Bai’ah Calon PRU Pas Hanya Merosakkan Aqidah Ummah

Share


Lepas mengkafirkan ahli UMNO pada tahun 1982, Presiden PAS sekali lagi mengeluarkan “fatwa” terbarunya yang meletakkan hukum WAJIB bagi setiap calon PRU yang mewakili PAS untuk berbai’ah.

Dalam kenyataan Hadi baru-baru ini kepada media, bai’ah tersebut adalah untuk memastikan agar calon-calon PAS tidak menyeleweng dari perjuangan Islam yang sebenar, termasuk dari segi matlamat dan caranya.

Bai’ah dikatakan merupakan satu amalan yang dikatakan lebih berat dan ketat berbanding sumpah di dalam Islam. Sumpah haram, bai’ah pula dihalalkan?

Hadi berkata lagi, PAS punya undang-undang tubuh untuk mengawal ahli-ahlinya untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Saya tertanya-tanya, sejak bila Islam mewajibkan calon pemimpinnya berbai’ah untuk tidak menyeleweng? Tidak cukupkah dengan lafaz kalimah syahadah untuk memastikan keIslaman seorang individu untuk menjadi muslim?

Apabila bergelar Muslim, individu itu perlu mentaati segala ajaran Islam, hukum hakamnya, matlamat dan caranya, akhlak dan di dalam pelbagai segi aspek kehidupan sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW bersumberkan Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijma’ Ulama.

Justeru, umat Islam sudah dikawal lebih awal lagi apabila bergelar Muslim dan apakah perlu mereka berbai’ah lagi untuk menjadikan diri mereka seorang pemimpin?

Sabda Rasulullah SAW; “Kullukum Raa’in, Wa Kullukum Mas’uulun ‘An Ra’iyyatihi”.

Setiap muslim adalah pemimpin. Itulah yang disampaikan Rasulullah SAW melalui hadisnya. Dan menjadi tugas pemimpin untuk tidak menyeleweng dirinya dari melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

Tak perlu dinyatakan lagi bahawa siapa yang menyeleweng dari lafaz syahadah akan berakhir dengan kecelakaan di dunia atau akhirat sekiranya dia tidak bertaubat nasuha sebelum meninggal dunia.

Sebenarnya, “fatwa” yang cuba dibawa oleh Hadi tersebut tidak lebih dari ‘fatwa politik’ yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam, seolah-olah PAS sangat Islamik.

Saya ingin bertanya. Selama ini, ramai pemimpin PAS yang melakukan perkara yang bertentangan dan menyeleweng dari ajaran Islam. Mengapa PAS tidak memecat mereka dari parti itu?

Misalnya, Mat Sabu pernah secara konsisten menggelar Anwar Ibrahim sebagai “Al-Juburi”. Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang melarang umat Islam untuk menggelar individu yang lain dengan gelaran yang buruk.

Dalam konteks ini, “Al-Juburi” yang dimaksudkan oleh Mat Sabu itu bermaksud Anwar mengamalkan liwat dan gemar “lubang bontot”. Ia adalah gelaran yang buruk. Jelas perbuatan tersebut dilarang di dalam ajaran Islam yang sebenar.

Jadi, mengapa Mat Sabu tidak dikenakan tindakan disipilin oleh PAS? Mengapa tak pecat saja dia dari PAS? Sebenarnya, banyak lagi perkara yang dilakukan pemimpin dan ahli-ahlinya yang bertentangan dan menyeleweng dari Islam. Mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap mereka?

Sebaliknya, individu di dalam PAS yang memperjuangkan aqidah umat Islam, mempetahankan Melayu dan mendaulatkan Raja-Raja Melayu pula yang dipecat? Begitukah polisi terkini PAS? Apakah amalan tersebut tidak bertentangan dengan perlembagaan PAS?

Justeru, Hadi perlu memecat dirinya sendiri dari PAS kerana gagal menyelami semangat perlembagaan PAS tersebut. Dia sebagai pemimpin tertinggi PAS, gagal memastikan anak-anak buahnya mengamalkan akhlak, prinsip dan cara Islam yang sebenar. Dia patut bertanggungjawab dengan meletak jawatan.

Tapi, apakah Hadi akan letak jawatan atas fakta tersebut? Tak mungkin. Hadi merupakan ahli politik yang mengejar kuasa. Demi matlamat tersebut, dia sendiri menghalalkan cara untuk memenuhi matlamat itu. Dia takkan mengaku salah punya…

Jadi, tunggulah janji Allah SWT terhadap golongan yang ingkar dan menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar. PAS pasti tidak akan terlepas dan mungkin kerana itu Allah SWT tidak pernah memenangkan PAS di dalam Pilihanraya Umum di peringkat persekutuan.

Mungkin sekiranya PAS memerintah negara, bukan setakat Malaysia, Islam juga akan hancur diputar belitnya…Wallahua’alam.



25 thoughts on “Bai’ah Calon PRU Pas Hanya Merosakkan Aqidah Ummah

  • February 22, 2012 at 6:23 pm
    Permalink

    perkara asas yg perlu di teliti ada lah

    kenapa haji hadi minta bai’ah dengan calon PRU PAS????????

    Adakah kegusaran hj hadi terhadap pengikut2 PAS yg sudah berpecah belah disebab kan issue seperti , pemecatan hassan ali menyelamatkan org akidah islam dari murtad, penggunaan nama Allah yg di sokong oleh khalid samad terhadap org2 kafir, statement anwar yg menyokong negara israel

    apakah hj hadi gusar issue di atas yg akan menyebabkan calon2 PAS mensabotaj parti sendiri dan mengarahkah ahli2 PAS di bahagian2 lain supaya menyokong UMNO yg lebih teguh pendirian nya terhadap agama islam

    ataupun adakah hj hadi sudah mendengar dengar desas desus calon2 PAS yg berkemungkinan menang PRu13 nanti akan swing arah kepada UMNO kerana tidak mahu memberi mandat kuasa kepada DAP untuk memerintah negeri2 yg konon2 nya boleh di menangi…..

    ataupun hj hadi sudah menghidu calon PAS yg akan datang adalah dari golongan kuncu2 anwar ibrahim yg meresap di dalam PAS, yg mana hanya mementingkan kedudukan kuasa dan pengumpulan harta secara peribadi dan bukan untuk memartabatkan agama islam….

    kepada penulis article kalau nak tulis biar lah tepat pada point nya

    memang benar kalau tiada angin mana mungkin pokok bergoyang

    hj hadi tahu dengan desas desus yg beliau dengar, dengan berbai’ah sahaja tidak menyelesai kan masaalah dalaman ketidak puasan ahli2 PAS

    kebanyakan ahli2 PAS mengeluh dengan keruntuhan parti yg sedang berlaku dengan sebegitu membimbangkan sekarang ini

    kepada sahabat2 ku di dalam PAS, jangan lah bersedih dengan keadaan yg berlaku sekarang ini, mudah mudahan Allah azawajalla akan memenangkan islam dan memartabat kan islam di negara tercinta ini daripada golongan2 yg menjual agama islam untuk kepentingan peribadi

    sekurang2 nya UMNO tak sanggup membenarkan golongan2 yg berniat meruntuhkan agama islam menggunakan nama Allah

    semuga Allah memberi rahmat dan pertolongan NYA kepada orang2 islam, semasa ketika kita hidup, semasa datang nya sakratul maut kepada kita, semasa kita berada di persimpangan negeri akhirat, dan semasa kita di bangkit kan semula di negeri akhirat untuk menghadap Allah yg perkasa

    tidak ada siapaun yg boleh menolong kita kecuali dengan Izin Allah azawajalla

    amin

    Reply
    • February 23, 2012 at 4:35 pm
      Permalink

      Amin Ya Rabbal Alamiin

      Reply
    • February 24, 2012 at 12:19 am
      Permalink

      “”kepada sahabat2 ku di dalam PAS, jangan lah bersedih dengan keadaan yg berlaku sekarang ini, mudah mudahan Allah azawajalla akan memenangkan islam dan memartabat kan islam di negara tercinta ini daripada golongan2 yg menjual agama islam untuk kepentingan peribadi””..TAPI KALAU PAS MENANG, JGN JADI PENGHALANG PULAK BILA ISLAM DAH MENANG.

      Reply
      • February 24, 2012 at 7:40 pm
        Permalink

        ex-UMNO

        PAS menang??????

        budak2 sekolah rendah kalau boleh mengundi pun tak nak undi PAS

        ahli2 PAS pun rata2 dah tak nak bagi undi pada PAS PRU13 ni nanti, cam mana hang kata PAS boleh menang?????

        kalu kau nak tau benar tak benar aku kata ni, p buat kaji selidik,.. baru berhujah dalam forum ni

        kalau tak betul, tak lah kalut hj hadi suruh buat bai’ah, hj hadi pun tau ahli PAS tak nak undi PAS lagi…

        Reply
  • February 22, 2012 at 6:26 pm
    Permalink

    Bi”ah PAS ni Bi”ah syaaitan ….

    Reply
    • February 23, 2012 at 12:15 am
      Permalink

      Laa…sahabat2 biasa buat bai’ah sebelum pergi perang supaya nak memastikan mereka sentiasa taat pada Allah dan tak jadi org munafiq ketika perang.
      Hj Hadi suruh bai’ah kepada perjuangan islam, bukannya bai’ah pada PAS.

      Ke org2 UMNO takut nak bai’ah tak akan mengkhianati perjuangan islam.

      Tak habis2 nak fitnah…udah2 la tuuu. Rimas nengok korang ni.

      Reply
      • February 23, 2012 at 1:21 am
        Permalink

        kalau UMNO baca ikrar bukan main puak2 PAS melatah..tp dengan Bai’ah dlm PAS bukan main lg korang pertahankan..sedangkan bai’ah dalam PAS lebih buruk kesannya drpd ikrar Umno…kenapa buruk..sbb semata2 nak pertahankan politik drpd Aidah Islamnya..

        Reply
        • February 24, 2012 at 12:17 am
          Permalink

          Jahilnya…yg korang baca ikrar tu berbai’ah dengan ketua korang. Bukannya berbai’ah dengan agama islam dan ajarannya.

          Bodoh tahap cipan korang ni nampaknya. TADIKA, TASKA, TASKI dan PASTI byk kosong lagi. Aku harap korang boleh daftar supaya dapat belajar benda2 asas dan tak melalut yg bukan2.

          Reply
          • February 24, 2012 at 12:28 am
            Permalink

            huyoo..baru kene jentik telor sikit dah melatah2 pulak..hehe..korang sedar ke bai’ah yg kononnya betul & baik tu..sebenarnya lebih bahaya dari yg korang sangka..umpama menggadai Aqidah jadinya..semata2 menjunjung parti & kuasa..sedangkan hanya bersandarkan Islam sahaja..jadi korang peralatkan Islam untuk kepentingan politik (kuasa) sahaja..pendek akal jugak korang ni

      • February 23, 2012 at 2:55 am
        Permalink

        ehh kan skrg PAS tu sranag MUNAFIQ?
        so ibadart org MUNAFIQ berbai’ah lah nothing to them

        tambah2 muka2 penyamun mcm Mat Sabur, Khalid gereja, Mahpus bean.. muka2 pelingkup Islam!

        Allah laknatlah mereka2 ini selagi mana xbertaubat.

        Usah lah nk UGUT dan PROTECT kejahilan PAS dgn guna Bai’ah.

        Bai’ah Nabi ialah Bai’ah suci yg memperkemaskan Aqidah, mengakui Kenabian Rasulullah, dan mentaati perintah Allah..

        tp PAS guna bai’ah utk kekalkan kuasa politik wpun tahu PAS itu SESAT.

        tanyalah para ulama’2 yg FAQIH dgn ulmu syariat-Tauhid-Tassawuf.. mereka sedang membenci PAS melebihi UMNO!

        itulah tanda kebesaran Allah yg membolak2 balik kan hati manusia..supaya PAS jd HINA!

        Reply
      • February 23, 2012 at 8:26 am
        Permalink

        ex-UMNO : PAS ni dah macam parti gengster … kalau nak bi’ah dalm perjuangan Islam .. yang dok pi jilat jubaoq anwar dan dap tu apa sal… hang dah bi’ah kot.. sampai dah tak boleh fikir secara normal..

        Reply
        • February 24, 2012 at 12:12 am
          Permalink

          Salah satu sifat munafiq adalah suka memutarbelitkan fakta.
          Anwar kata dia sokong penubuhan Israel dgn syarat israel mengembalikan hak rakyat palestine, tiada lagi keganasan, tembok gaza dirobohkan dan mengiktiraf al-quds.
          Dan Anwar tahu israel takkan dpt memenuhi janji2 tersebut. Rasullullah sendiri dlm perjanjian Hudaibiyyah berjanji dengan byk memihak kepada Yahudi…tetapi Rasulullah tahu yang Yahudi tak kan mampu pegang dengan perjanjiannya.

          Kenapa korang tak amik saje ayat Allah :” Celakalah orang2 yang bersolat”

          lepas tu tak yah sambung dgn ayat seterusnya :”Bg org2 yg lalai dlm solatnya”

          Reply
          • February 24, 2012 at 12:35 am
            Permalink

            lerrr…mcmni je akal org PAS menyokong Israel dengan membelakangkan saudara seISLAM..menyokong munafik yg memjamin keselamatan Israel..kenapa tidak menjamin atau membantu Palestin yg teruk kene tindas oleh Israel tu?..hehe..apa punya orang pandai tp bodoh..

      • February 23, 2012 at 4:54 pm
        Permalink

        Setiap Muslimin berbai’ah kepada Allah sekurang-kurang 5 kali sehari, dalam iftitah, niat, fatihah, dan pelbagai lagi. Bukankah Pas mencalonkan Muslimin dan Muslimah. Nak Bai’ah apa lagi? Kecualilah kalau Pas nak sinonimkan parti politik mereka dengan Islam. Parti Politik bukan Agama, tapi dalam Agama ada politik.
        Dulu bila Eskay sumpah laknat, bukan main lantang puak Pas jeritkan “qazaf! qazaf!”, sekarang mereka pula buat sumpah laknat. Allah dah dedahkan hati budi mereka yang sebenar. Siap buat hukum baru lagi, Astaghfirullah.

        Ya Allah, peliharalah kami dari kejahatan mereka yang zalim

        Reply
        • February 24, 2012 at 12:02 am
          Permalink

          Kesiaaannnnya….jahil bebeno org2 UMNO ni. Level korang ni, kalau dalam PAS rasanya level budak2 PASTI je kot.

          Reply
          • February 24, 2012 at 12:07 am
            Permalink

            mcmna yg dikatakan tak jahil tu?..bole tong jelaskan…

  • February 22, 2012 at 7:29 pm
    Permalink

    Kerana Bi’ah gila PAS la .. maka terpaksa dok simpan anwar … besok kalau anwar disisih … Anwar mesti lalak kutuk PAS satu Dunia

    Reply
  • February 22, 2012 at 11:14 pm
    Permalink

    pencacai dan khadam pakatan haram pun ada bai’ah??

    Reply
  • February 23, 2012 at 1:36 am
    Permalink

    kenapa nk berbai’ah skarang?? dulu2 xnk buat masa wujudnya parti PAS.. ni mesti sbb parti PAS ni nk melingkup hancur dah.. sudah terlambat..

    P-perjuangkan
    A-anwar
    S-syirik

    Reply
    • February 23, 2012 at 2:50 am
      Permalink

      inilah yg mengesahkan sekian kali PAS ni adalah PELACOR agama..mana2 yg boleh pajak gadaikan agama utk kerja politik mereka.. part2 tertentu akan di ambil jd ALAT politik mereka.

      PAS LAKNATULLAH!

      Reply
  • February 23, 2012 at 2:48 am
    Permalink

    pemimpin2 PAS ni cover muka kotor mereka dgn serban jubah je..

    kalau tanggalkan pakaian mulia tu.. air muka mereka ni xubah mcm penyamun 6 jahanam dlm filem P.Ramlee.. MUKA XDE NUR!

    Reply
  • February 23, 2012 at 7:10 am
    Permalink

    Bai’ah adalah untuk memastikan agar calon-calon PAS tidak menyeleweng dari perjuangan Islam yang sebenar…cantik je bunyinya….calun2 PAS mahu tak mahu kena Bai’ah kalau mahu jadi calun PAS.

    Tapi hakikatnya selama ini pemimpin2 PAS lah yg sering menyeleweng dari perjuangan Islam yang sebenarnya…contohnya…undi PAS masuk Syurga..undi UMNO jahililah..tuhan pun mencarut, menentang gabungan PAS UMNO, tapi gabung ngan DAP boleh dan banyak lagi.

    Reply
  • February 23, 2012 at 6:17 pm
    Permalink

    Berbekalkan ilmu agama tinggi yang mereka miliki maka berjayalah sudah pengikut mereka diperbodohkan hasil dari putarbelit yang hanya termampu dibuat oleh orang yang tinggi ilmu nya saja.
    Kepada siapa yang pernah mengikuti ceramah Hadi Awang memang tak akan dapat menafikan ketinggian ilmu agama nya kerana ucapan nya yang memukau. Ucupannya cukup dengan asam garam, ulam dan sambalnya.

    Malangnya Hadi bukan pengamal ilmuan sama saperti yang lain dalam kumpulannya jugak. Dan keadaan ini tak akan berubah kerana Hadi akan habis umur dengan cara siapa dia sekarang.

    Reply
  • February 24, 2012 at 8:18 pm
    Permalink

    Apa jenis baiah bila ada perjanjian ada pulak hukuman kepada pelanggar perjanjian, celaka dunia akhirat lagi tu. Jadi nak selamatkan diri tukar je istilah jadi baiah, walhal sepatutnya dinamakan sumpah shj. Mungkin sebab malu dulu2 kata takde sumpah dlm islam. Eskay, saiful sesat sebab takde sumpah laknat kata lebai2 ni.

    Yg best penyokongnya main rembat je sokong taktau pon bijik butirnya. Punya taksub sampai kalau nik aziz suh dorang ni terjun gaung, alamatnya pas ni tinggal nik aziz sorang je ahlinya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *