Pernahkah Hidup Rakyat Huru Hara Kerana PM Rahsiakan Tarikh PRU?

Saya rasa terpanggil untuk mengulas mengenai kenyataan pihak pembangkang yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, supaya mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) secepat mungkin.

Semalam, PAS Pahang dan PAS Wilayah Persekutuan mengulangi desakan tersebut.

Menurut PAS Pahang, tindakan Datuk Seri Najib merahsiakan tarikh PRU 13 membuktikan bahawa beliau hanyalah merupakan PM kepada UMNO dan bukan PM 1Malaysia. Katanya, rakyat perlu tahu tarikh PRU 13 supaya memudahkan susun atur jadual kehidupan mereka. Itu saja alasan dari Pahang.

Dari PAS Wilayah Persekutuan pula, mereka menganggap Datuk Seri Najib menguruskan negara macam menguruskan syarikat sendiri. Alasannya, tetap sama iaitu kalau PM beritahu tarikh PRU 13, maka mudahlah mereka merancang jadual hidup mereka sepanjang tahun…

Itu saja alasannya? Tak ada alasan lain yang lebih kukuh, kah? Takkan itu saja alasannya?

Setahu saya, sebelum Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, negara kita sudah memiliki lima orang PM bermula dari Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dan setahu saya juga, tidak pernah sekali pun mana-mana PM terdahulu itu mengumumkan tarikh PRU kepada rakyat melainkan setelah Parlimen dibubarkan. Tak pernah dalam sejarah negara kita PM mengumumkan tarikh PRU sebulan, 2 bulan atau 3 bulan lebih awal.

Sebanyak 12 kali PRU, saya tidak pernah dengar pula KEHIDUPAN RAKYAT JADI HURU-HARA, TAK TERATUR, TAK TERSUSUN ATAU JADI TAK TENTU HALA disebabkan tarikh PRU tidak diumumkan lebih awal seperti yang diminta pihak pembangkang.

Jadi, alasan yang diberikan PAS Pahang dan Wilayah Persekutuan itu sangat dangkal dan tak masuk akal langsung. Senang sangat nak dipatahkan. Itu sajakah standard IQ PAS Pahang dan Wilayah Persekutuan? Patut pun senang sangat diperkuda DAP dan PKR…

Setahu saya, pihak pembangkang sudah bersedia sepanjang tahun untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa. Ini adalah kerana boleh dikatakan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan sepanjang tahun mereka berpolitik dan berkempen. Tak putus-putus!

Lagipun, kalau Datuk Seri Najib umum tarikh PRU 13 pun, bukankah Pakatan Haram sebelum ini sudah menegaskan bahawa mereka tidak akan membubarkan DUN di negeri jajahan mereka pada tarikh yang sama. Mereka mahu adalah pilihanraya secara berasingan, bukan?

Jadi, untuk apa lagi PM harus umumkan tarikh PRU 13?

Pihak pembangkang harus tahu bahawa memberitahu awal tarikh PRU atau tepat pada ketika Parlimen dibubarkan adalah merupakan hak dan privilege yang dimiliki oleh Perdana Menteri. Hatta Timbalan PM dan Menteri-Menteri Kabinet pun tak punya hak sebegitu.

Jadi ikut budi bicara PM, lah. Dan tak perlulah dipaksa-paksa. Dalam perlembagaan pun sudah dinyatakan sedemikian. Sedangkan DYMM Yang DiPertuan Agong pun tak pernah komplen mengenai perkara ini, apa pihak pembangkang sibuk pulak?

Saya percaya, kalaulah PM ditakdirkan dari Pakatan Haram sekalipun, PM mereka pun akan merahsiakan tarikh PRU. Sedangkan perkara sekecil perihal jam tangan Omega pun “bakal PM” mereka rahsiakan, inikan pula tarikh PRU…

Justeru, saya fikir adalah sangat tidak wajar dan kebudak-budakan desakan yang dibuat oleh pihak pembangkang tersebut. Dah terdesak sangatkah sehingga nak tahu tarikh PRU 13? Nak buat persediaan apa lagi? Persediaan memfitnah kerajaan?

Memfitnah kerajaan tu bukankah amalan harian Pakatan Haram? Nak buat “double” atau “triple” fitnah terhadap Kerajaan UMNO/BN, kah? Tak puas-puas lagi memfitnah tiap-tiap hari? Orang sibuk melipat gandakan pahala, pembangkang sibuk melipat gandakan dosa setiap hari. Udah-udah le tu..

3 thoughts on “Pernahkah Hidup Rakyat Huru Hara Kerana PM Rahsiakan Tarikh PRU?

  • March 21, 2012 at 6:17 PM
    Permalink

    Itu adalah hak PM mengumumkan tarikh PRU 13. BN masih lagi mempunyai mandat sehingga 2013. Biar lah ianya menjadi rahsia untuk PM kte.. Kalau ia pn PakAtan x sbar2 lagi untuk kalah teruk, tunggulah masa yang sesuai.. Sabar itu sebagian darpada Iman. Undilah calon UMNO dan Barisan Nasional..

    Reply
  • March 21, 2012 at 8:43 PM
    Permalink

    aku pun pelik dengan puak pembangkang masih bengang tak habis-habis dah 12 kali PRU, berpuluh-puluh kali PRK masih tak faham-faham. PM tak pernah isytiharkan tarikh pembuangan undi (Pilihanraya) PM tak de kuasa, PM hanya boleh mengadap Agung mohon bubarkan Parlimen selebih dari itu tugas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya tentukan bila-bila masa Pilihanraya dalam tempoh 60 hari dari PM mengadap Agung mohon bubar Parlimen. Jadi kuasa siapa sebenarnya tentukan tarikh pilihanraya?.

    Reply
  • March 22, 2012 at 6:37 PM
    Permalink

    Kalu PR ni jd PM pun dia rahsia gak…..memang fikiran puak2 ni tak layak untuk memerintah….Low Class mentality…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.