Peneroka Mati Depan JPM: ADUN PAS Salahkan Hospital, JPM, Kakitangan Awam

Share


Belum terlambat rasanya saya mengucapkan rasa takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Nordin Ahmad Bakri, seorang peneroka yang diperalatkan oleh puak-puak pembangkang untuk berdemo di hadapan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Allahyarham Mohd Nordin meninggal dunia dipercayai kerana serangan jantung yang dihadapinya ketika menyertai demo yang dipercayai didalangi oleh puak-puak pembangkang. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan diringankan dari seksaan kubur…Amin.

Namun, lebih menyedihkan lagi ialah mengenai dalang disebalik kematian Allahyarham tersebut iaitu ADUN Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dari PAS yang tidak mengambil iktibar dan hikmah di sebalik kejadian tersebut.

Amat memalukan sekali apabila wakil rakyat PAS ini menyalahkan beberapa pihak atas kematian Allahyarham Mohd Nordin, khususnya pihak pengurusan Hospital Putrajaya, JPM dan kakitangan awam di Kompleks Kerajaan Pusat di Putrajaya.

Taufek menyalahkan Hospital Putrajaya kerana didakwa lewat tiba di lokasi mereka berdemo yang khabarnya hanya sejauh 4.3 km.

Taufek juga menyalahkan JPM yang katanya tidak dilengkapi pasukan paramedik untuk tujuan kecemasan seperti yang berlaku terhadap Allahyarham.

Dan Taufek juga menyalahkan kakitangan awam di Putrajaya yang kononnya tidak diberi latihan menghadapi saat kecemasan dan tidak mampu menolong Allahyarham.

Tiga perkara yang dinyatakan Taufek dalam cubaannya mempolitikkan kematian Allahyarham Mohd Nordin itu. Dah tak ada kerja lain nak buat?

Tidakkah Taufek sedar bahawa ajal maut itu ditangan Allah dan sudah ditetapkan sejak ruh setiap manusia itu berada di “lauhul mahfuz” lagi?

Sekiranya tiba ajal seseorang anak Adam itu, nescaya Izrail AS tidak akan menangguhkan saat kematian setiap hamba Allah itu walau sedetik sekali pun. Ustaz di sekolah Taufek belajar dulu tidak ajarkah perkara ini?

Jadi, tidak kira sama ada Hospital Putrajaya berada di depan mata Allahyarham sekalipun, Izrail akan tetap mengambil nyawanya sebagaimana yang diperintahkan Allah. Taufek beriman atau tidak kepada ketentuan Allah itu? Janganlah nak disalahkan pihak hospital pula…

Begitu juga dengan kelengkapan paramedik dan kakitangan awam terlatih di kompleks kerajaan atau JPM tersebut. Isu itu tidak timbul sama sekali.

Walaupun kerajaan meletakkan 100 orang doktor pakar sekali pun di setiap bangunan kerajaan untuk menunggu kes kecemasan, jika ajalnya sudah sampai, ruh Allahyarham Nordin akan dipisahkan jua dari jasadnya.

Walaupun semua kakitangan awam dilatih sehingga setaraf dengan doktor pakar sekalipun, jika Allah sudah tetapkan ajal hambanya yang bernama Mohd Nordin Ahmad Bakri, insyaAllah, nyawanya tetap akan kembali kepada Pencipta.

Sebenarnya, saya hanya terkilan mengenai lokasi dan keadaan Allayarham meninggal dunia. Dia meninggal dunia ketika menyertai demonstrasi yang dipercayai bermotif dan berkepentingan politik jijik pembangkang!



38 thoughts on “Peneroka Mati Depan JPM: ADUN PAS Salahkan Hospital, JPM, Kakitangan Awam

  • April 18, 2012 at 12:55 pm
    Permalink

    Mentality pembangkang….kalau bodo tu….terserah pada depa…..good keldai pembangkang….

    Reply
    • April 18, 2012 at 5:22 pm
      Permalink

      Biasalahhh!!Kita akan hairan kalu puak nie mengaku kesilapan diri sendiri. Kalu masa buat demonstrasi nie derang tercirit dan terpijak taik sendiri pon derang akan mempersalahkan Kerajaan..!

      Reply
  • April 18, 2012 at 1:09 pm
    Permalink

    kat akhirat nanti tau la si taufik kene soal sebab kematian arwah..

    alfatihah buat arwah..

    tapi PAS ada ambik iktibar tak?? jangan harap la..yahudi dan kristian pun dah masuk dalam PAS!!

    Reply
    • April 18, 2012 at 1:12 pm
      Permalink

      Seharusnya yang patut dipertanggungjawabkan adalah Adun Paroi itu sendiri…..

      Reply
  • April 18, 2012 at 1:11 pm
    Permalink

    Cukup-ckuplah nak berdemo nie. Ini semua tidak membawa apa-apa manfaat. Kalau takde demo? Mungkin tidak terjadi sebegini. Tetapi segala-galanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Redha kan saja. Kena beringat..

    Reply
  • April 18, 2012 at 1:12 pm
    Permalink

    Kalau diimbau sepuluh tahun dahulu adakah peneroka Felda membuat tunjuk perasaan dimana mana menentang pengurusan FELDA atau kerajaan ,Walaupun pada masa tersebut harga komoditi jatuh .Peneroka akur harga ditentukan oleh pasaran terbuka .Tetapi kenapa peneroka sekarang ni berdemo membantah pengurusan FELDA dan kerajaan?Adakah ini semata mata hasutan dari pihak pembangkang?.Dulupun pembangkang ada juga buat ceramah ditanah rancangan .Tapi apabila timbul soal pengapongan saham FGVH peneroka mula tidak puashati …Disini ada yang tidak betul dan berniat tidak jujur oleh sesetengah pihak …….Kalau nak kira pemilikan perladangan Tabung haji juga banyak mempunyai ladang dengan keluasan yang tidak kurang juga besarnya .Pergilah ambil tabung haji dan dibursa sahamkan …Dan kita tengoklah hasilnya nanti….pengurusan tabung haji boleh cakap kita akan untung besar dan dapat durian runtuh kepada pelabur tabung haji ……Cakaplah pelaburan cara islam atau apa apa lah ….asalkan nampak halal….Adakah kerajaan berani?

    Reply
    • April 18, 2012 at 1:54 pm
      Permalink

      Tabung Haji Plantation tu apa ke benda nya bukan ladang sawit ke, kalau dah bengok bengok juga, cuba cari kat bursa kaunter THPLANT siapa yang punya kalau bukan Tabung Haji.

      Reply
    • April 18, 2012 at 7:18 pm
      Permalink

      sepuluh tahun dulu dajal beranu bengkok tk keluar lg….tak perasan ke???..

      Reply
    • April 19, 2012 at 11:19 am
      Permalink

      Tubir,

      Ini lah mentaliti pembangkang … semua nak membangkang… dan pengikutnya sentiasa angguk saja apa yang pemimpin dia cakap …. Bila buat tuduhan kenalah datangkan dengan bukti.. Kalau awak kata ada yang tak betul dalam penyenaraian FGVH ….tunjukkan bukti …jangan hanya buat andaian……Kerajaan dah buat peneranagan dengan jaminan lagi bagi Peneroka …dan tambahan ..takkan lah kerajaan nak menginaya Peneroka …kerana peneroka selama ni adalah orang orang yang sentiasa menyebabkan kemanangan kepada BN .. cuma terdapat segelintir peneroka yang termakan HASUTAN pihak pembangkang. Kepada Peneroka atau waris peneroka …imbau imbaulah keadaan anda atau bapa-bapa anda atau dato dato anda sebelum Felda ditubuhkan ….kerajaan BN inilah yang berhempas pulas mengadakan FELDA serta mengujudkan peneroka ….DAP pada masa itu telah menentang keras secara senyap penubuhan FELDA … BN dengan tebal muka tetap mempertahankan FELDA dan peneroka … Bila peneroka dah berjaya dan bertambah ramai maka Pembangkang dengan muka tak malu merasuk, menghasut peneroka ni….

      Reply
  • April 18, 2012 at 1:19 pm
    Permalink

    Sebelum menuding jari, terdapat beberapa perkara yang perlu dijadikan tauladan buat puak-puak demonstrasi termasuk perhimpunan yang di rancang pada 28 April ini.
    1. Tanggungjawab penganjur sebenarnya untuk menyediakan pasukan perubatan atau paramedik kerana risiko sebegitu seharusnya dijangka semasa membuat risk assessment sebelum malakukan sesuatu aktiviti.
    2. Buat proper action plan sebelum melakukan sebarang aktiviti, nasi dah jadi bubur dan perbuatan menyalahkan orang dilihat seperti menyerlahkan kejahilan diri sendiri.
    3. Sebagai perbandingan, daripada menyalahkan pihak lain, cuba tanya diri sendiri, sekiranya tidak menganjurkan demonstrasi, adakah arwah perlu berada di Putrajaya?

    Reply
    • April 18, 2012 at 1:45 pm
      Permalink

      Pandangan bernas.

      Memang tanggungjawab penganjur untuk menyediakan khidmat kecemasan. Tapi dah nama pun pembangkang, memang takkan ngaku salah sendiri, semua nak tuding orang lain.

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      Reply
    • April 19, 2012 at 2:01 pm
      Permalink

      Setuju. Tanggungjawab penganjur sediakan pasukan perubatan dan keselamatan peserta. Lemah betul pemikiran adun paroi ni. memalukan org nogori jo.

      Reply
  • April 18, 2012 at 1:30 pm
    Permalink

    Tubir pun mulalah spin…

    Reply
  • April 18, 2012 at 1:51 pm
    Permalink

    aku stuju sangat ngan “talent” atas tu..lepas ni siapa pun nak buat demo maka persiapkanlah segala langkah keselamatan yang sempurna..kalau perkara tak diingini berlaku maka mudahlah nak ditangani..lau ada yang mati jgnlah asyik nak salahkan orang lain..bagi aku la..adun bodoh tu takkan tak tau arwah tu ada sakit jantung? naper dibawa jugak? Dah jadi camni semua org nak disalahkan..dasar adun biol

    Reply
    • April 18, 2012 at 1:58 pm
      Permalink

      Patut keluarga si mati menyaman penganjur sebab gagal menyediakan soal keselamatan.

      Reply
  • April 18, 2012 at 1:54 pm
    Permalink

    Sapa yang duruh pg demonstrasi.. Kalau berani pergi, berani lah tanggung ape2 yang berlaku. Banyak saluran lagi yang boleh disuarakan. Kata nk kebebasan bersuara sangat, rasalah padahnya.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

    Reply
  • April 18, 2012 at 1:55 pm
    Permalink

    Samalah mcm masa Bersih 2, gunalah isu kemation sungguh2.. Bila dh post mortem rupanya mmg ada masalah kesihatan. Lama2 senyap.

    Reply
  • April 18, 2012 at 2:03 pm
    Permalink

    Ni macam case Baharudin Ahmad yang pura2 buat sakit macam nak mati semasa Bersih 2.0 dan mempermainkan medic team dengan olok2 nya. Seperti biasa parti pembangkang akan nak kan taraf simati ni kepada status WALI atau maklaikat.
    TBH cina DAP yang mampus bunuh diri pun dah jadi martyr di kaca mata anti BN.
    This is a case macam ‘The boy who cry wolf’.

    Reply
    • April 18, 2012 at 2:40 pm
      Permalink

      arwah baharuddin Ahmad memang dah sampai hayatnya menemui Illahi disebabkan masalah jantung dan darah tinggi.

      kematian arwah adalah kes betul, mati mengejut disebabkan berlari-lari dan jantung berhenti.

      yg berlakon pengsan mati berkali-kali namanya Suhardi. yg ni baru betul kes tipu utk tarik simpati.

      Reply
  • April 18, 2012 at 2:12 pm
    Permalink

    Lepas harap-harap PAS dapat tubuhkan tabung untuk Allahyarham…derma ikhlas untuk membantu isteri dan anak-anaknya..tak guna salahkan orang lain, sekali sekali buat lah sesuatu yang positif…sekali sekala harap-harap PAS dapat membuat perkara yang baik !

    Reply
    • April 18, 2012 at 4:54 pm
      Permalink

      Saya tidak yakin dengan penubuhan tabung ni. Bukan tidak mahu membantu…. cuma risau akan jadi seperti mana Tabung Memali.
      Mat Sabu pun sehingga hari ini “No Comment” dalam ceramah beliau dan pada satu ceramah, jawapan dia sama dengan jawapan Azmin. “perkara ni dah dijawab beberapa kali”. Mungkin ini akan menjadi standard jawapan pemimpin pembangkang apabila tidak dapat jawab.
      Wallahualam.

      Reply
  • April 18, 2012 at 4:21 pm
    Permalink

    Terlebih dulu, takziah kpd keluarga allahyarham Mohd Nordin. Janganlah pulak puak PAS mengatakan kematian ini sebagai mati syahid kerana berdemo menentang kerajaan. Cuma terkilan sebab ajalnya sampai ketika berdemo menentang pihak yang telah banyak berbudi kepada beliau.

    Reply
  • April 18, 2012 at 4:33 pm
    Permalink

    sebelum menyalahkan paramedik dan hospital…kenapa tak sediakan pasukan perubatan sendiri sebelum berdemo?

    mmg hospital tu dekat…4.3km. tapi kenapa adun paroi atau manapendemo tak hantar mangsa ke hospital?

    Kenapa pendemo tak dilatih sebagai anggota penyelamat?

    salah sapa?

    apa-apa pun doa saya untuk arwah…Al fatihah

    Reply
  • April 18, 2012 at 8:14 pm
    Permalink

    al fatihah…agak malang bila meninggal dalam keadaan yang marah kepada benda yang mereka tidak pasti angkara hasutan iblis…

    semoga kaum keluarganya bolehlah meminta pampasan dari pihak penganjur…

    Reply
    • April 19, 2012 at 7:59 am
      Permalink

      betul tu..nak buat camne..hasutan syaitan..

      kan lebih baik duduk dan main dengan cucu..tapi ini jadinya…kuasa Allah s.w.t

      Reply
  • April 18, 2012 at 8:27 pm
    Permalink

    Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Nordin Ahmad Bakri…

    Kepada peganjur tlg bertanggungjawab!!!..

    Reply
  • April 18, 2012 at 10:58 pm
    Permalink

    Kerajaan PR selangor adalah contoh yang baik jika dibandingkan dengan negeri negeri yang dibawah kerajaan BN.Sekurang kurangnya dapat juga penjimatan bil air sebanyak 20 hingit.walaupun cuma jumlah yang kecil tetapi semua rayaat yang tingal diselangor dapat merasaainya .Walaupun banyaklagi yang belum ditunaikan .BN dah memerintah sekian lamapun tidak mampu berbuat sedemikian untuk rayaat diseluruh negara .
    Cuma sejak kebelakangan ini BN berubah arah untuk lebih ambil tahu soal rayaat.Inilah yang dikatakan kebaikan untuk rayaat bila pembangkang sudah mula mendapat sokongan didalam politik.BN juga berjanji macam macam kepada rayaat .PR juga berjanji untuk kesahjahtraan rayaat ….Tiada satu janji PR pun untuk menyusahkan rayaat .
    Andai kata didalam PRU13 nanti BN tewas dan nenjadi pembangkang …….pada masa itu BN akan berjanji yang lebih baik dari apa yang dijanjikan oleh PR untuk PRU14 nanti …….yang untungnya adalah rayaat……..So jangan taksub sangat dan takut akan apa apa ….

    Reply
    • April 19, 2012 at 12:17 am
      Permalink

      peh, boleh dia ckp BN tak bagi apa2? woi, takat 20 inggit kat meter bukan pukal pun nak gebang ke? subsidi yuran sekolah? subsidi yuran U? pembiayaan pendidikan? subsidi minyak?.. bape banyak janji pakatan haram da tunai? hal ehwal agama islam kat penang saper pegang? janji nak bagi sape? bape banyak masjid da wat? klang banjir ritu ramai ngadu masalah sampah.. pe cer?

      Reply
    • April 19, 2012 at 5:32 am
      Permalink

      Kerajaan bn membelanjakan 425 juta setahun memberikan elaun sara hidup sebanyak 300 sebulan kepada warga emas yang susah melalui JKM. Subsidi bil air tak dapat dinikmati golongan susah yang tinggal di flet. Hak kepada wang subsidi mereka ini dinafikan oleh kerajaan Selangor. Sepatutnya kalau bantuan tak dapat disalurkan melalui subsidi, berilah wang tunai. Kerajaan Selangor tak buat juga dan menzalimi golongan miskin yang tinggal di flet. Kerajaan Selangor zalim.

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      Reply
    • April 19, 2012 at 6:25 am
      Permalink

      hang dok mana ni tubir…bila masa SEMUA rakyat selangor dapat penjimatan bil air tu….rumah flat/appt yang pakai meter pukal tu dapat ke???…berhujah dgn fakta laaa…jgn ambil citer dari kedai kopi depan umah si gagap tu….tulis pjg2 fakta takde…tu bangang namanya….

      Reply
    • April 19, 2012 at 10:53 am
      Permalink

      orang kaya je yg dapat orang miskin tak dapat

      Reply
  • April 19, 2012 at 3:54 pm
    Permalink

    arwah mati dalam keadaan aib.mati kertika mencerca kerajaan sedangkan kerajaan tu lah yang menjadikan beliau seorang peneroka dan diantara yang terpilih dari kalangan rakyat miskin ketika era tun abd razak.memang rezeki dari allah tapi menghina tangan yang memberi tanah(rezeki)
    sedangkan orang kafir yang memberi rezeki pun kita tidak boleh mencerca beliau ini kan pula kerajaan melayu islam.bertapa kaum cina dan bangsa lain iri hati dalam pemilihan peneroka felda,rata2 orang melayu islam.arwah mati dijalanan bukanya di atas riba isteri atau anak2,bertapa ruginya arwah.
    semoga allah mencucri rahmat ketas beliau.jangan lah kita jadi kacang lupakan kulit.

    Reply
  • April 19, 2012 at 4:12 pm
    Permalink

    Apabila mengadakan acara melibatkan jumlah yang ramai, pihak penganjur bertanggungjawab menyediakan kemudahan kecemasan, atau sekurang-kurangnya memaklumkan kepada pihak klinik atau hospital berhampiran.

    Prosedur tersebut dianggap sebahagian daripada SOP (Standard Operational Procedur) yang harus dipatuhi bagi mengelakkan kejadian luar jangka.

    Tindakan menyalahkan pihak lain menampakkan kelemahan ketara penganjur demo ini.

    Moga kita jadikan teladan…

    Reply
  • April 19, 2012 at 7:44 pm
    Permalink

    air percuma di selangor pun rakyat cukup marah. nak dapat percuma rakyat yg tinggal di flat kena tukar meter air individu. kos tukar sahaja cecah rm1000. kenapa kerajaan pkr selangor tak serap atau tanggung kos tukar meter air tu? cuba bayangkan selama ni sebulan bayar cuma rm20. nak habiskan rm1000 tu agak-agaknya berapa tahun? rakyat yg miskin duduk di flat siap hutang sana sini nak tukar paip meter individu dgn kos rm1000. dah jadi pengemis kat selangor.

    Reply
    • April 21, 2012 at 6:51 pm
      Permalink

      Ini soal meter pukal ujud dizaman BN memerintah lagi …..Sekarang ni bila kerajaan negeri beri air percuma Rm20 timbul masalah ,Nak buat penukaran ianya dibawah syabas ……syabas pula milik swasta krono BN …….itulah punca masalah .Mintak kerajaan negeri rampas ja puncak niaga tu .Batalkan perjanjian dan miliknegerikan syrikat air selangor .
      Ini baru empat tahun PR memerintah sudah memberi kesenangan pada rayaat selangor ….BN dah perintah selangor lebih 50 tahun tapi habuk pun tak ada …..Sekurang kurangnya PR berani juga bagi …….Apa yang BN bagi kat rayaat sudah memang sepatutnya rayaat terima ,kerana ianya merupakan tugas dan tangungjawab kerajaan pusat ,tak ada apa yang nak dibangakan pun .Baru sekarang ni lah nak tunjuk prihatin konon ……dah lebih 50 tahun memerintah Negara yop!rayaat sepatutnya dapat lebih lagi …..Lihatlah bil letrik naik mendadak semenjak tukar meter baru ni .Kalau dulu rumah saya mengunakan RM 300 setiap bulan tapi sekarang RM350-400 sedangkan barang yang sama digunakan ….Banyak rungutan oleh penguna ,Tapi TNB buat cerita konon meter dulu tu rosak dan tak betul ….Tapi bila saya kira guna tenaga barang letrik dirumah saya ternyata ianya berbeza dengan kadar meter baru lebih tinggi .

      Reply
  • April 19, 2012 at 7:46 pm
    Permalink

    sepatutnya adun paroi tu kenalah belajar cpr ke bantuan kecemasan ke… tak ada sorg ke yg pandai berdemo tu tau cpr? ini nak salahkan org lain.. awak yg duduk berdemo sebelah dia.. awak lah sepatutnya ambil langkah2 awal.

    Reply
    • April 21, 2012 at 6:56 pm
      Permalink

      Ramai rayaat malaysia ni tak tau apa itu CPR dan cara untuk melakukan CPR dengan betul .Macam b erenang juga ramai rayaat kita tidak tau berenang walaupun negara kita dikelilingi air .

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *