KPF dan Kakitangan Felda Pro-Pembangkang Sengaja Suruh Peneroka Marah Felda – Kerajaan BN?

Baru-baru ini, beberapa peneroka Felda di Rokan Utara, Negeri Sembilan, menemui pemimpin PKR untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan Felda.

Khabarnya mereka mahu menyaman Felda ekoran seolah-olah membiarkan mereka berhutang sehingga mencecah RM150,000 kepada syarikat itu ekoran kegagalan penanaman semula yang gagal dilaksanakan oleh kontraktor terpilih.

Sebelum ini juga, gejala saman-menyaman Felda semakin kerap berlaku sedangkan perkara tersebut jarang-jarang sekali timbul sebelum ini. Persoalannya, mengapa Felda kini kerap di saman peneroka? Dan apa pula kaitannya dengan pembangkang?

Ketika proses penanaman semula, para peneroka menerima RM1,000 setiap bulan pada tahun pertama, RM1,200 sebulan pada tahun kedua dan RM1,500 bagi tahun ketiga dan seterusnya dari Felda sebagai sara hidup sementara menunggu tanaman matang untuk dituai.

Wang ini dikira sebagai hutang sebelum tanaman baru mendatangkan hasil kemudiaannya dan wang inilah hutang yang ditimbulkan para peneroka di Rokan Utara itu.

Mereka mendakwa, Felda “sengaja” membebankan hutang tersebut dengan tidak mempedulikan ladang mereka yang semakin ditimbuni semak dan samun. Ada juga tanaman yang tidak menjadi dan menyebabkan mereka tidak mampu membayar semula hutang tersebut kepada Felda.

Nak tahu apa sebenarnya yang berlaku?

Sebenarnya, kontrak penanaman semula selalunya diberikan kepada anak syarikat Koperasi Permodalan Felda (KPF), iaitu KPF Sheeco. KPF diterajui oleh DZ yang bantah cadangan Perdana Menteri untuk memberi laluan kepada Tan Sri Isa Samad untuk mengetuai KPF. DZ juga tak suka dengan idea penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia.

Menurut sumber kukuh yang saya peroleh dari Felda Rokan Utara, terdapat unsur-unsur sabotaj kuat dari pihak “di atas”. Maksud “di atas” tersebut ialah pihak pengurusan dalaman Felda sendiri yang seolah-olah mahu peneroka membenci Felda.

Sumber mendakwa, KPF Sheeco “sengaja” melambat-lambatkan tanaman semula tersebut dan menyerahkan sub-kontrak menjaga kawasan ladang kepada kontraktor luar yang tidak berkebolehan. Hasil tangan KPF Sheeco tersebut, maka ladang kelapa sawit mereka terbiar dan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

Sedangkan katanya, ramai lagi peneroka yang mampu jaga kawasan ladang berbanding sub-kontraktor lantikan KPF Sheeco. Kontrak tersebut juga boleh diserahkan kepada generasi kedua Felda yang boleh menguruskan ladang dengan bantuan Felda.

Menurut sumber lagi, mereka pernah membawa masalah ini ke pihak pengurusan Felda sebelum ini. Namun masalah mereka tidak dilayan dan kalau dilayan pun, ia akan dilambat-lambatkan. Untuk rekod, DZ juga merupakan Pengurus Besar Felda dan ramai kakiktangan dibawahnya yang dikatakan adalah pro-pembangkang.

Justeru, sumber saya itu yakin bahawa ada unsur-unsur sabotaj dari pengurusan tertinggi Felda yang cuba menimbulkan api kemarahan para peneroka terhadap Felda itu sendiri. Mereka mahu peneroka marah dan saman Felda sebanyak mungkin…

Sebenarnya, itulah salah satu intipati transformasi yang mahu dilakukan PM di Felda. Melalui penyenaraian FGVH nanti, Lembaga Felda hanya akan menguruskan tentang hal kebajikan para peneroka sahaja dan dapat memberikan fokus lebih terhadap kesejahteraan warga Felda di seluruh negara.

Mengenai cara untuk mencari pendapatan, perniagaan dan pengoperasian, FGVH akan mengambil alih peranan tersebut di mana dengan nilai pelaburan yang dijangka mencecah RM6 bilion, hasil pulangannya bakal memberikan “durian runtuh” kepada para peneroka Felda dan Felda itu sendiri.

Pada pandangan saya, pihak pengurusan Felda yang dikenal pasti perlu ditukar sepenuhnya ke bahagian lain, termasuk yang berjawatan paling atas sekali. Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru wajar diberi mandat untuk melakukan transformasi Felda dengan berkesan.

34 thoughts on “KPF dan Kakitangan Felda Pro-Pembangkang Sengaja Suruh Peneroka Marah Felda – Kerajaan BN?

  • March 29, 2012 at 2:25 PM
    Permalink

    “peneroka Felda di Rokan Utara, Negeri Sembilan, menemui pemimpin PKR untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan Felda.”….

    apa masalah nya mereka jumpa …kata nya penmimpin UMNO boleh ditegur????

    Reply
    • March 29, 2012 at 2:49 PM
      Permalink

      Alaaa…yg pi jumpa tu semua dah kena beli dgn PKR…depa dapat 100 ribu sorang..semua dah kena rasuah…( pinjam spin puak hang sat… apa hang rasa )..

      Reply
  • March 29, 2012 at 2:28 PM
    Permalink

    kalau peneroak tak suka dengan Tan Sri Isa Samad ketot ni…buang sahaja ….

    Tan Sri Isa Samad ketot ni …. memberi rasuah kepada perwakilan UMNO semasa pemilihan dulu ….

    moralnya buruk ….

    Reply
    • March 29, 2012 at 2:53 PM
      Permalink

      alaaa..kalau setakat peneroak tak suka apa de hal…lain la kalau PENEROKA yg tak suka…biaq pi la dgn peneroak tu cpai….hehehe…hang ni kalau tak buat fitnah tak sah…dah jadi ruji hang yea…

      Reply
      • March 29, 2012 at 7:13 PM
        Permalink

        peneroak tu beruk ke apa menatang?? aku konpius..

        Reply
  • March 29, 2012 at 2:34 PM
    Permalink

    kalau peneroak dah tak suka dengan UMNO atau BN ….

    apa masalah nya ?????

    cuba bagi nas alquran atau hadis yang melarang peneroka mengundi selain dari parti UMNO atau BN….????

    Reply
    • March 29, 2012 at 2:43 PM
      Permalink

      lepas buat fitnah dan menghina org, mintak nas dan hadith pulak….ape punya ostart kulup cap ayam la hang ni…

      Reply
      • March 29, 2012 at 7:14 PM
        Permalink

        lebih kpd hindu budak c5..dia tau ke al quran..

        Reply
    • March 29, 2012 at 9:46 PM
      Permalink

      C5, tak payah la minta nas alquran @ hadis. Hang pun tak tau baca quran. Pi belajaq mengaji Quran dulu.

      Reply
      • March 29, 2012 at 11:24 PM
        Permalink

        HE..HE..kesian c5 asyik kene balun je..

        Reply
    • November 7, 2013 at 12:44 PM
      Permalink

      hahaha….kesian pr selalu melahirkan orang yg bodoh membuat kenyataan tanpa berfikir dan menganalisa sesuatu perkara itu betul atau salah…selalu kena tipu dengan pemimpin mereka yg pandai mereka fakta2 hasutan dan fitnah..

      Reply
  • March 29, 2012 at 3:07 PM
    Permalink

    Mengapa ya dalam berita2 yang dikeluarkan disini selalunya menyebut dari sumber2 dalaman, atau sumber yang boleh dipercayai, dan sebagainya. Boleh ke kita namakan sumber tersebut supaya double check boleh dibuat oleh pembaca? Penulis berita pun bersikap anonimous, macam mana nak check?

    Reply
  • March 29, 2012 at 6:43 PM
    Permalink

    cerita bohong hang ni tak habis2 lagila…

    Reply
    • March 29, 2012 at 7:16 PM
      Permalink

      puak dia memang suka cerita tahyol mcm ni..yg anwar duk terang terjah cina doll tak nak percaya pulak..suruh sumpah laknat pun takut..ada puak balaci2 bodoh pakatan haram hairan?

      Reply
      • March 29, 2012 at 9:39 PM
        Permalink

        mana puak balaci kangkong ni nk heran bro..menyondol tu memang keje favourite depa…

        Reply
  • March 29, 2012 at 6:44 PM
    Permalink

    baling kasut kat orang tak dosa?

    Reply
    • March 29, 2012 at 7:19 PM
      Permalink

      tak pa..janji serban atas kepala..

      Reply
  • March 29, 2012 at 7:18 PM
    Permalink

    malaysiakini..takyah nak copy la klu bersumberkan media pro murtad ni..

    Reply
  • March 29, 2012 at 9:36 PM
    Permalink

    tukar saja pengurusan yg menjahanamkan felda. kalau disimpan lebih lama lebih parah jadinya. isa samad kena make sure pengurusan felda bebas pembangkang,

    Reply
    • April 2, 2012 at 12:05 PM
      Permalink

      Yg bercakap ni org felda ke atau si bangang yg dengar fitnah pembangkang.Aku anak peneroka besyukur setelah ayah aku behempas pulas duduk di felda,Alhamdulillah semuanya makin bertambah baik..mak ayah aku pun dah prg mekah dgn hasil usaha di felda..kalau bukan org felda jgn cakap benda ni..tp memang ada jenis manusia yang tak tau bersyukur di tempat aku..dok tabur fitnah..hasil felda dia melantak! Melayu memang mudah lupa! caci maki org memang pandai!

      Reply
  • March 29, 2012 at 9:44 PM
    Permalink

    pemimpin umno bersih ke ..takde yg kaki sontot ke…

    Reply
  • March 29, 2012 at 11:06 PM
    Permalink

    Felda boleh putar serata alam .Tapi kalau berani senaraikanlah DIBSKL……..dan tunggu apa tindakan dari peneroka yg tidak berpuashati………segalanya akan menjadi lebih sukar………batalkan saja hasrat penyenaraian FVGH tu……

    Reply
    • April 2, 2012 at 12:09 PM
      Permalink

      oi bodo! hang bukn org felda jgn cakap!

      Reply
  • March 29, 2012 at 11:15 PM
    Permalink

    Tan Sri Isa Samad ketot ni …. memberi rasuah kepada perwakilan UMNO semasa pemilihan dulu ….

    ———–

    Anwar pun sama, Isa ketot, Anwar bontot lagi bapak rasuah kepada perwakilan UMNO. Buanggggglah. No brain.

    Reply
  • March 30, 2012 at 2:55 AM
    Permalink

    Pak su saya adalah seorang peneroka Felda di Pahang. Beliau menjadi peneroka sejak tahun 1976 dan tidak pernah menjalankan urusan perladangannya selain daripada menggunakan khidmat Felda sehinggalah proses tanaman semula dijalankan pada 2004.
    Hasil kebergantungan pendapatan beliau semata2 kepada Felda dapat dilihat dari rumah batu atap genting yang menyerupai rumah2 moden dibandar dan sebuah kereta Persona baru dibeli pada tahun lepas.
    Beliau adalah seorang penyokong kuat penyenaraian FGVH dan mengatakan sesiapa yang tidak mahu terlibat adalah orang yang bodoh atas alasan beliau pendapatan akan bertambah.
    Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah dimana zalimnya Felda jika Pak Su saya boleh hidup senang dengan Felda.
    Walaubagaimanapun beliau ada berkata sesiapa yang tanam semula tidak melalui Felda banyak yang menerima masalah. Mungkin orang seperti ini yang tidak menyokong FGVH sebab tidak akan mendapat hasilnya.

    Reply
    • March 30, 2012 at 9:37 AM
      Permalink

      Aku percaya kata hang… ni jenis manusia yg. duduk rumah goyang kaki. K’jaan bagi tanah untuk usaha bukan bagi orang lain usaha. Hang fikir tengok hang ada kedai, hang sewa pada orang. Memang hang tak rugi tapi hang dapat duit sewa saja. Tapi kalau hang niaga sendiri ada dua kemungkinan, samada hang kaya raya atau tutup kedai. Tapi allah janji setiap yg. berusaha kan berjaya. Balik pada kebun, hari ni kalau betul usaha peneroka ada rumah batu, hilux, kereta sedan dan lain2 kemudahan lebih dari kakitangan k’jaan. Yg. malas, kebun naik hutan tak perlu cerita. tapi jenis pakcik hang hidup biasa2 je. Mostly kontraktor UMNO/melayu banyak macam ni, dapat projek bagi cina dapat untung atas angin. Nak kaya jauh la… bila tukar k’jaan tak dapat projek, mula mengamuk dan kata k’jaan tak adil. Tapi kerja tak buat jugak, harap makan atas angin akhirnya makan angin ajeeelah.
      Kita dengar sekarang FGV punya projek d luar negara semua rugi, harapkan projek dalam negara je. Tapi kalau dah serah pada orang luar bimbang yg. dalam negara pun rugi juga. Waktu tu menyesal pun tak guna. Masalahnya kenapa nak bagi orang luar kalau kita mampu buat sendiri, lain lah kalau dah tak mampu. Sekarang heboh TH nak jual aset/ladang d indonesia walaupun tiap2 tahun pulangan ratus juta, isunya kalau untung kenapa nak jual? tingkatkan hasil dan usaha kalau nak untung lagi banyak. Atau pengurusan/k’jaan nak hasil/duit segera untuk PRU13. Aku harap sangat benda ni salah….

      Reply
      • March 30, 2012 at 10:46 AM
        Permalink

        apa la negatif sgt pemikiran ko ni bujuk..kerajaan menyediakn kemudahan untuk rakyat pun ko persoalkan..nti bila kerajaan tak bagi kemudahan pun ko salahkan kerajaan..ko bukan org berniaga ko takkan rasa susah payah dalam persaingan perniagaan..apa lg nak menyaingi bangsa lain (cina) yg dah sedia kukuh..sebab tu la kerajaan menyediakn pelbagai kemudahan serta peluang kpd rakyat terutama bumiputera dengan adanya DEB semata nak mmelihara & menjaga kepentingan kaum bumuputera..sebab apa ko mudah memberi komen2 yg negatif sbb ko tidak berada di dalam lingkungan perniagaan & persaingan..ko makan gaji buta je..sbb tu ko susah nak faham..

        segala pelaburan sama ada di dalam atau di luar negara adalah untuk kepentingan negar utk memajukan negara & rakyat malaysia khususnya..jadi tentu ada pelbagai strategi kerajaan agi memastikan keuntungan pelaburan..mana ada org melabur nak kan kerugian?..& kalau pelaburan di luar negara kadang kala tertakluk jugak kpd peruntukan atau perjanjian perundanagn tempat di mana kita melabur..bukan main sebat suka hati je..hmmm

        kerajaan Malaysia sekarang adalah yg terbaik kerana masih & sentiasa menjaga kepentingan rakyat..mcm kes kenaika harga minyak semasa..macamana korang (pencacai pakatan haram) kata kerajaan masih tak betul gak..sedangkan kita masih boleh mengekalkan harga sedia ada kalau nak dibandingkan dgn negara2 jiran indonesia, thailand, singapura…org dok sibuk susah hati harga minyak naik korang pulak sibuk susah hati sebab harga minyak kekal kal malaysia ni..apa la tahap mentaliti pembangkang kat Malaysia ni..kebanyakan rakyat Malaysia dah jelak dgn sentimen politik negatif yg korang laung2kan & Insyaallah rakyat Malaysia akan membuka mata..bukannya buta macam korang ni (pencacai pakatan haram)

        Reply
        • April 1, 2012 at 12:22 AM
          Permalink

          Ada aku salahkan k’jaan bantu rakyat?
          aku salahkan rakyat yg. taknak bantu diri sendiri. Yg. hanya tahu ngaga dan mintak semua k’jaan suap. K’jaan bagi tanah untuk pengusaha, tapi kalau tanah tersebut d sewakan @ tidak diusahakan kerana malas dan bukan sebab uzur atau masalah lain, baik bagi pada orang lain yg. nak usaha.

          Reply
    • April 2, 2012 at 12:08 PM
      Permalink

      memang pun! manusia bodo tu la yg menyusahkan org..suka terpengaruh dgn pembangkang dlm felda..tak mau join felda masa penanaman semula..lepas tu buat kacau! aku anak felda..memang benar felda telah memajukan bangsa kita..aku gembira tengok mak ayah aku bahagia di bawah naungan felda..kalau bukan org felda jangn cakap la..

      Reply
      • November 7, 2013 at 12:35 PM
        Permalink

        Aku pun anak felda..syukur kerana skarng hanya tinggal mak aku..rezeki dari felda melimpah ruah..Aku baru balik dari konvensyen felda..satu langkah yang amat baik akan dan sedang berlaku..segala produk2 felda akan berada di beratus buah negara..bukan itu sahaja..anak2 felda akan mengusahakan produk ini dan tinggal di sana..guru-guru agama dan guru akan dihantar dan mengajar utk mereka yg berkeluarga di sana supaya mereka tidak mudah lupa asal usul mereka..bayangkan satu hari nanti anak2 felda akan berada di serata dunia dan mempunyai ekonomi di luar sana…pihak2 pengkhianat negara dah nampak benda ni dan sedang berusaha menjahanamkannya melalui mereka2 yg dungu dan bodoh berbangsa melayu yg asyik nampak salah orang saja..hatinya bebal dan penuh hasad..kalau ikut cerita puak2 ni dan buka suratkhabar penipu diorng..felda tu dah tak wujud dan dah tergadai..kepada yg bangang tu sila tengok akhbar penipu korang yang lepas2..berfikrlah dengan akal..

        Reply
  • April 11, 2012 at 11:09 AM
    Permalink

    yang kat sini semua xtau isu pokok.ckap ikut mulut tp xpakai otak.isu felda ini bkn melbatkan sorang dua tp semua tanah peneroka.tanah2 ini akan di cagar denan pihak bank selama 99 thn dan secara automatik tanah akan jd milik bank.katalah mula2 ni saham o tp setelah bejalan beberapa thn saham turun.taikun yg banyak duit boleh bli saham majoriti felda.lepas tu halau semua peneroka.kau orng kat sni nak ke dok merempat kat sni.l st peneroka hya di bagi 20k seorng tp hakikatnya jmlah dr pajakan tanah sekitar 1juta.xmustahil isa ketot n balaci2 umnongok akan amik duit tuk pru 13 nnt.

    Reply
    • November 7, 2013 at 12:37 PM
      Permalink

      ni statement bodoh mane kamu dengar ni? Ya Allah..kenapalah tak mau dengar perkhabaran yg betul..asyik dibodohkan orang!..

      Reply
  • May 17, 2012 at 12:25 PM
    Permalink

    Memang susah nak memajukan melayu sebenarnya..kebodohan dan banyak prasangka tu lah yg menghalang..kalau boleh orang melayu lebih suka jadi hamba orang terutamanya cina..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.