Kacang lupakan kulit, ini jawab Hannah Delisha

Kacang lupakan kulit, ini jawab Hannah Delisha

Spekulasi bertebaran bagaikan ‘angin kencang’ sebaik bintang jelita, Hannah Delisha, 27, dan rakan-rakan artis lain meninggalkan syarikat pengurusan, baru-baru ini.

Lebih menimbulkan persoalan apabila Hannah bersama Sharnaaz Ahmad, Aiman Hakim Ridza dan isterinya, Zahirah MacWilson meninggalkan Prodigy Syndrome Management secara berjemaah dan mengumumkan tidak lagi berpayung di bawah syarikat pengurusan menerusi media sosial serentak.

Tindakan meninggalkan syarikat pengurusan serentak pada Ogos lalu seolah-olah memberi gambaran berlaku persengketaan besar sehingga timbul spekulasi mereka tidak berpuas hati dengan soal bayaran.

Jika tidak masakan nekad bintang-bintang popular di kaca televisyen itu mengambil keputusan tekad keluar beramai-ramai.

Bertemu Hannah dalam satu majlis baru-baru ini, persoalan itulah yang diajukan kepada si empunya diri.

Enggan menuding jari pada sesiapa, aktres kelahiran Singapura itu menafikan spekulasi tidak enak yang tersebar.

Hannah berkata, keputusan untuk keluar daripada syarikat pengurusan dibuat atas persetujuan bersama.

“Kami tidak pernah bersengketa, jauh sekali nak berbalah. Cerita yang sebenarnya adalah syarikat pengurusan berhasrat memberhentikan operasi.

“Jadi, saya dan rakan artis lain putuskan untuk mengumumkan berita ini dalam media sosial.

“Tujuan untuk memaklumkan kepada semua pihak yang ada kaitan dengan kerjaya seni kami.

“Kami sudah tidak bernaung di bawah syarikat pengurusan berkenaan. Ini juga untuk memudahkan tugas kedua-dua pihak dan kami juga tidak mahu terlepas peluang projek pada masa akan datang,” katanya kepada BH Online.

Mengulas dakwaan wujudnya perselisihan faham, pelakon filem Langsuir itu menepis tanggapan itu.

“Hubungan saya dan pengurus masih baik. Sesekali saya ada juga hubungi bertanya khabar.

“Cuma, ia tidaklah sekerap sebelum ini kerana saya sudah mempunyai pengurus baharu untuk menguruskan kerjaya seni.

“Jujurnya, saya kenang jasa syarikat pengurusan lama kerana saya bersama mereka sejak awal pembabitan dalam dunia seni hinggalah sekarang. Mereka banyak membantu menaikkan nama saya.

“Saya bukanlah jenis kacang lupakan kulit. Cuma, pengunduran ini dibuat atas persetujuan bersama.

“Mereka mahu bersara dan saya perlu cari payung baharu kerana saya masih mencari rezeki dalam bidang seni,” katanya.

Mengulas adakah keputusan pengunduran itu berikutan timbulnya perasaan tidak puas hati membabitkan isu bayaran, Hannah lebih selesa untuk tidak mengulasnya.

Hannah turut memperbetulkan tanggapan sesetengah pihak yang menyangka keputusannya menyertai syarikat pengurusan baharu kerana hasutan pihak-pihak tertentu.

“Saya pilih pengurus baharu kerana kami pernah bekerjasama sebelum ini. Lagipun, pengurus juga bekas kakitangan Prodigy Syndrome Management dan menjaga jabatan drama.

“Apa sahaja ‘job’ membabitkan lakonan, pengurus yang kendalikan dahulu. Jadi, saya selesa bekerja dengannya yang dikenali sejak sekian lama.

“Memandangkan kami pernah bekerjasama, jadi saya minta pengurus untuk uruskan saya. Dia juga berpengalaman.

“Bukan pengurus yang cari saya, tetapi saya yang cari dia,” jelasnya.

Lumrah bagi pasangan suami isteri tentunya tidak terlepas dengan soalan perancangan menimang cahaya mata.

Bagi pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pelakon Imam Shah, dia tidak pernah menolak rezeki pemberian Tuhan.

Bagaimanapun, Hannah mengakui perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu termasuk masalah kesihatan dihadapinya sebelum menjadi ibu.

“Jujurnya, saya dan suami tiada halangan menimang cahaya mata. Malah, saya juga teringin sangat.

“Memang ada merancang, tetapi kalau diberi rezeki awal, kami terima sahaja.

“Buat masa ini, fokus saya hanyalah pada kerja. Selagi mampu bekerja dan ada permintaan, saya mahu bekerja.

“Setakat ini, tiada sebarang tekanan untuk kami dapatkan anak dengan segera. Keluarga pun sangat memahami.

“Cuma sebelum menjadi ibu, saya kena selesaikan masalah kesihatan yang saya hadapi,” katanya enggan mendedahkan masalah kesihatan dialaminya.

Selepas drama Andai Itu Takdirnya, Hannah berehat panjang sebelum kembali ke lokasi penggambaran drama pada Disember depan.

Hannah bakal muncul dengan single baharu berentak ‘kabaret’ yang menyaksikannya berkolaborasi dengan dua penyanyi yang dirahsiakan identiti. BH

Kacang lupakan kulit, ini jawab Hannah Delisha

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker