Panaas Kisahnyaa…! Kenapa Anwar Nikah Koboi Dengan Wan Azizah…, Kawin Lari…!!

Kalau dulu kita cuma mendengar kisah cinta monyet, cinta sejati, cinta palsu atau cinta tiga segi, tetapi hari ini ada satu lagi jenis cinta iaitu cinta politik. Cinta politik ini boleh dilihat dengan jelas di kalangan pemimpin-pemimpin yang terkantoi terutamanya dalam skandal yang melibatkan seks.

Contohnya, apabila seorang pemimpin itu tertangkap berkhalwat atau berzina, maka dengan segeralah dia menunjukkan cintanya terhadap isteri, seperti membawa isteri ke hulu ke hilir di hadapan media dan membuat kenyataan-kenyataan yang menunjukkan dia adalah suami penyayang dan mencintai isterinya.

Di Malaysia, drama cinta politik ini telah banyak kali dimainkan. Antara pelakon hebat yang melakonkan watak ini ialah Mat Sabu dan yang paling baru ialah Ustaz Badrolamin apabila masing-masing terkantoi berkhalwat.

Tetapi selain mereka, kita pasti tidak ada sesiapa pun di Malaysia ini mahupun di dunia yang dapat menandingi kehebatan cinta politik Anwar – Azizah.

Kisah cinta Anwar-Azizah bermula di zaman belajar lagi di mana Anwar sering membawa Azizah ‘berdating’ dengan motorsikalnya. Namun, cinta mereka tidak direstui bapa Azizah atas sebab-sebab yang hanya orang tua itu yang tahu.

Sebagai hero, Anwar tidak berputus asa dan membawa Azizah lari. Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980, ala-ala Zack dan Azura versi 90-an, tanpa majlis yang meriah sepertimana pasangan lain.

Mengikut cerita Anwar di ceramah-ceramah, selama 32 tahun berkahwin beliau sempat membuktikan cintanya terhadap Azizah dengan membawa Azizah melawat Taj Mahal iaitu simbol cinta agung antara dua insan. Tetapi, kita tidak pasti pula sama ada lawatan itu dilakukan sebelum atau selepas Azizah mula resah dengan kehadiran Sukma Dermawan di rumah mereka.

Sukma Dermawan, iaitu adik angkat ‘homoseksual tersohor Asia’ telah pun wujud dalam hidup Anwar sejak awal lagi iaitu sekitar tahun 1977 di mana beliau tinggal dengan bapa dan ibu tiri Anwar di No. 27, Jalan SS1/43, Kampung Tunku Petaling Jaya. Sukma berkongsi bilik dengan Anwar yang pada ketika itu masih bujang.

Setelah berkahwin, Anwar mengangkut Sukma bersamanya dan Azizah ke rumah mereka di Seksyen 17 Petaling Jaya dan kemudiannya ke Subang Jaya, dan berpindah lagi ke Seksyen 14 Petaling Jaya sehingga akhirnya menetap di Bukit Damansara di mana Sukma mendapat bilik persendirian yang khas.

Selain Sukma, cinta Anwar-Azizah juga diuji dengan kehadiran Azmin dan isterinya, Shamsidar. Khabarnya perhatian Anwar lebih tertumpu kepada Sukma, Azmin dan Shamsidar dan segala keinginan mereka dipenuhi sedangkan segala keperluan Azizah diremehkan sahaja dengan berbagai-bagai alasan.

Walaupun kisah ini sudah menjadi rahsia umum dan rekod mahkamah, tetapi Anwar masih terus mengungkap cinta terhadap Azizah yang katanya, terus mekar mewangi.

Jelas, Anwar adalah seorang pencinta agung. Di dadanya penuh dengan cinta yang membuak-buak, melimpah ruah dan oleh itu, perlu diagih-agihkan kepada ramai orang tidak kira lelaki ataupun perempuan dari berbagai-bagai bangsa seperti Melayu, Indonesia, Pakistan, China mahupun Siam.

Pendek kata, cintanya tidak mengenal jantina, usia mahupun bangsa selaras dengan pendirian partinya yang memperjuangkan kesamarataan.

Mungkin inilah yang dimaksudkan Azizah mengenai ‘Anugerah Tuhan’ yang menjadi suaminya yang sejak dari dulu tidak pernah lupa menyuapkan hati berulam jantung sebagai makanan hariannya.

Hakikatnya, Azizah mungkin boleh menipu diri sendiri bahawa Anwar mencintainya dan Anwar juga boleh menipu Azizah yang beliau masih mencintai isteri yang digelarnya sebagai ‘ikan sepat kering’ di hadapan Shamsidar.

Tetapi Anwar dan Azizah tidak boleh menipu sekalian rakyat Malaysia hanya dengan menceritakan kisah mereka menari dan berguling-guling menyanyi di hadapan Taj Mahal dengan kostum warna-warni yang ditukar 10kali.

Cinta yang sebenar tidak perlu ditunjuk-tunjuk atau diceritakan kerana ia akan terserlah dengan sendirinya melalui pandangan mata dan senyuman.

Setakat ini, apa yang ada di mata Anwar apabila memandang Azizah, bukanlah cinta tetapi kuasa. Dan apa yang ada di mata Azizah apabila memandang Anwar pula adalah derita yang bercampur-baur dengan rasa jijik dan loya.

Selain itu, kita juga dapat melihat secebis harapan di wajah Azizah apabila memandang Anwar. Harapan itu bukan berupa harapan agar Anwar berubah atau tetap mencintainya tetapi harapan agar dapat ke Putrajaya sebagai balasan ke atas segala pengorbanannya.

Justeru, inilah kisah cinta politik paling ulung dan agung, dan wajar mendapat pengiktirafan setaraf Taj Mahal yang kononnya pernah menjadi saksi lakonan mereka.

Hasil penulisan Beruang Biru

Sumber: MIK Blog

13 thoughts on “Panaas Kisahnyaa…! Kenapa Anwar Nikah Koboi Dengan Wan Azizah…, Kawin Lari…!!

  • April 1, 2012 at 9:52 AM
    Permalink

    aku rasa aku tau..sebab IC wan jijah IC kod 71!! ye ke?? hehehe

    Reply
  • April 2, 2012 at 3:36 PM
    Permalink

    dari dulu aku selalu geram dgn jentera umno yg lemah dan tidak keji…..bilamana musuh dah guna taktir keji…kita kena balas…….islam pun dah suruh dah dalam quran….

    tapi umno masih konon2nya terpelajar, educated…so tak layan personal attack, cheap accusation, dll…..sorry bro..org melayu nie masih ramai yg singkat pertimbangan dari panjang….berpecah dah kira wajib….so mmg perlu…

    cumanya mykmu perlu kekal liberal…..dan blogger umno boleh terus gunakan taktik kotor spt yg pas pkr mulakan…..aku nak senaraikan pun letih…..

    harap mykmu lebih pantas dalam mengutip fan menyiarkan…good work

    Reply
  • April 11, 2012 at 10:33 PM
    Permalink

    saya setuju dgn pandangan mustaqim..zaman tak ape dn lemah lembik dah berlalu..utk berjaya dn menghapuskn kebatilan kita mesti tegas dn lawan balik 100 kali lebih hebat dari mereka..mereka ajar kita kurang ajar maka mesti dibalas sedemikian rupa.saya juga syurkan pemimpin UMNO dn BN mesti turun padang berceramah diseluruh negara sapertimana dilakukan oleh pembangkang..jgn hanya biarkan PM dn TPM saje bertemu rakyat.kebanyakan pemimpin BN nak kuasa tapi takut berada diatas pentas ceramah dn bergaul dgn akar umbi.masa utk bersenang lenang sudah berlalu..tambat hati rakyat terlebih dahulu sebelum terlambat.pembangkang bukanya kuat atau hebat sehingga xboleh dikuburkan cuma usaha tak ada diikuti kesombongan,takbur,,pemalas dn memiliki hasad dengki yg tinggi..sehingga sekarang gerak kerja bertemu rakyat oleh pemimpin BN masih rendah.jgn biarkan nasi jadi bubur.

    Reply
  • April 26, 2012 at 9:12 PM
    Permalink

    macam mana pulak najib kawin dengan bini orang????

    Reply
    • May 23, 2012 at 3:00 AM
      Permalink

      bongok oii..Najib kahwin sah dengan janda, bukan bini orang yg dibawa lari oleh Bang Mat Sabu tu!

      Dhla kena tangkap tk mengaku plak..takkan org UMNO usung dia masuk dlm bilik Mah kot??

      Reply
      • June 10, 2012 at 3:08 AM
        Permalink

        penjelasan terbaekler..tok guru bagi anugerah nanti..

        Reply
      • August 1, 2012 at 12:04 PM
        Permalink

        kita tuka skit soklan, mcm mne kak mah bleh kawen ngn laki org?

        Reply
      • October 1, 2012 at 2:32 AM
        Permalink

        hehehe..pondan c5 mane leh beza janda dgn bini orang..pphhbitttt

        Reply
  • May 4, 2012 at 12:12 PM
    Permalink

    tu lah…nk kte ke org…tp pemimpin depa????
    ade sorg tu..masih jadi bini org…gedik2 mau goda laki org..pas tu blh la datin seri…bngga sgt la jadi mem besar..x sedar dose die dlu…isteri org tu..kalau ade prasaan kt laki org sdgkan masih ade suami…nerake tempat dier nti..

    Reply
    • May 23, 2012 at 3:04 AM
      Permalink

      ye ke ni..yg aku tahu Mah tu bini org..bini kawan seperjuange plak tu..bang MAT SABU ratah bodoh je.. Hotel Perdana..

      bukti semua ada..cuma teknikal tak cukup..
      takkanlah org UMNO usung BANG MAT dgn MAH mausk bilik hotel?

      Kotor punya pemimpin PR, terang2 jijik membusuk tp masik selak2 lagi nk fitnah org lain..

      Jawablah kenapa Jijah kawin lari dgn AnuWar tu??

      Itu beluk citer lagi Ostad Pasti PAS yg menggatal dengan Ostazah PASTI..

      ko tak malu ke weii Melayu-Isle.. suluh diri puak kamu dulu lah..dh terang lagi bersuluh dgn buatan KEJI, tp masih selindung dgn ISLE..

      ngok lah..laknat Allah buat puak2 mcm ni!!

      Reply
  • May 5, 2012 at 3:28 PM
    Permalink

    semua pemimpin lipas/umano kena pi dengar bayan selalu-selalu supaya sedar tanggungjawab mereka, halal dan haram. dan digalakkan majlis agama islam menyimpan buku rekod prestasi..yb ada sekandal kewangan, rasuah atau percubaan kebas bini rakyat jelata..terus je hantar kepusat pemulihan akhlak untok satu bulan. atau solatary confinement untuk reflect kehidupan di akhirat nanti.

    Reply
    • June 10, 2012 at 3:11 AM
      Permalink

      dah selesai dah…tok guru nik kata tuhan dah ampun dosa dorang..amin

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.