Lepas Peneroka Jadi Mangsa, Mazlan Aliman Cuba Sabotaj Felda Plantation Pulak

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pihak pembangkang menjadi loji najis paling busuk apabila menghimpunkan ramai orang-orang bodoh sombong di dalamnya.

Mungkin diperingkat veteran, Mahfuz Omar mengetuai golongan ini. Namun bagi generasi muda Pas Pis Pus, Mazlan Aliman adalah ketuanya.

Sebelum ini kita menyaksikan pencacai PKR, Rafizi Ramli menuntut perkara yang tidak masuk dek akal mengenai pembiayaan pertunangan anak perempuan PM. Dan kali ini, giliran Mazlan Aliman pula menunjukkan kebodohannya.

Kebodohan terbaru Mazlan Aliman ialah apabila membuat sidang akhbar dan memaklumkan dia dan ANAK akan memfailkan injunksi di mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda, Felda Plantation, memajakkan tanahnya seluas 360,000 kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Tujuan utama Mazlan Aliman berbuat demikian adalah untuk menghalang penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada pembentangan Bajet yang lalu.

Sekiranya Mazlan Aliman berjaya menghalang penyenaraian FGVH ini, maka secara automatiknya penghasut dan pengacau bilau Felda itu akan berjaya memalukan Perdana Menteri dan kepimpinan Felda, khususnya Tan Sri Isa Samad.

Sebelum ini, Mazlan melalui segelintir peneroka yang telah dihasut, berjaya memfailkan injunksi terhadap Koperasi Permodalan Felda (KPF) untuk tidak membincangkan usul menjual kepentingan KPF kepada Felda Holdings yang akan membantu mempercepatkan penyenaraian tersebut.

Persoalannya, apakah hak Mazlan Aliman untuk menghalang Felda Plantation untuk berbuat demikian? Felda Plantations merupakan syarikat milik penuh Felda dan Mazlan Aliman bukanlah salah seorang pemiliknya atau lembaga pengarah di dalam syarikat itu.

Tindakan Mazlan Aliman itu adalah seolah-olah memfailkan injunksi terhadap Robert Kuok untuk menghalangnya menjual Malayan Sugar Manufacturing (MSM) kepada Felda.

Siapa Mazlan Aliman untuk menghalang Robert Kuok jual kilang gula terbesar di Malaysia itu? Robert Kuok tu staf Mazlan Aliman ke? Berapa peratus pegangan saham Mazlan Aliman dalam MSM? Dia ingat kilang MSM tu bapak dia yang punya ke?

Sama juga dengan isu fail injunksi terhadap Felda Plantation ini. Mungkin dia fikir sudah berjaya sabotaj ‘durian runtuh’ peneroka dengan memfailkan injunksi terhadap KPF, maka dia nak sabotaj pula Felda Plantation..?!

Pada KPF boleh la dia buat begitu, tapi mungkin tidak pada Felda Plantation. Mazlan Aliman berjaya sabotaj peneroka Felda kerana dia memperalatkan segelintir peneroka dan ahli KPF yang dihasutnya. Hasil hasutan jahat itulah Mazlan Aliman failkan injunksi.

Cuba rujuk balik fail injunksi tu, nama Mazlan Aliman langsung tak ada. Yang ada cuma nama-nama peneroka yang berjaya ditipu Mazlan Aliman.

Lagipun, sumber dalam Felda memberitahu bahawa ‘kepimpinan KPF sengaja tak mahu lawan injunksi’ tersebut. Ini adalah disebabkan oleh kepimpinannya yang tak suka pada penyenaraian itu, tak suka pada Isa Samad yang diminta untuk menggantikan Pengerusi KPF dan tak mahu kehilangan projek-projek yang diperoleh melalui KPF.

Sebab itulah Mazlan Aliman berjaya failkan injunksi terhadap KPF dan diterima mahkamah.

Persoalannya, siapa pula Mazlan Aliman nak peralatkan untuk failkan injunksi terhadap Felda Plantation di mahkamah? Dia nak suruh ahli lembaga pengarah Felda Plantation ke? Takkan nak suruh Rafizi Ramli atau Mahfuz pulak kot? Apa pula hak mereka dalam Felda Plantation?

Sebetulnya, Mazlan Aliman memang “all out” cuba mensabotaj dan menghuru-harakan Felda. Setahu saya yang sudah berkali-kali pusing tanah rancangan Felda, hampir semua peneroka faham mengenai penyenaraian FGVH dan mahu ia disegerakan.

Dan paling penting, mereka memang bencikan Mazlan Aliman. Lagi Mazlan Aliman buat kacau, lagi mereka bencikan dia. Mungkin kerana tahu dirinya ditolak peneroka dan gagal dalam mendapatkan sokongan politik, Mazlan Aliman gunakan putar belitnya mempergunakan saluran undang-undang.

Saya dapat tahu bahawa pihak Felda dengan kepimpinan Isa Samad telah bersedia dengan injunksi terhadap Felda Plantation ini. Harapnya tiada pula sabotaj yang timbul dari kepimpinan KPF atau “pengurus besar” dan ‘3 beradik’ yang sepatutnya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ itu.

Mereka tak sedar ke Pakatan Haram akan tutup dan bubarkan Felda kalau menang PRU13 ni?

6 thoughts on “Lepas Peneroka Jadi Mangsa, Mazlan Aliman Cuba Sabotaj Felda Plantation Pulak

  • March 11, 2012 at 7:42 PM
    Permalink

    tak payah lagi menipu ,penulis macam umno hanya mau duit-duit saja!

    Reply
    • June 15, 2012 at 5:25 PM
      Permalink

      mazlan aliman pernah dihalau ketika cuba memasuki pintu gerbang felda ke tempat gua x sempat masuk..peneroka dah tau awal2 lg yg PAS akan menghantar salah sekor iblisnya untk hasut peneroka dtempat gua huhuhu kesian plak gua tgok..

      Reply
  • March 11, 2012 at 8:02 PM
    Permalink

    suruh Felda saman dia balik dengan nilai kerugian setiap hari tertangguh penyenaraian FGVH, kalau nilai pasaran 10 billion, dapat 1% pun ok.

    Reply
  • March 11, 2012 at 11:35 PM
    Permalink

    Saya rasa penyenaraian felda plantation tidak boleh dilaksanakan sebab tanah tersebut adalah milik orang ramai yang dinafikan haknya oleh pengurusan FELDA sebelumnya .Seperti yang saya sebutkan dahulu tanah tersebut semestinya diserahkan semula kepada kerajaan negeri jika FELDA gagal untuk menempatkan peneroka kedalamnya .Itu adalahmatalamat asal penubuhan FELDA ,FELDA dilantik sebagai badan penyelia dan pengurus Ladang ladang peneroka secara tersusun .Bukan FELDA mempunyai ladang nya sendiri .Inilah yang dikatakan peneroka akan mendapat dosa runtuh …….kerana bersubahat menghalalkan penyenaraian tersebut.Kepada rayaat dinegeri negeri yang terlibat harus bangkit untuk mendesak kerajaan negeri supaya bertindak menghalang penyenaraian tersebut …….tanah tersebut mesti dibahagi bahagi kepada bekas parajurit dan polis serta orang orang miskin ….keutamaan mesti diberi kepada bekas askar yang tidak berpencin serta tiada tanah ……

    Reply
    • June 15, 2012 at 5:36 PM
      Permalink

      apasal tubir yg kau sakit hati sgt nir brapa yg mazlan bg upah kat kau nk surh kuarkn fatwa2 yg entah apa2 nih?apa sumbangan kau pada felda yek?aku nk tau jugakla pasal aku tgk kau ni menyalak boleh tahan gak kt sini..dah2la nk menhasut org buatla kerja kau baik2,jaga makan periuk nasik sndri dahla

      Reply
  • March 13, 2012 at 9:36 AM
    Permalink

    Balaci PR jiwanya kacau

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.