FGVH: Mazlan Aliman Mungkin Tengah Menggelupur Teruk Sekarang…

Share


Saya menjangkakan bahawa Mazlan Aliman tengah “menggelupur” sekarang. Bagai cacing kepanasan, bagai syaitan mendengar azan. Apa tidaknya apabila semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan durian runtuh buat peneroka Felda pada Mei ini.

Dan hari ini, dalam ucapan teks beliau yang dibaca Timbalannya, Najib menegaskan sekali lagi bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak langsung melibatkan tanah peneroka walau seinci pun! Puas hati?

Sebelum ini, Pak Sam yang merupakan Ketua Peneroka kurang jelas mengenai penyenaraian FGVH. Begitu juga GWGF yang dilihat seolah-olah kecewa kerana “boss”nya tidak dilantik menjadi Pengerusi Felda.

Tapi kini mereka sudah jelas, faham dan menyokong penyenaraian tersebut. Mereka pula sanggup turun padang menjelajah dari tanah rancangan ke tanah rancangan untuk memperjelas mengenai penyenaraian FGVH tersebut.

Mazlan Aliman sebelum ini menuduh bahawa ‘durian runtuh’ yang mahu diberikan kepada peneroka adalah hasil jualan saham KPF kepada Felda Holdings. Dan dia kemudian menyekat penjualan kepentingan KPF kepada Felda Holdings melalui injunksi mahkamah.

Ramai peneroka marah padanya kerana menghalang KPF dapat keuntungan jangka panjang dan pendek dari penyenaraian FGVH tersebut. Tapi dia buat “kering” saja dan gembira sebab berjaya sabotaj Felda dan agenda kerajaan nak mengkayakan peneroka.

Tapi, kali ini tentu dia tertanya-tanya, dari mana Felda dan kerajaan dapat duit untuk dihadiahkan runtuh pada peneroka setelah kepentingan KPF tidak dapat dijual. Mungkin dia tak tidur malam sambil tergaru-garu kepala memikirkan hal tersebut.

Menurut Najib, para peneroka dijangka akan “tersandar” dan “rebah dalam kejutan” mendengar jumlah “durian runtuh” untuk mereka pada Mei ini. Kenyataan itu mampu buat Mazlan Aliman “stroke” atau sakit jantung! Persoalannya, dari mana pulak sumber “durian runtuh” itu kalau tidak dari KPF?

Jelas sekali tekaan Mazlan Aliman salah sama sekali sebelum ini. Apa dia fikir Felda tak ada duit ke nak dihadiahkan kepada para peneroka yang kuat membanting tulang membangunkan Felda selama ini? Dia kata Felda muflis? Dari sumber mana Mazlan Aliman dapat tahu? Dari “DZ” dan “tiga beradik” itu, kah?

“Durian Runtuh” ini akan membuktikan bahawa Felda tidak langsung muflis. Malah boleh beri “bonus besar” pada para peneroka. Sumbernya? Mazlan tak perlu tahu kerana dia bukan peneroka dan bukan ahli KPF pun. Dia tu menyibuk dan mengacau saja kerjanya.

Paling Mazlan Aliman ‘panas’ adalah kerana penyenaraian FGVH ini tidak langsung melibatkan tanah peneroka. FGVH hanya akan gunakan tanah milik Felda Plantation sahaja. Itu pun FGVH sewa dari Felda dan bukannya percuma. FGVH bayar pada Felda tau!

Mazlan sebelum ini menghasut peneroka, kononnya tanah mereka akan tergadai. Dan dia gunakan pekataan “gadai”. Sedangkan perkataan “gadai” memang tidak timbul dari awal lagi. Malah fakta menunjukkan tanah peneroka tak terlibat dan bagaimana pula FGVH nak “gadai” tanah peneroka?

Hakikatnya kini FGVH hanya SEWA tanah Felda Plantation. Saya ulang, SEWA dan BUKAN GADAI. Dan dengan penegasan PM bahawa tanah peneroka tidak terlibat walau seinci itu merupakan satu bukti fitnah dan cubaan jahat Mazlan Aliman menghasut para peneroka.

Saya fikir, para peneroka sekarang sedang tidur nyenyak dengan mimpi-mimpi indah. Malah ada yang sudah berangan-angan mahu menunaikan haji dua tiga kali lagi selepas ini. Yang tak dapat tidur ialah Mazlan Aliman yang gelisah dengan ‘durian runtuh’ tersebut.

Mazlan Aliman gelisah sebab dia tak dapat “durian runtuh”. Gelisah sebab dengkinya tak menjadi. Gelisah sebab peneroka tak makan hasutannya. Risau takut tak dapat jadi calon sebab gagal memusnahkan agenda penyenaraian FGVH. Gelisah sebab orang tahu dia busuk hati!

Jelaskan Mazlan Aliman bukan kudis pun pada warga Felda. Tanpa dia, warga Felda akan lebih maju, lebih aman dan lebih terkehadapan. Dan paling menyakitkan hati Mazlan Aliman, dia sedar bahawa PAS takkan dapat memecahkan kubu kuat UMNO itu..kan?



54 thoughts on “FGVH: Mazlan Aliman Mungkin Tengah Menggelupur Teruk Sekarang…

  • April 2, 2012 at 6:45 am
    Permalink

    Mazlan harajadah ni dah pecah belahkan keluarga aku… kerana ada keluarga aku yang tak sedar diri terpengaruh dengan haram jadah ni…

    Reply
    • April 2, 2012 at 7:21 am
      Permalink

      aku rasa si Mazlan ni pun akan sebat jugak duit durian runtuh tu!!!…kita tgk ajer la..sdgkan duit BR1M pun yg difatwakan HARAM pun diorg sbb..ni duit durian runtuh apetah lg…

      Reply
    • April 2, 2012 at 1:39 pm
      Permalink

      http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=gsa%20act%201960&source=web&cd=1&ved=0CCIQFjAA&url=http%3A%2F%2Fwww.agc.gov.my%2FAkta%2FVol.%252011%2FAct%2520530.pdf&ei=5TZ5T4qtB4WnrAeSgYmKDQ&usg=AFQjCNF__iDIknBQzOcZZrHfiWBtp58CCQ Sila baca dan fahami isi kandungan GSA ini .Kalau tak faham sila tanya peguam …..Dan buat keputusa Tengang FGVH tu ….FELDA plantations …yang jadi masalah utama ……Bukanya tanah peneroka spr yg digembar gemburkan .Tanah peneroka tiada masalah …….tiada siapa boleh usik …….FELDA plantation ni apa status nya ……adakah tanah rizab melayu atau milik bebas ? kenapa tanah peneroka diletakan dibawah rizab melayu?

      Reply
      • June 18, 2012 at 9:27 pm
        Permalink

        Biarlah felda plantation mengusahakan sendiri tanah yg diperuntukkan untuk kemasukan warga peneroka baru yg sudah ditutup sejak tahun 90,felda juga memerlukan asetnya untuk berdiri diatas kaki sendiri agar tidak lagi bergantung harap dari kerajaan..peguam apa yg faham sgt mengenai felda dan FGVH nir wahai saudara Tubir?haha..dah dahla menyalak kat sini rata rata majoriti peneroka semua dah setuju penyenaraian tu nanti,segelintir sahaja yg tdk bersetuju itupun boleh dibilang dgn jari,kesian gak pada mereka yg terpedaya dgn dakyah pakatan bulan dan bintang nir..

        Reply
    • April 3, 2012 at 10:01 pm
      Permalink

      apa lah bodoh nya paklang ni….

      kenapa nak marahkan mazlan pulak ????

      “keluarga aku yang tak sedar diri terpengaruh dengan haram jadah ni”….

      itu salah sendiri kerana tak pandai didik keluarga …

      Reply
      • June 18, 2012 at 9:30 pm
        Permalink

        Baguslah tur c5..keluarga kau bijak buat keputusan yg bodohnya kau tur,biasalah tur dalam ramai2 family tur mesti ada gak sorang yg bodoh..haha

        Reply
  • April 2, 2012 at 7:25 am
    Permalink

    si mazlan ni budak otak tepu…jenis benda baik tak leh masuk dalam kepala dia…pasal tu jadi lagu tu..kalau FGVH ni listed secara rasmi..dah sure mazlan ni akan jadi cam ostad badrole amin gila terus..hehehehe

    Reply
  • April 2, 2012 at 8:43 am
    Permalink

    Najib tgh tabur duit….sekali dalam 5 tahun, Tapi kali ni dah desperate…

    Reply
    • April 2, 2012 at 9:02 am
      Permalink

      Setiap tahun peneroka FELDA menerima durian runtuh.

      Reply
      • April 2, 2012 at 10:24 am
        Permalink

        Kalu peneroka Felda terima durian runtuh, pemimpin umno dapat RM250 juta tu apa pulak??? Dunia runtuh??

        Reply
        • April 2, 2012 at 11:05 am
          Permalink

          lu apa susah…bukan bapak lu punya loit..cukai pon lali xmo bayar lagi mo bising.

          Reply
      • April 3, 2012 at 10:03 pm
        Permalink

        tak hairan dengan durian runtuh najib…

        tapi kalah juga Bn kat Felda…

        Reply
        • June 18, 2012 at 9:38 pm
          Permalink

          sape suruh heran dgn durian runtuh tur,tp yg ambe heran yg tentang habis habisan pemberian durian runtuh tur akhirnya diapn amik gak duit tur siap amik gambar lagi haha..kelakar betul perangai manusia dr pakatan kehancuran rakyat nir,Bn kalah kat felda???haha..mimpi disiang hari agaknya saudara C5 nir..belajarla terima kenyataan yer..

          Reply
    • April 2, 2012 at 10:31 am
      Permalink

      Nah hadiah,

      Orang Dap Melayu mengaku Kristiankan umat Islam.

      http://www.youtube.com/watch?v=sMzNSkBhM-8&feature=player_embedded

      Anwar pertahankan perbuatan laknat-laknat ini apabila diminta pandangan berkenaan satu seminar di Johor yang bertajuk “Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?”.

      Ini kata Anwar,

      “Politik menjijikkan, menggunakan agama untuk manakutkan rakyat”

      Dap dan Pakatan rakyat bersekongkol untuk MURTADKAN UMAT ISLAM!!!

      Sekarang tajuk seminar terpaksa diubah oleh kerajaan Johor. Seminar ini tertutup dan hanya dihadiri oleh guru-guru Sekolah Agama kerajaan Johor yang majoritinya ahli Pas. Anwar Ibrahim dah tikam Islam dan parti Pas. Apa komen Tok Guru?

      Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

      Reply
    • April 2, 2012 at 11:02 am
      Permalink

      orang kasi duit ambik lor..selupa lu jugak..hikhikhik..

      Reply
  • April 2, 2012 at 8:45 am
    Permalink

    Sifat buruk orang yang dengki, sanggup sabotaj rezeki para peneroka demi kepentingan politik. Bukan sikit-sikit duit, tapi masih ada lagi kalangan peneroka sendiri yang terpengaruh. Tapi itulah manusia, suka memandang yang buruk sahaja, dan bila membenci, bagi duit pun dia nak gigit jugak.

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

    Kalau double posting, salah maxis.

    Reply
    • April 2, 2012 at 10:27 am
      Permalink

      Tak Dengki tapi marah..

      Halim Saad RM3 billion plus, Tajuddin Ramli RM259 juta, Kak Jat dapat RM250 juta, Anak2 Tun M dapat Ratusan juta…PKFZ dah spent RM12.1 billion tapi projek tak ke mana…dan byk lagi..

      Hutang gomen tapi tak payah bayar… apa ko ingat tu duit mak bapak depa kah?? Tu duit rakyat…

      Korang masih tak paham sebb apa rakyat marah yer…. Itu satu masakah besar Bila kjaan masih tak paham isyarat rakyat..!

      Reply
      • April 2, 2012 at 11:17 am
        Permalink

        Itulah kita tak tahu hati manusia, tak ada tanda atas dahi, dan mereka yang terbukti besalah akan dihadapkan ke mahkamah dan dihukum. Tak kira siapa, dan tak disorok. Itulah ketelusan kepimpinan Barisan Nasional. Yang salah akan dihukum tapi mestillah dibuktikan terlebih dahulu. Setakat melolong marah hanya bersandarkan persepsi dan tuduhan liar saja, itulah antara tanda-tanda penyokong Pakatan Rakyat. Bila batang hidung sendiri, datang berlari dari segenap pelusuk nak menutup kesalahan. Itu kat Kedah tu projek 600 juta katanya, ada yang kena dakwa ke? Kalau tak ada yang salah, tentulah keadaan berbalik seperti asal, tapi yang berlaku, MB dapat driver baru. Tentu ada yang tak kena. Rasuah kot? Pakatan Rakyat akan sorokkan kesalahan pemimpin mereka, Dap lagi teruk dalam skandal tailorgate dan Bayan Baru. Tanah Mesjid dan sekolah dijual kepada Ivory. Bukan billion-billion ke? Ada yang kena dakwa di mahkamah ke?

        Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

        Reply
        • April 2, 2012 at 11:19 am
          Permalink

          Apa masalah dapat driver baru?????

          Rasuah RM600 juta, apasal lambat sgt MACC???

          Reply
          • April 2, 2012 at 11:38 am
            Permalink

            Hahahah

            marah nampak! Macam tulah rasa bila kena tuduh kerana persepsi.

            Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim

          • April 2, 2012 at 8:23 pm
            Permalink

            sabar la moo..tggu diorg siasat ye..

      • April 2, 2012 at 12:01 pm
        Permalink

        moooh

        kenapa kau susah hati dan dengki tengok orang melayu jadi kaya, ada kemajuan ekonomi dan orang melayu hidup senang????

        Reply
      • June 18, 2012 at 9:48 pm
        Permalink

        fakta dr pakatan kehancuran rakyat ker bro moohyiden amik tur..hahaha sy faham sebahgian rakyat yg marah tur adalah kerana dakyah dan hasutan dr pakatan yg x henti henti merasuk..mereka mahu 5 negeri yg ditawan pembangkang dibebaskan semula kerana terbukti kelemahan mereka dalam mentadbir negeri,baru negeri belum negara lagi nasib baik semua tur tidak terjadi..

        Reply
  • April 2, 2012 at 9:20 am
    Permalink

    Kita heran kalau betul la kita akan bankrap, mai mana durian runtuh tu..

    Reply
  • April 2, 2012 at 11:00 am
    Permalink

    tu orang kecewa punya citer..selupa lu jugak..hikhikhik

    Reply
    • April 3, 2012 at 10:19 pm
      Permalink

      nak kecewa kepala butuh apa….

      dapat duit …tak semestinya undi BN ….

      simple jea politik ni ………..

      Reply
      • June 18, 2012 at 9:52 pm
        Permalink

        aikkk..nak gak duit tuh..haha amiklah sy kasi xpe..org bulan dan bintang memang cmtu xpe amikla..

        Reply
  • April 2, 2012 at 11:15 am
    Permalink

    Salam tuan,
    Saya tidak mengenali Aspan tapi mengenali Datuk Ariff. Semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau. Soalan saya, kenyataan beliau itu ditujukan kepada beliau dan kaum kerabat beliau atau kepada UMNO?
    Berkenaan kes murtad yang dinafikan DAP. Memang benar hanya 10% ahli DAP beragama kristian, tidakkah ini merupakan “political mileage” buat mereka untuk menguatkan parti sementelah Anwar dan PAS juga sedang cuba mengaut keuntungan daripada isu ini.
    Isu Murtad adalah berkenaan tauhid iaitu mempercayai bahawa Allah adalah satu dan bukan isu politik, mungkin UMNO menangguk diair keruh dengan isu ini. Tetapi cuba fikirkan dari sudut agama.
    Apa yang pasti DAP memang sedang cuba menggunakan isu ini kerana apa pu nyang terjadi tidak menjadi beban kerana golongan itu hanya 10% dalam DAP.

    Reply
    • April 2, 2012 at 8:08 pm
      Permalink

      Saudara..perkara yg kecil sekiranya tidak ditangani & dibiarkan begitu sahaja sedangkan sentimenpemurtadan semakin berjalan..sudah tentu akan meningkatkan peratusan org yg mempercayai kerana seolah2 kita org Islam terutamanya pemerintah merestui kegiatan tersebut..jadi sewajibnya pemerintah membenteras perkara tersebut (murtad) daripada terus merosakkan aqidah umat Islam..secara tak langsung juga menjadi taggungjawab ahli politik untuk menangani situasi ini supaya tidak menjadi ‘advantage’ kpd parti yg cenderung dalam kegiatan itu (DAP)..memang sewajarnya pemimpin ahli politik Islam khususnya bergerak & berusaha untuk menenangi masalah ini..selari dgn kwajipan yg sudah tertanggung ke atas mereka..

      oleh itu..jangan pandang remeh hal2 yg menyentuh Aqidah Umat Islam ini..lebih2 lg kes murtad kebelakangan ini..kita wajib menyekat..IMR

      Reply
      • April 2, 2012 at 8:25 pm
        Permalink

        ..kita wajib menyekat kegiatan memurtadkan org Islam..& kita tegakkan Islam, Melayu & Institusi Raja..Insyaallah

        Reply
        • April 3, 2012 at 10:05 pm
          Permalink

          Institusi Raja ????

          raja yang macam mana????

          raja gopal, ke ???

          atau raja pukul rakyat dengan kayu golf???? sampai mampus

          Reply
          • June 18, 2012 at 10:05 pm
            Permalink

            Mintak maaf yer saudara saudari sekalian,C5 nir sebenarnya dia tertekan pasal ramai sgt yg menyokong kerajaan,saya harap saudara saudari sekalian dapat memaafkan diatas statemant yg dibuat beliau,maklumlah beliau ni masih budak lagi dan belum tau apa apa,kita sebagai yg tua ni harap dpt beri tunjuk ajar dan bimbing dia ke jalan yg benar,jgn pula kita amik hati apa yg dia kata anggaplah tur semua gurauan dr kanak2..maklumlah budak2 ni bukan apa kadang2 dia nak bermain gak ngan org dewasa,xpela kita layan aje..

  • April 2, 2012 at 11:15 am
    Permalink

    Puak2 balaci dan Pakatan Haram, masing2 berbangga dengan Ijazah PHD (Perasaan Hasad Dengki)nya hingga dah tak nampak kebenaran…..
    Sampai bila mereka nak berpendirian begitu????? merapu tak tentu hala…..
    Bagaimana nak jadi pembela rakyat kalau dah hati berselaput dengan noda dan lumpur bernajis???!!!

    Reply
    • April 2, 2012 at 11:20 am
      Permalink

      Merapu tak tentu hala???? So, kes2 mcm di bwh ni, duit rakyat kena kebas, merapu apa pulak???:

      Halim Saad RM3 billion plus, Tajuddin Ramli RM259 juta, Kak Jat dapat RM250 juta, Anak2 Tun M dapat Ratusan juta…PKFZ dah spent RM12.1 billion tapi projek tak ke mana…dan byk lagi..

      Reply
    • April 3, 2012 at 10:36 pm
      Permalink

      UMNO lagi terok hasad dengki nya ….

      nak jatuhkan kelantan, kedah, penang dan selangor….

      Reply
  • April 2, 2012 at 11:49 am
    Permalink

    Sebut tajuk aje boleh gak…setiap kes akan, sedang dan telah diambil tindakan..kalau moooo… boleh beri info kat SPRM lagi baik aku pun tak ada objection…

    Reply
  • April 2, 2012 at 12:07 pm
    Permalink

    banyak onar DAP buat untuk kristian kan budak perempuan melayu

    hal yg tidak di perbesar besarkan

    lim guan eng pun beragama christian

    mooh kenapa engkau susah hati org melayu jadi kaya dgn hidup senang???

    kenapa engkau dengki pemimpin2 melayu tolong orang melayu ????

    Reply
    • April 2, 2012 at 12:44 pm
      Permalink

      Abih tu, bukan byk parti komponen BN yg kat Sabah yg beragama Kristian yg buat mercenaries??

      Reply
      • April 3, 2012 at 10:18 pm
        Permalink

        ahli UMNO kat sabah ..ramai yang makan babi pun….. bukan islam pun banyak ….

        Reply
    • April 2, 2012 at 2:16 pm
      Permalink

      Yg tak tukar agama pun dah berlambak yg jauh dari pangkal jalan. Tak percaya pi bukit Bintang, Mont Kiara. Ada org BN yg terasa.???

      Org BN ni hanya menentang BN sahaja yg dia sanggup tentang. Kalau tak amal islam, bagi mere is ‘no issue”.

      Reply
      • April 2, 2012 at 2:48 pm
        Permalink

        mooooo…..kaudu sangat hati kau pada
        bangsa melayu…
        kau ni saorang islam atau saorang muslim
        kalau kau saorang islam pergi jahanamlah..
        tapi kalau kau saorang muslim aku sedeh dn kasehan dgn peranggai kau!!!

        Reply
        • April 2, 2012 at 3:33 pm
          Permalink

          macam ni perangai org islam?

          Reply
      • April 3, 2012 at 7:28 am
        Permalink

        PAS dah tak minat negara islam…hal murtad pun kata isu kecik je..

        elok la kalid GEREJA join sama dengan si rani tu…elok sesangat dua dua kerap pi gereja nak undi depa..hehehe

        Reply
  • April 2, 2012 at 12:45 pm
    Permalink

    salam..

    tu la otak lembab lagi baghal pengikut PAS ni..dalam otak asyik nak MEMBANGKANG jerrr…agaknya kalau Nik Aziz suruh terjun lubang taik sume ikut terjun kot? aiyyakkkkk….nazak2!!

    Reply
  • April 2, 2012 at 12:47 pm
    Permalink

    salam..
    tu la lembab tahan gaban dah pengikut PAS ni..pengalaman saya berdepan pengikut PAS : USAH CUBA MEMPENGARUHI MEREKA kerana ia seperti mencurah air ke daun keladi kerana selagi ada Nik Aziz tiada pempimpin lain akan di junjung!!!

    Reply
  • April 2, 2012 at 1:13 pm
    Permalink

    Setiap orang islam akan diadili secara persendirian …segala amalan serta tangungan nya .Bagi orang islam yang nak murtad tu tiada siapa yang boleh halang dia …..walaupun ada peruntukan undang undang sekalipun.Kalau ikut hukum islam orangn islam yang murtad tu mesti dibunuh begitulah kerasnya hukum islam terhadap murtad ni ……Setiap negeri ada ketua yang menjaga soal ugama islam ni ia itu sultan dan Aggong untuk negeri yang tiada sultan .Mengikut perlembagaan negara kita rayaat berugama selain dari islam bebas mengamalkan kepercayaan serta ugama mereka …….Tapi ini tidak bermakna mereka bebas menyebarkan fahaman ugama mereka dikalangan orang orang islam .Seperti juga bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dimalaysia .Tapi bahasa lain juga boleh dituturkan .olehn yang demikian setiap orang yang mengaku ia rayaat malaysia mesti fasih berbahasa Melayu atau bahasa kebangsaan .sesiapa yang tidak boleh berbahasa melayu dengan baik mesti dilucutkan kewarganagaraan nya atau dilucutkan hak hak mengundi didalam pilihanraya serta segala keistimewaaan sebagai warganegara dilucutkan .Mengenaai sekolah cina dan tamil ianya haruslah tidak diiktiraf dan tidak berhak menerima sebarang bantuan kerajaan .Orang orang cina tidak dapat menerima kenyataan bahawa merika hidup diMalaysia yang mempunyai bahasa kebangsaan ia itu bahasa MELAYU.Jadi apa nak diharapkan daripada merika orang orang cina ……Adalah lebih baik dan bijak hapuskan hak merika untuk mengundi Dan hapuskan semua perwakilan merika selagi merika tidak mahu berubah .

    Reply
    • April 3, 2012 at 10:35 pm
      Permalink

      nak harap sultan jaga agama???

      anak bini dia sendiri pun tak ikut islam???

      Reply
  • April 2, 2012 at 4:22 pm
    Permalink

    Umno memperjuangkan IMR atas nama bangsa Melayu. Langkah-langkah pencegahan pemurtadan diambil dengan memberikan kefahaman dan cara mengatasi dakyah Kristian ke atas umat Islam. Yang terbabit dalam gerakan ini termasuk juga guru-guru sekolah Agama kerajaan yang majoritinya ahli Pas juga, tapi ini soal iman. Adakah menjadi trend pada parti Pas sekarang untuk menentang sebarang usaha ke arah pemulihan dan pemeliharaan akidah? Pas diam membisu dalam isu ini, sedangkan yang terbabit adalah rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim mencela usaha murni yang dibuat oleh kerajaan Johor. Pas diam dalam isu ini. Sebaliknya pengikut pula menuding jari kepada kegiatan maksiat yang berlaku di Bukit Bintang dan Mont Kiara. Kalau tak mahu menyokong usaha murni kerajaan menyelamatkan Islam dari dakyah Kristian, janganlah sampai mencela seolah menentang. Adakah kamu mempertahankan Kristian? Apakah kamu selari fikiran dengan Anwar Ibrahim yang mencela dan mengejek? Bila orang cakap Pas gadaikan Islam, pengikut melenting. Tapi hakikatnya, mereka sanggup mempertahankan dan tutup mulut, walaupun gerakan menyelamat Islam dicela dan diperlekehkan oleh Anwar Ibrahim. Perasankan kamu gerakan untuk membela Kristian ini dimainkan dalam Malaysian Insider sejak seminggu lalu? Adakah penyokong sudah hilang rasa sayang pada Agama?

    Ya Allah selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim, dan dari gerakan memurtadkan Umat Muhammad.

    Reply
  • April 2, 2012 at 7:07 pm
    Permalink

    org jahil agama memang ckp macam tu…kan beza org jahil dgn org berilmu..

    Reply
  • April 3, 2012 at 11:27 am
    Permalink

    Alhamdulillah dah terjawab persoalan isu felda ni. Tak bertanggungjawab betul en mazlan buat cerita yang bukan2.

    Reply
  • April 3, 2012 at 9:59 pm
    Permalink

    “Datuk Seri Najib Tun Razak bakal mengumumkan durian runtuh buat peneroka”…

    apa masalah nya ambil jea….

    soal undi sapa soal lain….

    kertas undi dan pensil ditangan pengundi bukan Najib ….

    tak susah pun…tak deman atau mengelupor pun ……..

    Reply
  • April 3, 2012 at 10:16 pm
    Permalink

    banyak sangat durian rutuh

    1. Pelajar IPTA dan IPTA RM200

    2. Orang kampong RM500

    3. Bekas polis RM3,000

    4. Felda lagi

    tak apa lepas PRU, BN akan naik kan minyak petrol, lektrik, dan air …

    dapat balik durian runtuh …. allahai senang jea….

    Reply

Leave a Reply to umnototok Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *