SAMBUTAN DIALOG ANWAR IBRAHIM SESEJUK AIRCOND DEWAN DE PALMA.

Dialog Anwar Ibrahim di De Palma baru-baru ini mendapat sambutan dingin daripada ‘anak muda’. Bertajukkan ‘Dialog Anak Muda Bersama Anwar Ibrahim’ menyaksikan dewan tersebut gagal di isikan dengan orang ramai terutamanya anak muda.


Kehadiran Nurul Izzah juga dilihat tidak mampu untuk menarik minat anak muda seperti yang berlaku di masa Anwar Ibrahim didapati bersalah menyalahgunakan kuasa tahun 1999.

Tiada lagi x-factor yang dimiliki oleh pemimpin veteran tua itu, lebih-lebih lagi anak muda hari ini lebih kritis dan tidak akan menerima bulat-bulat sandiwara atau cerita yang dihiburkan oleh Anwar.

Anak muda hari tahu kronologi dan penolakan demi penolakan orang-orang kuat Anwar Ibrahim yang satu ketika dulu merupakan mereka yang sanggup buat apa sahaja demi veteran tua ini.

Semakin orang muda tahu sebab-sebab mereka menolak dan mula menjauhi boss mereka itu. Dan semua tahu apabila bekas orang kuat Anwar Ibrahim ini mendedahkan buruk laku bekas boss beliau itu, Anwar Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa. Beliau tidak menyaman mereka jika beliau berada di pihak yang benar.


Tetapi Anwar Ibrahim tidak berbuat apa-apa. Terminologi mudah kita, diam itu maksudnya betul.

Dialognya kali ini juga gagal untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai ikon dek kerana Anwar Ibrahim sebagai seorang veteran tua bertaraf datuk yang lebih layak menjaga cucu-cucu.

http://novandri.blogspot.com/2012/03/sambutan-dialog-anwar-ibrahim-sesejuk.html

2 thoughts on “SAMBUTAN DIALOG ANWAR IBRAHIM SESEJUK AIRCOND DEWAN DE PALMA.

  • March 12, 2012 at 11:02 PM
    Permalink

    Kalau diamati muka muka yang hadhir dari photo diberi nampak saperti ‘keterpaksaan’ yang amat sangat. Mereka hadhir kerana terpaksa saperti mengikut pelawaan rakan atau hadhir sekadar ambik hati. Tak ada curiosity, tidak kelihatan obsess dan anxiety. Keterujaan dan keseronokan itu tak nampak.

    Jika mereka teruja boleh dilihat walau sekadar dalam photo.

    Jelas diair muka mereka penuh bosan terlahir. Seluruh makhlok yang bergelar manusia seharusnya sudah rasa muak dan bosan mendengar dendangan lagu lama . Hanya yang tak bosan ialah Anwar yang sentiasa mendendangkan lagu sama tiap kali.

    Betapa bersih nya dia betapa buruknya orang lain. Itulah Anwar yang meloyakan.
    Daim cakap Anwar macam Sukarno. Suka menyebut terminoloji kegemaran nya yang dihafal dan disebut berulang ulang.

    Reply
  • March 25, 2012 at 6:39 AM
    Permalink

    Cuma bezanya penjual obat ni di hotel manakala penjual obat lain di jalanan

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.