Bina Asrama 1Malaysia di IPT Awam

Semenjak Datuk Seri Najib Tun Abd Razak mengambil alih teraju kepimpinan negara bersama dengan barisan kabinetnya pelbagai program berorientasikan kebajikan hidup rakyat telah dilaksanakan.

Rumah rakyat PRIMA, BRIM, KRIM antaranya yang mendapat sambutan hangat dan pujian rakyat.

Manakala bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah dan baucar buku RM200 untuk pelajar universiti melebarkan lagi lapisan rakyat yang mendapat manfaat dari program kebajikan kerajaan Barisan Nasional.

Keprihatinan kerajaan tehadap beban kos sara hidup rakyat amat dihargai dan dialu-alukan.

Oleh itu adalah wajar jika kerajaan menimbangkan pula untuk membina dan membangunkan Asrama 1Malaysia di institusi pengajian awam tempatan.

Keperluan tempat tinggal bagi para pelajar di IPTA amat mendesak dan membebankan para pelajar yang kurang berkemampuan.

Gaya hidup dengan menyewa rumah sewa sambil bersesak sesak memberi kesan kepada kehidupan para pelajar samada lelaki atau perempuan.

Kesulitan ini lebih perit ditanggung oleh para pelajar yang universitinya terletak di ibu kota dan bandar bandar besar.

Masalah kurangnya kolej kediaman di IPTA IPTA bukanlah isu baru dan perlu perhatian serius dari kerajaan.

Oleh itu satu insentif dan inisiatif segera perlu diwujud dan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi isu kolej kediaman pelajar universiti.

Sebagai contoh pembinaan Asrama 1Malaysia jika dilaksanakan akan dapat mendekatkan lagi kerajaan dan parti Barisan Nasional dengan golongan muda mudi di universiti.

Memang terdapat perancangan untuk membina kolej kediaman di ipta ipta, tetapi terlalu perlahan prosesnya.

Oleh itu cadangan ini perlu ditimbangkan semasak masaknya oleh kerajaan dan alangkah indahnya dilaksanakan segera dibawah satu pakej khas belanjawan negara.

Fikir fikirkan.

One thought on “Bina Asrama 1Malaysia di IPT Awam

  • May 15, 2012 at 4:46 PM
    Permalink

    apa baru sekarang nak sibuk2 pasal 1 Malaysia…memang Malaysia nih 1 jer dari dulu x lah jadi sampai umnosia,mcasia tau altantuya

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.