Hasan Ali Tekad Perang Erdogan Anwarista Dalam PAS

Nampaknya, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Dr. Hasan Ali memang tekad untuk memerangi golongan “erdogan Anwarista” di dalam PAS. Setelah memulakan ceramah “perang parasit” di Meru minggu lalu, Hasan Ali akan menyerang di kawasan musuh ketatnya, Khalid Samad, di Shah Alam, pada 30 Januari ini.

Rata-rata, sokongan yang diberikan rakyat kepada Hasan Ali memang hebat. Bukan ratusan, malah ribuan umat Islam, khususnya para penyokong PAS yang menyedari kewujudan golongan parasit tersebut di dalam PAS sejak sekian lama.

Sebenarnya, sebagai saudara seagama, para blogger pro-UMNO, malah kolumnis di MyKMU.net sendiri pernah mengingatkan kepimpinan PAS bahawa wujudnya gerakan “Anwarista” yang dipercayai adalah “golongan parasit” yang dimaksudkan Hasan Ali itu.

Namun, sebagaimana sikap PAS yang enggan menerima nasihat dan peringatan dari saudara seagamanya, mereka menuduh kami cemburu. Malah para “alim ulama” yang kononnya mengamalkan akhlak Islam yang sempurna itu menista pula kami dengan pelbagai kata-kata kesat.

Sudah saya katakan dulu bahawa Anwar telah meletakkan ramai “pawn-pawn” yang telah memberikan “bai’ah” kepadanya sejak dia berada di dalam ABIM lagi. Ketika itu, ramai ‘askar-askar” Anwar ini yang terpengaruh dengan gerakan “memperdana menterikan” Anwar.

“Askar-askar” ini ramai yang dilepaskan ke dalam PAS ketika itu memandangkan Anwar merupakan anak angkat kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Yusuf Rawa. Mereka-mereka ini dipromosikan sehingga berjaya menjawat beberapa jawatan yang strategik di dalam PAS.

Anwar sendiri kemudiannya masuk ke dalam UMNO. Alasannya mudah, dia mahu “membersihkan” UMNO. Ramai juga “pawn-pawn” yang dibawa masuk ke dalam UMNO bersamanya untuk membantu melobi menaikkan namanya. Selain itu, Anwar berjaya berlakon memikat hati Tun Dr. Mahathir ketika itu yang turut tertipu…

Namun, setelah agenda Anwar itu “kantoi”, ditambah pula dengan tabiatnya yang gemarkan seks luar tabii yang tidak mengenal jantan betina, akhirnya dia dipecat dari terus mengotorkan UMNO dengan rasuah politik dan pink form. Maka, terbantutlah ‘gerakan memperdana menterikan’ Anwar buat seketika.

Kegagalan Anwar itu telah menjadikan “pawn-pawn” Anwar yang disusup masuk di dalam PAS bagaikan “cacing kepanasan”. Itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan segala sumber kewangan yang dipercayai diperolehi dari Anwar untuk menewaskan golongan pro-ulama di dalam PAS.

Kemudian, Anwar tubuhkan pula PKR. Dengan bantuan “endogan Anwarista” di dalam PAS yang semakin menguasai parti itu, PAS akhirnya bersetuju bergabung dengan PKR dan DAP. Meskipun DAP khususnya, pernah dilabelkan sebagai ‘syaitan’, kerana tahaluf siyasi puak “erdogan Anwarista” yang menghasut Nik Aziz, ianya berjaya dihalalkan!

Golongan inilah yang menyebabkan perubahan ketara yang melanda PAS sehingga menggadaikan prinsip perjuangan asal parti itu.

Berjayakah Hasan Ali melakukan transformasi di dalam PAS kembali? Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Sebagai seorang yang pernah berada di dalam PAS, saya rasa agak mustahil untuk berjaya selagi PAS bersama Pakatan Haram!

Terbaik, PAS mesti putuskan hubungan dengan “syaitan-syaitan” itu. Titik.

9 thoughts on “Hasan Ali Tekad Perang Erdogan Anwarista Dalam PAS

  • January 27, 2012 at 12:25 PM
    Permalink

    SUSAH SKET PAS NAK BERCERAI WLUPUN NAK JATUH TALAK SEBAB DAH BERBAIAH SAIN MATI DENGAN PARTI GAY & PARTI KOMUNIS BEB! HUHUHUHU

    Reply
    • January 27, 2012 at 6:50 PM
      Permalink

      habis tu…PAS mana leh bercerai…kan PAS Parti Adat Sosial!! hehehe

      Reply
  • January 27, 2012 at 5:47 PM
    Permalink

    buat apa kunco-kunco umno begitu ambil berat terhadap pas,mesti ada udang di sebalik batu!pas tak perlu hasan ali kalau hasan ali begitu ‘baik’ dan awal-awal lagi umno menjemput dia menyertai umno!sebenarnya hasan ali merupakan ‘spy’ yang dihantar oleh umno ke dalam pas untuk membuat huru-hara supaya rakyat khususnya di negeri selangor menolak pas!hasan ali parasit no 1 dalam pas!

    Reply
    • January 28, 2012 at 11:29 PM
      Permalink

      hahahahaha lawak

      Reply
      • January 29, 2012 at 9:02 AM
        Permalink

        Alasan ‘gila’ seorang penyokong , yang dah kekeringan alasan, he he he he
        Korang kata lagi kat dia.. nanti dia keluar fitnah mcm-2… jaga2

        Reply
  • January 28, 2012 at 4:44 AM
    Permalink

    agreed.. walau pun saya penyokong umno yg x berbelah bahagi.. sy tetap hormat dgn pas until they joined these syaitans.. x leh nak respect dah.. NO WAY!!

    Reply
  • January 28, 2012 at 6:04 PM
    Permalink

    Hasan Ali spy umno? Ha ha takat tu je ke standard pemikiran mereka? Asal tak setuju je dengan kepimpinan pas tuduh mereka spy. Buang masa je la baca komen sibodoh ni.

    Reply
  • January 28, 2012 at 8:47 PM
    Permalink

    Sapa lawan pas.pkr mahu pun dap..sohihhh depa kena cop sebagai kuncu umno, kena beli,rasuah minda..ma kalau sapa yang sokong parti yang suka dok bangkangggg memanjang depa kata “tuhh dah dapat hidayah” ma kata boss depa sokong walau yahudi sekalipun depa anggap tuhhh keperluan, tobat tak beghani nak komplen…Tok sah laa jadi pengikut parti mata satau tuhhh, mata satu oghang tua-tua kata dajaiiiiii tuhhhh…

    Reply
  • January 29, 2012 at 8:50 AM
    Permalink

    Kalau org PAS benar2 perjuangkan ISLAM, keluarlah dan tubuhkan parti baru, PIS [Parti Islam Sebenar]

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.