LGBT Bayar Cukai Dan Sayangi Malaysia, Mengapa Benci Mereka?

Pada Sabtu lalu, tujuh badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah berhimpun beramai-ramai secara aman bagi membantah usaha pihak tertentu menghalalkan seks bebas dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Himpunan yang berjaya menarik seramai 7,000 orang peserta itu berlangsung di padang Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang dan dilihat berjaya menarik ramai pihak, khususnya golongan muda untuk menyertainya.

Bagaimanapun, himpunan tersebut telah mendapat kritikan dari pihak tertentu yang menganggap bahawa perjuangan menghapuskan golongan LGBT di negara ini adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan sama sekali.

Mereka akan mengadakan satu himpunan besar-besaran membalas bagi menyokong LGBT di depan pejabat Majlis Peguam pada 27 April ini, dengan tema “LGBT Bukan Penjenayah”. Persoalannya, siapa tuduh LGBT sebagai “penjenayah”?

Menurut pihak itu, golongan LGBT di negara ini juga membayar cukai dan menyayangi Malaysia sebagaimana pihak yang membantah kewujudan mereka di negara ini.

Malah penyokong LGBT itu mendakwa bahawa golongan songsang itu tidak sepatutnya dinafikan hak mereka untuk mengamalkan gaya hidup “eksklusif” mereka itu dan mereka juga tidak wajar dibenci oleh masyarakat Malaysia.

Saya ingin bertanya, apakah para pembaca semua setuju dengan hujah penyokong LGBT yang mahu budaya golongan LGBT itu dibiarkan dan ‘dihalalkan’ oleh kerajaan serta masyarakat negara ini?

Pada saya, pihak penyokong LGBT itu tersalah faham tentang apa yang dibantah oleh himpunan seramau 7,000 itu dan majoriti rakyat Malaysia yang bermoral di negara ini.

Sebenarnya, yang dibantah rakyat Malaysia ialah mengenai amalan songsang yang diamalkan itu dan bukannya 100% terhadap individu yang mengamalkannya. Dalam ertikata lain, sekiranya golongan yang mengamalkan LGBT itu meninggalkan tabiat buruk itu, maka tiada siapa yang akan bantah mereka!

Memang benar golongan LGBT itu membayar cukai dan sayangkan Malaysia sebagaimana saya dan para pembaca yang lain. Tapi amalan mereka itu adalah salah sama sekali dari prinsip agama, moral dan kehidupan asasi seorang manusia.

Cukupkah dengan hanya membayar cukai dan sayangkan negara maka golongan yang mengamalkan budaya yang bertentangan dengan norma kehidupan manusia ini wajar “dihalalkan” dan mendapat pengiktirafan di Malaysia?

Ada juga pelacur, penagih dadah, perogol, peliwat dan perompak yang membayar cukai. Dan ada juga penipu, pembelit dan pengamal undang-undang yang menyayangi negara ini. Namun, apakah tabiat buruk mereka itu layak diberi pengiktirafan oleh masyarakat dan negara?

Memang benar meskipun LGBT dibantah oleh 20 juta orang pun, golongan ini tidak akan dapat dihapuskan dari bumi Malaysia. Namun perlu difahami bahawa apa yang ditentang ialah USAHA PIHAK TERTENTU YANG MAHU MENGHALALKAN LGBT DI MALAYSIA. Itu perkara pokoknya.

Sekiranya LGBT dihalalkan, umat Islam di negara ini bimbang jika pengiktirafan tersebut akan mendatangkan bala dari Allah SWT sebagaimana yang menimpa terhadap kaum Nabi Luth AS dahulu.

Sekiranya LGBT dihalalkan, rakyat Malaysia risau jika pengiktirafan tersebut akan menyebabkan semakin ramai generasi di negara ini yang terpengaruh dengan anasir songsang, tidak bermaruah dan bertentangan dengan sifat semulajadi manusia itu.

Ada banyak lagi perkara negatif yang akan berlaku sekiranya LGBT dibenarkan di negara ini termasuklah dari sudut kesihatan, landskap budaya dan sebagainya. Sudah tentu perkara yang dilarang Allah SWT punya lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

Justeru, sewajarnya pihak yang menyokong LGBT itu sedar tentang semua perkara tersebut dan tidak terpengaruh dengan sifat “terlalu terbuka” mereka yang diperoleh dari negara-negara barat itu. Kalau mahu terus mengamalkan LGBT, sila keluar dari Malaysia. Mudah bukan?

34 thoughts on “LGBT Bayar Cukai Dan Sayangi Malaysia, Mengapa Benci Mereka?

  • April 23, 2012 at 2:31 pm
    Permalink

    Yang kita bantah adalah amalan songsang LGBT bukan orangnya…

    Reply
    • April 25, 2012 at 12:21 pm
      Permalink

      begitu juga lah PR bantah BN sebab adanya amalan songsang dalam pentadbiran kerajaan raja berpelembagaan,

      Reply
  • April 23, 2012 at 3:21 pm
    Permalink

    wahhhh GAY PARADE pertama di Malaysia….ramai unit amal Pas akan hadir nanti

    Reply
    • April 24, 2012 at 3:41 pm
      Permalink

      Majlis GEY PARADE di Dataran Merdeka, Unit Amal PAS akan hadzir sama dengan uniform mereka bertulis dibelakang baju vest mereka “UNIT AMAL PAS”. Mereka terdiri daripada gulungan Pemuda PAS dari seluruh pelusuk tanah air dengan menaiki bas yang disewa khas dan dibayar oleh PAS negeri masing-masing.

      Mereka akan berkawal dimerata pelusuk Kota Raya Kuala Lumpur dan di Dataran Merdeka akan berkawal ketat supaya pihak berkuasa tidak akan dapat mengganggu gugat perhimpunan LGBT yang akan diketuai oleh Ambiga.

      Perhimpunan yang akan dikawal ketat oleh UNIT AMAL PAS ini akan terdiri daripada mereka-mereka yang akanberpelukan/berciuman, lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan.

      Diperhimpunan itu juga akan dihadziri oleh ulamak-ulamak PAS untuk sembahyang hajat dan baca yasin bagi menyelamatkan LGBT yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim KETUA PAKATAN HARAM dan Ambiga KETUA UMUM ANGKATAN LGBT.

      Reply
      • April 24, 2012 at 6:30 pm
        Permalink

        Amal PAS….alaaaa bebudak jaga parking tu?….habis la tak cukup nasi yang polis sediakan nanti….cai-cai ni semua mekedarah macam lembu !!

        habih makan depa berposing sakan kat twin tower !!

        Reply
  • April 23, 2012 at 5:31 pm
    Permalink

    ABU, jom join bersih 3 di dataran merdeka 28 april!

    Reply
    • April 23, 2012 at 5:35 pm
      Permalink

      Tukar subjek nampak? Takut abang nuar mare ker?

      Reply
      • April 23, 2012 at 6:05 pm
        Permalink

        jom kita TIBAI..!!..hehe

        Reply
        • April 23, 2012 at 8:29 pm
          Permalink

          TIBAI 100%!!
          Say NO to BERSIH3.0 (BERSHIT)

          Reply
          • April 23, 2012 at 9:17 pm
            Permalink

            LGBT je yg join BERSIH..AMBIGA??? kenal tak tony..

    • April 23, 2012 at 7:00 pm
      Permalink

      Bukan takut abang nuar marah….dia yang marah, nama pun lain macam jer….ada unsur-unsur ke situ.

      Reply
      • April 23, 2012 at 9:14 pm
        Permalink

        TONY NGOK tetiba je promosi projek demo ketuanan Yahudi..hahah..bang Nuar dh xboleh nk cover byk perkara dh..bocor sana sini.. ALLAH MAHA KUASA..MAKHLUK XDE KUASA!

        Reply
    • April 24, 2012 at 2:06 am
      Permalink

      tonyXguna…kami tak boleh nk joint hang, sebab agama kami melarang perbuatan2 songsang mcm tu….mcm hang lain laa, hang bkn ada agama pun, suka hati hang la nk buat ape pun…..hang nanti pi sorang ke pi dgn C5…

      Reply
  • April 23, 2012 at 10:10 pm
    Permalink

    Salam… saya bantah LGBT, tapi saya nak tanya adakah K’jaan sekarang benar2 serius membanteras LGBT. Setahu saya LGBT bukan sekadar GAY, Lesbian tapi juga free sex dans egala yg. bertentangan dengan fitrah dan syarak. Saya ingat lagi sekitar tahun 2006/2007 Tengku Adnan(SU Agung UMNO) umumkan pusat hiburan d lanjutkan hingga ke pagi sebab nak raikan pelancong. Begitu juga pusat2 hiburan d yg. jelas menggalakkan maksiat dan LGBT. Persoalannya kenapa tiada tindakan pencegahan dan penguatkuasaan undang2. Manakah undang2 yg. menghalang zina, free sex, subungan sejenis dan sebagainya. Bila perkara ini tidak jelas dalam undang2 apa hak rakyat nak bantah? dan hanya undang2 Islam saja yg. sebut benda ni salah dalam tapi k’jaan BN tolak undang2 ini kenapa?
    UMNO macam Ibu/bapa yg. taknak anak Obesiti tapi hari2 bagi makan Aiskirm, coklat, kek, kulit ayam dan makanan berlemak. Apakata haramkan semua pusat2 hiburan termasuk d dataran pada tahun baru dan MERDEKA jika BENAR anti LGBT. Inilah punca utama dan pertama pendedahan pada LGBT bila pergaulan bebas anak muda d galakkan, bukan d banteras. Hari ini tiada siapa berani tegur anak gadis mereka membonceng motosikal dengan lelaki yg. tidak d kenali, bimbang d kata kolot dan tak ikut perkembangan. Inilah padah dan bencana menolak HUDUD.

    Reply
    • April 23, 2012 at 10:20 pm
      Permalink

      Hang ni bujuk kalau tak spin..pusing-pusing bukan la hang. Hang kata hang bantah LGBT, tapi orang kuat LGBT si ambiga mata satu tu hang buat sandaran, hang buat inspirasi….janji dia tentang kerajaan…apa pun tak pe, hang ni bujuk tak dak pendirian langsung !!

      Hang lalang !!

      Reply
      • April 23, 2012 at 10:58 pm
        Permalink

        Salah ke aku sokong idea Najib bagi BR1M dan KR1M sebab aku bantah Najib tolak HUDUD? Islam ajar umat dia ambil kebaikan walaupun yg. ajar kebaikan itu orang YAHUDI. Aku nak tanya hang ambik mana kita kena tolak semua kebaikan orang sebab dia ada buat satu keburukan? hang habaq sini, kalau boleh buat hujah.

        Reply
        • April 23, 2012 at 11:22 pm
          Permalink

          Sejak hang sokong BR1M ni ? sejak bila hang sokong KRiM ? dulu hang kata macam-macam…tak ada qualiti la…itu la..ini laa

          Bila semakin ramai orang sokong BR1M hang pun kata hang sokong, tu la aku kata hang tak dak pendirian…

          hang lalang !!

          Reply
          • April 24, 2012 at 1:37 am
            Permalink

            wah2 bujuk…dulu hang kata BR1M ni rasuah haram kalau ambik…KR1M hang ckp jual racun pada rakyat…nk kayakan mamak laaa….la ni sokong plak….munafik sungguh hang ni….

            Hudud PAS taliban pun tolak bujuk oiii…hang ingat kalau Pakatan Haram menang PAS bleh buat hudud alagaPAS ke???…tu pasal najib kata hangpa ni tidak berpaksi pada realiti…Allah menilai iman org islam, bkn negara islam……

            kalau ada hudud pun tapi kalau hang tak sembahyang…mengkafirkan org islam lain…fitnah sana sini hang ingat hang boleh lepas azab kubur ke, sebab kerajaan dah laksanakan hudud…..jaga imam sendiri dan keluarga baik2 insya-Allah selamat dunia akhirat…

            hang nak hudud dilaksanakan tapi fitnah hang beratur kat sini…ada kesan ke hudud alagaPAS hangpa tu utk diri hang…..apa yg penting sebagai org islam kita kena sentiasa jaga iman kita dimana pun kita berada, tak kira la tempat tu melaksanakan hudud atau tidak…

            aku citer ini bkn soal menolak hudud islam, tapi kalau dah negara kita tak dapat buat disebabkan faktor2 sistem demokrasi dan kaum, adakah iman kita akan rosak sekali, adakah kita confirm keneraka jahanam….adakah terganggu amalan seharian kita kepada Allah…hang pun tau kan bujuk pasal 3 perkara yg perlu kita bawak di alam barzakh nanti …

          • April 24, 2012 at 10:15 am
            Permalink

            Mana bujuk ? mana bujuk ?…..hehe

          • April 24, 2012 at 10:21 am
            Permalink

            sat..sat.. aku yakin dah lebih 3 kali aku kata aku setuju BR1M dan KR1M, yg. aku tak setuju ialah cara perlaksanaanya yg. hampir dengan PRU dan BR1M ni aku harapkan bukan 5 tahun 1X. Begitu juga KR1M aku mintak wujudkan d kawasan kampong yg. mana pendapatan isi rumah sangat sikit, berbanding d bandar. Apa pun aku sokong idea ni… stop. Yg. kata macam2 to pemimpin PKR dan DAP, yg. tu semua orang tahu parti politik mesti cari kelemahan seteru politik mereka. Tapi setahu aku mereka juga tidak menentang idea ni….
            Aku bukan jenis lalang ikut mana yg. ramai, tapi aku ikut fakta dan akan ubah pendirian jika fakta aku salah. Takda hal… kita kena terima hakikat kita takkan sentiasa betul..

          • April 24, 2012 at 10:28 am
            Permalink

            Stingray… hang nak kata apa, hang kata la tapi bab perintah Allah aku takkan ubah walaupun hang nak tembak aku. Aku yakin setiap perintah Allah adalah untuk kebaikan umat dan tidak ada satupun perintah Allah yg. merugikan atau menyusahkan. Ini satu keyakinan aku. Samada realiti atau tidak apa yg. terkandung dalam Quran aku yakin dan percaya seperti percayanya Abu Bakar bila d katakan kepadanya Muhammad pergi MIKRAJ dalam semalam perjalanan. Kalau kamu masih nak ikut realiti kamu ikutlah Najib, aku tak mampu halang tapi yakinlah Najib takkan mampu bawak kamu ke syurga dengan menolak hukum Allah.

          • April 24, 2012 at 3:07 pm
            Permalink

            pok nik hang mampu bawak hang pi syurga ke bujuk….alahai lebai bujuk, iman bkn boleh dikongsi-kongsi bujuk…yg menyelamatkan seseorang diakhirat nanti adalah amalan dan iman seseorang tersebut….takde kena mengena dgn PM dan MB hang pun….

            hang ni lebih menghalalkan cara jea dari mengikut perintah Allah…org kalau ikut perintah Allah tak kan bersekongkol dgn manusia yg menyokong murtad dan LGBT mcm ambiga tu…

            Apa guna mulut bertakbir tapi hati busuk sesama insan…tang hangpa semuanya halal kat org lain semuanya haram walaupun dua2 pihak buat benda yg sama….tu namanya taat kepada perintah Allah atau diperbodohkan oleh boss2 hang…bila kat org lain jadi rasuah, bila kat hangpa tukar jadi hadiah…bila kena kat pihak hang mintak 4 saksi bkn fasik, bila kat pihak lain terus jatuh hukum…Allah ajar mcm tu ke bujuk…

          • April 24, 2012 at 3:32 pm
            Permalink

            Alhamdulillah…hang ni bujuk..sekali-sekali hang ok jugak….macam tu lah BN/UMNO…tak sempurna, macam hang kata salah satu dua tak kan kita lupakan langsung kabaikannya…tak gitu bujuk ?

            Udah-udah lah bujuk…tengok kebaikan BN yang meletakan ekonomi negara pada tahap ini, keselamatan rakyaat jauh lebih baik darp kebanyakan negaran di dunia ni.

            Agama Islam terpelihara walaupun di asak dari berbagai arah, bangsa melayu telah mencapai banyak kemajuan.

            Nak pembangkang menang ? tak ada masaalah….buktikan pembangkang lebih baik daripada BN itu saja.

            Tapi hang jangan jadi lalan..perpendirianlah.

    • April 23, 2012 at 11:13 pm
      Permalink

      dulu disko dan pusat hiburan 24 jam blh buka, lepas tu dihadkan sampai 3 pagi, pas tu 12 tgh mlm, pengeluaran lesen semakin ketat, mmg kerajaan BN tk mampu mansuhkan pusat hiburan hanya dlm sekelip mata, namun tk pernah berhenti berusaha ke arah itu. tp bila pkr memerintah selangor, masa beroperasi pusat hiburan dilanjutkan semula sehingga pagi, lesen pusat hiburan mudah diberi sehingga tumbuh bak cendawan selepas hujan. selama ini yang berjanji perubahan sekelip mata hanya pas, selalu berjanji kalau menang pilihan raya, pusat judi, pusat hiburan, kilang arak akan ditutup serta merta…tp Allah tunjuk, bukan tutup serta merta malah makin menjadi2. bila pihak kami komen, balik2 diulang2 skrip undang2 dan hudud, adakah pas hanya akan mengimarahkan Islam bila hudud dilaksanakan? tidak mahukah berusaha dalam persekitaran yg ada, dalam kekangan yg ada utk menegakkan agama Allah, lagi pun dalam hudud dan mana2 sistem perundangan, wujud juga sudut yg kita panggil…pencegahan…buat yg tu dulu, saya yakin kalau usaha awal itu dilakukan, Kelantan dh tentu sifar zina, sifar penceraian, rempit, dadah dan sebagainya

      Reply
      • April 24, 2012 at 10:43 am
        Permalink

        Tuan jangan cari alasan… nak tanya tuan zaman Nabi dan sahabat dulu ada berlaku zina tak? Hudud bukan cara penghapusan maksiat tapi cara mengawal maksiat. Tak kira siapa yg. perintah, aku tetap tak setuju pusat maksiat d buka. Orang kafir nak minum arak minum d permis/rumah mereka kerana jika mabuk mereka tak ganggu orang lain. Samada buat bising, kacau orang atau memandu dalam keadaan mabuk.
        Tuan PAS hanya perintah K’tan secara sendirian (sejak sebelum penubuhan PR) dan PAS dah buat apa yg. mampu d k’tan dan t’ganu semasa PAS perintah d sana. D Kedah berbeza kerana PAS dapat kuasa bersama PR, jadi perlukan masa untuk tarbiah dan cari penyelesaian terbaik. UMNO berbeza, kerana telah lebih 50 tahun bersama BN/perikatan sepatutnya mampu buat sesuatu dan tidak mengadudomba PAS yg. nak buat kebaikan, ingat masa PAS kedah nak tutup pusat hiburan d KEDAH, UMNO membatuapikan DAP dan PKR untuk menentang, bila PAS tarik balik UMNO sekali lagi batuapikan ahli PAS pulak. UMNO sepatutnya IKLAS membantu PAS meningkatkan syiar Islam bukan jadi BATUAPI. Jadi UMNO sebenarnya tak layak bercakap pasal Islam jika inilah amalan UMNO.

        Reply
        • April 24, 2012 at 11:04 am
          Permalink

          wahai bujuk,

          pernah baca akta kesalahan jenayah shariah? tolong baca dan semak, ada tak peruntukan jenis2 kesalahan didalam hudud yang diseiakan? nah, satu contoh untuk bujuk baca: http://www.mswp.gov.my/mswp/images/stories/Files_MSWP/PDF_Files/akta%20kesalahan%20jenayah%20syariah%20(wilayah-wilayah%20persekutuan)%201997.pdf

          bujuk tau apa makna definasi undang-undang hudud? nah, sila baca dan fahamkan: http://www.pumselangor.org/muat-turun/doc_download/28-jenayah-rogol-dl-dalam-undang-undang-jenayah-islam-kajian-terhadap-enakmen-kesalahan-jenayah-syariah.html

          dan ini: UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM
          http://www.freewebs.com/badli/…/jenayah%20islam.doc – Translate this page
          File Format: Microsoft Word – Quick View
          Undang-undang Islam membahagikan jenayah kepada tiga pembahagian utama … Hudud iaitu hukuman yang berkaitan dengan hak Allah yang telah …

          tolong baca dan fahamkan.

          bolehlah pergi keperingkat yang lebih tinggi jika dah faham makna hudud didalam undang-undang jenayah shariah misalnya, memikirkan soalan thesis spt contohnya, mengapa bentuk hukuman yang diperuntukan didalam enakmen/ordinan yang tersebut tidak menggunakan bentuk hukuman yang ternyata didalam al quran pada masa ini.

          kesimpulannya, undang-undang jenayah islam cabang hudud sudah ada didalam dokumen bertulis undang-undang islam di malaysia, peningkatan menambahbaik kepada kesempurnaan yang ingin kita buat elanjutnya.

          bukti kerajaan pimpinan umno ( yang kamu benci sangat tu) sudah laksanakan pemakaian undang-undang hudud dimalaysia.

          harap maklum.

          Reply
        • April 24, 2012 at 3:19 pm
          Permalink

          bujuk…kenapa HIMPUN dulu puak hangpa persendakan…apa yg dah PAS buat yg termampu kat kelantan tu???…semuanya PAS tak mampu nk buat kat kelantan tu bujuk oiii…selain daripada terbongkangnya patung2 raksasa budha yg terbaring megah dibumi serambi mekah kononnya tu….dah 20thn pun ayaq tak jernih2 lg……hang cuba nk tutup bangkai gajah ke bujuk….

          Reply
        • April 24, 2012 at 6:34 pm
          Permalink

          Masa ustaz azizan extend pusat hiburan sampai kul 2 pagi kat Kedah…hang diam jer, maksiat berluasa di kota baru pun hang tak kata apa pun.

          Tak salah aku kata hang lalang !

          Reply
  • April 24, 2012 at 1:08 am
    Permalink

    Yg kerajaan BN tak buat pun pas kedah sanggup buat, aktiviti hiburan dibenarkan walaupun umat islam sedang berpuasa dibulan ramadhan.

    Kat kelantan yg kononnya dibawah pimpinan ulama, hanya indah dari segi slogan. Ulama cap kapal api sibuk ceramah dan sibuk penuhkan harta dunia dalam poket mereka, anak2 org islam dibiarkan rosak akhlak. Kes sumbang mahram, zina sampailah mengeluarkan hasil diluar perkahwinan yg sah berlaku paling banyak di kelantan yg kononnya dipimpin oleh ulamak. Hentikanlah politik jual agama, jangan jadi munafik sebab umur pork nik pun dah kira sampai penghujung. Mana tahu esok lusa atau sebulan dua pork nik dijemput maklaikat maut. Tak sempat nanti nak perbetul akidah ummah yg terpesong dan terbelit dek kerana mainan kata-kata fatwa pork nik. Kesiankanlah mereka yg terpedaya ngan kata-kata pork nik, mereka juga ingin kesyurga, malangnya tertipu dengan kata2 org politik yg berserban dan pandai berkhtubah.

    Reply
    • April 24, 2012 at 10:51 am
      Permalink

      UMNO BATUAPI… bila PAS haramkan hiburan, UMNO bantah kata bukan muslim berhak berhibur bulan ramadhan, bila PAS benarkan dengan kawalan UMNO kata tak hormat bulan Ramadhan. Cukup-cukup lah dengan perangai munafik UMNO tu. Sekurang2nya Allah tahu PAS telah berusaha menutup pintu MAKSIAT tapi d halang oleh UMNO/BN.
      Bab k’tan ada maksiat bukan kehendak TGNA/PAS itu pilihan sesetengah rakyat. PAS telah berusaha memberi Ilmu d masjid dan surau, kita tak boleh paksa dan tarik telinga orang datang surau. Sebab tu kita perlukan HUDUD untuk mengawal mereka2 yg. degil dan engkar perintah Allah ni. Persoalannya bila k’jaan pusat nak benarkan HUDUD d laksanakan d k’tan.

      Reply
      • April 24, 2012 at 11:20 am
        Permalink

        wahai bujuk,

        sila baca rang undang-undang kanun jenayah II kelantan : http://www.network54.com/Forum/10426/message/916387768/HUDUD+PART+%28I%29+-++sila+baca+jika+mahu+tambah+ilmu

        saya tidak bersetuju dibahagian ini: 16. Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang
        lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilaakukan di luar tabii iaaitu melalui dubur.

        Mengapakah sedemikian peruntukannya?
        adakah perlakuan seks diluar tabii diantara diantara suami dan isteri dibenarkan didalam Islam ?

        boleh beri penjelasan?

        tkasih.

        Reply
      • April 24, 2012 at 6:39 pm
        Permalink

        Allah swt maha mengetahui bujuk…musibah-musibah pada umat yang di bawa oleh PAS, nanti kat sana masing-masing la jawab.

        PAS dah lingkup di bawah kawalan anwar, dari teruk dah jadi hancur ! dalam hati kecil hang bujuk…aku rasa hang pun tahu.

        Sana sini rakyaat dah mula menolak PAS secara besar besaran yang tinggal hanyalah cai-cai kronik yang telah di gelapkanj hati mereka.

        Reply
      • April 25, 2012 at 11:23 am
        Permalink

        Bujuk ni, sikit-2 hudud, hang tau dak bhw hudud hanya dilaksana sesudah iman para-2 sahabat cukup tinggi (waktu di Madinah), bukan terus dilaksanakan sebaik mereka mula memeluk islam (di Mekah). ini bermakna tertibnya ialah, masyarakat perlu dijinakan dgn amalan agama dan iman yang teguh barulah mereka sedia menerima sesuatu sistem. hudud tidak dilaksana ketika umat masih dlm keadaan jahiliyah (macam sekarang?).
        Sewaktu hudud dilaksanakan dizaman nabi, ianya lebih kpd satu anugerah Allah dan sebagai simbol negara islam, ianya tidak dijalankan beberapa lama kerana umat islam tak buat salah yang menyebabkan dikenakan hudud.
        hang ni Bujuk… hang kena kaji dlm2 sirah para sahabat, baru hang faham, ni tak main ikut puak-2 pemimpin PAS yang sebenarnya gila kuasa dan harta, hudud bagi mereka hanyalah alat untuk mendapatkan semua itu.

        Reply
  • April 24, 2012 at 10:56 am
    Permalink

    kita hanya perlu takut dgn ahzab dari ALLAH swt saja…….yg lain fikirlah sendiri tentang semua ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *