PAS “Berlakon” Marah Pada Irshad Manji, Pada Ambiga Dan Anwar Tak Marah Pula?

Nama Irshad Manji tiba-tiba menjadi popular sekelip mata di negara ini apabila kehadirannya untuk melancarkan buku karangannya yang bertajuk “Islam, Liberty and Love” telah mencetus kontroversi di kalangan umat Islam di negara ini.

Irshad Manji merupakan seorang penyokong LGBT yang sebelum ini mengaku dirinya lesbian dan pernah pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan serta kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk “The Trouble With Islam Today”.

Buku karangannya itu dikatakan sama dan mengandungi idealisme sama seperti penulis novel “The Satanic Verses”, Salman Rushdie.



Namun, tiba-tiba saja PAS berpura-pura menentang dan marah pada Irshad Manji. Kononnya, merekalah yang paling awal menentang kemasukan wanita gila itu ke Malaysia.

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula cuba jadi “hero” isu ini apabila menyalahkan kerajaan kerana membenarkan Irshad Manji masuk ke negara ini tanpa sebarang sekatan.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan wanita yang mencetus kemarahan umat Islam itu.

Peliknya, “kuman di seberang laut PAS nampak, tapi gajah di depan mata PAS tak nampak langsung”!

Irshad Manji menyokong kuat golongan LGBT, sama seperti Ambiga Sreveenasan yang juga menyokong LGBT di negara ini. Malah Ambiga begitu berani menganjurkan program Seksualiti Merdeka dengan tema “Queer without fear”.

Irshad Manji juga sealiran dan sama fahamannya dengan Salman Rushdie, samalah seperti Anwar Ibrahim yang pernah sepentas bersama Salman Rushdie di sebuah persidangan, India Today Conclave 2012, yang berlangsung di India sebelum ini.

Jika benar PAS benar-benar marah, benci, membantah dan melarang Irshad Manji menjejakkan kaki di negara ini, mengapa pula PAS menyokong dan sanggup bersekutu dengan Ambiga yang terbukti menyokong LGBT dan menyokong agenda murtad?

Mengapa PAS tidak mendesak kerajaan agar menghalau Ambiga dari Malaysia sebagaimana yang dilakukan terhadap isu Irshad Manji ini?

Dan mengapa pula PAS sanggup berpeluk, bersekutu dan menjalin “brotherhood” dengan Anwar Ibrahim yang sama fahamannya dengan Salman Rushdie dan Irshad Manji?

Kenapa PAS tidak putuskan saja hubungan dengan PKR yang berkiblatkan Anwar?

Kerana kuasa, bukan? Kerana PAS mahukan sedikit kuasa politik di negara ini, maka PAS sanggup bersekongkol dengan penyokong kuat Seksualiti Merdeka, peruntuh aqidah ummah, rakan sepentas Salman Rushdie dan “berlakon” seolah-olah bencikan Irshad Manji?

Rakan sekutu begitukah yang diluluskan oleh Dewan Majlis Syura PAS tanpa sebarang “muzakarah” atau “tender terbuka”?

Sepatutnya, Tuan Ibrahim patut berasa malu dengan kenyataannya yang kononnya mengaku “paling awal” membantah program Irshad Manji.

Padahal, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir, lebih awal lagi menyatakan penyiasatan dan pengharaman sebarang program yang berkaitan dengan penulis wanita sesat itu sebelum 17 Mei lagi. Tuan Ibrahim pula baru “memekak” pada 19 Mei?

Dan atas arahan kerajaan jugalah maka program Irshad Manji telah berjaya disekat dan dibatalkan oleh JAIS di sebuah kolej swasta di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu!

Mujurlah Jabatan Perdana Menteri bertindak lebih pantas melalui JAIS. Kalau nak diharapkan “Exco Agama Selangor” sekarang, jangan haraplah Irshad Manji boleh disekat.

24 thoughts on “PAS “Berlakon” Marah Pada Irshad Manji, Pada Ambiga Dan Anwar Tak Marah Pula?

    • May 21, 2012 at 11:29 AM
      Permalink

      Itu lah apabila islam dipolitkan..
      Yang Haram di halalkan..
      Marilah kita sama2 bersatu padu dan bersatu hati dalam menegakan syiar islam…

      Reply
    • May 21, 2012 at 12:46 PM
      Permalink

      wayang kulit PAS jer tu

      Reply
  • May 21, 2012 at 11:56 AM
    Permalink

    biasalah depa nak jadi champion kat semua yg dtg dari luar saja, yg kat malaysia dia tak berani sentuh

    Reply
  • May 21, 2012 at 12:14 PM
    Permalink

    Bagi saja irshad manji kat mat sabu baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.Syiah dengan LGBT tu menda songsang belaka elok sangat la mereka berkawan dan tido sebantal. Kalau tuan berahim nak juga boleh join sekali…he,he

    Reply
  • May 21, 2012 at 12:25 PM
    Permalink

    PAS parti rosak. org PAS kalau ckp bab agama elok kita ludah saja muka mereka sbb merelah perosak agama dan MUNAFIQ

    menipu umat Islam dengan labelkan parti mereka sbg Islam, tetapi tiada satu pun bawaan Islam dan sumbangan mereka untuk membangunkan martabat umat melainkan ajar begraduh bercakaran dan bermusuh sehingga kiamat dengan UMNO.

    Bila bertembung antara yg haq dan bathil mereka akan check dulu sama ada ada untung untuk undi politik atau tidak. SO mcm kes Manji ngok ini, milage politik utk PAS ada..tp kalau Anwar atau AMbiga itu xboleh.. jejaskan undi..

    bodoh punya PAS!

    Reply
  • May 21, 2012 at 2:01 PM
    Permalink

    Itulah dia gambaran orang ‘hipokret’…lebih kurang samalah dgn ‘munafik’, tak betul ke aku cakap ni….
    Malas nak ceta pasal Parti Ajaran Sesat ni…

    Reply
    • May 21, 2012 at 2:28 PM
      Permalink

      Tak de siapa pun nak percaya ngan Parti Ajaran Sesat ni bro..

      Reply
      • May 21, 2012 at 3:58 PM
        Permalink

        ada..ada..pencinta PAS= bujuk..
        pentaksub paling TOTOK

        Reply
      • May 21, 2012 at 4:10 PM
        Permalink

        bro selamber…tak baek hang ckp lagu tu…tu kan agama si bujuk…sesat2 pun, depa ada tiket pi jumpa bidadari…pok nik depa tu powerrr oooo….

        Mcm kita ni tak tau lg, semuanya dgn Rahman dan Rahim Allah.

        Reply
        • May 22, 2012 at 12:31 PM
          Permalink

          betul tu bro, kita semua belum tahu apakah nasib kita, selagi hayat ada amalan terus digandakan, kita dambakan Rahmat dan Kasih Sayang Allah utk bertemu Nya..

          Tp penganut PAS depa kot lain..dh xkesah bab tu…depa dijanjikan Pork Nik dgn sorga dgn hambakan diri utk PAS…

          Reply
  • May 21, 2012 at 3:05 PM
    Permalink

    Celaka ko adi, sial ko pok nik. Engkau berdua ni tak serik-serik ke menipu. Pasal amanat kau lah, aku tak dapat tengok final piala FA. Engkau berdua lah sebenarnya pembunuh. Celaka lah PAS dan celaka lah adi & pok nik.

    Reply
    • May 21, 2012 at 6:01 PM
      Permalink

      hehe…adusss..kesian aku tgok ko pak berahimlibya..simpati aku kat ko..ko ni asik kene aniaya je kat dunia ko kene naya kat kubur pun kene naya..memang xpatut ady nagn ajis tu..tp xpe la kubur ko kan ada org letak minyak wangi..untung la ko berahim..wangi..hehe

      Reply
  • May 21, 2012 at 6:39 PM
    Permalink

    PUIIII… AMNO cilakak cakap lain buat lain… ini la bikin mamamk mara juga… apa pasal itu Manji dibenar masuk Mesia dan lancar buku di KLSCH????

    Mana itu PERKASA mamat PERKOSA?? Mana gengster AMNO ??? tarak mau tunjuk punggung di KLSCH ka??? PUIII….

    “Kami bernasib baik dapat mengadakan majlis pelancaran di sini (KLSCH) di saat-saat akhir. Walaupun mengejut tapi masih ada peminat yang dapat hadir,” kata anak kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim.

    Selepas majlis pelancaran pertama buku tersebut hari ini, Irshad akan terus berlepas pulang ke New York.

    Jamil Khir menjelaskan, ideologi yang dibawa Irshad jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.

    Beliau berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual songsang yang mendukung LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lepas di Geneva, Switzerland.

    Reply
    • May 21, 2012 at 7:04 PM
      Permalink

      dey mamak piang…ambiga tu siap ‘bertarung’ lagi di mahkamah tinggi dalam memastika lina joy dimurtadkan, apa hang buat ? hang pi menari weel..weel lagi belakang dia sambil palu gendang…sorry to say kalau dah paria..paria jugak !!

      kiri hang nak makan..kanan pun hang nak makan…piraaah

      mana bebudak jaga parking PAS ????

      Reply
      • May 21, 2012 at 7:10 PM
        Permalink

        Puak tergelincir ni tak boleh nak buat apa2 dah…sesat sepanjang zaman…

        Reply
  • May 21, 2012 at 7:02 PM
    Permalink

    nampak ngan ustaz badrul amin ni, abih kene kounseling.

    Reply
  • May 21, 2012 at 10:26 PM
    Permalink

    nik ajis tak nak keluar kan fatwa ke.bangsa pas ni cakap nik ajis je dia org pakai.

    Reply
  • May 21, 2012 at 10:50 PM
    Permalink

    wehh… teruk benar komen orang2 parti – United Majusi Namrud Organization ..nin

    kah..kah..kah..

    Reply
    • May 21, 2012 at 11:13 PM
      Permalink

      alahai…pencacai pakatan haram pun bukan reti ngan komen2 yg ada kualiti…lawak bodo je retinya..kesian

      Reply
      • May 21, 2012 at 11:26 PM
        Permalink

        ishh..kalau bos pandai tunggang pelacur..anak buah apatah lagi..

        Reply
  • May 23, 2012 at 5:50 AM
    Permalink

    Irshad, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel ‘The Satanic Verses’, Salman Rushdie.

    Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk ‘Islam, Liberty and Love’ yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

    Ambiga tidak menulis buku menyerang Islam walaupun Ambiga adalah peguam hak asasi yang menyokong LGBT.

    Tetapi pada hakikatnya kerajaan Malaysia sendiri menggalakkan aktiviti LGBT kerana kerajaan meluluskan penubuhan Persatuan Mak Nyah Malaysia dan Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan.

    Kerajaan Malaysia juga meluluskan lesen dan premis untuk perniagaan yang menawarkan khidmat urut gay di Brickfield and Bukit Bintang Selangor

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.