“Makan Telur”..??? Guan Eng Dicabar Bubar DUN Pulau Pinang 24 Jam!

Mungkin kerana takut menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13), Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terpaksa mengerah beberapa pemimpin utama pembangkang supaya hadir ke Pulau Pinang menyertainya di dalam satu program politik ala-ala VVIP Hollywood seperti yang dilaporkan di sini.

Antara yang terpaksa hadir “menyelamatkan” kerajaan pimpinan “Khalifah” Guan Eng itu ialah bapanya sendiri, Lim Kit Siang, anak perempuan Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, suami kepada “dua Normah”, Mat Sabu dan seluruh jentera kafir harbi DAP Pulau Pinang.

Menghangatkan keadaan, Guan Eng yang rasa tergugat dengan kebangkitan UMNO/BN di Pulau Pinang mendedahkan kebobrokan dan sistem pemerintahan “chauvinist ultra kiasu komunis” yang diamalkannya, dia menyatakan bahawa “BN akan makan telur” di Pulau Mutiara itu.

“BN makan telur” yang dimaksudkan oleh Guan Eng itu ialah UMNO dan BN tidak akan mendapat sebarang kerusi pada PRU ke-13 nanti. Itu tilikan “Khalifah” PAS yang terkenal dengan skandal Bayan Mutiara yang berharga berbilion RM dan berjaya “digelap”kan itu…

Pada saya, Guan Eng tak perlu beretorik untuk menyatakan “BN makan telur” atau “makan ayam” sekali pun. Sila bubarkan Dewan Undangan Pulau Pinang serta merta dan kita lihat siapa yang akan “makan telur” sebagaimana yang didakwa.

Apa yang Guan Eng nak takut untuk bubarkan DUN Pulau Pinang? Bukankah selama ini Pakatan Haram beriya-iya tidak mahu mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan PRU di peringkat Persekutuan? Takut kalah dan “makan telur”?

Saya cabar Guan Eng bubarkan DUN dalam masa 24 jam artikel ini dikeluarkan. Sekiranya tidak berani berbuat demikian, sila bersedia untuk dilabelkan sebagai Khalifah ‘pondan’, ‘pengecut’, ‘bapok’, ‘penipu’, ‘pembohong’ dan ‘paling lemah’ dalam sejarah Pulau Pinang.

Selain itu, Guan Eng perlu menjawab mengenai skandal Bayan Baru yang dikatakan telah membawa pulangan “gelap” yang berjumlah berbilion ringgit ke koceknya atau DAP itu. Kenapa projek tersebut diletakkan harga di bawah kadar nilai sebenar?

Kemudian, sila kemukakan jawapan kepada projek tempat letak kereta di kawasan pelancongan di Bukit Bendera yang diberikan peruntukkannya oleh Kementerian Pelancongan sebanyak RM5 juta sebelum ini.

Jangan lupa pula tentang janji memelihara dan memberikan geran tanah Kampung Buah Pala kepada masyarakat India yang telah lama tinggal di situ sejak berkurun abad. Janji tersebut dibuat oleh Anwar Ibrahim dengan lafaz “sumpah” di atas kepala salah seorang penduduk kampung itu sebelum PRU ke-12 dahulu.

Sehingga kini, janji dari ‘Dewa Sri-Anvar’ itu belum lagi tertunai dan masyarakat kampung Buah Pala mendapat sesuatu yang tidak berbaloi dengan kehilangan yang mereka hadapi. Kampung warisan turun-temurun digantikan dengan rumah dan hutang berpuluh ribu, berbaloi?

Sebenarnya, banyak lagi skandal dan isu-isu yang perlu dijawab oleh Guan Eng dan kepimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Ini termasuklah seperti isu merobohkan gerai makanan rakyat dan isu rasis yang ditimbulkan oleh orang kanannya yang juga merupakan ADUN Komtar, Ng Wei Aik.

Begitu juga dengan isu penempatan terpilih dengan “mengusir” secara halus masyarakat Melayu dan India dari bahagian pulau ke Seberang Perai dan Butterworth, di mana pulau dikhaskan kepada kaum Cina DAP yang kaya raya dan mampu membeli rumah serta kondo bernilai ratusan ribu ringgit sahaja.

Rasanya, selagi Guan Eng tidak menjawab semua isu-isu hangat di Pulau Pinang yang masih belum terjawab ini, berkemungkinan besar nanti Pakatan Haram saja yang akan “makan telur”. Pesan saya, kalau nak sedap sikit, tambahlah “telur” tersebut dengan sedikit “kicap”, baru sedap!

7 thoughts on ““Makan Telur”..??? Guan Eng Dicabar Bubar DUN Pulau Pinang 24 Jam!

  • March 18, 2012 at 3:46 PM
    Permalink

    Bodoh sombong si komunis Lim Kit Sial ni..tk ukur baju di badan sndiri!
    punyalah angkuh dn bodoh smpai tkblh rasai penolakan rakyat pd pakatan dajjal PR ni.

    reverse psicho dgn BOHONG pd rakyat konon BN akan kalah..sorrylah Insya Allah dgn berkat doa umat Islam yg jelas Aqidah, Rejim Pakatan Haram bersama Lim Kit SIAL yg kafir harbi tu akan kalah dan runtuh pakatan mereka..serta dilenyapkan pengaruh mereka di muka bumi Allah ini..AMINN..

    Reply
  • March 18, 2012 at 4:01 PM
    Permalink

    masyarakat cina di malaysia yang mengundi BN pada PRU yang akan datang adalah pengkhianat dan pengecut!!!

    Reply
    • March 18, 2012 at 4:11 PM
      Permalink

      Boleh blah balik Indon la Tony Gunawan.

      Reply
    • March 18, 2012 at 5:40 PM
      Permalink

      Tony ni suka mengawan macam kucing bising satu dunia. Bab berfikir langsung tak ado kalau ado pun busuk macam sampah kek negeri Selangor yang berminggu-minggun tak diangkut.

      Reply
    • March 18, 2012 at 11:01 PM
      Permalink

      pengkhianat pd israel ke???

      Reply
    • March 19, 2012 at 10:21 AM
      Permalink

      Masyarakat Islam dan Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) adalah MUNAFIQUN yang NYATA serta PENGKHIANAT AGAMA ISLAM dan NEGARA!!

      Laknatlah atas mereka yang mengundi penyokong Zionis dan perosak Aqidah-PR ini..laknatlah atas mereka2 ini yg menyebabkan umat menderita! AMINN!

      Reply
  • March 19, 2012 at 1:04 PM
    Permalink

    hohoho…
    apasal duke marah sangat pada LGE?
    Dia kena halau dari PP ke?
    Dah nama pun politik… macam Dr.Khir dulu kempen zero pembangkang, akhirnya dia yg. kena sapu. releks la… retorik je. Takkan LGE nak kata BN akan menang d PP?
    Tapi rasanya… kalau menang pun kws. melayu lebih 80%. Kurang 70% sure kalahnya….

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.