Penyokong Pembangkang Gembira Melihat Pemimpin Mereka Hina Institusi DiRaja Kesultanan Melayu?

Share


Pada 11 April lalu, DYMM Al-Mu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum As-Sultan Badlishah telah ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-14.

Sebagaimana kebiasaan, upacara pertabalan tersebut diadakan dengan penuh adat istiadat DiRaja melambangkan kebesaran Raja-Raja Kesultanan Melayu dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

Malangnya, dilaporkan oleh seorang doktor yang bertugas ketika upacara pertabalan tersebut, Dr. Abdul Rahman Kadir, bahawa beberapa pemimpin pembangkang memperlekeh, mempermain-mainkan dan mengejek DYMM Raja-Raja dan Sultan Melayu yang hadir di majlis tersebut.

Antara yang terlibat menderhaka dan mempersenda Raja-Raja dan Sultan Melayu tersebut ialah Azmin Ali, Tian Chua, Dr. Mariah, Nurul Izzah, Khalid Samad dan Loh Gwo Burne yang duduk berkelompok di dalam dewan…

Siapa pula yang dipermainkan?

Antaranya ialah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Perak, Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan beberapa DYMM-DYMM yang lain. Sila rujuk di sini untuk maklumat dan laporan tersebut.

Sebenarnya saya tertanya-tanya kalau secara berdepan di majlis Raja-Raja dan Sultan Melayu pun mereka mempersendakan DYMM-DYMM Raja dan Sultan yang menaungi negara dan negeri, bagaimana pula sikap mereka di belakang? Tentunya lebih teruk…

Saya tertanya-tanya, apakah mereka tidak sedar bahawa institusi Raja-Raja Melayu itulah yang melantik ahli-ahli politik pembangkang di negeri masing-masing sebagai ADUN dan Ahli Parlimen di Parlimen?

Apakah mereka hilang rasa hormat terhadap institusi DiRaja sehingga sanggup berkelakuan biadap dan derhaka terhadap para penaung tertinggi rakyat itu?

Dan apakah rakyat di negara ini tidak kisah dengan sikap kurang ajar dengan para pemimpin politik Pakatan Haram itu? Tidak marah?

Terus terang saya katakan, saya bukan berniat untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap para pemimpin Pakatan Haram bila menulis tentang isu ini.

Namun sebagai rakyat di bawah naungan DYMM-DYMM Raja dan Sultan-Sultan Melayu, saya memang sangat marah dengan sikap para pemimpin Pakatan Haram itu. Memang saya sangat marah!

Mungkin secara peribadi saya boleh menerima sindiran dan tindakan para pemimpin pembangkang yang mempermaikan para pemimpin Kerajaan BN di majlis itu. Maklumlah, mereka memang seteru politik utama BN.

Walaupun marah, saya masih boleh terima perangai kebudak-budakan mereka itu. Tapi bila mereka buat begitu kepada institusi DiRaja, saya langsung tak boleh terima! Pantang Melayu dan rakyat Malaysia derhaka serta biadap terhadap DYMM Raja dan Sultan Melayu!

Sikap para pemimpin Pakatan Haram itu jelas menunjukkan betapa mereka tidak menghormati institusi DiRaja yang menjadi benteng kedaulatan negara. Mereka benar-benar biadap dan harus diberikan hukuman sebagai pengajaran.

Saya percaya, sekiranya perlakuan ini dilakukan ketika di zaman Kesulatanan Melayu Melaka, nescaya mereka ini semua akan dihukum bunuh!

Tapi memandangkan kita tidak lagi mengamalkan sistem dahulu kala dan hidup mengikut perlembangaan sedia ada yang semakin terbuka, saya pasti ada hukuman yang sesuai untuk penderhaka-penderhaka tersebut…

Ini bukan soal politik. Ini soal rukunegara. Ini soal Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara! Ini soal Kesopanan dan Kesusilaan! Inikah sikap para pemimpin pembangkang kepada institusi DiRaja negara ini?

Saya percaya, sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara, nescaya negara ini akan dijadikan sebuah negara republik seperti di Singapura.

Tidak mustahil institusi Raja-Raja dan Kesultanan Melayu di negara ini hanya akan tinggal sejarah di dalam buku teks di sekolah-sekolah. Itu pun jika Lim Kit Siang dan Karpal arahkan ia dimasukkan ke dalam silibus…

Persoalannya, sanggupkah kita membiarkan kebiadapan dan sikap kurang ajar para pemimpin pembangkang ini begitu saja? Jika benar sanggup menyokong penderhakaan pembangkang terhadap Raja dan Sultan-Sultan Melayu, sila undi pembangkang pada PRU ke-13 nanti…



23 thoughts on “Penyokong Pembangkang Gembira Melihat Pemimpin Mereka Hina Institusi DiRaja Kesultanan Melayu?

  • April 15, 2012 at 6:27 pm
    Permalink

    biasalah…diaroang ni kan talibarut yahudi..

    Reply
    • April 17, 2012 at 11:22 am
      Permalink

      TIDAK JELAS APA YANG DIMADSUDKAN OLEH MEDIA MENGENAI PENGHINAAN KEPADA RAJA2. APAKAH MEDIA CUBA MEMBURUK BURUKAN KUMPULAN PEMBANGKANG . SEJARAH MENUNJUKAN YANG MENDERHAKA KEPADA RAJA IALAH UMNO, SIAPA YANG MENJADI KEPALA JAHAT MELUCUTKAN TARING RAJA2 MELAYU….PEMIMPIN UMNO BERTANGGUNGJAWAP…KEPALA UTAMA DRM KUTTY…

      Reply
  • April 15, 2012 at 9:11 pm
    Permalink

    setakat mengeluh saja tak guna kalau kerajaan diam membisu seperti mencurah air didaun keladi..dah lama bersabar.

    Reply
    • April 16, 2012 at 1:32 pm
      Permalink

      Tiada menteri yg berani ambil tindakan..Dlm Berita Radio RTM semalam pun kata Dr Rais Yatim, hanya amaran dan nasihat sahaja akan diberikan..Tak mcm di Thailand, warga Eropah hina gambar Raja pon dah kena penjara berbelas2 tahun. Elok Raja-raja Melayu sendiri bersidang bagi memutuskan apa yg perlu mereka buat..!

      Reply
      • April 19, 2012 at 4:39 pm
        Permalink

        Setuju sangat dgn apa yg you katakan…SiCina Kg.batu tuuu elok orang pertama kena PENAMPAR MELAYU…

        Reply
  • April 15, 2012 at 9:29 pm
    Permalink

    Ce cerita sikit apa yang mereka buat…

    Sila rujuk di sini untuk maklumat dan laporan tersebut. Dimana?

    Reply
  • April 15, 2012 at 11:22 pm
    Permalink

    Perkara begini hendaklah di persembahkan kepada kebawah Duli2 Tuanku oleh sesiapa yg betul2 melihat perlakuan yg sebegitu..biag depa tau bahawa negara ini mempunyai Raja..cuba buat kt Siam tengok..alamat kena jel lah..!!

    Reply
  • April 16, 2012 at 5:16 am
    Permalink

    Perkara ni bukannya sahih..tiada bukti..tiada saksi..tembak peluru kapur dari 3 kolam najis yang sama..Utusan Malaysia, RTM dan UMNO…

    Reply
    • April 16, 2012 at 10:50 am
      Permalink

      Takpalah kan depa kata nak buat siasatan d raja. kita tunggulah, tapi pastikan perkara tersebut salah dan ada peruntukan undang2. Bukan apa takut nanti malu sendiri. Sebab penghinaan paling besar ialah UMNO terengganu kata YDPA @ sultan T’ganu ” NATANG”. Tanya orang ganu NATANG tu apa dia?

      Reply
      • April 16, 2012 at 3:20 pm
        Permalink

        Ntah-ntah puak PAS yang letak kan kain rentang tu bujuk..hang bukan tak tau…parangai cai-cai macam hang !

        Reply
    • April 19, 2012 at 4:41 pm
      Permalink

      Alyaba…nama pon dah tahu bikan orang Melayu..Piiirah….ko nak kena PENAMPAU MELAYU ker???

      Reply
  • April 16, 2012 at 11:51 am
    Permalink

    utk penyokong pembangkang bukan setakat menghina , sekiranya pemimpin mereka meludah raja2 pun akan dianggap biasa saja, kerana bg mereka pemimpin mereka tahap dewa.ini ajaran dan pegangan hidup mereka.

    Reply
    • April 17, 2012 at 7:52 am
      Permalink

      Tiada kedengaran apa2 kenyataan daripada mana-mana Sultan atau Raja mengenai perkara ini. Mereka buat tak tahu saja. Kita rakyat yg melalak bising2…Besok Sultan dgn pemimpin pembangkang main golf sesama pulak dan kasi anugerah Datuk lagi..!Kita apa ada?…muahaaaaaaaa!!!

      Reply
  • April 17, 2012 at 7:36 am
    Permalink

    kes tu blom tentu btol ke x…biasa la dh nk dekat PRU ni…mcm2 ditimbulkn..yg aku nampak kat m’sia ni kes hina agong lebih sensitif dari hina islam..dlm youtube jelas2 org hina islam dan Nabi Muhammad tp pemerintah x serius sgt…hhhmmm…

    Reply
  • April 17, 2012 at 10:28 am
    Permalink

    berlagak hero mau bela raja2…tapi x sedar pemimpin kamu lah yg berpuluh2 tahun menghina golongan raja sejak belum merdeka lagi…persetujuan dgn british..utk perintah malaysia….kusa raja2 x ada lagi..setakat lambang sja..korang xpayah nafikan…ditambah luka raja2 ni dgn dihapus imuniti raja oleh tun mader…mau nafikan???

    aku x kisah…raja pembela agama raja berjiwa rkyat…raja yang boleh menjadi imam rakyat aku snjung..raja yg sekadar mulia atas sebab keturunan…x ada apa2 jaasa pada rakyat..hanya tahu hidup mewah di idtana..layaknya jd sanjungan golongan duniawi…raja sebenar adalah ALLAH SWT…kenapa x taat pada ALLAH yg maha tinggi pangkatnya dgn mejalankan hukum2nya…khalifah sebenar kita adalah MUHAMMAD SAW…kenapa tidak diikut segenap akhlak mulianya….setap perbuatannya adalah SUNNAh..yakni mendapat pahala..RAJA2 melayu…yg ada skrg..ade yg begitu????yg boleh kita sanjung pekertinya…

    Reply
    • April 17, 2012 at 8:43 pm
      Permalink

      lu ni bercakap pakai idung ke? Kenapa nak dibandingkan dengan Allah pulok? Macam org tak siuman je gua tengok lu ni..

      Reply
  • April 18, 2012 at 1:13 am
    Permalink

    imej yg dibawa oleh pemimpin dan pengikut pakatan haram ni ialah imej penderhaka yg bangga dengan samseng taik kucing depa tu..

    Reply
  • April 18, 2012 at 10:03 am
    Permalink

    Boleh jadi PRU-13 berkemungkinan UMNO menang sedikit majoritinya..

    Reply
    • April 19, 2012 at 4:44 pm
      Permalink

      InsaAllah……..mukin lebih kot

      Reply
  • April 18, 2012 at 4:14 pm
    Permalink

    tak boleh bercakap langsung ke waktu pertabalan? adakah ianya jatuh hukum BERDOSA disisi Allah? Bagaimana pula dgn sejumlah besar manusia melayu yg bercakap ketika KHUTBAH JUMAAT? yg ini memang terang-terang berdosa. Tapi tak diperbesarkan langsung isu ini. Apakah kita semua ingin MENDUAKAN / MENYEKUTUKAN ALLAH dgn raja-raja?

    Reply
  • May 29, 2014 at 11:47 am
    Permalink

    Siapa agaknya nak kita salahkan sehingga ramai anak muda hari ni tidak menghormati Raja2 melayu? Mereka jadi jahil dan cair ketaatan kpd Raja yg mereka bernaung kerana Pemimpin melayu yg berkuasa leka dan terlepas pandang peri pentingnya menanam dan menyuburkan terus semgt taat setia kpd Raja, cinta kpd bangsa melayu sendiri, kenal asal usul dan semgt patriotsma. Sibuk kejar kekayaan dan kebendaan akhir padahnya golongan ini mudah tercair dan ditipu oleh musuh melayu dr dalam dan luar negara. Sekrg pemimpin yg adapun semua LEMBIK2 belaka

    Reply
  • May 29, 2014 at 12:11 pm
    Permalink

    Yg lebih buruk sekrg ni golongan muda yg pemimpin melayu lupa nak suburkan rasa taat pd Raja dan negara yg nak jatuhkan pemimpin2 melayu ni…..haaa padan dgn muka depa. Sibuk nak kejar harta dunia sgt!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *