Khalid Main Teka Teki Siapa Ganti Hasan Ali

Penulis tak faham apa hal sebenarnya dengan pengganti Hasan Ali ini sehingga ke hari ini pun (Selasa) MB Khalid Gagap masih berteka teki mengenai penggantinya.  Sedangkan sudah diwar-warkan senantero negara bahawa upacara angkat sumpah akan dilaksanaka esok pagi (Rabu).

Majoriti sudah kata jawatan itu akan diisi oleh Dr. Rani atas sebab yang mudah, dia adalah Pesuruhjaya PAS Negeri – jawatan sama yang dipegang Hasan Ali ketika di lantik kejawatan tersebut pada 2008.

Tapi di sebalik itu, ada juga pihak-pihak yang kata bukan Dr. Rani.



Penulis rasa rakyat juga nak tau siapa sebenarnya calon yang layak menjaga hak melayu dan orang Islam dalam masa yang sama di Selangor ini?  Penting tu sebab kita bercakap tentang negeri dimana akidah orang Islam dalam bahaya kerana diperkotak kaitkkan oleh pihak-pihak tertentu.

Itu satu hal, satu hal lagi penulis nak juga tahu siapa dia yang bakal menjadi Exco paling singkat perkhimatannya dalam sejarah kerana umum mengetahui BN akan tawan semula Selangor dari tangan pakatan haram ini yang sampai sudah tidak berdaftar.

Adakah tindakan Khalid bermain teka teki ini kerana cuba nak tiru gaya kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang diketahui sangat sukar dijangka corak pemikiran dan tindakannya?

Nasihat penulis kepada Khalid, sebelum bermimpi nak tiru cara Perdana Menteri, elok betulkan lidah yang asyik tersekat-sekat bila bercakap tu.

Tapi penulis dapat maklumat dalaman bahawa Khalid akan membuat perubahan dari segi jawatan Exco tinggalan Hasan Ali tersebut.  Sebelum ini kelihatannya macam rojak bila segala macam perkara dimasukkan dalam satu portfolio.  Yang jadikan macam rojak pun dia jugalah.

Yang lebih mengejutkan penulis, Khalid khabarnya nak ambil alih tugas untuk jaga hal ehwal Islam.  Khalid nak jaga agama Islam?  Selain poligami, apa dia tentang hukum hakam Islam yang Khalid faham?  Itu pun penulis dengar dalam hal memilih isteri kedua pun Khalid ada tidak ikut perintah Nabi.  Nabi suruh cari orang perempuan antaranya yang cantik rupa parasnya sebagai isteri, bukan rupa macam jantan seperti dipilih Khalid!!

Tapi dah jodohlah ya, nak kata macam mana.

Itu dari segi batang tubuhnya, dari segi kepimpinannya pun Khalid ada banyak masalah nak memimpin antaranya agensi penting di Selangor macam JAIS. Sebelum itu, kita jangan lupa Khalid ada sejarah bertelagah dengan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan mengutamakan pihak gereja.

Dalam isu pemeriksaan biasa oleh JAIS ke atas DUMC Ogos lepas, pihak nombor satu yang dihubungi Khalid ialah DUMC untuk meminta maaf, menghentam JAIS dalam masa yang sama!!

Macam inikah orang yang nak diharapkan untuk menjaga Islam di Selangor?  Itu bukan nak bagi lebih baik, tapi lebih menjahanamkan.

Agak penulislah, atas sebab itulah Khalid berahsia sehingga kini akan calon pilihannya menggantikan Hasan Ali.  Sebab Khalid takut dengan polemik politik dan bantahan rakyat yang bakal timbul hasil dari pilihannya itu besok.

Atau mungkinkah dengan meletakkan Khalid menjaga hal ehwal Islam, sasaran sebenarnya ialah wang Zakat Selangor yang ada beratus juta ringgit itu?  Sama-samalah kita nantikan esok.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

11 thoughts on “Khalid Main Teka Teki Siapa Ganti Hasan Ali

  • January 17, 2012 at 2:33 PM
    Permalink

    Apa kesannya terhadap Malaysia ni…Resign last week, nak relace this week, bukan suatu masa yg panjang..esok semua tahu le keputusannya.

    ukan isu besar sgt berbanding dgn PM yg dok main teka teki tarikh PRU dari dulu..

    Reply
    • January 17, 2012 at 3:21 PM
      Permalink

      Ko sbr je lah Moo tunggu PRU tu. Kalau ye pn nak kalah, sabar lah dulu….. Nanti PM umumkan bila masanya…

      Reply
      • January 17, 2012 at 3:48 PM
        Permalink

        Ye ker..Part ni korang tak kata teka teki lak yer..??? Padahal dah lama dah………..

        Reply
        • January 17, 2012 at 4:09 PM
          Permalink

          Dulu Melayu tipu Melayu
          Sekarang Islam tipu Islam
          Dulu negara Islam
          Sekarang Negara Kebajikan
          Rupa-rupa negara Islam tidak ada dalam Al-Quran.
          Dah lama baru PAS tau
          Dah lama kena tipu dengan PAS
          Harap sedarlah.

          Reply
          • January 17, 2012 at 4:24 PM
            Permalink

            Apa yg nak tipu?? As long as menegakkan syariat islam, itu dah diconsider negara Islam??

            Aku nak tanya apasal UMNO tak nak kata depan MCA yg UMNO nak negara islam?? eg nak tegakkan hukum hudud??

          • January 17, 2012 at 5:22 PM
            Permalink

            hehe..sape suruh tukar2..dah tu nak salahkn UMNO pulak

        • January 17, 2012 at 4:47 PM
          Permalink

          Najib boleh umum PRU pada bila2 masa selagi belum over the due date…perkara ni tidak menggangu pun pentadbiran semasa….

          tapi portfolio yg disandang oleh hasan ali dahulu telah pun kosong…ini akan menjejaskan pentadbiran dan pengurusan semasa….

          hang ni mooo…main lantak jea kalau berfikir…tu pasai org nyampah kat hang…

          Reply
          • January 17, 2012 at 5:54 PM
            Permalink

            So TS Khalid pun boleh umum bila2 masa… within just one week of cessation Hassan Ali post as Exco. Najib dah lama.

            So apa masalahnya pasal article ni???

          • January 17, 2012 at 6:48 PM
            Permalink

            mooo bubar dewan undangan negeri adalah kuasa kerajaan negeri.. so kenapa kerajaan pakatan haram ni tak umum tarikh pembubaran?

  • January 17, 2012 at 7:36 PM
    Permalink

    kalau khalid tak boleh nak harap balik khir toyo lagi!!

    Reply
    • January 17, 2012 at 11:16 PM
      Permalink

      org lain ramai lg dlm UMNO..tak semestinya dia..

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.