Ulasan Isu Kehadiran Najib Di Batu Caves

Share


Isu kehadiran YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib di majlis sambutan Thaipusam, Batu Caves pada 7 Februari lepas seakan menjadi buah tanggung untuk pembangkang khususnya Pas dan PKR  bilamana Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria membuat teguran ‘keras’ berkaitan perkara tersebut.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini… sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya… sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,”

“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir… itu upacara ibadat mereka.

“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan” – Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria.

Hakikatnya kehadiran PM ke majlis tersebut hanyalah sekadar memenuhi jemputan bukannya untuk turut sama melakukan upacara ritual keagamaan seperti ‘berdoa’ di dalam kuil.

Pun begitu, tidak dapat tidak teguran Datuk Harussani itu walaupun bunyinya agak keras namun kelihatan ada meritnya sementelah lagi ia dibuat atas kapasiti & tanggungjawab beliau sebagai orang agama walau sebenarnya masih boleh diperhalusi adakah benar kehadiran PM di majlis tersebut membawa kepada jatuhnya hukum syirik.

Syirik secara bahasa membawa maksud “menyekutukan Allah s.w.t / beriktikad secara perkataan, pegangan ataupun perbuatan dengan menyamatarafkan makhluk lain seakan sekutu bagi Allah s.w.t, misalnya menyembah berhala, patung atau objek lain”.

Jenis syirik pula terbahagi kepada dua yakni;-

i) Syirik Jali –   syirik besar, nyata & perlakuan syirik secara terang-terangan misalnya menyembah berhala atau menyamakan makhluk lain yg bernyawa atau objek tidak bernyawa sebagai setaraf dengan Allah s.w.t.

ii) Syirik Khafi – syirik kecil, tersembunyi yang menyebabkan hilang  pahala seseorang umpamanya perbuatan riak, ujud, takbur atau menunjuk-nunjuk amal ibadat.

Jika kita ambil kira makna syirik dan jenis syirik tersebut, jelas sekali ia tidak menepati dengan apa yang berlaku dalam isu PM di majlis tersebut apatah lagi kalau nak di ambil kira faktor berkaitan nawaitu beliau memenuhi jemputan tersebut atas kapasiti sebagai pemimpin negara berbilang kaum & agama.

Tidak sama sekali wujud perlakuan menyembah berhala atau dewa, tidak juga wujud perbuatan mengiktiraf dewa Hindu atau tuhan lain sebagai sama taraf dengan Allah s.w.t malah jauh sekali daripada wujudnya penyataan secara iktikad yang mengangkat makhluk atau perkara lain sebagai sekutu bagi Allah s.w.t.

Cuma yang pasti kehadiran Datuk Seri Najib ke majlis tersebut barangkali telah  menimbulkan salah sangka walau ramai yang mengetahui hakikat kehadiran Dato’ Seri Najib adalah sebagai menghormati undangan & jemputan rakyat.

Pun begitu sedikit salah sangka yang bila disambung-sambung cerita tanpa berpandukan realiti, penghujungnya kerap menjemput kepada datangnya fitnah.

Lebih molek sebenarnya di masa akan datang, para ulama & ilmuan Islam menggunakan pendekatan lebih berhikmah & berdiplomasi ketika mengutarakan teguran umpama ‘menarik rambut dalam tepung, rambut dapat di buang dan tepung tidak berselerak’.

Para pemimpin politik Islam dalam kerajaan tidak bermasalah untuk menerima teguran apatah lagi jika dilakukan dengan penuh hikmah berbanding kaedah sekarang yang agak terbuka yang kemudian mengundang prasangka dari khalayak selain menjemput polemik politik oleh pihak berkepentingan.

Di pihak kepimpinan kerajaan pula di masa sama barangkali wajar mengambil langkah sedikit cermat ataupun lebih berhati-hati demi mengelakkan timbulnya kekeliruan dikalangan khalayak dalam sesuatu perkara.

Bukan apa, adakala niat yang baik bila sedikit tersilap langkah acapkali mengundang kecaman kalau tidakpun memberi ruang untuk fitnah bermaharajalela.

Dalam pada itu, tatkala isu kehadiran PM di majlis perayaan Thaipusam ini sedang dimanipulasi oleh juak-juak Pas dan PKR untuk kepentingan politik, pernahkah mereka melihat beberapa gambar di bawah yang turut melibatkan pucuk pimpinan mereka sendiri?

Berikut pula ialah gambar perbandingan yang dipetik dari Blog Tok Mudim & forum MyKMU. Setiap satu ada pro & kontranya, terpulang kepada pembaca untuk tafsirkan sendiri.

Ada kalanya terdetik di benak penulis, mungkinkah dalam hal melibatkan Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Nizar & Azmin Ali seperti gambar di atas ini, tidak sampai pada pengetahuan Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria kerana setakat yang penulis maklum rasanya belum ada terbaca sebarang teguran atau komen dari beliau.



21 thoughts on “Ulasan Isu Kehadiran Najib Di Batu Caves

  • February 15, 2012 at 2:46 pm
    Permalink

    I dah minus kan Kredibiliti Mufti perak ni …

    Reply
    • February 16, 2012 at 1:31 pm
      Permalink

      KO TU FANATIK DGN POK NIK NYAYUK. KEMBALILAH PADA AL-QURAN & SUNNAH. PEMIMPIN TAK AKAN JAMIN KO MASUK SYURGA ALLAH. YG HARAM TETAP HARAM, TIADA ALASAN UNTUK MENGHALALKAN NYA. SEMOGA KO BEROLEH HIDAYAH, AMIN…

      Reply
    • February 18, 2012 at 4:13 am
      Permalink

      Saya cuba untuk mengelak dari berlakunya syak wasangka kepada Tuan Mufti, beliau diangkat oleh Allah untuk memegang jawatan yang tidak mampu di pikul oleh orang kebanyakan seperti kita.

      Tegurannya walaupun agak keras, bagi saya kerana beliau masih sayangkan pemimpin negara kita, beliau tidak mahu pemimpin kita terjerumus atau terikut-ikut “trend” puak PR dek kerana terlalu sibuk mengejar undi… beliau mempunyai kelayakan sekurang2nya untuk menegur pemimpin kita yang kita semua sedia maklum tidak mudah melatah atau mengelupur.. kita sebagai rakyat biasa, telah nampak bagaimana “tindakbalas” puak pr bila golongan berilmu menegur mereka. Janganlah kita pula terikut-ikut lagak puak pr yang mudah mengelupur bila pemimpin kita di tegur..

      Reply
  • February 15, 2012 at 4:22 pm
    Permalink

    Bongok puak2 Pkatan Rosak ni sepecially Bujuk Al-Munafiqun tu!

    Sekian lama puak2 PR ni dh sekutukan Allah dgn mcm2 perilaku songsang!

    Yg paling terang dan jelas Murtad ialah meredhoi kalimah Allah itu digunapakai dan disamatarafkan dgn agama lain seperti Kristian!

    PAS-PR Paksi Kesesatan!

    Reply
  • February 15, 2012 at 4:24 pm
    Permalink

    pergi rasmi tokong Buddha tu ibarat meredhoi agama Buddha itu oleh wajah Islam Pork Nik..

    pakai ala-Islam tp pergi masjlis mcm tu..terang2 membawa kesamaran. Terutama di zaman ini yg boleh mencairkan perasaan tingginya Islam berbanding agama lain!

    Generasi muda akan ambil Pork Nik sbg contoh PLURALISM terhebet!!

    Reply
    • February 18, 2012 at 4:17 am
      Permalink

      asalkan undi mashyuukk bro, semua sebat. poknik poknik… semoga beliau sempat membetulkan semula pengikutnya sebelum “time up”…

      Reply
  • February 15, 2012 at 5:35 pm
    Permalink

    aku suspek Mufti hanya baca utusan dimana tersiarnya gambar DSN di bt caves..tapi tidak membaca harakah, suarakeadilan dimana gambar2 peliwat dan nabi Pas tersiar….

    satu lagi kemungkinan besar, dalam pejabat Mufti penuh dgn orang Pas….teringat ketika upacara anjak oleh MB perak…last2 MB Perak ngadap Mufti beri penjelasan…baru mufti paham…

    Reply
  • February 15, 2012 at 9:04 pm
    Permalink

    Pemikiran Mufti Perak ni tokleh di terima pakai kerana tak beralasan ikut alQuran & Sunnah. Sebelum ni dah banyak komen dari mufti leh di sama kan cakap orang dah nyayuk. Nama nya saja ulama tapi tak dak satu buku yang di tulih sebagai bahan rujukan ilmiah bertaraf global tak semacam Yusuf al Khardowi & HAMKA yang dah menghasil kan berpuluh buku ilmiah,novel,artikel.

    Kejap tadi keluaq kenyataan mufti celupaq melulu ni di Buletin Utama TV3 tentang pertemuan ngan Najib. Nampak sangat dia ni kelam kabut & kalut menghela tak tentu hala.

    Alahai tuan mufti kredibliti hang dah merudum tau….!!!

    Reply
    • February 16, 2012 at 1:27 pm
      Permalink

      KITA UMAT AKHIR ZAMAN INI PASTI BANYAK KELEMAHAN. TAPI BAGI AKU, MUFTI PERAK LEBIH ISLAM DARI NIK AZIZ.BELIAU TAK PERNAH CAMPUR UPACARA AGAMA KAFIR. MALAHAN BELIAU TELAH BANYAK MENYEDARKAN KITA UMAT ISLAM TENTANG KESILAPAN KITA DGN FATWA-FATWANYA. SALAH SATUNYA IALAH HUKUM HARAM MEROKOK. TAPI PUOK PAS MASIH RAMAI YG DOK GULONG ROKOK DAUN LAGI. APALAGI BUDOK MUDA YG HISAP ROKO KOTAK. KLU PM JOIN TU AKU TAK HERANLAH SEBAB BELIAU TAK NGAJI PONDOK PUN. INI LAK NIK AZIZ YG DIKATA ULAMA. DIA NGAJI KAT MANA SAMPAI BOLEH CAMPUR URUSAN AGAMA LAIN? SEDARLAH WAHAI PENGIKUT PAS SEKALIAN, POK NIK NI DAH TAK BETUL DAH. JANGAN KALIAN IKUT SESAT JUGA BERSAMA-SAMANYA. DIA TERJUN LOMBONG, KALIAN PUN IKUT TERJUN LOMBONG. ORANG TUA NI BERTOPENGKAN AGAMA JER. NGAJI KAT MANA SAPAH PUN TAK TAU?

      Reply
  • February 15, 2012 at 10:06 pm
    Permalink

    Ni berok Nuar lagi sakan..siap sambut Ponggal 2012 lagi

    gambar jelas : http://3.bp.blogspot.com/–u6X6BlyrAI/TzuzM46GxCI/AAAAAAAAKpk/_-zUS4_HU5w/s1600/anwar_ponggal4.jpg

    http://3.bp.blogspot.com/-Ys8yjf1Qex4/Tzu01rGQ6lI/AAAAAAAAKqE/2Zhqnh6AKgQ/s1600/anwar_ponggal2.jpg

    Kes Nuar ni barulah layak diqiaskan sbg syirik krn membuat ritual yg sama oleh agama HINDU!

    Adapun PM hanya pergi beri ucapan-sbg Pemimpin Negara..mgkin ada maslahahnya utk berdakwah sbg toleransi pemimpin Islam pd agama lain.

    Reply
  • February 15, 2012 at 10:08 pm
    Permalink

    Ni berok Nuar lagi sakan..’pulun’ sambut Ponggal pd thn 2012

    gambar jelas : [http://3.bp.blogspot.com/–u6X6BlyrAI/TzuzM46GxCI/AAAAAAAAKpk/_-zUS4_HU5w/s1600/anwar_ponggal4.jpg]

    [http://3.bp.blogspot.com/-Ys8yjf1Qex4/Tzu01rGQ6lI/AAAAAAAAKqE/2Zhqnh6AKgQ/s1600/anwar_ponggal2.jpg]

    Kes Nuar ni barulah layak diqiaskan sbg syirik krn membuat ritual yg sama oleh agama HINDU!

    Adapun PM hanya pergi beri ucapan-sbg Pemimpin Negara..mgkin ada maslahahnya utk berdakwah sbg toleransi pemimpin Islam pd agama lain.

    Reply
  • February 15, 2012 at 11:29 pm
    Permalink

    Bagi aku la walau teguran Mufti Perak ini sedikit kejam untuk seglintir pihak. Ada juga benarnya, betul tak?

    Tak kira UMNO,PAS atau pemimpin2 melayu lain janganlah sampai atas nama JEMPUTAN atau apa2 istilah sampai sanggup tidak mengkaji jika akidah itu turut boleh digadaikan. Meraikan, memberi budget berjuta untuk memperindahkan lagi kuil atas nama PELANCONGAN atau apa2 ntah. Seolah ia melambangkan sokongan secara tak langsung ‘mengimarahkan’ perkara syirik. Cukuplah hanya keluarkan statement dimedia atau sewajarnya. Betullah kata Mufti ni, wakilkan saja menterinya yang beragama hindu.

    Engkau suka tak suka, sila rujuk Tok2 guru agama (tidak berpolitik) dimana2 pun. InsyaAllah, perkara ini akan JELAS. Jangan gunakan kaedah akal dan QIAS bab akidah.
    🙁

    Wallaua’lam…

    Reply
    • February 16, 2012 at 5:21 am
      Permalink

      Saya setuju dgn pandangan tuan. Sebaiknya kita hormati teguran Dato Mufti walaupun agak kurang hikmahnya. Usah kita mencela Mufti seperti puak PAS pernah maki Mufti dgn perkataan anjing.

      Insya Allah mana yg benar walaupun pahit, akurlah dengan yang benar, pasti hikmah dan keberkatan dr Allah itu lebih utama!

      Jemputan bukan Islam jika mendekati perkara2 syak kepada syirik dan boleh timbulkan salah faham org awam eloklah dielakkan oleh pemimpin2 Islam terutama kerajaan pemeritah.

      Yakinlah Insya Allah pertolongan Allah itu lebih utama dr usaha dan fikir akal kita. Memang betul perhimpunan itu dihadiri oleh ratusan ribu penganut Hindu-platform baik utk kerajaan memenuhi jemputan.

      Tetapi jika menimbulkan maslahat Aqidah di mata umat Islam, wpun niat baik cubalah elakkan seperti wakilkan dengan Menteri beragama HINDU.

      Mungkin PM boleh adakan majlis lain untuk raikan kaum India-HINDU atas dasar PM sbg pemimpin negara yg bukan di kawasan Kuil mereka dan jgn terlibat dari sbrg ritual2 agama mereka.

      Sekadar pandangan sy sbg org awam. Moga PM dipelihara Allah menuju kebaikan.

      Wallahualam.

      Reply
      • February 18, 2012 at 4:20 am
        Permalink

        saya setuju dan sependapat dengan anda!

        Reply
  • February 16, 2012 at 1:55 am
    Permalink

    PAS sebenarnya dok cari jalan nak keluaq dari PR. Depa tunggu masa ja nak tuang. Tapi bila Bang Non lepas bebas masa 901, line jadi merenet balik laaa. Dgn isu TGNA soh clarify pasai Israel dgn baguih dok tandey dai, apa lagiiiiiiiii bola tanggong laaaaa

    Reply
  • February 16, 2012 at 10:46 am
    Permalink

    Mufti Perak dah buat press statement balik pasal benda nih. Wartawan memutar belitkan kenyataannya sebelum ini….

    Ini kenyataan penuh dari Mufti Perak

    BANGI – Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

    Beliau berkata sebagai seorang pemimpin tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain dalam perkara yang berkaitan dengan adat.

    “Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Profesionalisme Penceramah Agama Umno
    Bahagian Pekan 2012 oleh Perdana Menteri di sini hari ini.

    Dipetik Bernama hari ini, Harussani yang hadir pada seminar itu berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves.

    Mufti Perak itu sebelum ini dipetik sebagai berkata orang Islam yang merestui dan turut serta dalam upacara keagamaan lain melakukan perbuatan syirik.

    Mengenai Najib yang memakai Kurta iaitu pakaian tradisional kaum India pada sambutan itu, beliau berkata, ia hanya budaya sahaja kerana orang Islam di India pun memakai pakaian yang sama.

    Oleh yang demikian, Mufti Perak itu menasihatkan pihak yang cuba memutarbelitkan isu kehadiran Najib pada sambutan Thaipusam itu supaya menghentikannya kerana mereka membuat tuduhan tanpa usul periksa sehingga boleh
    menjadi fitnah.

    “Masalahnya dalam keadaan sekarang orang Melayu berpecah, masing-masing mencari peluang untuk menghentam orang lain terutamanya menghentam sesama bangsa, pantang silap sikit.

    “Saya harap semua orang kita (Melayu) balik pada asal, balik pada musyawarah… soal politik berbeza itu bukan menjadi masalah,” katanya.

    Sebaliknya, Harussani lebih kecewa dengan tindakan Pas di Perak semasa majlis sambutan Thaipusam dengan mengadakan gerai dan khemah serta mengibarkan bendera Pas seolah-olah menyokong dan redha dengan orang yang melakukan kufur.

    http://www.sinarharian.com.my/nasional/thaipusam-najib-tak-langgar-hukum-syarak-kata-harussani-1.24146

    Reply
  • February 16, 2012 at 1:09 pm
    Permalink

    asalammualaikum, sebagai umat islam.diharamkan kita untuk mencampuri/bersubahat dengan urusan agama lain. islam tidak pernah membenarkan politik menghalalkan cara. YANG PALING PENTING! SEMUA AKTIVITI AGAMA BUKAN ISLAM TIDAK BOLEH/HARAM BAGI UMAT ISLAM UNTUK TURUT SERTA MERAIKAN PROGRAM TERSEBUT. ITUKAH KEBENARAN YG DISAMPAIKAN OLEH MUFTI PERAK. JADI, SAMA-SAMALAH KITA AMBIL IKHTIBAR AGAR PERBUATAN SEPERTI INI TIDAK AKAN KITA ULANGI. AMIN….

    Reply
  • February 16, 2012 at 11:14 pm
    Permalink

    kenapa susah payah berkata ,najib pergi batu caves hanya untuk memancing undi kaum india saja,lain punya tak payah cerita! bagi umno kuasa no-1 ,akidah tak payah katalah!

    Reply
    • February 17, 2012 at 12:21 am
      Permalink

      yelah kalau citer bab Aqidah, Anuvar Brahi awal2 lg dh kantoi..siap ade tandey lg kt dahi.

      ko je yg masih jd LEMBU pencacai Tonik oii!

      Reply
  • February 17, 2012 at 12:31 pm
    Permalink

    TEGURAN MUFTI PERAK ADALAH BERASAS. TAPI KENAPA NAJIB SAHAJA YG KITA DOK PERTIKAI? MB ULAMA YG DIKATAKAN TAK BOLEH DIGANTI KERANA RAKYAT KELANTAN TIADA KELAYAKAN BOLEH LAK RASMIKAN KUIL BUDHA? DOK SEBUMBUNG DENGAN SAMI-SAMI SIAM? UMNO BUAT SEMUA TAK SALAH DI MATA PAS, TAPI PAS HALAL LAK BUAT PEKARA YG SAMA. POK NIK NI NGAJI AGAMA KAT MANE SAMPAI BOLEH CAMPUR URUSAN AGAMA KAFIR? SEKOLAH PONDOK MANE? CUBE CITE KAT AKU SIKIT SEKOLAH PONDOK MANE YG MENGHALALKAN CAMPUR URUSAN AGAMA KAFIR?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *