Langkah Bijak Batal Konsert Erykah Badu

Share


Kontroversi penyanyi R&B, Erykah Badu yang mencacah tatu dengan nama Allah s.w.t di badan, akhirnya sampai ke penghujung apabila konsert yang sepatutnya di pentaskan hari ini telah dibatalkan.

Tahniah kita ucapkan kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan  di atas ketegasan itu.

Secara jujurnya penulis sendiri tidak mengenali siapakah Erykah Badu hinggalah gambar kontroversi penyanyi tersebut disiarkan di akhbar The Star.

A government committee that includes police and Islamic policy officials decided to forbid Badu’s show because the body art was “an insult to Islam and a very serious offense,” Information Minister Rais Yatimsaid in a statement. (Sumber: NyDailyNews)

PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.

“Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.

Konsert ‘Erykah Badu Live in KL’ itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah “Australasian” di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.

Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta. (Sumber: MStar Online)

Dari satu sudut, tindakan The Star yang tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam apabila menyiarkan photo tersebut memang amat kurang ajar & melampaui batas. Walaupun permohonan maaf secara terbuka telah dibuat, namun bukan sedikit yang masih terguris gara-gara tindakan tersebut.

Tambahan pula, dalam banyak-banyak gambar Erykah Badu di internet, kenapalah gambar yang bertatu dengan nama Allah s.w.t tu jugalah yang dipilihnya bagi menghiasi artikel dalam akhbar The Star. Pelik & sengaja nak mencuit kah?

Apology for Erykah Badu photo

A photograph of American singer Erykah Badu with tattoos of various symbols, including the Arabic word for Allah, was inadvertently published in Star2 today. We sincerely apologise to Muslim readers for this oversight.-The Star

Pun begitu jika diamati dari sisi lain, rasanya tak salah kalau penulis mengandaikan sekiranya photo kontroversi tersebut tidak tersiar di The Star, ada kemungkinan konsert Erykah Badu tetap berlangsung seperti dijadualkan & mungkin ramai (termasuk penulis) yang tidak tahu perihal dirinya yang bertatu dengan kalimah Allah s.w.t.

Setiap sesuatu kejadian ada baik dan buruknya, ada manfaat & mudarat, dan mungkin ada jua hikmah disebaliknya.

Sama macam kes khalwat la, sekarang kita baru tahu ada khidmat nasihat & kaunseling hingga pagi dinihari di hotel-hotel penginapan untuk isteri orang yang bermasalah dengan suami sendiri. Kalau tak berlaku tangkapan khalwat tu, mahunya kita fikir kaunseling rumahtangga hanya terhad di pejabat agama, tak gitu?

Yang penting sekarang, dengan segala desakan & bantahan khalayak umum terhadap The Star & penyanyi tersebut akhirnya mendapat perhatian kerajaan.

Kepada anggota mesyuarat Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang terdiri daripada wakil kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya, syabas diucapkan kerana prihatin mengusulkan pembatalan konsert tersebut.



25 thoughts on “Langkah Bijak Batal Konsert Erykah Badu

  • February 29, 2012 at 9:26 am
    Permalink

    Rakan-rakan perlu sedar agama kita ISLAM sudah ditegakkan di negara kita. Agama kita ISLAM sudah berjaya dijadikan agama panduan dalam pemerintahan. Islam terbukti menjadi agama mendamaikan semua agama. ISLAM juga berjaya dipertahankan di Malaysia walau berkongsi kuasa. Marilah bersatu mempertahakan akidah ISLAM

    Reply
  • February 29, 2012 at 9:37 am
    Permalink

    Syabas dengan tindakan pantas kementerian yg. membatalkan konsert eryka badu. Next time harap kementerian buat siasatan sebelum benarkan orang luar buat kerosakan dalam negara kita. Jangan semua boleh, nasib baik the star siarkan gambar tersebut, jika tidak berapa ramai anak melayu seperti penulis yg. akan di sesatkan oleh eryka badu. K’jaan jangan lepas tangan semata2 nak dapat sokongan anak muda dan bangsa kafir.
    Mintak lepas ni the star d gantung jika tidak d tutup. Tidak sekadar d beri amaran, begitu juga kakitangan yg. buat penapisan mesti d beri surat tindakan tatatertib kerana tidak siasat siapa sebenarnya eryka badu ni…

    Reply
    • February 29, 2012 at 10:32 am
      Permalink

      Bujuk, dalam banyak-banyak benda yg awak tulis, kali ini saya sokong 100% tentang pengharaman STAR.Dulu tahun 87, STAR digantung seiring dgn penahanan beramai2 ISA, sebab penulisan mereka melaga-lagakan perkauman.La ni, sikit2 dia hidupkan bara api , cuba mainkan sentimen Islam pulak.Elok Hishamudin ni keras lah sikit , awak tu handle KDN bukan Kementrian Kebudayaan

      Reply
  • February 29, 2012 at 9:50 am
    Permalink

    sebab israel tidak ada negara ,tidak timbul iktiraf pada yang tidak ada negara ………… lupuskan israel

    Reply
  • February 29, 2012 at 10:14 am
    Permalink

    selain bertegang urat leher yang sedia dah tegang ,,,cubalah usulkan yang bermamfaat pula ….. contohnya cara mana dimana senang dan mudah untuk mendapat ke mahiran / kepakaran sesuatu untuk masyarakat islam ,bangsa /rakyat malaysia .

    Reply
  • February 29, 2012 at 10:38 am
    Permalink

    kasihilah islam ,sebab kita maukan allah taala mengasihi kita ,sebab sumber kasih sayang hanya dari allah subhanahuataala ,yang disampaikan melalui para nabi dan rasul ,terutama sekali nabi muhammad s a w ,kaum keluarga dan para sahabat baginda ……..

    Reply
  • February 29, 2012 at 10:44 am
    Permalink

    orang macam datuk nik azis ni ,perlu di sebar luaskan bukan di hina ,sebab kita perlukan orang yang berkebolehan sebanyak yang boleh seperti beliau ,datuk nik azis

    Reply
  • February 29, 2012 at 10:50 am
    Permalink

    kepada semua umat islam ,tuan tuan semua pemikul amanah ,mengikut kepentingan anda kepada masyarakat ,jadi apakah persiapan yang perlu ada pada tuan tuan …..

    Reply
    • February 29, 2012 at 11:28 am
      Permalink

      Oleh yang demikian, pilih lah dan buatlah keputusan yang terbaik dalam pru akan datang. pilih di kalangan pemimpin yang boleh dipercayai dan diyakini..

      Reply
      • February 29, 2012 at 12:42 pm
        Permalink

        oleh itu..pilih la UMNO (BN)..walaupun UMNO bukan lah parti yg baik (sempurna)..akan tetapi UMNO adalah parti yg terbaik untuk agama, bangsa & negara..

        HIDUP UMNO (BARISAN NASIONAL)..!!

        Reply
        • February 29, 2012 at 2:03 pm
          Permalink

          Persiapkan diri anda dgn memilih pemimpin yang bermoral…hapuskan parasit..hapuskan peliwat..hapuskan ajaran parti sesat….Insya Allah negara kita akan selamat…

          Reply
          • February 29, 2012 at 11:04 pm
            Permalink

            betol…persiapkan diri hadapi GE akan datang..set dlm minda x mau da undi memimpin yg x ada moral (CSL) pemimpin yg ngaku islam tapi x mau trima hukum Allah (T.M)…jgn pilih yg korup..nanti bangkrap negara..pilih yg mahu mendaulatkan islam…insyaAllah malaysia aman makmur tanpa BN…ABU…hidup tanpa fitnah…katakan yes pada PR

          • March 1, 2012 at 1:36 am
            Permalink

            TM bkn calon BN dlm PRU ni la ngok…nape bonggok sangat…nak merapu pi msiakini la…

          • March 1, 2012 at 3:47 am
            Permalink

            PR (pakatan haram) nak mendaulatkan Islam ke?..hehe..mcmna nak mendaulatkan Islam sedangkan perti Islamnya pun tak cukup kerusi sedangkan parti yg dominannya ialah DAP..ckp pun dah mcm org tak sedar diri la melayu islam ni..tak lama lg hancur la PR..jadi abu..hehe

  • February 29, 2012 at 12:00 pm
    Permalink

    nampaknya artis malaysia yang lebih-lebih pulak. marah dengan pembatalan konsert ini

    Reply
    • February 29, 2012 at 1:56 pm
      Permalink

      depa marah sebab dah plan nak tumpang glamour masa konsert tu kot…padan muka…

      Reply
    • February 29, 2012 at 5:20 pm
      Permalink

      artis malaysia ? hangpa jangan salah sangka…depa tu bukan artis, takat nak menyanyi sapa pun boleh..

      depa tu semua adalah exhibitionist,tunjuk
      sana sini..nak kan perhatian

      Reply
    • March 1, 2012 at 12:10 pm
      Permalink

      Siapa artis2 tersebut?
      Ada ahli parti keris tak, ke parti bulan atau roket?

      Reply
      • March 1, 2012 at 11:08 pm
        Permalink

        parti mata satu..khalwat..eeee takutnya..

        Reply
      • March 2, 2012 at 7:57 am
        Permalink

        Bujuk, kita mesti rasional la. Kalaupun artis tu sokong keris, bulan dan roket ke, itu dia punya pasal la. Bab Islam dihina tidak ada kompromi. Tidakkah PAS ambik peduli bila bacaan Al-Quran tidak dibenar diperdengarkan sebelum subuh di masjid-masjid Pulau Pinang melalui pembesar suara?

        Reply
  • February 29, 2012 at 10:05 pm
    Permalink

    bilakah thestar nak diharamkan??????umno jangan double standard!

    Reply
    • February 29, 2012 at 10:44 pm
      Permalink

      double standard ? ntah la…mungkin bagi penyanyi tu Allah tu tuhan dia….alaaa hang buat-buat lupa pulak…kan hangpa jugak kata Allah boleh diguna pakai oleh agama apa pun…

      nik ajis pun kata tak pe…hang yang sibuk-sibuk,,,nanti tak dapat voucher syorga baru hang tau

      nasib baik kerajaan BN…kalau pakatan haram memerintah…dah tentu nik ajis pun pi konsert tu..hehe

      Reply
    • February 29, 2012 at 10:51 pm
      Permalink

      tonyXgunamengawan…bila hang bg komen aku slalu terbayang muka mr.bean…lawak laa tp binggai…..

      Reply
    • February 29, 2012 at 11:04 pm
      Permalink

      huyooo..!! tonyXgunasesen marah la bro..caya la

      Reply
  • March 2, 2012 at 12:22 pm
    Permalink

    untuk mengurangkan gejala murtad ,dalam agama islam sangat istimewa ,satu perkataan yaitu buka kulit tampaklah isi ,jadi bila agama islam yang di ajarkan kepada masyarakat ,seperti ajaran yang sebenar /yang asal ,yaitu ,sebar luaskan ciri ciri ulama pewaris nabi,dalam masyarakat ,inilah cara istimewa mendidik masyarakat ,ciri ciri ulama pewaris nabi , 1 tidak mintak upah / bayaran di atas dakwah yang di buatnya . 2 guru / rujukanya ulama ini ,langsung kepada allah taala dan rasulnya serta kesepakatan alim ulama , dalam negara / luar negara. di dalam memutuskan hukum / uandang undang dalam hal ehwal agama islam ……..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *