Sebelum Pemuda PAS Sebut Hal Felda, Sebut Hal KOHILAL Lebih Dulu…!

Share


Kalau sekali baca tulisan Nasrudin Tantawi pasal Felda dan FGVH, dah tentu ramai “lembu-lembu” yang mengangguk. Dia mulakan dengan point yang merujuk pada Islam! Siap keluar hadis Rasulullah lagi.

Jadi, tulisan kali ni saya tujukan khas kepada Pemuda PAS, khususnya Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi.
Heh! Well, point mengenai Islam itu memang tak boleh disangkal, memang betul pun sebab tu semua sejarah Islam mengenai pertanian dan sosio-ekonomi zaman silam kegemilangan Islam…

Tapi bila dia masuk bab Felda dan FGVH, saya dah mula nak ketawa dah. Huru-hara dia punya point..!

Mula-mula, dia puji Allaryarham Tun Abdul Razak sebab tubuh Felda. Tapi lepas tu dia kritik pulak Felda sebab campur tangan politik yang kononnya menjejaskan peneroka dan generasi seterusnya.

Nih..Ustaz Nasrudin, saya nak tanya sikit la…Allahyarham Tun Abdul Razak tu bukan orang politik ke??? Heh! Dari dulu lagi Felda memang di bawah orang politik. Sebab? Sebab orang politik BN ni la yang dok fikir siang malam pasal kebajikan rakyat.

Felda tu ditubuhkan pun pasal umat Islam dan memajukan ekonomi ummah. Dan terbukti, di bawah orang politik (BN), Felda makin hebat di mata dunia. Orang politik lead, pengurusan Felda execute. Dari dulu sampai sekarang memang macam tu…

Ustaz nak rujuk pada Isa Samad? Heh! Ikut suka PM la nak lantik orang politik execute Felda. Lagi pun, difahamkan ada virus politik busuk pembangkang yang menular masuk Felda dan bocorkan maklumat rahsia syarikat kat Mazlan Aliman “kesayangan” Ustaz tu.

Saya fikir, Ustaz pun akan buat macam tu sekiranya Ustaz di tempat PM..kan? Heh!

Tiba-tiba pulak Ustaz kata Pemuda PAS sokong Mazlan Aliman yang bersusah payah menghasut peneroka failkan injunksi mahkamah terhadap EGM? Siap ucap tahniah lagi? Betul ke penyenaraian tu beri kesan buruk pada peneroka?

Ustaz, bagus ke amalan hasut menghasut dalam Islam ni? Dulu masa study dulu tok guru Ustaz tak ajar ke hadis Rasulullah yang melarang umat Islam menghasut dan berburuk sangka? Dan layak ke diberikan ucapan “tahniah” pada penghasut?

Ustaz tahu tak apa anggapan majoriti orang Felda pada Mazlan Aliman? Cuba tengok gambar ni…

Fikir secara logik pun dah cukup dah Ustaz. 11 wilayah Felda dalam negara ni merupakan “fix deposit” undi UMNO/BN. Sanggup ke Najib korek lubang kubur menganiaya para peneroka dengan mencadangkan sesuatu yang bawa kesan buruk pada UMNO/BN?

Nampak sangat la tak logik penyenaraian FGVH tu..kan Ustaz, kan?

Dari apa yang saya baca mengenai pendapat Pemuda PAS yang Ustaz tulis tu, saya simpulkan bahawa Ustaz memang tak tahu apa-apa pasal penyenaraian FGVH dan mungkin berharap pada info berat sebelah dari Mazlan Aliman.

Misalnya, soal pertama iaitu soal tanah. Penyenaraian FGVH tu tak sentuh pun tanah peneroka. Dah berapa kali dah disebut perkara tu. Jadi, tak timbul pun isu peneroka serah tanah pada FGVH. Tu laaa…lain kali dengar lagi dari sebelah pihak..kan dah kena tipu…

Satu lagi contoh, Ustaz suruh peneroka refer pada penasihat kewangan? Ustaz, FGVH, Felda dan sebagainya dah lantik 5 perindung kewangan yang mampu jelaskan untung rugi penyenaraian tu kat peneroka. Penerangan pun dah dibuat..

Walaupun ada yang tak faham, pegawai-pegawai Felda dan perunding turun padang dari Felda ke Felda beri penerangan lagi. Kalau tak sure, boleh tanya. Dan hak para peneroka juga dijamin PM.

Takkan la nak suruh setiap peneroka hire satu syarikat penasihat kewangan uruskan saham dan ‘blue form’ diorang kot? Agak-agak la sikit Ustaz…cadangan tu biar la logik sikit…heh!

Ustaz berbangga memberikan 6 garis panduan untuk penyenaraian FGVH tu. Terima kasih Ustaz. Saya rasa Felda hargai usaha itu…

Cuma..saya rasa lebih elok Ustaz berikan 6 garis panduan tu pada KOHILAL. FGVH dah ada banyak consultant, pakar-pakar kewangan, perniagaan dan pelaburan strategik. Berbanding dengan FGVH, KOHILAL lebih memerlukan 6 garis panduan Pemuda PAS tu.

Mana peginya KOHILAL? Dah jadi KOHILANG ke?

Apa kata Ustaz bangkitkan kembali KOHILAL tu dulu, tunjuk example dan bawa syarikat milik PAS tu ke persada antarabangsa dan buktikan lebih hebat dari Felda. Lepas KOHILAL berjaya, baru la boleh kita discuss pasal 6 cadangan Pemuda PAS tu, boleh gitu Ustaz? Heh!

Bukan la niat saya nak bersikap sombong. Saya nafi berniat begitu. Tapi sebagai saudara seIslam, saya fikir lebih baik saya nasihatkan Ustaz supaya tidak bersikap bodoh sombong seperti Mazlan Aliman mahupun Rafizi. Saya kira, Ustaz ada pertimbangan yang waras?

Saya tahu la Mazlan Aliman tu AJK PAS dan berkepentingan politik, tapi sebagai seorang Islam, Ustaz perlu adil dalam melahirkan pandangan tentan permaslahan umat, kan? Adil la sikit Ustaz. Takkan la perkara begini pun Ustaz tak boleh berlaku adil? Adil tu Islam tak tuntut ke?



23 thoughts on “Sebelum Pemuda PAS Sebut Hal Felda, Sebut Hal KOHILAL Lebih Dulu…!

  • February 24, 2012 at 4:43 pm
    Permalink

    Eh UMNO ada police/MACC- conduct la siasatan telus!

    Reply
    • February 24, 2012 at 5:54 pm
      Permalink

      telus yg mcm mana tu???…walaupun didapati bersalah tapi tak bersalah yea..siasatan telus mcm tu ke mooo…porahhh

      mooo…pernah tak polis umno tu bantu hang dan keturunan hang????…agak2nya kalau anak hang kena culik, polis mana yg hang pi mintak tolong???…polis israel ke????…

      Reply
      • February 24, 2012 at 6:43 pm
        Permalink

        bukan polis israel tapi polis singapore yg tolong si moo nanti

        Reply
  • February 24, 2012 at 7:15 pm
    Permalink

    saham ada naik dan jatuh,bolehkah umno jamin saham FGVH tak jatuh selama-lamanya!kalau saham FGVH jatuh hingga 1 sen apa umno boleh buat!

    Reply
    • February 24, 2012 at 10:22 pm
      Permalink

      tonysewelXguna…hang boleh jamin tak hari esok hang masih bernafas…

      hang pi berak pun ada risiko, hang tau dak..kalau hang silap ambik angle masa hang landing tu, tak pasai2 terperosok hang dlm mangkuk jamban tu…terpaksa panggil Bomba…

      kalau saham tu jatuh 1 sen…panggil la punaisihat 1 ringgit plak, suruh dia adjust jadi 1/2 sen plak…tak de masalah kan…

      tony, kalau hang jadi pokok pun hang tak lepas dari risiko kena tebang tau tak??…depa tau la apa depa nak buat…hang mana tau pasal saham FGVH ni…hang jgn samakan dgn main saham Magnum gan Toto yg hang dok layan setiap minggu tu…tu lain tony..

      Reply
    • February 27, 2012 at 3:35 pm
      Permalink

      Harga sawit sendiri, harga getah sendiri semua ada naik turunnya. Apa, kalau harga sawit dunia jatuh, salah UMNO jugak ke?

      Dalam berniaga, mana ada benda yang fix tetap untung. Malah, tengok saham FELDA hari ni, tiap tiap tahun dividen 10% juga lebih kurang.

      Reply
  • February 24, 2012 at 9:54 pm
    Permalink

    Yang sebenarnya ramai peneroka felda tidak faham isu saham FGVH ni,merika telah dipesongkan fakta dengan mengatakan tanah peneroka tidak akan disahamkan oleh felda .jtu memang betul…..
    Isu yang sebenarnya yang felda tidak dapat jawab ialah darimana felda plantiton dapat tanah tersebut,Dan kenapa tanah tersebut diberi kepada FELDA dulu .tanah tersebut diberikan oleh kerajaan negeri dengan syarat tertentu ,Salah satunya tanah tersebut mesti diagihkan kepada peneroka .Matalamat kerajaan dimasa TUN Razak dulu untuk membasmi kemiskinan .Bukan untuk memberi tanah UNTUK felda buat ladangnya sendiri .Felda hanya menguruskan ladang ladang peneroka .
    Disini nyata felda telah menipu kerajaan negeri serta rayaat Malaysia amnya .Kerajaan negeri juga bersalah kerana berdiam diri dalam isu ni kerana kerajaan negeri secara amnya dimiliki oleh parti yang memerintah kerajaan pusat.
    Felda mesti menerangkan soal ini.sebab impaknya besar kepada peneroka dan waris warisnya .Keuntungan dari saham FGVH nanti akan diagihkan kepada peneroka menerusi PKF .Wang dari hasil saham tersebut ada unsur subahah kerana ladang tersebut bukan milik felda plantiton sebenarnay .Iamilik orang ramai yang dinafikan haknya oleh FELDA.Perkara ini sudah lama berlaku dan tiada siapa yang ambil peduli termasuklah kerajaan negeri .
    Demi maruah sudah sewajarnya peneroka menolak cadangan FGVH.Dan kepada FELDA tunaikanlah tangung jawab yang diamanahkan oleh TUN Razak tu .Dan kepada Ahmad Mazlan lebih baik diam kerana awak tak tau apa apa pun soal Felda,anda hanya jadi kuda tungangan oleh orang orang tertentu.Dan kepada Najib jangan membawa peneroka kepada dosa yang akan diwarisi oleh generasi akan datang .Kami peneroka dah biasa dengan hidup susah tapi kami tak mahu ambil hak orang lain .Jangan kelirukan peneroka .

    Reply
    • February 25, 2012 at 10:35 pm
      Permalink

      Tubir… maksud hang, tanah FELDA yg. di cagarkan adalah tanah PENEROKA akan datang?
      Aku dok fikir jugak tadi sebab yg. aku tahu FELDA adalah pengurus tanah peneroka dan bukan seperti SIME DARBY atau GUTHRY yg. mempunyai tanah sendiri.
      Jadi betullah sangkaan aku, ada benda yg. tak kena.
      Aku hairan macamana K’jaan negeri boleh bagi tanah pada FELDA dan bukan PENEROKA. Memang ada undang2 macam tu atau k’jaan negeri dan felda telah salahguna kuasa? harap SPRM tolong tengok sat, takut habis semua tanah k’jaan negeri kena gadai.

      Reply
      • February 26, 2012 at 10:54 am
        Permalink

        Ya memang betul sepatutnya tanah tersebut mesti diagihkan kepada peneroka yang baru tetapi Felda telah meminda akta GSA 1960 kepada akta baru yang dipinda pada 1990 yang mana mengikut akta tersebut tanah yang tiada peneroka atau tidak dihuni dipindah milik kepada FELDA plantiton maka bermula pada tarikh tersebutlah felda ada ladangnya sendiri ……Inilah yang dikatakan FELDA dengan sengaja dan berniat jahat serta tidak amanah kepada kerajaan negeri .Persoalanya kenapa kerajaan negeri yang diketuai oleh MB masa itu boleh berdiam diri dalam isu ini.Memang pada masa itu PM terlalu kuat cengkamanya dan BN mempunyai mejoriti yang besar .SPRM kena memangil semua MB yang terlibat pada masa itu serta orang yang terlibat dengan kelulusan rang undang undang tersebut

        Reply
        • February 28, 2012 at 9:51 am
          Permalink

          Sesuatu perlu d lakukan… semua MB perlu bersatu dan hancurkan salahguna kuasa terhadap hak rakyat dan negeri. Sepatutnya ada tanah dan peneroka baru yg. dapat manfaat, sebaliknya mereka yg. dah d beri gaji dan amanah yg. songlap harta negara.
          TUBIR, hang takda cadangan apa2 ke untuk minta wakil MP bawak isu ni ke parlimen.

          Reply
  • February 24, 2012 at 10:52 pm
    Permalink

    Aku dulu beli jugak barang kat kohilal..atas dasar menolong saudara sebangsa seagama….tapi hampeh, ada untung sikit-sikit depa songlap tak ingat dosa.

    tu baru rangkaian kedai runcit…hush ! PAS…seduit pun tak boleh harap kat depa ni.

    Reply
    • February 25, 2012 at 10:37 pm
      Permalink

      kalau sorang-2 salah, jangan la hang p kaut semua sekali. mana2 tempat pun ada orang yg. suka ambik kesempatan atas kelemahan orang lain… yg. tu dia tanggung la.

      Reply
      • February 25, 2012 at 11:44 pm
        Permalink

        hang tarbiyah diri hang sendiri ke bujuk ?

        Reply
        • February 28, 2012 at 9:52 am
          Permalink

          ye..la sebelum tarbiyah orang lain, kena tarbiyah diri sendiri dulu.

          Reply
  • February 24, 2012 at 11:57 pm
    Permalink

    inilah contoh ustaz akhir zaman.berperangai keji.molek di luar tapi busuk di dalam.apa celop punya ustaz

    Reply
  • February 25, 2012 at 12:29 am
    Permalink

    Akta felda telah dipinda pada tahun 1990 bagi membolehkan tanah yang tiada peneroka atau tanah lebihan diberikan kepada FELDA plantiton .Apa niat kerajaan pada masa itu meminda akta 1960.Nah inilah hasilnya perancangan yang begitu rapi telah dibuat oleh PM pada masa itu………Tapi beliau tidak sempat untuk membrusa sahamkan Tanah felda setelah mendapat tentangan …..Tapi hasratnya tidak terhenti disitu saja ,……..lihatlah bagai mana najib lakukanya dengan bantuan pakar perbankan dan speculator .

    Reply
    • February 25, 2012 at 10:39 pm
      Permalink

      Tubir… apa kesan pada peneroka, generasi seterusnya dan tanah k’jaan? boleh ulas lagi tak?
      Please….

      Reply
      • February 26, 2012 at 5:37 pm
        Permalink

        Kesan kepada peneroka hampir tiada …..Dan peneroka akan mendapat keuntungan dari pelaburan tersebut .Teapi dari segi moralnya kenapa felda mempunyai tanah ladang berlebihan bagi setiap tanah rancanganya ?Contohnya seperti tanah rancangan ayah saya ,Tanah rancangan tersebut mempunyai 4 peringkat atau blok iaitu A,b,c,d(e,f)dan mempunyai 400 peneroka dengan keluasan ladang 6000 ekar serta tanah tempat kediaman 300ekar.Kalau nak ikut ilmu logik setiap peneroka mendapat 15 ekar tanah ladang .Tetapi apa yang terjadi setiap peneroka hanya mendapat 10 ekar tanah ladang saja ,Ini kerana pada peringkat awal perancangan FELDA kerajaan berhasrat memberi 15 ekar setiap peneroka .Akan tetapi pada masa itu kerajaan telah berfikir untuk memberi lebih peluang lebih ramai menyertai FELDA maka keluasan tanah ladang dikurangkan kepada 10 ekar.oleh yang demikian sepatutnya ditempat ayah saya akan mempunyai 600 peneroka bukan 400 seperti sekarang .Pada awal pembukaan tanah FELDA 1957-1970 orang ramai tidak berminat untuk menyertai Tanah rancangan kerana kehidupanya amat susah sekali ,Kami semua hidup amat susah dan tidak mendapat cukup zat makanan dan ada yang kebulur kerana tiada beras untuk dimasak .Kalau ada beras pun dicampur dengan ubikayu untuk menampung kehidupan .Bila tidak cukup makan penyakit pun mudah menyerang dan ramai anak anak kecil mati.Pada masa itu sedara mara pun dah tidak kenal kami …kami seperti orang terbuang ditengah tengah hutan .Saya masih ingat kami menerima bantuan kemanusiaan oleh PBB.Akan tetapi bagi peneroka sekitar tahin 1980-1990 merika tidak mengalami kesusahan seperti yang kami alami ,ini kerana pada masa ini FELDA sudah ada banyak wang serta untung 🙂

        Kerajaan negeri meluluskan tanah seperti perancangan awal FELDA setiap peneroka menerima 15 ekar tanah ladang dan suku ekar tanah rumah .Dan inilah puncanya felda mempunyai tanah berlebihan dan tertubuhlah FELDA plantiton dan Peneroka adalah pemegang saham terbesar didalamnya .Kenapa peneroka pemegang saham terbesar? Sebab tanah tersebut adalah milik peneroka sebenarnya .
        Tanyalah anwar ibrahim kenapa kerajaan pinda akta felda pada 1990 .Itupun kalau anwar nak bagi taulah ….kerana anwar juga terlibat masa pindaan tersebut …….Sebab itulah anwar tidak bising sangat …..yang bising bising cuma orang orang bawah yg tak tau apa apa pun tentang felda .Tanah tersebut diagihkan kepada bekas bekas askar serta polis…….yang telah banyak berkorban untuk negara …..Kalau kita tanya apa yang merika dapat setelah bersara?Sebidang tanah pun tiada dan ada yang hidup merempat dan susah dihari tua ……sedangkan angota kominis yang bertaubat pun dianugerah tanah.ini bermakna bekas askar dan polis tak berguna langsung dimata kerajaan .Seingat saya cuma ada satu saja tanah rencangan FELDA untuk golongan ini ia itu dipahang FELDA Sungai Koyan.
        Ada banyak lagi yg boleh dihuraikan dan kalau dibuka semunya mau mengamok peneroka FELDA.Tanya Tengku Razaligh sebab tengku tentu tau hal ini,Pada masani Mungkin TUN mahatir dah kena buang dari umno dan belum diterima masuk semula .

        Reply
        • February 28, 2012 at 10:09 am
          Permalink

          Setau saya TunM kena buang waktu Tengku bukan TunRazak. Waktu ni TunM jadi naib presiden. Tapi aku memang tak tau banyak dan rasanya Tuan orang lama(60an) ye tak? Tapi tuan kongsilah bersama pengalaman dan pengetahuan sebagai panduan dan pengajaran generasi baru macam saya. Saya percaya zaman dulu memang susah untuk buka tanah rancangan, tapi d kampong pun bukan hidup senang. Menurut ayah saya cerita makan ubi kayu campur nasi adalah biasa. Saudara2 d kampung bukan buang mereka d felda, tapi sama susahnya nak menolong macamana.
          Saya ada juga kengkawan yg. teroka/ pengusaha ladang, mereka hidup senang dan mampu berkereta mewah. jadi benarlah Janji Allah setiap usaha kita akan d balas, tak kira siapa dan agama. syukurlah…
          Bab FGV ni maknanya peneroka tak gadaikan hakmilik asal 10ekar tanah sebaliknya hanya gadai tanah mereka yg. d hakmilikkan atas nama Felda plantation. Jadinya peneroka takkan bankrup sebaliknya felda pantation yg. tanggung risiko. Walaupun begitu keadaannya saya lebih memilih felda plantation berusaha sendiri memajukan tanah felda tampa perlu diapungkan d pasaran global. Kerana ini hanya memberi untung pada orang luar… pada pendapat saya felda adalah satu organisasi besar dan mempunyai sumber asset yg. banyak dan mampu bergerak sendiri tampa bantuan luar. Jika kita dah kaya kenapa perlu bantuan orang luar yg. menunggu masa untuk menjatuhkan kita… tak gitu?

          Reply
  • February 25, 2012 at 8:32 am
    Permalink

    aku ni tahu le juga serba sikit pasal ekonomi dan saham,.

    setahu aku semua sykt besar ada cita2 nk apungkan saham sykt di Bursa Malaysia(dulu KLSE)

    knp yek?

    Malah bursa menggariskan peraturan yg ketat utk penyenaraian sesuatu sykt

    Reply
  • February 25, 2012 at 11:40 pm
    Permalink

    Cakap mmg pandai, baru bukak koperasi dah lingkup!
    Ada hati nak ajar cara urus Felda!
    Piiirahhhh!

    Reply
  • April 12, 2012 at 12:56 pm
    Permalink

    tuan-tuan,
    saham yang dibuat oleh fgvh ini merupakan saham jaminan kerajaan.kalau harga dia belian rm 1.00 dia xkkan jdi rm 0.50.. kalau saham convenctional atau saham biasa memag akan jdi turun naik..melampaui harga belian dri segi penurunan.. saham jaminan erajaan ni macam asb lah belian rm 1 per unit..pernahka jatuh sampai rm0.50 per unit… istilahyer tiada kerugian dalam saham fgvh ini.. cume bezanya untung kecik untung besar…. sekarang ni ,kita xpaksa semua peneroka ambil saham-blueform tu..lau xnak isi borang akuan bersumppah xanak amik saham tu…jgan nanti hang jenguk kiri duit,jenguk kanan duit,depan belakang semua org duk kira duit… hang baru menyesal xsudah…salahkan felda lagi… hak ditangan peneroka.kalau nak ,terimalah arahan…kalau xanak,kami xmemaksa…
    contohya saham msm -gula dulu,petugas diberi peluang menikmati saham tersebut dgn cara pink form,samalah blueform ni.. kami beli saham dulu harga rm.3.35 per saham.selepas 4 bulan kami jual dgan nasihat remiser yang dilantik dengan harga rm 5.58 per unit…kiralah berapa untungya..nya berkongsi pendapat..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *