Khalwat: Badrul Amin Gali Kubur Sendiri

Sudah menjadi amalan politik Pakatan Rakyat (PR), bilamana tersepit dengan isu moral pastinya kambing hitam akan dicari kalau tidakpun nama pihak lain pula yang dipergunakan untuk menutup salahlaku sendiri.

Pada satu ceramah politik dalam usaha mempertahankan dirinya dari tuduhan khalwat dengan isteri orang beberapa minggu lepas, Badrul Amin secara terbuka telah mendakwa Tengku Mahkota Pahang akan masuk campur untuk menyelesaikan kes khalwatnya yang sedang diperkatakan umum.

“Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.

“Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.

“Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik Umno yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang,” katanya.

(Badrul Amin Bahron / Ahli MPT PKR)

Kantoi

Akhirnya apa jadi? Ibarat macam gali kubur sendirilah jawabnya bila kebenaran terbongkar bilamana dakwaan jahat Badrul itu sampai ke pengetahuan Tengku Abdullah.

Seingat penulis sebelum ini telah dua kali Tengku Mahkota melalui wakilnya memberi penjelasan berkenaan dakwaan Badrul Amin itu.

Kesemuanya menafikan penglibatan beliau termasuklah penjelasan terbaru yang dibuat sendiri oleh Tengku Mahkota beberapa hari lepas.

“Saya harap hentikanlah, saya minta jasa baik hentikan mengaitkan nama saya kerana saya tidak terlibat dari dulu sehingga kini berkaitan hal ini (kes khalwat).

“Sebenarnya, saya tidak pernah terlibat dalam hal ini dan hanya ingin tahu siapa yang terlibat, tidak lebih daripada itu,” titah baginda kepada pemberita selepas melawat ke beberapa lokasi yang akan digunakan pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15, di sini hari ini.

(Tengku Abdullah / 9 Februari 2012)

Bila Tengku Mahkota sendiri terpaksa tampil ke depan menjelaskan sekali lagi situasi sebenar, itu tandanya kenyataan karut pemimpin PKR itu tidak diambil mudah oleh Tengku Abdullah.

Punyalah terdesak mahu mencari dahan untuk berpaut tanpa diperdulikan sama sekali imej & nama baik Tengku Abdullah. Tiada adat & langsung tidak menepati sifat hikmah sebagai seorang yang pernah dikenali dengan gelaran ustaz.

Penipuan

Demikian halnya bila Badrul Amin mendakwa dirinya di kepung & di belasah oleh 20 orang gengster pada malam tangkapan khalwat tersebut.

Bagi yang berakal waras tentu saja tahu dakwaan tersebut tidak masuk dek akal kerana amat jarang sekali sesebuah hotel membenarkan orang awam menyerbu masuk sesuka hati ke premis mereka, pun begitu logik tersebut tentu sahaja tidak diambil peduli oleh penyokong pembangkang yang mendengarnya.

Lumrah & tabie sikap penyokong pembangkang, bukan logik & kesahihan yang diutamakan tapi cerita & maklumat yang memenuhi naluri pemikiran politik mereka yang kerap dijadikan asas dalam menentukan sesuatu perkara.

Namun mujurlah pihak hotel tidak mengambil masa lama menyiasat dakwaan berkenaan, jika tidak tentu saja sekarang ini masih ramai juak-juak PKR & Pas masih menggunakan dakyah tersebut sebagai alasan untuk  membela kes khalwat Badrul Amin.

KUANTAN – Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

“Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

“Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Belumpun kes dibicarakan di mahkamah syariah untuk menentukan sah atau tidak berlakunya khalwat, Badrul Amin dahpun berkali-kali gali kubur sendiri dengan penipuan demi penipuan.

Sia-sia diberi gelaran ustaz tapi sikapnya kuat menipu & membohong. Kalau dah macam itu gayanya, tak susah kita nak bayangkan macammana pula perangai & perwatakan pemimpin PR yang lain, tak gitu yeop!.

9 thoughts on “Khalwat: Badrul Amin Gali Kubur Sendiri

  • March 13, 2012 at 5:06 PM
    Permalink

    Marilah kta sma2 fikirkan apakah layak orang2 seperti ini untuk mempimpin malaysia dan umat islam. Renung-renungkan dan selamat beramal….

    Reply
  • March 13, 2012 at 5:07 PM
    Permalink

    siasat dan dakwa, kalau tiada buang kes saja!!

    Reply
  • March 13, 2012 at 6:10 PM
    Permalink

    Kalau dia bohong pasal samseng tu aku boleh diam.

    Kalau dia bohong pasal hari apa pompuan tu start ada di hotel pun kira okey lagi.

    Kalau dia bohong pasal nak bagi private kaunseling dlm bilik hotel…. pun okey lagi.

    Tapi kalau sampai tahap declare Tengku Mahkota sokong dia, aku naik meluat.

    Ini dah lebih-lebih nak guna taktik Anwar. Nanti kantoi lagi macam jam OMEGA la.

    Reply
  • March 13, 2012 at 6:29 PM
    Permalink

    kata diserang,..bleh detail sket diserang dimana? dibilik sndiri atau dibilik isteri org? teringin nk dgr ostad disoal-siasat oleh pendakwa

    Reply
  • March 13, 2012 at 7:30 PM
    Permalink

    Balasan Allah pada orang yang zalim

    Ya Allah selamatkan kami dari kejahatan mereka yang zalim

    Reply
  • March 14, 2012 at 12:24 AM
    Permalink

    Kita pun naik muak dgn perangai ostad iblis PR.. berapi kutuk org sana sini..rupanya nafsu sendiri mcm iblis..

    Nah Allah pay CASH utk Badmin mulut jahanam ni.. cukup dhsyat dia memaki hamun org lain dgn panggilan2 nista hnya semata2 utk naikkan KPI inya menjadi penjilat setia Nuar Jebon.

    Skrg.. mahu reka cipta mcm2 cerita yg merapu2 dn discontinuity. Allah nk aibkan seseorg itu dan boleh tuutp aib ats kehendak NYA..
    dia bohong pasal dipukul..nah Tuhan buka rahsia dia yg seblm ini org pn tidk tahu yg BETINA tu dh berada di hotelnya lebih lama yg dr kita fikirkan.. buat apa lama2 dgn bukan mahram di tempat yg syak?

    Reply
    • March 15, 2012 at 2:48 PM
      Permalink

      Ada juga org yg mcm ni. mempersendakan agama utk kepentingan diri. Semoga diberi balasan yg setimpal dr Allah. Semoga kita diberi petunjuk yg mana benar & yg mana batil.

      Reply
  • March 15, 2012 at 6:02 PM
    Permalink

    Dulu minat sangat dengan utz nih..

    Kaset munajat dia betul2 menyentuh jiwa.. boleh menangis bila mendengarnya..

    Tapi skrang jadi lain plak..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.