Israel: Azmin Defend Anwar Mengalahkan Izzah

BESAR betul tanda soal yang timbul dalam kepala penulis semalam melihatkan bagaimana bersungguh-sungguh sekali Azmin Ali mempertahankan Anwar, kalah pulak Nurul Izzah merangkap anak sulung ni – sekali pandang macam ‘isteri’ mempertahankan ‘suami’.

Kalau ia pun, cover-coverlah sikit.

Dah macam-macam yang disebut mengenai hubungan Anwar-Azmin ini, tak satu pun dinafikan atau di’ia’kan kedua mereka.  Tapi dari perbahasan semalam, tak payah tunggu masing-masing buka mulut, semuanya dah jelas.

Merujuk perbahasan semalam, kelihatannya memang pun ahli Parlimen Pakatan harami tidak mampu mempertahankan kenyataan Anwar mengenai melindungi keselamatan Israel tersebut, baik dari PKR, DAP dan apatah lagi PAS.  Balik-balik guna cover basi – baca keseluruhan artikel bukan satu perenggan.

Dah kalau satu perenggan itu memang maksudnya ditafsirkan sebagai melindungi keselamatan Israel, maksudnya melindungi keselamatan Israel lah.  Apa faedahnya baca keseluruhan artikel kalau petikan yang satu itupun sudah cukup untuk menggambarkan polisi dan dasar luar Anwar ditakdirkan Pakatan harami berjaya memerintah negara nanti (mintak dijauhkanlah).

Lagipun, mana datang logik kata condong kepada Palestin dan perjuangannya, tapi dalam masa yang sama beri komitmen untuk mempertahankan pihak yang bermusuh dengan Palestin pulak?

Sebab itulah pendekatan ahli Parlimen Pakatan semasa mempertahankan Anwar semalam semuanya lebih kepada emosi, dengan Azmin dilihat mengetuk meja macam samseng.  Sekarang siapa sebenarnya samseng?

Nurul Izzah jangan cakaplah tapi masih tidak seteruk emosi macam Azmin.  Ini satu hal juga, penulis pun tidak pasti apa tugas dia di Parlimen, untuk menjadi wakil kepada rakyat Lembah Pantai atau wakil kepada ayahnya Anwar?   Belum cadangan Anwar nak letak anak perempuannya yang seorang lagi sebagai calon di Bandar Tun Razak dalam pilihanraya umum akan datang jadi kenyataan.

Kalau terpilih, mahu parlimen tu jadi ruang tamu rumah Anwar, dok bincang hal keluarga sahaja. Fuhh, mintak jauhlah.

Nak pertahan apa lagi cakap Anwar tu?  Pusing macam mana pun tetap pemahaman rakyat ialah Anwar akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel jika berjaya menjadi Perdana Menteri besok (mintak dijauhkan).

Serangan udara Israel baru-baru ini yang membunuh berpuluh orang Palestin pun tidak dikecam oleh Anwar, kenapa?  Kalau betul dia tidak bermaksud untuk melindungi keselamatan Israel semata-mata dalam kenyataannya itu, atau kenyataan itu dipetik di luar konteks, kecamlah tindakan Israel tersebut.

Sudahlah itu hari kena sanggah dengan Khairy Jamaludin, budak mentah umur 36 tahun yang baru sepenggal jadi Ahli Parlimen.  Mana nak diletak maruah Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri negara ini kalau budak hingusan macam itu pun boleh menyanggahnya.

Jadi rakyat yang melihat ini perlu rasional dalam memilih wakil masing-masing dalam pilihanraya umum akan datang.  Parlimen ialah tempat untuk wakil-wakil yang dipilih berbahas tentang kepentingan rakyat, bukan tempat menyelesaikan masalah rumah tangga Anwar Ibrahim yang kebetulan sedang ‘panas’ sebab keterlanjuran mulut.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

20 thoughts on “Israel: Azmin Defend Anwar Mengalahkan Izzah

  • March 15, 2012 at 12:59 PM
    Permalink

    PKR dan Israel semacam ada hubungan yang tersembunyi. Saya masih ingat sekitar tahun 2010/2011 ketika berlaku kebakaran hutan secara besar-besaran di Israel maka Yusmadi Yusuf , ahli parlimen PKR Balik Pulau, Pulau Pinang telah mencadangkan supaya Jabatan Bomba Malaysia menghantar anggota-anggota Bomba Malaysia membantu memadam kebakaran ini sebagaimana yang mereka lakukan semasa kebakaran hutan di Indonesia. Satu cetusan idea yang tidak pernah pun terlintas di dalam fikiran ahli-ahli politik senior pembangkang yang lain sama ada dari DAP mahupun PAS tetapi telah dilontarkan oleh ahli politik junior daripada PKR. Adakah ini secara kebetulan sahaja? USA dan Britain pun tidak kecoh nak hantar ahli bomba mereka tapi ahli politik PKR ini terhegeh-hegeh nak bantu pasukan bomba Israel.Saya rasa ramai yang masih ingat cerita ini.

    Reply
    • March 15, 2012 at 1:40 PM
      Permalink

      israel kan banyak duit…pandai2 la die nak hidup… baru tebakar… belum kne bom…kalau kne bom pun, xyah tolong jgk..sebab nnti pandai la diorang bom balik… bom mengebom ni kan hobi diorang..hehehe….

      tu la bro… dah banyk dah bukti keluar yang ketua pakatan haram ni memang ade hubungan dengan israel… tapi budak2 pencacai mane nak terima…

      bukti bukan UMNO yang keluarkan semua..tapi ade pihak luar dan dalam PKR sendiri yang dedahkan… pembebasan Anwar dalam kes saiful bukan lah satu kemenangan, tapi mungkin ade lagi banyak petunjuk yang Allah nak tunjuk pada rakyat….

      Reply
      • March 15, 2012 at 8:16 PM
        Permalink

        Itu tanda – tanda tunjuk sayang pada Israel..

        Reply
    • March 15, 2012 at 1:41 PM
      Permalink

      Mestilah kena defent, kalau x macam mana pilihanraya nk ada duit untuk kempen… Sebagai umat islam, marilah kte sama2 menolak perjuangan PR.. Undilah calon barisan nasional….

      Reply
      • March 15, 2012 at 1:49 PM
        Permalink

        ha’ah…kalau tak defend nnti karang tak dapat duit poket lak nak buat modal kempen dengan upah bebudak U buat harok…hehe…

        undilah kerajaan yang betul2 membela nasib rakyat…undilah BN yaw…

        Reply
        • March 15, 2012 at 2:29 PM
          Permalink

          Kalau tak defend tahap gaban, melayang lah ferrari tu…tak kan azmin nk bawak Datsun 120Y plak….emmmm

          Reply
      • March 15, 2012 at 5:46 PM
        Permalink

        betol! betol! betol!..

        nanti nik ajis pun tak dapat merasa pi haji guna dana israel pulak..hehehe

        Reply
  • March 15, 2012 at 1:26 PM
    Permalink

    Kalo niatnya dah nak selamatkan Israel, dan niatnya nak jalin hubungan dgn Israel…. pa ka jadahnya lagi nak ‘simpati’ dgn nasib rakyat Palestin!!

    Apa faedahnya dia sokong Palestin. Palestin miskin, tak ada duit nak bagi dia!!

    Mana ada pejuang NGO pembangkang yg support ‘free palestine’. Sbbnya, NED dah bagi dana kpd NGO2 ni melalui dia, utk huruharakan negara!!

    Kini kita kena awasi anasir ‘regime change’ yg rela jadikn diri mereka boneka kpd AS!! > Tengok apa dah jadi kpd Timur Tengah skrg!!

    Reply
  • March 15, 2012 at 2:41 PM
    Permalink

    Israel byk duit- salah satu sumbangan datang adri Negara umno dan kejaan umno.

    Reply
    • March 15, 2012 at 5:18 PM
      Permalink

      buat la report kat MACC..hehe

      Reply
  • March 15, 2012 at 2:43 PM
    Permalink

    Apa pemimpin umno tak ada ferrari kah??? Tapi ada jugak org PR pakai Ferrari (sgt sedikit), tapi kalau tak puas hati la buat audi.

    Reply
    • March 15, 2012 at 5:43 PM
      Permalink

      kata zuhud..mana bole pakai ferari..pakai 120y je la..hehe

      Reply
      • March 15, 2012 at 5:47 PM
        Permalink

        hehehee…atau pun proton saga magna

        Reply
        • March 15, 2012 at 6:06 PM
          Permalink

          utk pakatan haram semua boleh..maksum katakan..

          Reply
      • March 15, 2012 at 9:36 PM
        Permalink

        naik unta laaagi zuhud

        Reply
  • March 15, 2012 at 10:34 PM
    Permalink

    Anwar dan Israel bukan cerita baharu.

    Sebelum dia diheret kepengadilan untuk siri soldol 1 sebelum tahun 1998 lagi, sebelum keluarnya buku 50 dalil, kita pernah tersentak dengan berita diakhbar yang menulis ” kerajaan sedang menyiasat aktibiti seorang menteri kabinet senior yang disyaki membeli perwakilan dan ketua bahagian dibanyak cawangan parti dengan dana yang diperolihi dari luar “. Dana luar mana lagi kalau tidak US/yahudi.

    TErsiarnya berita itu sekelumit pun tiada siapa yang akan meneka bahawa menteri yang dimaksudkan itu sebagai Anwar Ibrahim. Almaklumlah dizaman itu Anwar dengan janggut sejemputnya, dengan kumis nipisnya, hanya bercakap tentang kebangkitan ummah, tentang Islam sebagai addddeeen, tentang hal hal akidah yang menerujakan sehinga semua orang akan rela untuk jadi makmum jika dia imamkan solat. (SEbenarnya Anwar perlu solat disaf paling depan walau tak jadi imam. Bayangkan kalau kita solat dengan Anwar dibelakang kita. Masa ruku’ boleh tahan lagi tapi masa sujud, ya rabbi seram bulu tengkok).

    Selepas itu aleh aleh keluar buku 5o dalil. Tup tup dia dilucut jawatan. Dia menjelajah negara dengan menjaja teori konspirasi kerajaan terhadap dia. TUp mata pun lebam. Tup tup lagi kena 6 tahun selepas kes berlarutan beberapa bulan dengan tilam berpeta diheret ke mahkamah turun naik. Satu hal yang terlalu mengaibkan bila berita begini terpapar dipage akhbar saban hari.

    Mula mula kita ingat tercekupnya Anwar bawah kes sondol hanya direka cipta semata untuk memastikan dia dimampuskan diatas dosa bersekongkol dengan US/Yahudi (yang bukti jelas/bertulis) sukar didapati.

    Tetapi selepas kes itu berjalan baru kita faham bahawa perkara ini bagai ” a straw that breaks a camel’s back ”

    Kalau dizaman Ghazali Safie yang pasti tempat untuk dia ialah didalam kurungan ISA. Kurungan tanpa bicara kerana jelas hal ini berelement subversive. Tapi malangnya sekarang zaman Hisham. Hisham hanya akan senyum sampai ketelinga bila benda2 ini dimintak dia komen. Senyum ialah satu2 nya forte mutlak Hisham. Apa benda lain dia buat lagi kita memang pun tak tahu.

    Jadi , tengok hisham senyum, kita pun senyum juga untuk buang buruk sangka.

    Yang jelas puak itu akan terus menafi sebagaimana penafian diatas perlakuan jenayah lain dan sebalik nya menyalahkan orang lain pula dalam bentuk fitnah tanpa bukti.

    Reply
  • March 16, 2012 at 9:28 AM
    Permalink

    biasalah..dh termakan budi byk sangat jadi body tergadailah

    Reply
  • March 17, 2012 at 3:51 PM
    Permalink

    Berdoa lah semoga Allah selamatkan kita dan negara supaya BN terus memerintah.

    Reply
    • March 19, 2012 at 10:43 AM
      Permalink

      AMIN! AMIN! AMIN!
      dlu sy pun ‘tersasar’ dek krn ‘darah muda’ perjuangan mahasiswa.. skrg Insya Allah tidak lagi..rasa jijik dan menyesal diperbodohkan oleh PAS dn BA suatu masa dhulu!

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.