PAS Atau Kerajaan BN Yang Nafikan Kepentingan Peneroka Felda?

PAS nampaknya cuba memporak perandakan lagi isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. Terbaru, Salahuddin Ayub yang merupakan Naib Presiden PAS mahu sebuah Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan bagi membincangkan hal tersebut.

Selain itu, PAS mahu diadakan referendum antara pihak Felda dan para peneroka bagi menentukan sama ada mereka setuju atau tidak FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kononnya, PAS mahu memastikan kepentingan para peneroka dijaga sebaik mungkin oleh kerajaan dan tidak mahu melihat rakyat di kawasan tanah-tanah rancangan itu dinafikan.

Saya ingin bertanya, SEJAK BILA KERAJAAN BN MENAFIKAN KEPENTINGAN PARA PENEROKA FELDA?

Sejak Felda ditubuhkan, segala nikmat telah diberikan kepada para peneroka sehingga saya sendiri cemburu dengan kelebihan yang ada pada mereka.

Apa tidaknya? Bukan sekadar tanah percuma, segala kemudahan prasarana lengkap diberikan kepada seluruh keluarga peneroka. Jalanraya, sekolah rendah dan menengah, bekalan air dan letrik, balai-balai raya, kompleks sukan, padang bola, kedai-kedai runcit dan koperasi serta macam-macam disediakan oleh kerajaan.

Itu baru disebut kelengkapan kehidupan, belum lagi dikatakan mengenai subsidi dan ‘elaun tetap bulanan’ sebanyak RM1,500 sambil ‘goyang kaki’ dirumah ketika penanaman semula. Belum lagi disebut mengenai dividen, bonus, ‘duit raya’ dan pelbagai lagi bantuan kewangan yang dihulurkan seperti pinjaman tanpa faedah sebanyak RM40,000 seorang!

Segalanya telah diberikan sejak Felda ditubuhkan lebih separuh abad yang lalu dan masih berterusan sehingga kini dan dijangka selamanya. Semua keistimewaan itu, siapa yang tidak cemburu?

Dan PAS cuba mengandaikan bahawa Kerajaan BN menafikan kepentingan para peneroka Felda? Akal letak di kepala lutut, kah?

Hanya dengan penyenaraian FGVH di Bursa Saham, maka PAS fikir kerajaan mahu menganiaya peneroka Felda? Gila ke apa? Kerajaan sudah ‘berbuih mulut’ dan ‘lenguh-lenguh kaki’ keluar masuk tanah rancangan Felda memberi penjelasan mengenai faedah dan ‘durian runtuh’ melalui penyenaraian Felda.

Lagipun, kawasan-kawasan Felda merupakan ‘fix deposit’ undi BN. Takkanlah Kerajaan BN nak bertindak kejam kepada pengundi tetapnya? Takkanlah Kerajaan BN mahu kehilangan undi tetap dengan sengaja menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia? Sekali lagi PAS letakkan akalnya di kepala lutut?

Untuk apa Jawatankuasa Khas untuk penyenaraian FGVH? Dan apa perlunya referendum antara Felda dan peneroka?

PAS sudah ketinggalan ‘keretapi’? Cadangan penyenaraian Felda dibawa pertama kali ke Parlimen pada tahun 2003 oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada pembentangan bajet kerajaan.

Kenapa PAS tidak suruh kerajaan tubuhkan Jawatankuasa Khas itu ketika ia diumumkan pada 9 tahun yang lalu? Agenda penyenaraian ini sudah diperbincangkan oleh sekurang-kurangnya 5 pakar ekonomi bertaraf antarabangsa dan ia dilihat memberik begitu banyak kelebihan kepada para peneroka, Felda dan negara.

Apakah hal mengenai pelaburan ekonomi ini layak diperbincang oleh ahli politik yang hanya tahu ‘menyalak’ di Parlimen? Sejak bila PAS begitu pakar mengenai pelaburan ekonomi dan bursa?

Sedangkan Kelantan pun tidak punya pelabur dan Kulim Hi-Tech pun mengharapkan agensi Kerajaan Pusat, kini PAS mahu bincang tentang pelaburan FGVH di Bursa Malaysia? Ukurlah baju di badan sendiri…

Referendum? Ketika Felda dan KPF mahu bincangkan hal penyenaraian FGVH di EGM mereka pada hujung Februari lalu, mengapa PAS halang? Mengapa Mazlan Aliman suka-suka pergi hasut peneroka untuk failkan injunksi di mahkamah?

Sepatutnya, Felda dan para peneroka membincangkan hal penyenaraian FGVH sama ada mereka bersetuju atau tidak mengenainya pada EGM KPF pada Februari lalu. Wakil-wakil KPF itu merupakan wakil-wakil peneroka. Samalah macam perwakilan PAS di Muktamar yang berbincang mengenai usul parti.

Jadi mengapa pula perlu Mazlan Aliman halang proses demokrasi itu? KPF dan Felda dah banyak kali buat EGM untuk menentukan hala tuju mereka. Jadi mengapa pula dihalang? Lainlah memang Mazlan dengki pada para peneroka…

Untuk buat referendum, Felda terpaksa keluar masuk tanah-tanah rancangan dan buat pengundian sama ada peneroka dan warga KPF setuju atau tidak berhubung penyenaraian tersebut. Macam pilihanrayalah! Dan pastinya ia membabitkan kos yang tinggi dan memerlukan masa yang lama serta menyusahkan ramai pihak.

Kenapa tidak digunakan cara sedia ada melalui EGM yang lebih mudah dan berkos lebih rendah dari menyulitkan perkara yang mudah begitu? Lagipun, tinjauan terhadap masyarakat peneroka menunjukkan majoriti mereka menyokong dan tidak sabar-sabar melihat penyenaraian FGVH menjadi kenyataan.

Yang membantah hanyalah sedikit sangat yang membabitkan segelintir peneroka yang berjaya dihasut Mazlan Aliman dan ANAK. Sebenarnya Mazlan Aliman takut kalah undi di EGM KPF dan sengaja mahu melengahkan penyenaraian FGVH dengan proses referendum.

Buat referendum pun dijangka peneroka akan memilih YA untuk penyenaraian FGVH. Jadi, apa bezanya? Cara mudah atau mudah saja, kan? Baik guna yang mudah dan kurang kos. Lainlah kalau PAS lebih suka tak pakai otak dan akal untuk berfikir…

21 thoughts on “PAS Atau Kerajaan BN Yang Nafikan Kepentingan Peneroka Felda?

  • March 15, 2012 at 4:39 PM
    Permalink

    Berbilion duit dah dibahagi-bahagi kepada peneroka sejak setengah abad lalu. Tanya pada PAS pernah kah diaorang bagi seorang seringgit kepada peneroka. Kalau x pernah bagi, jangan bising dan menyalak macam anjing. Tujuan memasukkan penyenaraian KPF dalam FGVH adalah untuk memberi penambahbaikan, yang maksudnya sekiranya pendapatan peneroka sekarang sekitar RM3,000 sebulan, insyaallah dengan usaha kerajaan, pendapatan peneroka akan bertambah menjadi RM6,000.00 sebulan.
    Jangan berfikiran seperti yahudi, disebabkan kepentingan couvinis, semua usaha yang memmartabatkan orang melayu oleh kerajaan BN dan UMNO dibangkang dan dirosakkan. Orang islam ke kalau ada agenda merosakkan kemurnian FELDA semenjak setengah abad yang lalu. Fikirkanlah, adake cauvenis tubuh koperasi dan persatuan, pastu melayu boleh dapat jadi ahli dan untungnya dibahagi sama rata. Cuba ce..ce…ce
    Dah setengah abad dah couvenis cuba hapuskan bangsa melayu yang kita ketahui adalah beragama islam.
    Sedih sangat sebab ramai melayu islam dah hilang modal disebabkan membuat pelaburan, yang dah dileburkan kat KOHILAL Pas.

    Reply
  • March 15, 2012 at 5:27 PM
    Permalink

    goyang kaki??????? siapa yang goyang kaki kalau bukan kunco-kunco umno!!!!! ahhahahahhhaaa

    Reply
    • March 15, 2012 at 5:55 PM
      Permalink

      anwar tak keje pun israel boleh bagi makan..

      Reply
      • March 16, 2012 at 12:51 AM
        Permalink

        awat hang geli hati sgt tonyXguna…hang teringat pasai goyang kaki ke goyang gerudi inul….hang selalu confused..

        Reply
  • March 15, 2012 at 5:45 PM
    Permalink

    PAS goyang telor boleh la..hehe

    Reply
  • March 15, 2012 at 7:17 PM
    Permalink

    PAS bukan saja goyang teloq tapi goyang peliaq yang dah tak mau ngang lagi pada hai depa dah banyak telan ubat kuat seks….

    Reply
  • March 15, 2012 at 8:28 PM
    Permalink

    apa kata jawankuasa khas untuk VIDEO SEKS!..persoalan yg perlu dirungkai..imej bakal PM…

    Reply
  • March 15, 2012 at 8:28 PM
    Permalink

    Memang betul peneroka tidak akan mengalami kerugian jika fgvh disenaraikan ,tetapi yang akan mengalami kerugian adalah rayaat yang dinafikan haknya oleh FELDA.Kenapa saya katakan begitu ?Sebabnya ialah FELDA mesti mengagihkan tanah ladang tersebut kepada orang orang yang tidak mempunyai tanah itu adalah prasyarat yang dikenakan kepada felda oleh kerajaan negeri yang terbabit.Disini dapat dilihat dua pihak telah melakukan kesalahan .Felda bersalah kerana tidak memberikan tanah tersebut kepada yang layak .Kerajaan negeri tidak berusaha untuk mendapatkan semula tanah yang tidak diagihkan .Kedua dua yang terlibat mesti dibawa kemuka pengadilan …………Bukan nak gagalkan FELDA……Bukan nak rugikan peneroka ……berilah pada yang berhak ……itu saja susah sangat ke?
    Kepada peneroka FELDA fikirkanlah adakah berbaloi memakan hasil yang sebahgianya bukan dari hak kita .Sangupkah kamu memakan harta orang orang susah,harta anak anak yatim …..Dan kepada yang terbabit dari awal dengan usul ini eloklah bertaubat dan mohon ampun dari seluruh rayaat melaysia ……..

    Reply
  • March 15, 2012 at 8:31 PM
    Permalink

    pakcik aku peneroka felda dah puluh tahun
    hidup bergaya dan selesa dengan felda. Hinggakan BR1M pun tak layak untuk terima maknanya pendapatanya lebih daripada RM3000 sebulan. Apa lagi pencacai pakatan haram ni merepek nak bela felda. Umno dah jaga dengan baik tak payah nak sibuk…

    Reply
  • March 15, 2012 at 9:48 PM
    Permalink

    Menurut DS Zaharin, Pembangkang menentang penyenaraian FGVH kerana ingin sabotaj ekonomi kaum bumiputera.Mereka cemburu kerana FGVH adalah syarikat perladangan ke 4 terbesar di dunia.

    Reply
    • March 16, 2012 at 8:48 AM
      Permalink

      Org tua ni cakap ko pun nak dengar??? Sudah la…. dok dalam PKR tak dapat kontrak…lepas tu meroyan… ya lahmacam mana nak maintain lavish lifestyle macam dalam umno dulu…

      Lepas dia keluar..ada or siasat kes dia????

      Reply
      • March 16, 2012 at 3:40 PM
        Permalink

        yg dari BN pi Pakatan Haram tu pasai tak dpt kontrak jugak ke???…

        Reply
  • March 16, 2012 at 2:39 AM
    Permalink

    Hi Tubir, kenapalah ngok sangat?? Semua Peneroka dah dapat 10 ekar + tapak rumah. lebihan tanah dalam kawasan felda itu diusahakan oleh felda dan hasilnya tiap-tiap tahun peneroka dapat bahagiannya. Kalau nak diagihkan lagi kepada anak peneroka yang berjuta orang seperti permintaan ANAK. Alamatnya setiap orang mungkin dapat ladang sebesar tapak rumah teres aje dan adalah 4-5 pokok kelapa sawit yang nak dituai. tak ada nilai ekonomi langsung bila beri cadangan.

    Reply
  • March 16, 2012 at 8:11 AM
    Permalink

    Ahli PAS yang tiap tiap tahun menunaikan haji & umrah dan ingin mendapat haji mabrur. Baca surah Yasin tiap2 malam. Sembahyang hajat penuh stadium sesat. Apabila jadi penceramah PAS dah mula membuat fitnah, mencarut, mengkafirkan & memburukan sesama sahabat Islam, membuat pembohongan, membiarkan Islam di hina semata inginkan kuasa politik.

    Reply
    • March 16, 2012 at 8:47 AM
      Permalink

      Bila kita fitnah, bila kita mencarut??? Cuba tengok dalam Mykmu.net ni…ada aku mencarut???? Yg mencarut korang…

      Apakata korang pi dengar sendiri ceramah tu…sbb aku sendiri suka dgr Tun M cakap… tak ada masalah, we listen to both then we make decisision…masalah korang ni…malas membaca..malas mendengar…

      Reply
      • March 16, 2012 at 11:49 AM
        Permalink

        Nik Aziz haramkan dikir barat di Kelantan kerana ada unsur mencarut dalam senikata. Apabila Shanon Ahmad menulis novel Shit, Nik Aziz setuju kerana Allah pun mencarut atau mencarut ikut Allah. Macam masuk gerjea ikut nabi tapi main bontot ikut Anwar

        Reply
      • March 16, 2012 at 12:27 PM
        Permalink

        aku penah dengar satu ceramah Maulidur Rasul. Yg bg ceramah Ustaz Pas… aku ingatkan dia nak cerita perjuangan Rasulullah saw dan sahabat, tapi rupanya penuh dengan kutuk mengutuk, maki memaki dan carut mencarut orang umno… kalo x sebut nama x perla… tapi yang sedihnya nama dengan anak bini orang tu pun disebut-sebut sekali…bukan ker itu mengaibkan… yang hadirin gelak beramai2… lagi kuat hadirin gelak lagi galak dia mengutuk dan memaki… kemudian takbir beramai2… ustaz ker macam tu??? parti Islam ker macam tu??? Parti Ajaran Sesat yer la..

        Reply
        • March 16, 2012 at 2:56 PM
          Permalink

          jahatnya….setan yg buat teks ceramah tu kot….emmmmm

          Reply
        • March 17, 2012 at 1:06 PM
          Permalink

          mcmni yg moo kata PAS suci…pehhh!!

          Reply
        • March 19, 2012 at 10:51 AM
          Permalink

          typical ‘dakwah’ PALSU PAS..
          tupun ramai yg ‘nganga’ percaya hidup2 apa yg disuapkan..

          Reply
          • March 19, 2012 at 1:43 PM
            Permalink

            Isunya bukan soal dakwah .Isu pokok yg kita bincangkan tentang FGVH yang nak disenaraikan.Isunya adalah Ladang milik FELDA plantation.Isunya disini adakah wajar FELDA memiliki ladangnya sendiri? Dari mana ladang tersebut diperolehi?FELDA sepatutnya cuma menjadi pengurus ladang ladang milik peneroka dan tidak sepatutnya memiliki ladang felda sendiri .Felda sewajarnya mengagihkan FELDA plantation kepada orang orang yang berhak untuk membasmi kemiskinan seperti tujuan asal penubuhanya 50tahun yang lalu .Tolong semak perjanjian antara kerajaan negeri dan FELDA…..GSA.FELDA jangan putar belit isu ini .Betul tetap betul …salah tetap salah itu saja yang rayaat inginkan .Saya setuju agar rayaat menyaman FELDA PLANTATION Dan lembaga pengarahnya ….Kita lihatlah bagaimana mahkamah membuat keputusan ….INgat FELDA meminjam dari bank dunia untuk skim ini (FELDA)untuk basmi kemiskinan ,sebab itulah bank dunia luluskan ……HA ….apa macam ?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.