Din Puduraya Diberi Masa 3 Hari Dari Sekarang…

Hebat benar dengarnya Salahuddin Ayub atau lebih dikenali sebagai Din Puduraya yang memberikan masa 3 hari kepada Timbalan Menteri JPM, Datuk Ahmad Maslan, untuk menjelaskan prestasi terkini Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Alah! Nampak sangat dia mahu memaksa Ahmad Maslan untuk mengaku bahawa FGVH rugi. Ya, tak payah Ahmad Maslan umum, saya pun boleh mengaku FGVH yang ditubuhkan pada tahun 2009 itu rugi.

Apa yang Din Puduraya jangkakan dari sebuah syarikat yang ditubuhkan baru 3 tahun? Itu biasa bagi setiap perniagaan. Misalnya, Mcdonalds dan Guiness, dua syarikat gergasi dunia itu dah berpuluh tahun berniaga di Malaysia, tapi hanya dapat untuk dua tiga tahun ini saja.

Maksudnya, setiap perniagaan atau pelaburan selalunya akan rugi dahulu sebelum mencatat keuntungan. Biasalah. McDonalds perlukan penjenamaan terlebih dahulu sebelum mencatat untung. Syarikat itu perlu melabur dan membuka banyak kedai dahulu untuk pusing duit dan dapat untung. Itu standard.

Dan begitu juga dengan Guiness atau Carlsberg. Mereka melabur membuka kilang dahulu dan itu bukan pelaburan yang sedikit. Mereka rugi dulu sebelum mencatat keuntungan baru-baru ini. Itu syarikat gergasi dunia tu..!

Jadi, samalah dengan FGVH. Baru ditubuhkan 2-3 tahun, sudah tentu anak syarikat Felda itu perlu melabur di negara-negara luar dulu. Din Puduraya fikir FGVH tak perlu bayar apa-apa ke untuk membina kilang penapisan minyak canola di Kanada? Ingat “free”ke?

Sebenarnya, FGVH ada catat keuntungan di Batam. Itu fakta. Saya difahamkan bahawa FGVH untung sebanyak RM40 juta di Batam dan dijangka untung RM80 juta pula pada tahun ini. Jadi, Din Puduraya tak perlu risau kerana FGVH tahu apa yang mereka lakukan dan berpotensi kaut lebih banyak keuntungan selepas penyenaraian di Bursa Malaysia nanti.

Sepatutnya, sebelum Din Puduraya pertikai mengenai prestasi FGVH, dia perlu kemukakan dulu tentang prestasi terkini KOHILAL, sebuah syarikat koperasi milik penuh penganu-penganut“agama PAS” terlebih dahulu.

Apa dah jadi dengan KOHILAL? Khabarnya syarikat itu dah lingkup punah ranah, betul ke? Mana perginya duit dalam KOHILAL yang berjuta-juta ringgit tu? Mengalir ke poket siapa?

Macamana pula dengan prestasi KOHILAL? Hebat ke tidak? Berapa keuntungan KOHILAL setahun? Berapa banyak ahli koperasi tu dapat dividen setahun? Errr..pernah ke dapat dividen?

Atau Din Puduraya boleh kemukakan laporan terperinci mengenai TABUNG MEMALI di Baling dahulu. Mana perginya duit berjuta ringgit tu? Hilang jugak ke? Siapa yang kebas?

Dengar-dengarnya, duit TABUNG MEMALI tu “ghaib” begitu saja. Manakala para balu dan anak-anak yatim mereka-mereka yang meninggal dunia tu dikatakan terabai dan tidak mendapat peruntukan yang sepatutnya, betul ke Din?

Bagaimana pula dengan buku yang bertajuk “Airmata Memali” yang dikarang oleh seorang ahli PAS tu? Penulis buku tersebut, Zainal Ismail atau dikenali sebagai Cikgu Non pernah membuat laporan polis kerana diugut akan dibunuh oleh samseng PAS jika dia terus mengedar dan menjual buku tersebut. Betul ke PAS nak bunuh Cikgu Non?

Din Puduraya sepatutnya rasional dalam hal ini dan tidak termakan hasutan bodoh Mazlan Aliman yang sememangnya tak tahu menahu tentang selok belok perniagaan dunia korporat. Presiden ANAK tu hanya tahu menyalak, tapi dia sendiri tak tahu apa yang disalaknya…

Saya rasa, elok diberikan masa 3 hari kepada Din Puduraya untuk kemukakan laporan sebenar (bukan yang direka-reka) mengenai KOHILAL dan TABUNG MEMALI.

Atau sekiranya dia gagal berbuat demikian, kita akan bawa laporan dan maklumat mengenai “bangkai busuk” PAS tersebut ke pengetahuan umum. Mungkin kita boleh bawa Cikgu Non ke Parlimen untuk menceritakan sendiri mengenai ‘Airmata Memali’ di depan Din Puduraya?

Macamana, Din? Boleh sahut cabaran itu? Atau Din Puduraya mahu kisah “pemimpin PAS di Puduraya”kembali menjadi perbualan ramai..?

3 thoughts on “Din Puduraya Diberi Masa 3 Hari Dari Sekarang…

  • March 20, 2012 at 10:50 PM
    Permalink

    kalau rugi tak payahlah tergesa-gesa mahu senarai di bursa saham,u din bodoh!

    Reply
  • March 21, 2012 at 12:38 AM
    Permalink

    nak buat penyenaraian awam bukan pasal rugi atau untung. Bila buat penyenaraian awam bermaksud debt equity utk financing project adalah reason paling besar mana2 syarikat yg mahu penyenaraian.

    Kalau syarikat dah untung gila2 bermaksud dia dah cukup fund utk tampung projek dia dan x perlukan dana awam. Ko pernah tgk maxis, petronas atau microsoft masok bursa? reason x masok sebab taknak saham diluted dan interest diminished itupon kalo ko paham la tony…senang ckp ko bagitau din, elok gi jer buang air tu kt puduraya, barula cergas otak…

    Reply
  • March 22, 2012 at 7:50 PM
    Permalink

    “Saya rasa, elok diberikan masa 3 hari kepada Din Puduraya untuk kemukakan laporan sebenar (bukan yang direka-reka) mengenai KOHILAL dan TABUNG MEMALI.”

    “Macamana, Din? Boleh sahut cabaran itu? Atau Din Puduraya mahu kisah “pemimpin PAS di Puduraya”kembali menjadi perbualan ramai..?”

    Ini suatu solan cepumas untuk si Din ni, ye tak, soalan bola tanggung untuk dia nafikan jikalau ia terbukti salah! Sila gunakan peluang ni untuk membuktikan awak, si Din Puduraya ada lah insan yang tak terpalit ngan dosa kat Puduraya, ye tak? Cakap pandai, mau jolok sarang tebuan, nah jawab lah pantun yang dah di jual, jikalau tidak terjawab, dayus nama ny!

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.