Pakatan Perlu Benarkan Ahli KPF Tentukan Isu Penyenaraian

Tindakan lapan orang ahli Koperasi Peneroka Felda (KPF) mendapatkan ijunksi menghalang Mesyuarat Agung Luar Biasa KPF baru-baru ini adalah bertujuan menghalang pembabitan KPF dalam penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH).

Mesyuarat Agung Luar Biasa KPF sepatutnya membincangkan isu penyerahan51%  sahamKPF dalam Felda Holding Berhad kepada Felda Global Holdings Venture. Ini bagi membolehkan keseluruhan aset Felda disatukan dan diapungkan ke Bursa Malaysia. Sebagai balasan KPF akan menerima 37% saham dalam FGVH apabila disenaraikan kelak.

Sungguhpun KPF akan menyerahkan 51% sahamnya dan menerima hanya 37% dalam FGVH nanti, namun jumlah yang keseluruhan yang bakal diterima berdasarkan 37% tersebut adalah jauh lebih besar daripada 51% sekarang. Dianggarkan IPO Felda nanti akan bernilai lebih RM 6 bilion. Ini bermakna KPF akan mempunyai aset sekitar RM 2 bilion lebih hasil penyenaraian ini.

Dalam mana-mana syarikat senaraian awam (Public Listed), jumlah saham sebanyak 37% merupakan pemegang saham majoriti yang berkuasa membuat keputusan. Justeru apakah KPF kehilangan hak kawalan ke atas FGVH nanti? Jawapannya tidak.

Mungkin benar lapan orang peneroka yang dipergunakan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak)  mempunyai isu-isu yang mereka mahu bangkitkan dan perlukan jawapan. Jadi bukankah Mesyuarat Agung Luar Biasa KPF merupakan tempat terbaik untuk mendapat jawapan dan penjelasan?

Mengapa Anak begitu takut dengan mesyuarat ini sehingga perlu mendapatkan perintah sekatan daripada Mahkamah?

Menghalang Mesyuarat Agung Luar Biasa ini bukan sahaja menjejaskan penyenaraian IPO, memburukkan imej Felda dan Kerajaan, malah tidak langsung menjaga kepentingan peneroka Felda sebenar.

Dalam konteks Koperasi setiap ahli hanya mempunyai satu undi biarpun berapa banyak saham yang mereka miliki. Justeru jika Anak benar-benar jujur mahu menjaga kepentingan peneroka tentulah ia tidak mengambil tindakan menghalang mesyuarat yang bakal membincangkan hak-hak peneroka yang menjadi ahli KPF? Apakah Anak berpendapat ahli KPF bodoh dan bangang tidak boleh membuat keputusan sendiri?

Anak mahu menghalang Mesyuarat Agung Luar Biasa ini kerana ia mahu menjadikan penyenaraian Felda ini satu isu politik bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Mereka tidak berminat dengan kepentingan ekonomi negara, Felda mahu pun nasib peneroka sendiri. Mereka hanya berminat untuk memanjangkan isu ini bagi menghasut peneroka membenci Barisan Nasional melalui sidang-sidang akhbar dan juga ceramah-ceremah politik mereka.

Mereka tidak mahu penjelasan mahu pun rasionaliti kerana mereka bukan mahu menjaga kepentingan peneroka. Jika mereka mahu menjaga kepentingan peneroka tentulah mereka bersedia mendengar penjelasan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa yang sepatutnya diadakan beberapa minggu lalu. Sebaliknya mereka memilih untuk menghalang sesi ini kerana takut peneroka yang menjadi ahli KPF mendengar jawapan-jawapan yang rasional terhadap tuduhan-tuduhan mereka.

Ahli-ahli KPF sendiri perlu bertanya apakah mereka mahu mempercayai Anak yang tidak memberi apa-apa sumbangan kepada kemajuan Koperasi mereka selama ini; Atau meletakkan kepercayaan kepada parti dan kerajaan yang telah membantu mereka keluar dari kempompong kemiskinan dan juga menjadikan KPF sebagai antara koperasi terbaik negara dari segi pemberian dividen dan perkembangan perniagaan.

Apakah ada antara ahli KPF percaya bahawa tanpa bantuan, sokongan dan sikap pilih kasih kerajaan BN terhadap mereka, KPF boleh memiliki 51% saham dalam Felda Holdings?

Apakah ada ahli KPF percaya bahawa tanpa bantuan dan sokongan kerajaan hari ini, Felda Holdings boleh berkembang dan menjadi satu konglomerat terkemuka yang akhirnya menjadikan saham KPF sebanyak 51% dalam Felda Holdings sebagai satu aset yang besar?

Jika ahli KPF jujur tentulah mereka perlu mengakui hakikat bahawa kejayaan mereka, Felda dan KPF banyak dibantu dan diberi ruang oleh kerajaan yang Anak maki hamun hari ini.

Justeru bertanyalah kepada diri kita semua apakah hendak meletakkan kepercayaan kepada Anak atau kepada BN.

Tidak ada ruginya memberi kepercayaan kepada kerajaan kerana jika penyenaraian ini gagal menguntungkan KPF dan peneroka, maka mereka boleh menghukum BN dalam pilihan raya akan datang. Apa yang diharapkan ialah jangan menghukum BN sebelum nampak kesan baik atau buruk. Jangan membuat keputusan berdasarkan hasutan dan dakwaan pihak berkepentingan politik seperti Anak dan parti-parti dalam Pakatan. Mereka tidak menyumbangkan apa-apa kepada peneroka sebelum ini.

 

 

12 thoughts on “Pakatan Perlu Benarkan Ahli KPF Tentukan Isu Penyenaraian

  • March 27, 2012 at 12:16 PM
    Permalink

    JGN LAYAN SGT SKLOMPOK GUNDU2 FELDA YANG TAK TAU DEK UNTUNG TUH. ADA RAMAI LG WARGA FELDA X SABAR NAK TENGOK ANAK CUCU MERASA GAK HASIL TITIK PELUH MEREKA LEPAS NI. SEKURANG2NYA NASIB ANAK CUCU MEREKA DI KEMUDIAN HARI LEBEY TERBELA HUHUHUHU

    Reply
  • March 27, 2012 at 1:17 PM
    Permalink

    Benar…aku setuju..!

    Lebih teruk lagi, KPF kini diterajui oleh DZ dan 3 Beradik yang memang dah selesa “buat business” melalui KPF dan tak mahu lepaskan jawatan pada orang lain sebagaimana yang dicadangkan PM…

    Sebab DZ dan kroni2nya sabotaj penyenaraian, seramai 112,635 keluarga peneroka rugi besar dan marah pada ANAK dan DZ…

    Tu belum sebut pelaburan rugi melalui Silverbird yang DZ buat tu..dia tolong Vincent Tan dan jana kerugian lebih RM10 juta melalui investment kat situ…

    Bila ANAK fail injunksi, DZ dan kepimpinan KPF tak buat apa2 sebab diorang memang suka kalau penyenaraian tu tak menjadi…

    Ada duri dalam daging dalam KPF…

    Reply
  • March 27, 2012 at 3:14 PM
    Permalink

    orang felda jangan termakan fitnah pembangkang yg hanya akan merugikan mereka saja. rasanya penerangan secukupnya telah diberikan kpd org felda. org felda patut bangun menentang kumpulan2 kecil yang menjahanamkan masa depan felda.

    Reply
    • April 1, 2012 at 6:56 PM
      Permalink

      Kenapa banyak pekara yang kerajaan buat mendapat tentangan dari rayaat?ini termasuklah perlaksanaan gaji kakitangan awam yg terpaksa dibatalkan akhirnya .Kenapa orang ramai bantah ,dan kalau tidak betul masakan kerajaan batalkan .Betulah kata timbalan menteri pengajian tinggi orang orang muda sekarang ini dah muak dengan politek dinegara ini ….baik parti politik kerajaan atau pembangkang.Parti kerjaan tidak mahu menerima teguran dan bersikap sombong .parti pembangkang bersikap pembohong serta rakus .Kedua duanya buruk perangai …yang mana satu nak pileh …kedua dua nya sama buruk .inilah antara sebab generasi muda tak berminat untuk terlibat didalam proses pengundian .

      Reply
  • March 27, 2012 at 11:03 PM
    Permalink

    Apa kata buat lepas PRU13. kalau BN menang teruskanlah tapi kalau PR menang batalkan. Ini kerana ada bunyi2 sumbang mengatakan penyenaraian ini untuk k’jaan dapatkan modal PRU13 untuk beli undi atau BN kata politik wang. Jadi kalau buat lepas PRU.. isu ni tak timbul. Lagipun siapa yg. dapat mandat adalah yg. terbukti dipersutui sekelian rakyat.

    Reply
    • March 27, 2012 at 11:23 PM
      Permalink

      jangan timbulkan pengundi hantu lagi dah la..kalah tetap kalah..jgn meroyan2..

      Reply
      • March 27, 2012 at 11:33 PM
        Permalink

        bersihkan daftar pengundi, takdalah lagi isu undi hantu. Tapi kalau orang dah mati masih ada nama… kemudian bila semak orang mati tersebut mengundi. Nak kata apa?

        Reply
    • April 1, 2012 at 6:44 PM
      Permalink

      Kenapa tergesa gesa sangat ?takut hilang kuasa ke?bila hilang kuasa maka hilanglah peluang untuk menjadi kaya raya tak gitu .

      Reply
  • March 29, 2012 at 6:46 PM
    Permalink

    kenapa haramjadah pembangkang suka tukar topik?

    Reply
  • April 12, 2012 at 1:03 PM
    Permalink

    Cakap.. Cakap… Cakap… Tulis… Tulis… Tulis… Bukti xde..

    Reply
  • April 28, 2012 at 9:37 PM
    Permalink

    lazimnya orang2 yg memberi pendapat/menghasut peneroka/koperasinya mengenai pensinaraian saham sendir tidak mengerti mengenainya. Keyakinan mereka berujah bmudah mengexploitasi perasaan kurang yakin kumpolan peneroka.Kalau mereka sanggup putar belit mengenai ugama, jangan hairanlah mereka mengambil kesempatan yg sama sekarang.Cari jalan bawa kumpolan penghasut ini ka mahkamah untuk mempastikan pengtahuan mereka dihadapan hakim/umum, sekaligus hakim buat pastikan pihak yg tulin dan menamplakkan perbuatan keji mereka ini.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.