apa dia buat masa dia jadi PM , dia kerjap dengar suara pakatan, dia tubuh suruhanjaya kerana pakatan, dia Tibai polis sebab Pakatan, akhir dia di paksa turun sebab Pakatan, so wajarkan kah kita lupa dgn jasa dia itu? 2008 berapa ramai polis dan keluarga serta kawan2 polis undi pakatan? Bukan pakatan bagus sebab PakLah tak bagus, Amgiga laknat tu d agongkan semasa Pak Lah jadi PM, lupakah kita, Doa kita agar 1 masa penjenayah masuk dan rompak ahli suhakam an MP masa itu apa mereka cakap, penjenayah bebasa masuk di mana mana premis , itu hak kebebasan mutlak penjenayah masa kini, Polis kini da tak ada apa apa, cuma tinggal jadad tanpa Roh sebab itu , Rela, Jpam, Tentera bantu Polis, why? Sama sama kita fikirkankan, Tanpa Polis saya ingat MP dan suhakam tak akan kemana-mana, sebab ada keamanan semua di politikan demia TIBAI, wasalam

    Reply
  • May 13, 2012 at 11:36 AM
    Permalink

    Yang duduk dalam Majlis Peguam dan Suhakam semua haram jadah… musa hitam lagi haram jadah.

    Reply
    • May 14, 2012 at 1:55 PM
      Permalink

      Ada sesuatu pepatah yang berbunyi…apabila seseorang menuduh yang lain, satu jarinya menunjuk ke arah pihak yang dituduhnya, manakala tiga jarinya point the direction ke atas penuduh itu sendiri. Fikir- fikirkanlah pepatah ini..kawan Paklang.

      Reply
  • May 13, 2012 at 3:42 PM
    Permalink

    Tak ada sapa pun kata majlis peguam dan suhakam bijak dan wajar.

    Suhakam tak mau siasat ke kerugian peniaga-peniaga semasa bershit….suhakam ni barang peninggalan pak lah….macam pak lah jugak….tak berguna langsung !

    Reply
    • May 14, 2012 at 11:37 AM
      Permalink

      habis madu sepah d buang…. Wahai Najib, hati2 kerana inilah wajah pendokong UMNO. Orang yg. memaki orang lain depan kita tak mustahil akan memaki kita depan orang lain.

      Reply
      • May 14, 2012 at 1:09 PM
        Permalink

        hehe bujuk…angin satu badan nampak ! aku tau cai-cai macam hang suka sangat pak lah memerintah….tapi sayang, kami tak suka, bila kami tak suka…presiden UMNO pun boleh kami turunkan dengan desakan.

        Bukan macam hangpa, mayat hidup pun hangpa puja buat tugu.

        Reply
        • May 15, 2012 at 11:23 PM
          Permalink

          Ini kenyataan… apa Paklah punya team buat pada TunM bila berkuasa. Sekarang Najib team buat pada Paklah.. coming soon kalau Muhyidin jadi PM, team dia akan burukkan Najib pulak. Supaya Muhyidin tak sempat kutuk Najib kita alih sokonggan pada PR.

          Reply
  • May 13, 2012 at 4:01 PM
    Permalink

    suhakam mana dapat sumber kewangan yek

    ada sapa tau tak, apa kata kasi bongkar sumber kewangan suhakam ni

    Reply
  • May 13, 2012 at 4:05 PM
    Permalink

    Bar Council dah mabuk. Minum banyak sangat dekat bar. Barring aje mereka ni.

    Reply
  • May 13, 2012 at 10:18 PM
    Permalink

    Ambo tak rasa heran sikap negatif Majlis Peguam & SUHAKAM. Pemimpin badan tersebut memang pro-pembangkang jadi semua tindakan kerajaan tidak disenangi mereka. Akal pemikiran para hakim dalam SUHAKAM & pengamal perundangan dari Bar Coucil telah didoktrin oleh dalang yang misterius supaya bersikap bias untuk menentang kerajaan pilihan rakyat.

    Kalian cayo la kecek ambo…!!!

    Reply
  • May 14, 2012 at 1:00 AM
    Permalink

    Kedua-dua badan tu satu badan dgn Aljuburi…semua dah tau pun….

    Reply
  • May 14, 2012 at 1:19 AM
    Permalink

    suhakam kena lihat menyeluruh bukan satu dua angle je….jangan jadi kambing hitam pembangkang!

    Reply
  • May 14, 2012 at 9:30 AM
    Permalink

    Laa ..sejak bila pulak Bar Concil dan Suhakam dianggap Bijak ???? Bukan ke Badan ini tempat berkumpulnya Para “Dungu” ???

    Kalau tak caya cuba tunggu apa keluar dari mulut mereka -tak ada yang lain kecuali kedunguan.

    Bar concil dan suhakam adalah tempat berkumpulnya “Udang -Udang ” yang boleh bercakap itu sajalah kelebihan mereka.

    Mesyuarat Luar Biasa aritu pun orang Luar yg tak ada kene mengena boleh Undi (Wartawan). Keh keh keh…mereka ni cuma cakap kosong -yg perlu dibersihkan adalah Barua Concil bukan SPR.

    Reply
  • May 14, 2012 at 11:44 AM
    Permalink

    Majlis peguam dan SUHAKAM ni buat kerja dia. Hang tak suka hang punya pasal.. sama juga POLIS, dia buat kerja dia.. siapa yg. tak suka, dia punya pasal. Masing2 ada suara, kita negara demokrasi. Kalau bersih boleh buat demontrasi, peniaga pun dah buat demontrasi.. so tak puas hati p mahkamah pulak. Macam UMNO buat himpunan d Bkt.jalil, PAS balas himpunan raksasa… tengok siapa hebat. Tapi semua tu dunia je… kehebatan sebenar bila Mati nanti, tiada apa yg. nak d tunjuk lagi. Kalau hebat.. pada siapa kita nak tunjuk kehebatan tersebut bila mati?

    Reply
    • May 14, 2012 at 12:22 PM
      Permalink

      Majlis Peguam dan suhakam tak buat kerja “dia” Bujuk oiiii . Mereka lebih sibuk main Politik.

      Reply
      • May 15, 2012 at 11:25 PM
        Permalink

        Suka dia la… takkan dia nak ikut cakap hang nak buat apa.

        Reply
    • May 14, 2012 at 1:11 PM
      Permalink

      Suhakam buat kerja apa bujuk ? majlis peguam buat kerja apa ?

      pungutan suara dalam majlis peguam pun kelam kabut….lagi mau angkat tau pasal negara !

      Suhakam…nasib peniaga dia tak kira…dia dok kira nasib perusuh…tak ka lawak.

      hang lain la bujuk….hang buih !!

      Reply
      • May 14, 2012 at 2:51 PM
        Permalink

        paham si bujuk ni apa saja benda/usaha yg merosakan agama bangsa dan negara kira buat kerje la….mentaliti pembangang memang mcm tu…

        Reply
      • May 15, 2012 at 11:27 PM
        Permalink

        Apakah kamu nak kata budak tadika lagi pandai dari pelajar U? walaupun tak mustahil… adalah luar dari kebiasaan.

        Reply
  • May 14, 2012 at 1:52 PM
    Permalink

    Majlis Peguam dan Suhakam cuma menuntut keadilan untuk rakyat yang dizalimi oleh polis yang jahat saja, bukannya seluruh anggota polis. Tetap ada anggota polis yang baik hati dan berkhidmat sebagai “protector rakyat”.

    Reply
    • May 14, 2012 at 2:21 PM
      Permalink

      Betul tu Anak Malaysia , kalau Polis salah kena ambil tindakan . Kita sokong bab itu .

      Begitu jugalah Bar Concil dan Suhakam bukan 100% betul . Jumlah kedatangan dlm mesyuarat pun tak menggambarkan suara keseluruhan.

      Tindakan Bar Council dan Suhakam Yang betul kita Sokong.Tapi Buat masa ni Bar Council dan Suhakam bertindak memilih milih didalam menjalankan tugas mereka . Mereka lebih mencari keuntungan Politik.

      Rakyat diluar melihat kalau nak jadi Parti Politik jangan gunakan Platform Bar Council dan Suhakam . Masuk Politik secara gentleman dan bertanding. Sapa pun tak kecoh…

      Reply
      • May 14, 2012 at 3:55 PM
        Permalink

        Betul tu Abg Berahim anwa yang Bar Council dan Suhakam bukan 100%, tetapi malangya pihak polis juga tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menghukum anggotanya yang memukul peserta Bersih seperti anjing. Jadi, mereka terpaksa memberi tekanan supaya tiada “cover up” untuk melindungi anggota polis yang bersalah.

        Reply
        • May 14, 2012 at 5:01 PM
          Permalink

          Pukul pesalah seperti anjing ?? aku rasa polis pun nampak depa macam anjing kot…hehe

          Reply
          • May 14, 2012 at 9:39 PM
            Permalink

            Adakah kamu ini orang yang beragama Islam?? Dalam minda fikiran kamu itu, peserta Bersih itu dikatakan anjing?? Insaf Dan bertaubatlah..jangan sekali Kerana hasad benci di dalam hati kamu membuat kamu ini sudah jahil. Peserta Bersih itu bukannya sudah membunuh ibu bapa atau saudara kamu. Dendamnya hatinya kamu ini.

          • May 15, 2012 at 11:28 PM
            Permalink

            Tunggu bila PR berkuasa dan UMNO buat himpunan HARAM. Apa mereka akan kata pada polis yg. pukul mereka nanti… tungguuuuuu…

  • May 14, 2012 at 7:12 PM
    Permalink

    majlis peguam pakai undang2 peguam.semua peguam keja dia membenar kan apa yang tak benar.belum pernah pernah peguam menyalah kan anak guam nya .peguam bela hanya membela pesalah yg didapati bersalah atau disyaki bersalah.yg tak bersalah atau yg tidak membuat kesalahan dia tak bela.majlis peguam patut dibubarkan.mereka buat kerja berdasarkan salah dan tidak besalah.mereka tidak mencari kebenaran tu sebab ambiga dan majlis peguam dah mcm sial.

    Reply
    • May 15, 2012 at 11:29 PM
      Permalink

      Lembu kak ijat ada lagi ke?
      Ingat dah lelong semua nak bayar semula duit k’jaan.

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.