Nama Pun Pakatan Haram, Logo Pun Haram Jugalah…

Logo-logo dan lambang-lambang parti gabungan pembangkang sekali lagi menjadi isu panas apabila Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar menyatakan bahawa Pakatan Haram tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU ke-13.

Menurut beliau, penegasan itu dibuat memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

Justeru itu, SPR dijangka tidak akan membenarkan mana-mana parti pembangkang untuk menggantung atau memacak bendera parti yang tidak bertanding di DUN atau Parlimen yang tidak berkenaan pada PRU ke-13 nanti.

Ternyata kenyataan itu agak mengganggu emosi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang dihalau Nik Aziz dari Kubang Kerian kembali ke negeri asalnya, Johor.

Dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam, Salahuddin seolah-olah “merajuk” apabila mengharapkan agar rakyat kenal dengan lambang atau logo parti Pakatan Haram pada PRU ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Selain itu, Salahuddin turut merungut kononnya ROS tidak meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Haram dan menyalahkan pihak pendaftar itu selain menuduh pihak kerajaan BN menjadi dalang menghalang kelulusan permohonan tersebut.

Persoalannya, walaupun SPR menegaskan bahawa parti tidak bertanding tidak boleh menggantung atau memacak bendera mereka di DUN atau Parlimen yang dipertandingkan, apakah Pakatan Haram selama ini menghiraukan larangan tersebut?

Sebagaimana maklum, Pakatan Haram sememangnya terkenal dengan sifat mereka yang tidak mengikut undang-undang atau larangan yang dikenakan oleh SPR itu pada PRU atau PRK yang berlangsung sebelum-sebelum ini.

Itu memang perangai mereka sejak azali dan sangat sukar untuk diubah memandangkan mereka memang semulajadi tidak bertamadun begitu.

Mengenai pendaftaran Pakatan Haram sebagai parti gabungan pembangkang yang sah, isu tersebut telah pun dijelaskan oleh ROS pada 10 November tahun lalu melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman.

Menurut Abdul Rahman, permohonan pertama yang dibuat oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim adalah terbatal secara automatik selepas beliau keluar PKR pada November, 2010.

Ini adalah memandangkan undang-undang daftar pertubuhan menetapkan bahawa mana-mana pemohon yang membuat permohonan tersebut keluar dari parti yang dipohon pendaftarannya itu, maka permohonan itu akan terbatal secara automatik.

Dari itu, sebagai mereka yang mengaku “bijak pandai”, “berpengalaman”, “mahir undang-undang” dan “profesional”, Pakatan Haram sepatutnya faham sangat dengan prosedur dan ketetapan tersebut.

Namun sejak itu, ROS tidak pernah pula mendapat sebarang permohonan baru dari pihak Pakatan Haram sehingga kini!

Maka jelaslah bahawa Pakatan Haram memang tidak serius untuk mendaftar gabungan parti mereka secara sah! Sebab itulah juga saya menggunakan nama “Pakatan Haram” bagi mewakili “perjanjian syaitan” antara DAP, PAS dan PKR!

Dan kini, ketika bahang PRU semakin terasa dan dikatakan Parlimen bakal dibubarkan tidak lama lagi oleh Datuk Seri Najib, mereka sekali lagi cuba menggunakan isu “logo” Pakatan Haram untuk menagih simpati rakyat dan memburuk-burukkan keadaan.

Itu adalah satu lagi perangai mazmumah di dalam Pakatan Haram yang diterapkan pada diri mereka sejak zaman berzaman. Saya sendiri pun tidak tahu sampai bila mereka akan terus hidup di dalam kegelapan itu.

Akhirnya, kalau dikatakan “haram”, memang perangai pun macam “haram” juga barangkali. Harap-harap mereka berubah dan insaflah selagi hayat dikandung nyawa. Jika Tunku Aziz boleh sedar sebelum terlewat, mengapa pula mereka tak boleh?

25 thoughts on “Nama Pun Pakatan Haram, Logo Pun Haram Jugalah…

  • May 29, 2012 at 12:02 PM
    Permalink

    Kalau perasan Pandai tetapi BODOH bin Binggal inilah jadinaya….

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:04 PM
    Permalink

    berita2 fitnah dan menipu yg tak akan disiarkan di mykmu…
    mari kita bertukar2 berita dan maklumat.. keh..keh..keh…

    Scorpene: Maklumat lanjut akan didedah di Bangkok

    * Susan Loone
    * 8:24AM Mei 29 2012

    Badan hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia.

    Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand.

    NONEBrehem (kiri) dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia
    Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris.

    Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut.

    Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia.

    Berikutan itu beliau akan menemui pihak Suaran di Bangkok.

    Reply
    • May 29, 2012 at 6:36 PM
      Permalink

      Berita dari SUMBER PEMFITNAH tidak akan di LAYAN…HARAP MAKLUM….

      Reply
  • May 29, 2012 at 1:39 PM
    Permalink

    Apasallah org pakatan haram mcam kat atas tu “iPas” tak reti bahasa langsung.

    Org cerita pasal LOGO pakatan haram yg masih haram dan tak ada sekor pun pemimpin haramjadah mereka nak ambil tahu nak register, hanya pandai menuduh ROS dan UMNO/BN, dia pulak pegi cerita “fitnah” yg dijaja pemimpin haramjadahnya.

    Jgnlah tunjuk TAHAP kebodohan yg bertingkat-tingkat pada org lain. Org lain pun dah tahu skrg ni pencacai2 PR semuanya bodoh2 biul2 sejak azali …

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:50 PM
    Permalink

    Nak peringatkan sekali lagi..biar betul2 ingat hehe…

    ANTARA 10 SEBAB KENAPA ANWAR IBRAHIM TIDAK LAYAK JADI PM..?

    1) KERANA SOKONGAN KPD LGBT
    2) SOKONGAN KESELAMATAN ISRAEL
    3) PEMBOHONG BESAR 16 SEPTEMBER
    4) BUKU JINGGA TIDAK DILAKSANAKAN DI 4 NEGERI
    5) POLITIK POPULIS SEMBERONO YG MERAIH POPULARITI TANPA FIKIR KEMEMPUAN NEGARA
    6) TIADA KABINET BAYANGAN
    7) FAHAMAN PLURALISME (SEMUA AGAMA ADALAH SAMA)
    8) MENDAPAT DANA & BANTUAN PIHAK ASING
    9) KES LIWAT YG BELUM SELESAI DI MAHKAMAH RAYUAN & PERSEKUTUAN
    10) VIDEO SKANDAL SEKS

    Ini la antara 10 sbb mengapa Anwar memang tak layak untuk menjadi PM..Pengkhianat Negara

    Reply
  • May 29, 2012 at 1:53 PM
    Permalink

    ‘berpadu.berubah.berkat’..????…hehe

    Reply
  • May 29, 2012 at 3:16 PM
    Permalink

    OFF the Topik sikit kerana nak ulas pasal Nizar tak pasal pasal menyebok tentang nombor plate WWW 1 ditender melebihi setengah juta.

    Dia tahu yang berkenaan ialah DY Mulia Sultan Johor. Dia menyindir kononnya Tuanku belanja duit rakyat setengah juta beli nombor sedangkan rakyat diJohor masih ramai miskin.

    Nizar menulis dengan niat busuk tanpa usul fakta. Nizar tidak mengenali baginda Sultan Johor dan siapa baginda kepada rakyat Johor. Baginda Sultan Johor adalah seorang Sultan yang tidak menggunakan duit kerajaan Johor bahkan menyumbang elaunnya untuk rakyat. Sebagaimana yang dibuat oleh almarhum Sultan Iskandar dengan elaun semasa menjadi SPB YD Agung, yang telah didermakan sepenuhnya. Begitulah juga dengan Sultan Ibrahim serta Tengku Mahkota.

    Program Kembara Mahkota antara satu program yang paling ditunggu oleh rakyat Johor, kerana dengan hadhirnya baginda kesuatu kawasan/kampung akan adalah bantuan, program dan projek baru yang diluluskan baginda. Selepas Baginda pulang baginda akan pastikan apa yang baginda titahkan dilaksana tanpa lengah.

    Kita ingin nasihat Nizar, tak ada masaalah jangan cari masaalah. Hendak mengumpat pastikan ianya berfaedah untuk dirinya dan jugak untuk orang lain.

    Luahkan kekecewaan anda diruangan yang betul dengan fakta yang solid bukan rambang.

    Reply
    • May 29, 2012 at 3:33 PM
      Permalink

      laaaa…dok tak dok dia nak cari pasal dengan sultan johor tu apasal ? dengan bebudak kampung kat batu gajah pun dia tak boleh nak handle.

      Ni tak ada lain di perkudakan DAP la ni…di keldaikan DAP minta di gembar gemburkan mencipta isu, dia lupa sultan adalah berkecuali dalam politik.

      Reply
      • May 29, 2012 at 4:18 PM
        Permalink

        Kita tahu dia kecewa. Dulu naik kereta duduk dibelakang sekarang kena bawak sendiri. Dulu bersidang dalam dewan rakyat sekarang bawah pokok.

        Tapi walau pun kecewa, tak payah merapu. Rata rata yang merapu itu orang kecewa, orang kecewa suka merapu.

        Reply
        • May 29, 2012 at 4:49 PM
          Permalink

          bes la bro ayat “..merapu itu orang kecewa, orang kecewa itu suka merapu..”…aku suke ayat nih..hehe

          Reply
    • May 29, 2012 at 5:56 PM
      Permalink

      alahai rakyat Johor…malang nya nasib mu….. hidup Sultan Johor!!.. kah..kah..kah….

      rakyat diutamakan… plate dikemudiankan. keh.keh..keh..

      Reply
      • May 29, 2012 at 6:11 PM
        Permalink

        ayoh org2 PA!!.. baring2 la atas jalan tanda protes…hehe

        Reply
    • May 30, 2012 at 11:18 AM
      Permalink

      Walaupun mengguna duit sendiri, sebagai pemimpin Islam utama Negeri perilaku Tuanku adalah salah dan membazir. Ia memberi contoh buruk terhadap sekelian hamba rakyat bahawa Tuanku bersikap boros. Atas apa pertimbangan sekalipun sebagai Raja Negeri pertimbangan Tuanku untuk bermegah degan plate www1 adalah d luar kebijaksanaan melainkan untuk bermegah, menunjuk2 dan segala sifat mazmumah. Hamba berharap perkara ini tidak berulang lagi dan alangkah elok kiranya Tuanku menjual plate tersebut dengan harga yg. lebih tinggi dan laburkan kepada hamba rakyat dan kebajikan negeri kiranya terlalu mewah harta Tuanku.. ampunkan Patik Tuanku.

      Reply
      • May 30, 2012 at 2:15 PM
        Permalink

        lerr..nak komen sgt kat Sultan g je la direct jumpa sultan atau kerabat atau protokol dia..nak melalak kat mykmu ni buat hapa?..sultan bukannya ahli politik..!!..g je la jumpa tuanku..ko ckp je direct kat tuanku tu..ye bujuk..g je jumpa dia xpe..kitorang tak marah pun..ek

        Reply
  • May 29, 2012 at 3:37 PM
    Permalink

    c4…hang ni, hang pi tak perhimpunan belia selangor ? tu la hang, hang tak support langsung usaha pakatan haram memperkasakan belia selangor.

    kalau hang pi ada jugak faedah, ramai la sikit pengunjung…dari 100 orang, campur hang jadi la 101 orang ! hahahahahahaha

    Reply
    • May 29, 2012 at 5:26 PM
      Permalink

      alahai c4..makin hari makin bodoh..

      Reply
      • May 29, 2012 at 5:28 PM
        Permalink

        barua tetap barua..pergi kemana2 walau israel pun org tetap kenal barua.. walau sekejap c4,jap lagi c5 pastu anwarbabi ke..org tetap kenal gaya penulisan barua..

        Reply
  • May 29, 2012 at 6:43 PM
    Permalink

    Kalau pendatang tak daftar >> Pendatang Haram.

    Kalau Kilang tak daftar >> Kilang Haram

    Kalau anak tak daftar >> Anak Haram

    Kalau Syarikat tak daftar >> Syarikat Haram

    KALAU GABUNGAN PAKATAN POLITIK TAK DAFTAR >> PAKATAN HARAM.

    KALAU ITU PUN TAK FAHAM >> HARAM JADAH.

    Reply
  • May 29, 2012 at 9:02 PM
    Permalink

    Oghang kampung aku panggey PARTI HARAM JADDAH…dah semuanya haram..

    Reply
  • May 31, 2012 at 12:45 PM
    Permalink

    la.. salah ke?
    Habis yg. korang komen kat sini pasal orang lain tu apasal tak tegur direct?

    Reply
  • May 31, 2012 at 8:57 PM
    Permalink

    Pakatan Haram menyalak bab kebebasan media bukan main.. tp bila mereka mempunyai kuasa..merekahlah PENCABUL KEBEBASAN MEDIA..KUKUBESI..
    Golongan PENIPU dan PENGECUT mcm DAP-PAKATAN HARAM mcm ni ke yg kita nk kasi undi?..ptuihhh!

    >>>Wartawan NST dan Utusan dihalang buat liputan operasi tutup restoran

    2012/05/31
    GEORGETOWN: Wartawan New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia dihalang daripada membuat liputan operasi penguatkuasaan kebersihan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Batu Ferringhi hari ini.<<<

    what da hell of benefit if we poll a stupid people like Pakatan Haram??

    Reply
  • June 4, 2012 at 10:08 AM
    Permalink

    sebab dihalang adalah kerana pemberita utusan umno selalu buat berita bohong dan putar belit…beliut betul umngok ni…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.