Nik Aziz Bergaduh Besar Dengan Hadi Awang Kerana Anwar-Israel?

Nampaknya, dua tokoh kepimpinan tertinggi PAS berbalah dan bergaduh sesama sendiri atas isu Israel yang timbul berpunca dari Anwar Ibrahim, “bakal Perdana Menteri” (mungkin PM Israel kot?).

Nik Aziz dalam kenyataan media rasminya yang disiarkan oleh Harakahdaily selepas bertemu dengan Anwar bagi memperjelaskan sokongan PKR kepada perlindungan dan pengiktirafan parti itu terhadap kewujudan negara Israel telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut…

“Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun”.

-Nik Abdul Aziz Nik Mat.PNB Darby Park, Kuala Lumpur. 29 Rabi’ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012

Melalui kenyataan tersebut, adalah jelas sekali bahawa Mursyidul Am PAS itu bertegas dan menyimpulkan fatwanya bahawa adalah HARAM untuk terlibat dengan pihak Israel dalam apa sebarang bentuk, cara atau modus operandi pun dengan pihak Israel.

Dalam kenyataan tersebut, Nik Aziz langsung tidak meletakkan sebarang terma secara spesifik sama ada Israel, Zionis atau apa jenis bangsa Israel sekali pun. Dalam ertikata lain, umat PAS dilarang sama sekali terlibat dengan suku sakat yang bersangkut paut dengan nama Israel.

Kebiasaannya, “fatwa” dari Mursyidul Am PAS ini adalah muktamad bagi para penganut agama PAS dan sebarang penolakan atau bantahan terhadap “fatwa” dari pemimpin tertinggi parti itu boleh dipecat serta merta dan “ditarik balik tiket ke syurga”nya.

Namun, kenyataan tersebut jelas bercanggah dan sangat bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan seorang lagi “tuan guru agama PAS”, yang dilaporkan Malaysiakini telah berkata…

“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis,”

-Abdul Hadi Awang, SACC, Shah Alam. 17 Mac 2012

Dengan “fatwa” dari pemimpin “second level” PAS ini, ia secara automatiknya dilihat cuba membatalkan atau ‘menasakh mansukhkan fatwa” yang telah dikeluarkan oleh pemimpin nombor wahid PAS, iaitu Nik Aziz Nik Mat.

Persoalannya, apakah “fatwa” pemimpin yang tahapnya lebih bawah dari pemimpin tertinggi PAS itu mampu membatalkan “fatwa Nabi PAS”? Mustahil bukan?

Perumpamaannya, Rasulullah SAW tidak pernah pun membatalkan kalamullah atau firman Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran. Itu perkara jelas yang tidak perlu dipertikaikan.

Namun memandangkan perkara tersebut telah berlaku, dikhabarkan bahawa kedua pemimpin PAS itu sedang di dalam keadaan “terkunci”. Masing-masing dikatakan takut sekiranya isu perbalahan “fatwa” ini dapat dikesan…

Nah! Perkara ini bukan ditimbulkan saya. Ia telah menjadi rungutan para “penganut agama PAS” sendiri!

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk berborak panjang dengan beberapa pemimpin muda PAS di peringkat akar umbi. Semuanya lulusan universiti dari Timur Tengah dan ada juga yang memiliki master dari Universiti Al-Azhar serta fasih berbahasa Arab.

Meskipun hampir “tergeliat lidah” saya berbicara dengan mereka, saya gagahkan juga demi mendengar rintihan sahabat-sahabat tersebut. Menariknya, semua sahabat-sahabat saya itu menyebelahi “fatwa” Hadi Awang berbanding Musyidul Am PAS..!!!

Jadi macamana? Siapa yang menang dalam pergaduhan pucuk pimpinan tertinggi PAS ini? Nik Aziz atau Hadi? Tapi rasanya kalau bertumbuk pun, mungkin Nik Aziz akan masuk ICU lagi kot? Sekali Hadi hempap, mau muntah darah lagi Nik Aziz tu..

12 thoughts on “Nik Aziz Bergaduh Besar Dengan Hadi Awang Kerana Anwar-Israel?

  • March 19, 2012 at 9:01 PM
    Permalink

    Seandainya kata-kata ini keluar dari mulut Dr. Mahathir saya tak boleh bayangkan apa yang akan diulas oleh pemimpin-pemimpin Pas serta ahli Pas seluruh MALAYSIA.

    Reply
  • March 19, 2012 at 10:46 PM
    Permalink

    Hadi setuju dengan kerajaan BN ler tu… Dia rujukkan kepada isu kapal Israel yang berlabuh tu lar… Dan juga polisi Perdagangan global negara dsb…

    Reply
  • March 19, 2012 at 11:15 PM
    Permalink

    Dengan menyanggah kenyataan Anwar tentang Ke israelan nya, Nik Ajis dilihat sudah mula bercakap pakai otak. Selama ini dia hanya bercakap pakai mulut, tanpa banyak fikir dan tapis.

    Sokongan yang Hadi berikan pada Anwar ialah sebagai kesinambungan nya tentang penerimaan dia terhadap perjuangan Anwar, bahawa dia kan buat apa saja, beri apa saja ASALKAN dapat menang PRU dan tawan PUtrajaya.

    Hadi berjaya diseret Anwar menjadikan dia situa bangka yang tak sedar diri.

    Hadi tak pernah kaji, kalau mereka menang pun dia boleh diletak dimana ? Jadi imam masjid putra jaya pun belum tahu.

    Reply
  • March 19, 2012 at 11:16 PM
    Permalink

    APCO tu haram atau halal??????????

    Reply
    • March 19, 2012 at 11:27 PM
      Permalink

      isu basi ni dh terang bertahun yg lalu. kalau masih tak percaya sumber kami tak apa, tp jgn paksa kami percaya sumber korang…dan tk pyh lg dtg ke sini

      Reply
    • March 20, 2012 at 8:24 PM
      Permalink

      Zina itu HARAM dan DOSA BESAR
      Liwat itu HARAM dan DOSA BESAR
      Berkhalwat itu HARAM dan menghampiri ZINA!

      Reply
  • March 20, 2012 at 8:06 AM
    Permalink

    ANWAR BOLEH JADI PM YAHUDI & PAS BOLEH LAH DAFTAR JADI PARTI POLITIK DI ISRAEL. HAHAHAHAHA……. INILAH KENYATAAN NYA JIKA PAS BOLEH TERIMA YAHUDI SEBAGAI PENYUMBANG DANA YANG MUNGKIN AKAN MENJADI PENYUMBANG LEWENG ISLAM MASA KINI. FIKIR-FIKIR KAN LAH.

    Reply
  • March 20, 2012 at 8:31 AM
    Permalink

    Orang camni diharapkan oleh Melayu PAS ..Sewaktu pergi keluar negara dan sewaktu diwawancara oleh stesen BBC di Mumbai, pemimpin yang diangkat sebagai anugerah tuhan telah berkata undang-undang homoseksual di Malaysia perlu dikaji balik dan menyifatkannya itu sebagai undang-undang lapuk. Lepas tu dia kata dialah pejuang negara Palestin dan akan berlawan habis-habisan menentang israel tetapi dalam akhbar Wall Street Journal, Anwar kata dia akan memastikan keselamatan negara israel.

    Kali ini …..

    Pada 16 Mac 2012 , Anwar Ibrahim tweet di laman twitternya menyatakan dia serta isterinya tidak akan hadir dalam satu persidangan yang dinamakan India Today Conclave yang berlangsung di New Delhi pada 16 dan 17 Mac 2012, kerana membantah kehadiran Salman Rushdie yang turut hadir di forum tersebut. Pabila dia berkata begitu..maka pencacai-pencacai serta penjilat tegar Anwar menyatakan bahawa kononnya bos mereka mempunyai pegangan yang kuat dan tidak boleh bersekongkol dengan orang yang menghina Rasulullah. Sudah tentulah bermacam-macam perisa lagi yang ditambah untuk menyedapkan cerita dan nak menutup kisah Anwar hendak memastikan keselamatan israel.

    Tapi rupanya sama ke dengan apa yang Nuar brahi kata..sekali lagi Melayu PAS dan PKR diperbodohkan hidup2 pabila pada 17/3/2012..Nuar bukan sahaja hadir diforum tersebut malah di turut berucap sama..tak caya pegi kat sini..
    http://conclave.intoday.in/gallery/india-today-conclave-2012-anwar-bin-ibrahim-from-dictatorship-to-democracy/3357/38/66.html#photo2

    Kesiannya Melayu PAS dan PKR asyik dok kena kelantong dik nuar…lepas tu bila balik nanti Nuar akan jumpa Nike Ajis..untuk settlekan semua ni..

    Reply
  • March 20, 2012 at 10:16 PM
    Permalink

    Kita jangan dok buat silap bukan semua yahudi tu jahat & haprak. Israel ada la identiti sebuah negara bangsa & beragama yahudi. Tu Isarel bukan Yahudi yang berselerak di seluruh Eropah,Amerika Utara dll. Mungkin sikap depa tu berbeza ngan pemimpin Israel & Zionism neokon AS.

    Reply
  • March 20, 2012 at 11:03 PM
    Permalink

    abdul razak baginda tu haram atau halal!!!!!

    Reply
  • March 21, 2012 at 5:09 PM
    Permalink

    Tony Gunawan tu anak haram ke halal. Nampak cara dia menyebok tu macam anak haram je…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.