PTPTN: Hapus Atau Rombak?

Share


ANWAR memang diketahui punya kegemaran membuat pengumuman besar tanpa terlebih dahulu memaklumkan pemimpin lain dalam PKR mahupun Pakatan harami yang ditubuhkannya (dengan air liur semata-mata).

Kegemaran inilah yang sebenarnya mendatangkan kesusahan kepada pemimpin tahap pertengahan ini untuk menjelaskan kepada rakyat justifikasi disebalik ‘pengumuman besar’ yang diumumkan Anwar.

Walaupun soal nak menghapuskan PTPTN ini bukan perkara baru tapi ia tidak pernah dibincang dan dicanang dengan serius, dan semuanya berubah pada Jumaat bila ‘bakal Perdana Menteri’ sendiri menyebutkannya tanpa memaklumkan kepada sesiapa dalam barisan kepimpinan partinya sendiri.

Dilema inilah yang dialami Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof dalam mengulas isu berkaitan dengan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN).

Anwar semasa mengumumkan keputusan Pakatan harami mengenai PTPTN ini pada Jumaat menyebut dengan jelas dan terang sekali akan menghapuskan terus PTPTN.

Yusmadi pula hari ini dalam akhbar Sinar Harian mengatakan bahawa PTPTN tidak akan dihapuskan sebaliknya akan dirombak demi memastikan anak-anak golongan miskin terus mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dimasa hadapan.

Sebagai seorang oppurtunis, Anwar tidak ragu-ragu melemparkan segala macam janji yang dia fikir mampu menarik sokongan rakyat kepada PKR dan Pakatan harami pimpinannya – pedulilah boleh laksana atau tidak.

Yusmadi pula, seorang realis, tahu PTPTN bukan boleh dihapuskan semudah memetik jari sahaja.  Banyak peraturan, banyak ragam dan banyak prosedurnya.

Tapi tanpa sedar, kenyataan Yusmadi itu mencetus lebih banyak persoalan.  Sama ada PTPTN akan dihapuskan dalam ertikata penghapusan yang sebenar seperti yang disebutkan Anwar atau dirombak untuk membolehkan golongan miskin terus mendapat pembelaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi?

Mana satu?

Walaupun Sinar Harian membantu dengan meletakkan tajuk yang selari dengan kenyataan Anwar pada Jumaat iaitu berkisar tentang penghapusan PTPTN, itu masih lagi tidak membantu menyelesaikan percanggahan terang terangan yang timbul antara Anwar dan Yusmadi.

Semua ini seharusnya menjadi petunjuk kepada rakyat dan peminjam PTPTN yang berangan-angan tidak perlu membayar semula pinjaman mereka sekiranya Pakatan harami ini mengambil alih tampuk pemerintahan negara, yang Anwar sebenarnya hanya berniat menipu, bukan benar-benar ingin melaksanakan (hapus PTPTN).

Justifikasinya mudah, Anwar masih tidak ada pelan penuh untuk memungkinkan penghapusan PTPTN, Anwar juga tidak ada jalan keluar untuk membantu golongan miskin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, selepas PTPTN dihapuskan.

Kerana semua ini pernah dicuba kerajaan Barisan Nasional dahulu dan Anwar juga tahu kerana dia pernah menyertainya (kerajaan Barisan Nasional).  Malah Anwar juga adalah pihak pelaksana PTPTN (termasuk mengenakan kadar faedah 4%) selaku Menteri Kewangan setelah diarahkan kabinet pada 1997.

Satu masa dan ketikanya penulis terfikir juga, manis sangat ke air kencing Anwar ni sehinggakan ramai pencacai menghirupnya tanpa ragu-ragu?  Sudah-sudahlah ditipu hidup-hidup dengan 30 janji dari 31 janji yang tidak dilaksanakan di Selangor, jangan lagi ditipu dalam isu PTPTN ini pula.



29 thoughts on “PTPTN: Hapus Atau Rombak?

  • April 2, 2012 at 4:08 pm
    Permalink

    adamyan ini cukup pandai memutar-belit isu yang dibangkitkan oleh PR!
    masih ingat dia berkata nfc tiada skandal tetapi bila pengerusinya didakwa di mahkamah adamyan ini diam saja sudah membisu!
    berbalik soal ptptn,tiada ragu lagi PR akan menghapuskan ptptn sekiranya berkuasa di pusat !duit petronas dan cukup menampung jumlah itu !

    Reply
    • April 2, 2012 at 4:15 pm
      Permalink

      wahai peminjam-peminjam PTPTN jangan lah kamu percaya dengan omong kosong PR ni. Apa yang dijanjikan hanyalah palsu semata-mata.. Janji diselangor pn tidak semua dapat ditunaikan… Student UNISEL pn terpaksa ambik PTPTN. kalau kerajaan negeri ikhlas berbicara mengenai penghapusan PTPTN, bermula dengan UNISEL tiada yuran pengajian dan ditanggung oleh kerajaan selangor. Ingatlah ramai lagi adik-adik, anak-anak yang memerlukan PTPTN. Usah terpedaya.

      Reply
      • April 2, 2012 at 4:33 pm
        Permalink

        Betul tu , mula dgn universiti milik negeri dulu, jadi model.Bila dah menjadi,
        barulah orang percaya..sekarang siapa nak percaya cakap Anwar, kecuali pengikut setia dan die hard sj?

        Reply
      • April 3, 2012 at 7:21 am
        Permalink

        UMNo sendiri pun tak tunaikan janji2 dia juga…..

        bukan semua janji2 UMNO dapat ditunaikan ..

        BN menang jea…serupa jea …

        sebab nak balik selangor…. cakap lah macam tu ……

        Reply
    • April 2, 2012 at 8:18 pm
      Permalink

      nfc? baru dakwa, belum diputuskan apa-apa pun…anyway, ini isu PTPTN…nak guna duit petronas? mudah cakap, apa anwar tak bentangkan pelan penuh macam mana nak laksanakan?

      Reply
    • April 3, 2012 at 7:20 am
      Permalink

      adamyan anjing upahan UMNO ….

      nak hairan apa…

      pada dia Najib tu umpama Nabi…

      Reply
  • April 2, 2012 at 4:13 pm
    Permalink

    La……..umno yg putar belit, lepaih to meroyan sendiri…

    Reply
    • April 2, 2012 at 8:17 pm
      Permalink

      Korang ssh hati..hehe

      Reply
  • April 2, 2012 at 4:33 pm
    Permalink

    jangan lupa BN sudah sekat dana kepada negeri-negeri pakatan ,jadi tak hairanlah kita PR tidak boleh menunai janji mereka!taktik busuk BN!

    Reply
    • April 2, 2012 at 4:37 pm
      Permalink

      Semua BN sekat tony… Hebat sungguh kenyataan bn. Yang berebut projek tender jalan kt kedah tu, kerajaan mana yang bagi. Sebelum cakap tu kaji n fikir dulu.. PR yang buat hal, semua salahkan umno n bn. Bedal cinadoll pn bn yang kena, masuk belakang pn bn yg salah.. Fikir-fikirlah dan selamat beramal..

      Reply
    • April 2, 2012 at 4:49 pm
      Permalink

      Selangor ada cash berbillion ringgit .. Kata MB Khalid, yang menunjukkan betapa bagus dan telusnya pakatan rakyat dalam pengurusan wang…Inilah masa terbaik untuk khalid mengotakan kata2 anuwar (penasihat ekonomi negeri Selangor).
      ….dan saya mencadangkan iklan unisel yang keluar di radio pagi tadi agar menambah ” segala fee dan bayaran serta buku2 adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri”….. dan pasti berduyun2lah pelajar melayu negeri selangor memakmurkan kembali Unisel yang kelihatan seperti tidak terurus kebelakangan ini.
      Tahniah… sedang tunggu pengumuman anuwar dan khalid

      Reply
      • April 2, 2012 at 4:56 pm
        Permalink

        kalau kerajaan selangor mampu melaksanakanya, baru lah semua orang akan percaya bahawa PTPTN akan dihapuskan. Jangan disebabkan penghapusan PTPTN nanti, tiada lagi subsidi di Malaysia. Orang melayu yang akan bertambah susah dan merana.. Oleh itu, berdirilah dibumi yang nyata. Undilah BN…

        Reply
        • April 2, 2012 at 5:51 pm
          Permalink

          Baguslah, Kak Jat kasi RM250 juta….

          Reply
          • April 2, 2012 at 8:18 pm
            Permalink

            kak jat punya ptptn 250juta ye moo..hehe

          • April 2, 2012 at 8:18 pm
            Permalink

            anwar sebat rm445 juta…

          • April 3, 2012 at 5:16 pm
            Permalink

            mooo..hang dah sembang keluar topik ni…standard hang ni copy and paste jea…

      • April 2, 2012 at 7:04 pm
        Permalink

        unisel pun buat loan nak beli computer..mana ada duit dah unisel tu..hehehhe..tapi kita tungu la mana kerajaan selangor dapat duit..dah sure dari BANK ISRAEL la..hehee

        Reply
        • April 2, 2012 at 7:25 pm
          Permalink

          Ya la ambik dari Bank Israel, sumbangan dari umno-APCO..

          Reply
          • April 2, 2012 at 8:20 pm
            Permalink

            Aik..bukan ke Bank Isreal & APCO tu geng anwar..takkan ngan UMNO pun dia geng..marah anwar nti..hehe

  • April 2, 2012 at 7:47 pm
    Permalink

    Mereka memang gemar mengeluarkan kenyataan yg bersifat popular lalu menghiraukan hakikat sebenar. Benarlah kata DSN mereka akan berjanji bulan dan bintang. Sekejap nak hapus sekejap lagi nak rombak. Memang betullah mereka ni semua ahli parti kian rosot.

    Reply
  • April 2, 2012 at 10:02 pm
    Permalink

    Janji sampah anwar al jubori

    Reply
  • April 3, 2012 at 7:25 am
    Permalink

    dulu mengaji tak ada pun PTPTN???

    pendidikan bukan barang dagangan…

    Reply
    • April 3, 2012 at 5:12 pm
      Permalink

      hang ngaji sampai spm jea cipai…mana layak apply PTPTN….hang nii….

      Reply
  • April 3, 2012 at 10:03 am
    Permalink

    kalau kita kekal dgn BN apa yg kita dapat..kalau mereka tak hapus PTPTN, kos sara hidup pun asyik meingkat naik jugak..kita sbgai rakyat pun ada hak…jadi apa salahnya kita cuba tukar pemerintahan kita dibawah PR..lepas 5 tahun kalau tiada perubahan..kita tukar la balik pg BN… Ni BN dah lama sangat memerintah..dah naik lemak..semua benda mereka dah boleh kawal..terutamanya media..korang kalau tgk berita hari2 tu dok kena tipu aje la dgn Najib…

    Reply
  • April 3, 2012 at 11:01 am
    Permalink

    cuba tanya mereka, dari mana nak dapatkan duit untuk cover ptptn? jgn jawab duit petronas sudah la. semua benda nak dihapuskan pakai duit petronas, lama2 yg terhapus ialah petronas.jaga2 dgn janji palsu dan janji tak masuk AKAL ni.

    Reply
  • April 3, 2012 at 4:30 pm
    Permalink

    apa susahnya, just janji mulut saja la. lepas berkuasa boleh la bagi 1001 alasan kenapa diorang tak tunaikan janji.

    cakap la perlu masa, nanti takde duit, umno dah buat perjanjian dgn british sblm merdeka lagi psl ptptn ni, atau 1001 alasan lain.

    akhirnya bn juga yg salah psl pembangkang tak tunaikan janji.

    Reply
  • April 3, 2012 at 10:02 pm
    Permalink

    Hapus atu Rombak tak jadi hal… yg. penting rakyat tak dibebani hutang dan RIBA. Nak guna duit mana pun tak kesah, kita pernah d gemparkan ketirisan oleh jabatan imegresen ratusan bilion oleh Audit negara dulu. kesan dari itu beberapa staff imegresend dan kastam d soal-siasat hingga sebabkan kematian staff kastam. Jadi kalau kita dapat kurangkan ketirisan kalau tak hapuskan, pastinya kita mampu memberi pelajaran percuma pada rakyat tampa bergantung pada sumber pendapatan baru.

    Reply
    • April 4, 2012 at 10:03 am
      Permalink

      Bujuk, ko yakinkah kalau PR perintah, tak de rasuah dan salah guna kuasa?, ko ingat depa tu setaraf khulafak arrasyidin ke? gila ape…

      Reply
      • April 4, 2012 at 10:10 pm
        Permalink

        Belum cuba belum tau. Yg. pastinya pemimpin UMNO majoritinya perompak harta rakyat. Baik cuba benda baru dari dibuli orang lama.

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *