Aktiviti Pembalakan Rakus Azizan Razak Di Kedah Hangat Diperkatakan

Pendedahan di beberapa buah blog pro-UMNO/BN dari Kedah baru-baru ini mengenai skandal aktiviti pembalakan di beberapa hutan simpan di negeri itu benar-benar mengejutkan ramai pihak.

Meskipun ia dianggap remeh oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah yang berbangga dengan hasil pungutan balak yang mencecah RM80 juta pada tahun lalu, pendedahan tersebut jelas membuka ramai pihak mengenai “rahsia” modus operandi dan pembolotan hasil semulajadi di negeri Jelapang Padi itu.

Sebuah laman blog, Kedahan69ers.com misalnya mendedahkan tentang kerakusan kerajaan pimpinan Azizan Razak itu menggondolkan Hutan Simpan Gunung Inas yang dahulunya memang terkenal dengan keindahan alam semula jadi sehingga menjadi tumpuan pelancong.

Begitu juga dengan beberapa laman blog Team Media Kedah (TMK) yang mendedahkan isu yang sama mengenai membolot hasil bumi di Hutan Simpan Tasik Pedu yang menyaksikan bagaimana pokok sebesar betis pun dicantas dan dijadikan “balak”.

Sebenarnya, isu balak di Kedah pernah ditimbulkan tahun lalu oleh akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan sebilangan penduduk kampung di Kupang, Baling, menahan sebuah lori balak kerana berang terhadap aktiviti pembalakan luar kawalan di Gunung Inas.

Para penduduk kampung tersebut marah memandangkan tiada pemantauan sewajarnya dari pihak berkuasa terhadap aktiviti pembalakan di situ sehingga menyebabkan Lata Chelak yang menjadi tarikan pelancongan dan tumpuan penduduk setempat tercemar teruk.

Bayangkan, airnya yang dahulunya jernih kini bertukar menjadi sekeruh ‘teh ais’!

Begitu juga dengan hasil pendapatan para penduduk kampung yang bergantung dengan hasil hutan di situ terjejas teruk serta ancaman haiwan liar yang dikhuatiri akan masuk ke kawasan kediaman orang kampung ekoran habitat semulajadi mereka dihapuskan oleh Azizan Razak.

Menyedari “boss”nya diserang, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Sanusi Mohd Nor cuba menyelamatkan Azizan dengan menyalahkan Kerajaan BN terdahulu yang kononnya meluluskan kawasan tersebut sebagai kawasan pembalakan.

Padahal, Sanusi berbohong! Hakikatnya, pada tahun 2003, sebuah syarikat pembalakan pernah memohon kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Syed Razak untuk melakukan aktiviti pembalakan di kawasan Gunung Inas dengan menggunakan kaedah helikopter.

Bagaimanapun permohonan tersebut tidak diluluskan ekoran dikhuatiri menjejaskan hutan simpan itu dan cadangan pembalakan di kawasan tersebut ditentang keras oleh ADUN Lunas ketika itu, Saifuddin Nasution!

Namun, mengapa Azizan meluluskan kawasan Hutan Simpan Gunung Inas tersebut sebagai kawasan pembalakan? Sanusi Mohd Nor sekali lagi cuba menyelamatkan Azizan dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai “Ladang Rakyat”.

Menurut perancangannya, sebanyak 5,000 hektar hutan simpan itu akan bertukar menjadi kebun getah penduduk di situ selepas Gunung Inas itu digondolkan oleh kontraktor-kontraktor Cina yang diberikan “compartment” balak.

Begitu juga modus operandi projek pembalakan Azizan Razak di Hutan Simpan Tasik Pedu. Sama gondolnya macam di Gunung Inas. Balak tanpa mengira saiz matang tidak dipeduli asalkan membawa wang masuk kepada Kerajaan PAS Kedah. Selagi boleh angkut, mereka angkut!

Persoalannya, apakah kerana mahu memenuhkan kantung Kerajaan PAS yang dipercayai bakal digunakan untuk persediaan dan kempen PRU ke-13 nanti, maka alam semulajadi, lokasi pelancongan, nasib rakyat dan pencemaran boleh diketepikan begitu saja?

Tidak cukupkah dana yang disediakan oleh Anwar Ibrahim untuk PAS gunakan bagi mempertahankan kuasa di Kedah? Padanlah Kerajaan PAS Kedah mampu mengaut untung sebanyak RM80 juta tahun lalu dari hasil balak!

Sebenarnya, Kerajaan BN Kedah dulu pun mampu mengaut untung lebih dari industri pembalakan di negeri itu. Namun dek kerana sayangkan keindahan bumi dan tidak mahu melihat pencemaran, industri pelancongan serta sayangkan negeri, aktiviti pembalakan di negeri itu telah dikawal ketat.

Analisis PAS sendiri menyedari bahawa kemarahan rakyat kepada kerakusan kerajaan pimpinan mereka akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa pada PRU ke-13 ini. Justeru, Kerajaan BN Kedah yang dijangka mengambil alih negeri itu nanti bakal menghadapi tugas berat untuk memperbaiki kerosakan yang dilakukan oleh PAS.

Harapan saya agar segala kemusnahan dan kedunguan PAS dalam mentadbir negeri Kedah selama sepenggal itu akan memberikan pengajaran berguna kepada seluruh rakyatnya.

Meskipun Azizan dikatakan pemimpin PAS yang paling “brilliant” di Kedah, dia tidak dapat menandingi kecekapan pentadbiran BN di negeri Jelapang Padi itu. Itu fakta yang akan menjadikan Azizan sebagai MB PAS terakhir di Kedah.

67 thoughts on “Aktiviti Pembalakan Rakus Azizan Razak Di Kedah Hangat Diperkatakan

  • May 15, 2012 at 11:44 PM
    Permalink

    Patutlah PAS PIS PUS bangga dengan hasil balak kedah 2009-2010

    2009 -38.0 juta
    2010 -53.0 juta

    Rupanya main sapu bershit…

    Reply
    • May 16, 2012 at 12:07 AM
      Permalink

      pandai mengata orang tp sedangkan diorang yg lebih..PASPISPUS

      Reply
      • May 16, 2012 at 1:25 AM
        Permalink

        Kes rebut kekayaan negeri jg punca Tok Jijan gaduh abih dgn Pahrolbasi..Amirudin plak duk celah2…supaya blh kaut dua2 belah…hahahz

        Reply
    • May 16, 2012 at 3:35 PM
      Permalink

      moooooooooo……………

      Reply
  • May 16, 2012 at 12:09 AM
    Permalink

    puak pakatan haram ni ngata org pandai.dia buat kejahatan takpa pulak?cilako.

    Reply
    • May 16, 2012 at 7:00 AM
      Permalink

      Biaq pi…sejauh mana tikus boleh baiki labu,,,

      Reply
      • May 16, 2012 at 3:36 PM
        Permalink

        tikus sekarang dah sekolah la…..bukan cam mooooooooooooooooooooooooooooooooo………………………….. rm250 juta lesap

        Reply
        • May 17, 2012 at 4:06 PM
          Permalink

          huyoo..tikus pandai bg komen ye..hehe

          Reply
  • May 16, 2012 at 12:58 AM
    Permalink

    Nak cari pendapatan lain tak tau nak buat, ekonomi tak tau ilmu business pun tak tau. Dah ada utan tebang balak jer lah senang tak payah pikiaq ! Kalau gitu kat Pekan Rabu pun ramai yg bulih jadi M.B!

    Reply
    • May 16, 2012 at 1:29 AM
      Permalink

      Depan rejim PAS ni mana ade ilmu mentadbir..nauzubillah dr mereka dpt Putrajaya..lg dahsyat kemusnahan dan rasuah!

      Ilmu kebas bini org..ilmu merusuh..ilmu fitnah spin cerita..itu bidang ‘keberhasilan/NKRA’ merekalah…hhahaah

      Reply
  • May 16, 2012 at 1:00 AM
    Permalink

    Puak Pas ni memang RAKUS…..bukan stakat kat hutan simpan negeri jea depa ni rakus…hutan simpan bini org pun depa dok rakus jugak….sampai terbelit semak samun kat kerongkong….nasib baik tak mampus tercekik….tapi takpa, kalau mampus pun pok nik keluaq fatwa ‘ mati dalam iiimannnn…. ‘

    Reply
  • May 16, 2012 at 1:03 AM
    Permalink

    Off topic jap…

    TAHNIAH BUAT TEAM DATO AZIZ RAHIM dgn izin Allah Ta’ala berkat usaha selama 7 bulan rakyat malaysia yg diculik pengganas di Mindanao telah berjaya dibawa pulang dgn selamatnya semalam..Alhamdulillah..UMNO ada figure2 hebat sperti team kelab Puteara….

    Jgn jd mcm perusuh2 bershit 3/2/1…menyusahkan makhluk lain!

    Reply
    • May 16, 2012 at 1:07 AM
      Permalink

      takpa2….sat lg jgn lupa ON balik bro…

      laaaa… kelab putera ke???…ingatkan unit amal PASberok merah punye kerja….

      Reply
      • May 16, 2012 at 1:22 AM
        Permalink

        Hehehe..ON dh..
        Unit Amal PASberg mana minat dh keje cmtu..sejak duk jilat ambiga..diorang syok sepak terajang Polis..perusuh gila!

        Reply
        • May 16, 2012 at 7:11 AM
          Permalink

          unit amal pas tak gunalah.perkara baik mcm tlg org kena banjir ke,buat rmh org tua ke,org miskin ke,kerja kerja baik camni dorang taknak buat.buat keja haram,merusuh huru hara negara dorang suka.bodoh punya unit amal pas.itulah ajaran agama pas yg sesat larat.

          Reply
          • May 16, 2012 at 11:51 AM
            Permalink

            Syaa, diorang mn mau..benda baik ni bertentang dgn nafsu ammarah diorang..so x kick lah klu xblh sepak terajang org..

  • May 16, 2012 at 1:11 AM
    Permalink

    Mamat yang tulis article ni pun satu! Ambik dan tunjuk lah gambar or photos takan dak tahu that ‘a picture a worth a thousand words!!!!
    Sama ada betui kah tak or photoshop kemudian kira!
    Zaman la orang tak suka baca article heavy!

    Reply
  • May 16, 2012 at 1:14 AM
    Permalink

    Azizan mmg semakin xwaras buat tadbir Kedah…otak bebal
    xmau dgr nasehat…angkuh dgn kedangkalan diri, itulah pemimpin PAS bile dpt kuasa dunia..mcm Porke Nikcy, Nizar lambai xmalu, tok Jijan bebal.. Wajah2 angkuh…
    Kroniknya kewangan PAS sbb xreti perintah, kuat kroni, sehinggakn ank2 yg mahu dptkn keputusan kemasukan KUIN…hello….just nkdptkn kptsn dpt masuk ke tak…pemohon wajib bayar RM 20!!!…xpenh lg BN buat!…jk xdpt masuk KUIN pn duit tu BURN!!..gile me tekedarah xhingat!! Blum lg dikira yuran baru maik byk, cukai tanah mahal, bil air mahal…itulh ngoknya Rejim PAS printah ape2…pelibgkup dn melingkup!!

    Reply
    • May 16, 2012 at 1:19 AM
      Permalink

      Duit pnting utk tadbir negeri…tp teruk2 UMNO dlu xde pn buat keja gilazalimmmcm rejim PAS…nk byr bil kt pej POS pn xblh dh..alasan komisen..sgt beria2 nk runtuhkan madrasah hya utk buat kompleks komersial…Islam kepala hotak ape smpai xde sempadan kemanusia lngsung!

      Reply
      • May 16, 2012 at 11:02 AM
        Permalink

        pas pitih for all,,nak hairan apa,,,itu baru balak sedangkan sikafir takbir pun mereka ikut,,,,jadi jangan hairanlah apa yang berlaku sememangnya sangat sesuai dengan kepala hotak mereka, ,,,

        Reply
        • May 16, 2012 at 11:49 AM
          Permalink

          Mereka ni berhukum dgn hukum nafsu je..pantanh tgk org UMNO silsp je…cpt2lah buka kitab utk jatuhkan hukum Islam…tp klu mereka buat…taklif hukum tu mcm xwujud…sbb tulah mat sabu jijik tu blh jd leader no2 mereka…
          Golongon haprak mcm ni ke yg kita nk undi? Tlglah tuan2…jgn ditambah lg dosa kita yg dh byk dn kekurangan amalan ini dgn subahat pd puak sesat PAS!

          Reply
        • May 18, 2012 at 3:21 AM
          Permalink

          mengaku ajerlah kata. nasiblah ini dunia ana yg punya. hehe

          Reply
  • May 16, 2012 at 11:01 AM
    Permalink

    Setidak-tidaknya k’jaan PAS kedah tak mengemis bantuan dari PUSAT seperti k’jaan BN yg. lalu. Hasil bumi d guna untuk kebajikan rakyat kedah. UMNO tak perlu kata Ust.Azizan tak pandai ekonomi sebab bila nak buat emporium, UMNO sekat dengan pelbagai cara. Isu roboh surau lah, tanah wakaf la. Sedangkan majlis Agama dah luluskan. Apakah ahli UMNO lebih bijak dari majlis agama Kedah? Kalau ye bijak kenapa waktu umum judi bola sepak dulu, umno sokong?
    Lagipun hutan yg. d tebang telah dapat kelulusan jabatan alam sekitar, jika tak lulus mintak siapa2 saman k’jaan kedah. Takat sembang kedai kopi budak sekolah pun lagi baik.
    Paling penting, keuntungan tersebut kembali kepada rakyat untuk bayar gaji kakitangan dan kebajikan penduduk. Walaupun majoriti kakitangan k’jaan kedah mungkin org. UMNO. Jadi jangan jadi bebal… nanti org. umno tak dapat gaji.

    Reply
    • May 16, 2012 at 11:40 AM
      Permalink

      Kebajikan apa kalau buat cara xbetul…ko ingat kerajaan koboi ke blh balun sesuka hati balak…kedah bknnya besar mana kawasan tadahan jika dinisbahkan untuk pengairan padi dan minuman..

      Rejim PAS Kedah tak mengemis dr pusat jo ckp??
      Yg diorang selewengkan bantuan pusat utk maintainance jalan raya tu menatang pe bujuk?? Awatlh ko ni semberono je jilat..memalukan! Bg le ada asas klu yepun taksub..

      Reply
      • May 16, 2012 at 12:32 PM
        Permalink

        Apa yg. tak betul..? ada yg. kena tahan SPRM ke? atau jabatan alam sekitar kuari ke?
        Hang jadi Imam masjid/surau hang elok2.. jangan nak fitnah orang pulak.

        Reply
        • May 16, 2012 at 4:35 PM
          Permalink

          oooo skrg ni jelaslah hang yg beramal dgn sekularism..dulu mengata UMNO sekular..asingkan imam dgn agama.
          skrg ni ko suruh aku asingkan hal agama dgn hal penyelewengan PAS?

          aku bukan imam surau bujuk.. sbb aku tk layak nk tanggung beban tu..aku tktau la ko hang tu suka sgt jadi imam..imam munafiq.. kan..

          Reply
      • May 16, 2012 at 12:36 PM
        Permalink

        Apa yg. pusat bagi tu HAK k’jaan negeri. Hang faham tak antara HAK sendiri dengan mengemis?
        Kalau hang kerja, gaji hang adalah HAK hang. Tapi kalau hang tak kerja, nak duit jugak tu mengemis.. faham.

        Reply
        • May 16, 2012 at 4:39 PM
          Permalink

          HAK sendiri? amboi2..fakta mana ko pakai ni bujuk? koboi sungguh pemikiran mecacai PAS..

          negri tu hak Azizan kah?
          negeri tu hak Allah, untuk semua rakyat jelata..Azizan sebagai pemegang amanah..bkan boleh sesuka hati rembat hasil bumi..air jadi keruh, semua tu rekaan UMNO je?

          UMNO pegi letak kelodak ke dlm sungai?

          kalau dh xreti nk bina ekonomi..dh xreti tadbir negeri..dr nk merosakkan khazanah yg Allah kurnia utk keseimbangan ALAM..eloklah bg balik pada UMNO BN..Insya Allah PRU 13 nanti..(AMINN)

          Reply
          • May 17, 2012 at 2:44 AM
            Permalink

            Bro.. kalau ko ada kebun pusaka, apakah ko nak tengok anak ko kebulur atau usahakan kebun tersebut untuk isi perut anak ko? Itu yg. Azizan buat untuk negeri kedah.. bukan dia makan sorang2. Amanah yg. Allah bagi iaitu kebun dan anak yg. perlu d besarkan. Takkan dia nak mengemis pulak sedang Kedah masih ada harta tersimpan.

          • May 18, 2012 at 11:41 AM
            Permalink

            ni bujuk munafik, sikit2 mengemis..retorik ngok.. bukan mengemis.. tapi MENGEBAS hasil bumi Kedah!

            Buat untuk negeri Kedah ye..dgn ZALIMI rakyat sudah dengan naikkan tarif air, hak asasi manusia!!

            Tok Jijan nk roboh Madrasah tu sbb nk tolong rakyat ka atau dia nk kayakan kroni?

            Amanah kepala hotak ko lah sampai rumah Allah pun nk kacau. jangan cakap soal yg ko tak tahu bujuk. Ko terlalu jahil dan taksub!

            Masalah di Kedah akan tumbangkan PAS Insya Allah.

        • May 16, 2012 at 8:57 PM
          Permalink

          paham pun hang pasal HAK ni bujuk…kalau rakyat dah bg HAK pada BN memerintah negara ni….toksah la nak merusuh….paham….

          Reply
          • May 17, 2012 at 2:46 AM
            Permalink

            Aku tak merusuh… BERSIH berhimpun mintak HAK rakyat m’sia supaya pilihanraya yg. ADIL dan BERSIH.

          • May 17, 2012 at 8:32 AM
            Permalink

            bujuk di ajar utk x terima knyataan.. pru 13 ni depa yakin menang… tp kalu kalah hg tengok la mesti meroyan pulak.. tp x pa rezki bujuk akan bertambah2.. betoi tak bujuk..

          • May 17, 2012 at 9:34 AM
            Permalink

            Hak rakyat majoriti ada hang kisah ke bujuk???…terlebih syok sendiri la hang ni…

          • May 18, 2012 at 11:45 AM
            Permalink

            Tk merusuh ye.. sepak terajang Polis lepas tu tipu pulak ckp Polis yang berlakon dan menyamar.

            kotorkan dan musnahkan persekitaran Kuala Lumpur.. perusuh2 anjing2 Ambiga yg lagak samseng tu nak tuntut apa?

            Diri sndiri pun xbersih, kotor, jahat dan penuh dgn kemaksiatan mcm mana nk mintak org lain lebih bersih?

            Anjing di jalan lebih bersih dari perlaku puak2 ko yg sertai BERSIH tu bujuk!!

  • May 16, 2012 at 11:09 AM
    Permalink

    Mari kita bandingkan dengan kerakusan k’jaan BN d pahang, perak, sarawak… boleh?
    Berapa kali tanah runtuh d pahang sebab aktiviti pembalakan tak ikut prosedur alam sekitar? d perak zaman Tajul Rosli, hutan gerik 2 bulan terbakar sebab pembalakan haram. D sarawak tak yah cerita, habis balak d rungkai.. tapi taktau mana pergi hasilnya, sebab kemudahan asas masih jauh.
    Jadi sebelum cerita hal tepi kain orang, pastikan kain sendiri tak terungkai.

    Reply
    • May 16, 2012 at 11:45 AM
      Permalink

      Lahh…kenape Rejim PAS yg mengaku Isle dr org lain still compare dgn UMNO..?? Bgle bukti dulu.. Baru leh hujah…
      Ko xsebut pulak Rejim PAS Kelantan rakus tamak menbalak sakan di lojing…sampai aku yg drive pun leh ‘terpukau’ dgn gondolah bukit meluas…muamalat dgn alam sekitar ada dlm Islam tau..belum lg ckp bab aniaya rampas tanah adat org aslu bujuk… Ko ni bias lah..munafik!

      Reply
      • May 16, 2012 at 12:30 PM
        Permalink

        Mereka rungkai tanah buat tanam sayur. Hasil tu guna bayar gaji kakitangan k’jaan dan kebajikan negeri dan rakyat. Apa masalah?
        Sebaliknya isu balak d Pahang, MB dan k’jaan dah kena saman. Ada isu MB yg. dulu hingga kena letak jawatan dan d buang negeri ke melaka.(aku tambah).
        Kalau hang pegi mana2 tanah yg. baru d teroka semua macam tu, tapi bila d tanam kelapa sawit, getah dan sebagainya tanah kembali baik. Hang tak belajar giografi ke..?

        Reply
        • May 16, 2012 at 1:05 PM
          Permalink

          ooo…tanam sayur..utk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri ye..hehe

          Reply
          • May 16, 2012 at 3:38 PM
            Permalink

            lagi sekorrrr lembu ….mooooooooooooo…. wah lembu pandai kira duit laaaa…..bodo punya selamber,….cam lembu kak jat

          • May 16, 2012 at 4:32 PM
            Permalink

            hahaha..bujuk2..ko tolong menipu bg pihak Pork Nik ye?

            sayur? so hasil jual balak tu kompeni mane plak mentekedarah?
            Mana sayurnye?? bukit sebesar tu tanam sayur boleh supply satu Malaysia ko tahu tak..kenapa tempat aku sayur Cameron jgk?

            rampas hak org itu HARAM..tp hukum mana PAS pakai boleh rampas tanah adat org Asli? gaji kakitangan Rejim PAS tu sumber duit HARAM menindas? sayur?

            agak2lah kalau nk backing up pun.. bohong sgt tu!

          • May 16, 2012 at 6:00 PM
            Permalink

            hang tak baca laporan belanjawan k’tan ke? patut la berhujah takda fakta.
            Bro.. lain kali nak menipu pun biar bijak. K’tan bukan negara kaya, UMNO kata dulu PAS hanya mampu memerintah 3 bulan kemudian bankrup. Sebabnya atas kertas tampa bantuan k’jaan PUSAT jika d urus seperti UMNO memerintah memang bankrup. Tapi atas usaha k’jaan dan kakitangan, sokongan dari setiap rakyat dan perkenan Allah yg. berkuasa hingga sekarang PAS mampu berdikari walaupun dalam keadaan ekonomi yg. kurang. Tapi PUSAT masih berdendam hingga duit royalti pun PUSAT rompak. K’jaan miskin pun UMNO nak pau lagi…

          • May 16, 2012 at 7:28 PM
            Permalink

            Fakta? aku ckp pasal fakta lah..sbb kalau ada fakta yg menyatakan bukit2 di Lojing sebesar Bukit Larut di Taiping telah ditanam sayur.. maka cukup dahsyatlah.. penanam2 sayur Cameron Hgland boleh tutup bisnes..

            sayur Lojing juga akan melimpah ruah ke sebalah Pantai Barat sbb permintaan di sini amat tinggi..memandankan org PAS mmg tgh melahap duit..

            tapi man adia?? aku tk nampak pun sayur melainkan ladang apa entah..

            Ya aku akui mmg Allah izinkan PAS memerintah Kelantan..tp Allah xberikan keberkatan seperti negeri2 lain.

            Wpun Kelantan kaya dgn hasil bumi, rakyat yg bijak tp rata2 terpaksa merantau jauh, sumber air yg banyak tp rakyat menderita tak merasai nikmat air paip bertekannan tinggi, boleh guna shower yg laju sperti negeri2 lain..
            wpun Pulau Pinang dikelilingi LAUT.. tp Allah berikan nikmat air bersih yg mewah..

            apa mksud tu bujuk? Allah xberkati kepimpinan yg munafik.. wpun duduk dlm limpihan nikmat tp nikmat tu xdirasai..dan hal yg sama melarat di Kedah.. dan Selangor..

            aku cukup heran mengapa masa UMNO perintah.. air cukup cntik..jernih murah di Kedah, tp skrg tanyalah org2 di ibu negeri.pusat Rejim PAS.. semua menegluh dgn kualiti teruk air dgn charge yg mahal..

            itukah ko banggakan? Duit Royalti.. xhabis2 tuduh UMNO berdendam..tp mana dia pendakwaan di mahkamah? fakta?

            lagi satu duit ini rezeki dr Allah..kalau musuh nk halang mcm mana pun jika Allah nk berikan..akan dpt juga.. tp mengapa Allah xberikan?

            suluhlah diri dan kempimpinan PAS..lagak angkuh sombong..tidak kenal Tuhan..hanya menipu dgn HUDUD..Allah xkn berkat.. kopiah putih atas kepala bukan ‘lesen’ utk halalkan yg haram.

          • May 16, 2012 at 9:24 PM
            Permalink

            Hang mintak fakta d mahkamah pasal royalti.. hang p tanya ketua Hakim apasal dia tangguh lama sangat. Aku ingat k’jaan tengah cari idea macamana nak tipu k’tan sebab KuLi yg. jadi mastermind waktu PETRONAS d tubuhkan sebelah k’jaan negeri. Tu, T’ganu yg. batal saman k’jaan pusat, sampai la ni menagih simpati untuk bagunkan negeri walaupun royalti minyak banyak.
            Jangan cerita pasal 5-10 tahun dulu waktu BN perintah kedah, sebab waktu tu bayar gaji kakitangan pun mengemis pada pusat. Kalau dalam keluarga Bapak mintak duit pada Atok nak tanggung keluarga. Bukan tak boleh… tapi tak manis. Jatuh maruah sebagai lelaki/suami.
            Lagi satu.. yg. UMNO kecoh sangat kenapa, sedangkan rakyat k’tan, kedah, penang dan selangor gembira hari ni walaupun ada masalah tapi mereka redha sebab k’jaan negeri tak rasuah dan pulun harta negeri.

          • May 18, 2012 at 11:26 AM
            Permalink

            Bujuk ngok oii.. ‘rakyat’ Kedah, Selangor mana yang cakap gembira dengan Rejim Korup Pakatan Haram ni??

            Yang ‘gembira’ itu ialah puak2 bodoh yang dibodohkan oleh musuh2 Islam dan Melayu yg taksub pada PAS PKR DAN DAP.

            Adakah boleh kita gembira betapa rakusnya Rejim PAS Kedah menaikan tarif air 27%-satu jumlah yang KEJAM dan ZALIM buat rakyat kerana air adalah sumber semulajadi dan Kedah mempunyai sumber air yang cukup mewah. Malangnya kualiti air merudum teruk dengan naiknya tarik..

            Seterusnya pengursan PBT yang Korup di semua negeri2 PAkatan Lanun ini. Rumah2 pelacoran, urut, Karaoke, pusat judi dan hiburan bercambah luar biasa si Selangor, malah turut berlaku di Alor Setar dan Sungai Petani walaupun tidak menguntungkan.

            Hasil balak yang sangat di idamkan Rejim PAS kerana hasil ini sangat lumayan dan mudah dipusing2 untuk kayakan kronis2 PAS yang segang melahap menantikan habuah PRU12.

            Jangan ingat rakyat bodoh lah bujuk mcm mana bodohnya ko datangkan hujah.

            Aku boleh senaraikan berpuluh kerosakan dan perkara negatif yang berlaku di Kedah dan Selangor, tapi buat apa aku hujah fakta banyak2 dengan KAKI PUSING dan PENIPU macam ko bujuk..ibadar menuang air di atas daun keladi,

            Jangan bag alasan mengemis, Kerajaan Pusat berikan dana dan pinjaman sama adil pada setiap negeri. Rejim PAS ngok Kelantan mengemis konon, dpt pinjaman MUDAH dekat RM 1 billion bagi projek air.. mana dia hasilnya?? melainkan tipu helah dan menipu!!

            KUIN skrg dilanda masalah besar kewangan kerana sombong dan angkuhnya Rejim PAS yang membuat perancangan gila serta tidak masuk akal. KUIN dijadikan bahan eksperimen untuk kayakan kroni2 PAS yang sedang melahap duit di Kedah. Malangnya pelajar jadi mangsa

            Suatu kerja tidak masuk akal apabila caj RM20 dikenakan hanya untuk tahu keputusan boleh masuk atau tidak ke KUIN. Ini betul2 drakula punya polisi.

            PAS Laknatullah..semoga PAS lemah dan dihina Allah dgn sehina2nya..AMINN!

    • May 16, 2012 at 8:35 PM
      Permalink

      bujuk, otak hg ni mmang la otak spin, mai aku nk bwak hang pi tengok gunung inas dah jadi camana, ayaq kat kg ulu bakai, seputih dan kwsn dekat sini dah x mcm dulu dah.. hg x puaih hati aku bwk hang p jumpa yb johari (DUN Kupang)…

      Reply
      • May 17, 2012 at 1:09 AM
        Permalink

        Sungai hang baru keruh sekarang, sg. kat perak dan pahang 10-15 tahun dulu dah macam sg. hang. kalau naik kapal terbang d sarawak.. baru hang nampak perbezaan dengan bukit belakang rumah hang.

        Reply
        • May 17, 2012 at 8:22 AM
          Permalink

          woii bujuk, hg mmg otak bengong la.. aku cakap mcm tu sbb pas cakap nak bg kesjahteraan, kesejahteraan apa jadah ni, menyusah lagi ada.. aku pangkah pas dulu pun pasai janji dia la… hang tau apa.. cakap dlm blog mudah la, mai sini aku nk bawak hg jmpa YB aku.. hg blh tanya dia pasai pa dulu ckp lain skrg dah jd lain pulak.. hg cakap mudah sikit pasai dia x kenai hg, kalu aku cakap semua puak2 pas boikot aku sbb otak depa semua mcm hg la..

          Reply
        • May 18, 2012 at 11:38 AM
          Permalink

          Bujuk ni makin lama otak dia akan sewel sebab banyak sgt spin dan menipu.

          Cikgu Johari/ Yb Johari tu ADUN PAS bujuk ngok oiii… ayaq kt kawasan situ pakat lingkup teruk akibat kes tarah balak!!

          org kg pakat salahkan JPS konon perojek dalamkan sungai air jadi keruh..padahal xdk kena mengena sebaliknya pembalakan oleh Rejim PAS.

          jagat..hang bila hujah dgn bujuk kena sabaq banyak, dia ada masalah mental yang buat kita rasa geram dgn hujah gilanya.

          Reply
  • May 16, 2012 at 3:40 PM
    Permalink

    umporno lembuno bn????? noooooooooo

    Reply
    • May 17, 2012 at 4:00 PM
      Permalink

      takebeeeerr!!!…hehe

      Reply
  • May 16, 2012 at 3:41 PM
    Permalink

    umno masuk kubor la ….. bawak sekali taik lembu no……

    Reply
    • May 17, 2012 at 4:01 PM
      Permalink

      agaknya lembu lg mulia dari mujahid yg berjihad pada jalan yg salah…hehe

      Reply
      • May 18, 2012 at 5:24 PM
        Permalink

        Budak tu….cuma tukang usung tin milo dalam ceramah PAS jer kutip derma la konon…tengok komen dia…sah !! bila dia besar nanti jadi macam mahpus !

        Reply
  • May 16, 2012 at 3:42 PM
    Permalink

    umno gila …nak mampossss dah x sabar nak tengok umno kalah dan lari cam lembu….
    penah tengok lembu lari….kalu nak tengok ….tengok kak lari aaaaaa cam tu la lembu lari

    Reply
    • May 17, 2012 at 4:03 PM
      Permalink

      kembali la ke pangkal jalan..ko berjihad bukan pada tempatnya..zalim namanya tu..hehe..kesian mati kufur la ko sudahnya..kesian

      Reply
    • May 17, 2012 at 5:05 PM
      Permalink

      pas biasa dgn caci maki,maki hamun,mencarut,bahasa kesat.inilah yg dia ni belajar dari agama pas.nampak bahasa pengganasnya.sedihnya tgk akhlak dia ni.langsung takde ciri ciri ahli syurga.hampeh.ciri ciri ahli neraka ada la aku tgk.

      Reply
      • May 18, 2012 at 11:35 AM
        Permalink

        hasil dari mazmumah pemimpin dan pencacai PAS sekian lama, skrg Allah Ta’ala seolah2 butakan dan tulikan hati mereka dan menjadikan hati mereka lebih jahat dan ganas.

        benar seperti janji Allah dimana kaum bani Israel yang engkar Allah tukarkan mereka menjadi Kera dan Babi (ulamak tafsirkan sebagai perangai binatang)

        Reply
    • May 18, 2012 at 5:22 PM
      Permalink

      budak mujahid ni kalau hang suruh dia telan bom tangan pun dia akan telan…hehe

      Reply
  • May 16, 2012 at 8:31 PM
    Permalink

    aku nk ajak bujuk mai tengok sndiri mcamana depa ratah bukit blakang rmh aku, lepaih tu kita blh jumpa yb johari

    Reply
  • May 17, 2012 at 1:28 AM
    Permalink

    Orang politik dah menjadi lumrah dengan memutar belitkan fakta. Keikhlasan dan ketelusan cuma ada pada segelintir dengan jumlah yang amat kecil. Siapa yang kalah akan menjadi pengkritik dan menang memegang kuasa akan menjadi raja yang berkuasa. Apa-apa pun siapa yang yang mempunyai otak yang boleh berfikir, gunakanlah otak untuk huraikan sendiri…. UMNO dulu baik ke??? PAS sekarang baik ke??? Siapa yang lebih rakus menipu rakyat pada hakikat yang sebenarnya????

    Reply
    • May 17, 2012 at 2:39 AM
      Permalink

      Bergantung pada niatnya.. berpolitik untuk dapatkan peluang atau berpolitik untuk berkhidmat dan bertanggungjawab.

      Reply
      • May 18, 2012 at 11:31 AM
        Permalink

        Politik PAS apa niat sekalipun mereka tetap SESAT dan MENYESATKAN!

        Mana boleh niat untuk tumbangkan UMNO menghalalkan segala kerja fitnah bohong dan menukar yang halal kepada haram?

        Islam tidak pernah haruskan kerja jahat untuk halalkan matlamat!

        Reply
        • May 18, 2012 at 5:21 PM
          Permalink

          Betul tu….itu pun kalau kita cakap pasal Islam, tapi apa perlu kita kaitkan Islam dengan PAS ?….jawapannya tentulah TIDAK!

          Reply
  • May 18, 2012 at 3:26 AM
    Permalink

    betul kata noriman. kita manusia ni, bila berkuasa, raja segalanya, bila dah lupa ilmu didada bukan seharga dunia. juga nyawa dijiwa bukan seharga kekal. renungkanlah. ingatlah wahai semua manusia, TUHAN ITU ADA.

    Reply
  • May 18, 2012 at 11:33 AM
    Permalink

    KEMANA PERGINYA RM93JUTA PERUNTUKAN KERAJAN PUSAT UNTUK PENYELENGGARAAN JALAN RAYA DI KEDAH??

    ALOR SETAR: Kerajaan Kedah pimpinan Pas diminta menjelaskan kenapa ia tidak menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat tahun ini untuk penyelenggaraan jalan negeri.

    “Kerajaan negeri sepatutnya mengeluarkan tender penyelenggaran supaya projek dapat dilaksanakan agar rakyat dan kontraktor menikmati faedah daripada peruntukan itu.

    “Duit dah dapat tapi sehingga hari ini tender tidak dikeluarkan,” kata Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang merasmikan persidangan itu Selasa.

    Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri membelanjakan peruntukan itu bertentangan dengan slogan ‘Kedah Sejahtera’ yang dilaungkannya.

    Mahdzir berkata bahawa untuk tahun lepas, kerajaan negeri hanya membelanjakan RM53 juta daripada peruntukan sebanyak RM146 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat.

    Bercakap kepada pemberita di luar Dewan kemudian, beliau berkata sehingga hari ini kerajaan negeri belum melantik kontraktor, yang bererti bahawa penyelenggaraan untuk tahun ini tidak akan dilaksanakan.

    “Salah satu komponen Kedah Sejahtera ialah jalan raya. Rakyat hendak juga selesa dengan infrastruktur asas.

    “Malangnya projek tergantung kerana hendak tunggu diberi kepada syarikat milik kerajaan negeri yang tidak memenuhi prosedur. Ini menunjukkan terdapat kelemahan daripada segi pengurusan kewangan,” kata Mahdzir.

    Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang membentangkan belanjawan 2012 semalam mengumumkan peruntukan sebanyak RM78.5 juta untuk penyelenggaraan jalan-jalan negeri tahun depan.-BERNAMA

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.