Bukti Jelas Haron Din Lebih Layak Bergelar Mursyidul Am Berbanding Nik Aziz…

Saya sangat tersentuh dengan pengalaman mimpi Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS ini. Pada saya, dengan mimpi bertemu Rasulullah SAW itu, jelaslah maqam beliau lebih tinggi berbanding Mursuyidul Am Pas, Pok Nik Aziz…

Abu Hurairah berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku.”

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Melalui dua hadis di atas dan cerita Al-Fadhil Dr. Haron Din di atas, saya simpulkan bahawa beliau sangat beruntung untuk “bertemu” Rasulullah SAW, walaupun di dalam mimpinya sekali pun…

Namun, beliau yang selama ini masuk PAS kerana mahu mendirikan sebuah negara Islam tenggelam suaranya berbanding Pok Nik Aziz…

Pada saya, Haron Din lebih layak menjadi Mursyidul Am PAS berbanding Nik Aziz yang dikatakan sudah nyanyuk dan sering mengeluarkan fatwa-fatwa yang kontroversi, mengelirukan dan mampu menyesatkan ramai umat Islam.

Saya difahamkan bahawa Haron Din sehingga kini masih konsisten dengan perjuangannya yang sealiran dengan Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali yang disingkirkan PAS. Namun, “suara”nya tersekat hanya kerana pengaruh yang ada pada Pok Nik Aziz..

Persoalannya, mengapa suara Haron Din yang lebih tinggi ilmu dan maqamnya itu disekat? Apakah hanya kerana beliau bukan merupakan seorang “pemegang tiket ke syurga” seperti Pok Nik Aziz?
Sesungguhnya para penyokong PAS memang “buta”. Sekiranya saya seorang PAS, sudah tentu Haron Din sudah lama saya perjuangkan menjawat jawatan Mursyidul Am PAS. Beliau tidak melalut dan berani berkata yang benar mahupun pahit untuk ditelan…Pada saya, Haron Din jauh lebih layak mengetuai PAS. Beliau menyokong perpaduan umat Islam di antara UMNO dan PAS. Beliau sanggup mengenepikan dendam dan syak wasangka buruk demi melihat perpaduan umat Islam kembali terjalin…

Saya juga diberitahu oleh para penyokong PAS bahawa Haron Din sememangnya menyokong Himpunan Sejuta Ummat. Pendirian ini amat berbeza dengan Pok Nik Aziz dan “tahaluf siyasi”nya yang menghalalkan persahabatan dengan “syaitan” demi politik dan kuasa.

Saya sedih melihat “kebutaan” PAS ini. Namun, sebagaimana maklum, puak-puak PAS bukannya mahu mendengar atau berfikir tentang nasihat mahupun cadangan dari penyokong UMNO. Mereka lebih suka mendengar dan mengikut kata DAP dan Anwar…

Malang sungguh kedudukan PAS sekarang. Memalukan dan mengaibkan ramai penyokongnya. Namun, itulah PAS dibawah kepimpinan Pok Nik Aziz. Nik Aziz yang buat hal, Hadi dikutuk teruk. Haron Din pula diketepikan…pelik betul, kan?

39 thoughts on “Bukti Jelas Haron Din Lebih Layak Bergelar Mursyidul Am Berbanding Nik Aziz…

  • January 29, 2012 at 5:33 PM
    Permalink

    kenapa kunco-kunco umno ni begitu ambil berat tentang nasib PAS? jatuh atau bangun pas tiada kaitan langsung dengan umno lebih-lebih anda ni lembu-lembu umno saja!ahahahahahahah

    Reply
    • January 29, 2012 at 8:25 PM
      Permalink

      sebab MAJORITI mereka adalah MELAYU ISLAM!

      Reply
      • January 30, 2012 at 1:00 AM
        Permalink

        Orang UMNO prihatin sebab kerana kebodohan PAS menyebabkan islam dipijak oleh DAP… wallahua’lam

        Reply
        • January 31, 2012 at 4:17 PM
          Permalink

          betol tu bro…kebodohan ahlul pas x dapat digambarkan dgn kata2…

          Reply
    • January 30, 2012 at 12:02 PM
      Permalink

      kuncu2 umno ini percaya pada kata nik aziz iaitu dalam islam tiada sempadan….nik aziz suruh orang islam termasuk ahli umno menolak UMNO kerana umno mengamalkan islam nasionalisme..kata nik aziz dalam islam tiada negara, tiada sempadan, tiada bangsa…sbb itu nik aziz pernah berkata bangga lahir sbg islam tatpi tidak mengaku melayu….

      kerana kunco2 umno percaya pada kata nik aziz iaitu islam tiada sempadan kenegaraan, islam juga tiada sempadan kepartian????????

      sbb itu orang islam kunco2 umno nak tgk org islam yang parti dia pas berjaya dan terus perjuangkan negara islam….

      ada komen tony gunawan atau ko nak kata nik aziz sesat sbb ckp dalam islam xda sempadan negara dan parti????

      Reply
    • February 1, 2012 at 1:25 AM
      Permalink

      Kami kesian saudara sendiri yang sedang disembelih hidup2 oleh Anwar. Anda ingat orang UMNO sama sebagaimana orang PAS yang membenci saudara sendiri?

      Reply
    • May 1, 2013 at 12:09 PM
      Permalink

      aku jumpa Tuhan pun tak kecoh siap borak dgn Dia lg …isap rokok lg…memang bestnya.

      Reply
  • January 29, 2012 at 6:17 PM
    Permalink

    Mahu tidak mahu PAS adalah parti Alternatif utk org Melayu dan Islam.

    Seperti mana MCA,Gerakan dan DAP utk org Cina.
    Mereka menggunakan DAP sebagai pendesak, dan MCA dan Gerakan sebagai buffer dalam kerajaan pusat.
    Mereka masih perjuangkan hak org Cina…

    Namun bila PAS sendiri gagal mempertahankan Islam dan Melayu semata mata kerana Hasad Dengki dan dendam.
    Apakah pejuang Alternatif bagi org Islam dan Melayu?

    Reply
  • January 29, 2012 at 6:36 PM
    Permalink

    Sedih bila membaca komen2 yg mendahulukan emosi, dendam & extrimism berbanding kecintaan kepada agama ALLAH SWT & Rasulullah SAW. Marilah sama2 kita mematangkan diri kita utk mempertahankan agama suci kita ini. Perbetulkan yang salah, menambahbaik mana yang terkurang secara berhemah, berilmiah berserta kasih sayang sesama kita atas tali ALLAH SWT…insya-Allah agama kita akan terpelihara serta suci ditempatnya dan keberkatan Allah SWT akan hadir mengelilingi kita. Aminn.

    Reply
  • January 29, 2012 at 6:41 PM
    Permalink

    Kalau Ust. Harun Din yang berkata/mengaku begitu, aku percaya sepenuhnya. Tapi kalau n.ajis atau hadiawang pula mengaku pernah bermimpi seperti ini, aku langsung tak percaya.

    Reply
    • January 31, 2012 at 7:44 AM
      Permalink

      Andai di takdirkan Allah D.Harun Din jadi murshidul Am PAS adakah kalian semua akan berubah kepada PAS?
      Tuan2 kata mereka yg. jumpa/lihat nabi dalam mimpi maknanya ia adalah mimpi yg. benar, maknanya D.Harun Adalah orang yg. benar, sekarang beliau memilih PAS sebagai wadah perjuangan adakah tuan2 semua ikut? Tuan2 semua tidak lebih dari kafir Quraish yg. mengatakan Muhammad itu Al-Amin tapi apabila Muhammad mengajak kepada ke-Esaan Allah mereka berpaling dan mengatakan Muhammad itu gila dan ahli sihir.

      Reply
      • January 31, 2012 at 8:35 AM
        Permalink

        Tuan2 semua tidak lebih dari kafir Quraish yg. mengatakan Muhammad itu Al-Amin tapi apabila Muhammad mengajak kepada ke-Esaan Allah mereka berpaling dan mengatakan Muhammad itu gila dan ahli sihir…

        Astaghfirullahal’azhim…sedihnya baca kata-kata ini….sungguh berat tuduhan sebegini Tuan…berkasih sayanglah…mohon hidayah dan taufik…kita semua nak masuk ke syurga Tuan, bkn neraka andai tersasar mohon doakan, jgn terlalu cepat menghukum…kurang berhikmah dalam dakwah…Allah murka dengan kita, kita tak sedar, di padang mahsyar kelak terpinga-pinga orang yg kita hina kedudukannya mungkin lebih mulia di sisi Allah…mereka didatangkan sbg ujian namun tanpa kita sedar kita sudah tewas rasa diri hebat kerana sudah masuk perangkap syaitan. Na’udzubillah…

        Reply
      • January 2, 2013 at 1:09 AM
        Permalink

        umat islam akan lebihmneghormati harundin..namun dari segi politik BN tetap merajui negara

        Reply
      • January 2, 2013 at 1:10 AM
        Permalink

        umat islam akan lebih mneghormati harundin..namun dari segi politik BN tetap merajui negara

        Reply
      • May 1, 2013 at 12:11 PM
        Permalink

        PRUFFFFFFFF….. HARON DIN BLH TOLONG KITA KE KT PADANG MASHYAR….

        Reply
  • January 29, 2012 at 10:18 PM
    Permalink

    Sebab umno sayangkan pas .Umno dan pas adalah parti bertunjangkan Melayu ….Tapi Pas tidak mengaku melayu dan Menuduh orang Umno Kafir……..Busuknya orang orang PAS

    Reply
  • January 29, 2012 at 11:32 PM
    Permalink

    umno sayangkan harun din sebab dia langsung tak memberi ancaman kepada umno!dalam politik malaysia lawan tetap lawan kalau anda mempunyai sedikit sempati terhadap lawan anda maka lebih baik anda menjadi pembodek lawan anda!harun dinlah yang mempunyai sifat ini!sepatutnya harun din perlu minta maaf kepada penyokong-penyokong pas terutama di negeri perlis,kerana sampai hari ini dia tidak mampu membantu pas menawan negeri perlis daripada umno malah asyik mahu berbaik-baik dengan umno!bagi saya ledih baik dia keluar dari pas saja!

    Reply
    • January 30, 2012 at 1:50 AM
      Permalink

      hahhh!! Tu dia WAJAH penganut agama PARTI ADAT dan SOKAN sudah bersuara.

      I might not like Harun Din,
      but sekurang kurang nya ALLAH beri keIzinan dia bersolat di dalam Kaabah tiga kali (tho, i might not like it bila bercerita tentang itu…seolah olah ada unsur riak)dan jika dia dg izin ALLAH SWT..dg syafaat Rasulullah dia bermimpi berjumpa baginda…Wallahualam.

      Fo that he is much better then NICKY AZIZ.

      Tak tahu lah jika dalam Kitab yang NICKY AZIZ pegang boleh amalkan sifat dendam dan hasad dengki.

      Jika berkehendakkan perpaduan umat ISLAM adalah satu larangan dalam AGama PAS…yes adalah lebih baik dia keluar, agar akidah dia tidak tercalar.

      Reply
      • January 30, 2012 at 12:04 PM
        Permalink

        betul ke haron din penah solat dalam kaabah…ada bukti nyata?????atau sekadar cerita sok sek?????neway Parti Adat dan Sukan mmg sesuayyy bangat

        Reply
        • January 30, 2012 at 9:47 PM
          Permalink

          Saya penah dgr ada 2 org jer dari Malaysia penah masuk Kaabah…Ustd haron Din & Tun Mahathir….apa2 pun Hron Din ni aku percaya…Kalu Hadi atau Nik…jgn harap ler…

          Reply
          • January 31, 2012 at 7:53 AM
            Permalink

            Dalam pimpinan PAS ramai yg. telah bermimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. antaranya TGNA dan TGHA, tapi tidaklah dibesar2kan. Risiklah kalau iklas nak tau, kerana mereka tidak akan berkata d tempat terbuka. Tidak mahu sokongan atas sebab mimpi Rasulullah semata2. Benar adalah orang yg. terpilih yg. dapat bertemu Rasulullah, tanyalah apa amalannya, apa perjuangannya supaya kita sama2 dapat pula bermimpi bertemu Rasulullah. Bukan sekadar percaya tapi tidak menyokong, kalau benar tuan2 semua percaya pada D.Harun Din sepatutnya beliau telah jadi MB perlis pada PRU11, tapi beliau tak mampu pun jadi YB d perlis… kenapa?

        • June 12, 2012 at 1:08 PM
          Permalink

          BUJUK,AKU JUGA DENGAR NIK AZIZ MIMPI TENGOK ANWAR TENGAH KONKEK AMOI.

          Reply
  • January 30, 2012 at 12:10 AM
    Permalink

    AKU SETUJU PUTRA KULIM

    PENYOKONG PAS BUTA PERUT…AJIS TU GILA MEROYAN

    Reply
  • January 30, 2012 at 2:36 AM
    Permalink

    mudah2an haron din akan mengambil alih kepimpinan PAS daripada pok yg dah jadi macam ‘yoda’ dlm starwars tu..

    Reply
  • January 30, 2012 at 10:03 PM
    Permalink

    sudah tiba masanya kita semua menyucikan semula perjuangan pas yang tersasar. kita akan hancurkan semua setan-setan dalam pas sekiranya mereka tidak mahu kembali ke jalan Allah.

    Reply
  • January 31, 2012 at 8:01 AM
    Permalink

    Dato Harun Din lebih akademik dari politik, ya… beliau hebat ilmunya tapi itu tak dapat menarik rakyat menyokong beliau. Walaupun beliau banyak berjasa beliau iklas dan tidak pernah mengungkit jasanya supaya rakyat menyokong/mengundi beliau.
    Buat penyokong2 UMNO, satu persoalan siapakan yg. tuan2 percaya antara D.Harun Din dan Isa Sabu atau Shahidan Kasim? jangan dilidah lain, d hati lain. Tuan2 hanya memilih dunia sebab itu buta untuk menilai walaupun akal fikiran tuan2 tau D.Harun tunjukkan tuan2 jalan kebenaran. Patutkah tuan2 kata D.Harun baik, bijak, wali Allah atau sebagainya tapi tuan2 tolak beliau menjadi pemimpin?

    Reply
    • February 1, 2012 at 1:39 PM
      Permalink

      Bujuk… dia worang tarak boleh mau ulas pertanyaan bujuk juga. Cacai Ameno lidah cabang.. Mau spin ini isu tapi tarak mau undi Harun Din…. manyampah sama Israel tapi sayang sama bundera Israel….

      Reply
    • February 2, 2012 at 10:55 PM
      Permalink

      Cuba tanya pulak pada penyokong PAS dulu sebelum tanya orang UMNO. Apakah tuan2 percaya pada Mat Sabu atau Mahfoz Omar atau Anwar Ibrahim. Kerana mereka ini adalah pemimpin tertinggi PAS dan PR.

      Reply
      • February 2, 2012 at 11:46 PM
        Permalink

        Tuan… dalam hairaki PAS Mursyidul Am paling tinggi, ada ketua dewan Ulamak, ada majlis syura, Presiden… baru Tim.Presiden. Perjalanan PARTI dan DASAR parti mesti dipersetujui Mursyidul Am dan majlis syura serta dewan ulamak baru diluluskan. berapa ramai ulamak dalam semua hairaki tersebut? malah dalam majlis syura yg. bercampur ulamak dan profesional juga masih ramai ulamak, dewan ulamak 100% ilmuan Islam, mursyidul dan Tim. mursyidul lagi. Nak di banding dengan UMNO jauh… dewan ulamak pun takda, tu menteri JAKIM masuk MT tak? bukan takat Naib presiden, Majlis Tertinggi UMNO pun ulamak tak lekat. Siapa yg. kemudi UMNO?
        Nak harap Najib… Rukun Haji pun tak lepas.

        Reply
        • June 12, 2012 at 1:19 PM
          Permalink

          DALAM UMNO ADA ULAMAK TAPI DILETAKKAN DLM BAHAGIAN YG IA ADA KEMAHIRAN,INGAT SEMUA ULAMA BOLEH TADBIR NEGARA DGN BAIK KE TANPA ILMU2 YG LAIN,SEBAB TULAH MASALAH AIR YG PALING ASAS DIKELANTAN TAK BOLEH SELESAI,NAK BUAT LEBUHRAYA GUNA DUIT RAKYAT.DI KEDAH BALAK TEPI SUNGAI HABIS DITEBANG.ITU JE YG IA MAMPU FIKIR.CARA LAIN NAK JANA PENDAPATAN NEGARA TAK RETI.Bujuk,sepangjang pengalaman aku bergaul dgn ulamak nilah satu kesimpulan yg boleh aku buat,mereka cekap berceramah tapi langsung tak cekap dlm hal2 pentadbiran dan pengurusan.

          Reply
    • June 12, 2012 at 1:11 PM
      Permalink

      ORG PAS PUN TOLAK DIA JD PEMIMPIM,PATUTNYA PILIHLAH DR HARON JD MURSYIDUL AM BERBANDING NIK AZIZ YG LANGSUNG TAK BERKALIBER DR SEGI KEILMUAN DAN PENGURUSAN.

      Reply
  • January 31, 2012 at 2:13 PM
    Permalink

    Salam,

    Bagi saya khalayak tidak layak menilai seseorang dan membandingkannya yang mana lebih tinggi maqamnya kerana yang Maha Mengetahui adalah Allah S.W.T..

    Iman seseorang tidak dapat diukur oleh manusia juga selain penciptanya yang Maha Agung…jadi bagi saya artikel ini tidak sepatutnya di keluarkan dengan membandingkan-bandingkan iman dan maqam seorang hamba..kecuali sang Penciptanya..

    Reply
  • January 31, 2012 at 2:16 PM
    Permalink

    Artikel yang memporak-perandakan perjuangan Islam oleh seseorang dan memecah-belahkan kefamahaman muslim kepada berpuak-puak dan bahagian-bahagian…melewati objektif sebenar iaitu mempertahankan Islam di bumi Allah…Adalah lebih baik bersangka baik dan berjuang untuk penyatuan bukan permusuhan…

    Reply
  • February 15, 2012 at 3:18 AM
    Permalink

    Untuk orang UMNO, letaklah sesiapa pun ulama tersuhur jadi pemimpin PAS. Mereka tetap dengan UMNO yg perjuankan melayu dan bukan memperjuangkan islam.

    Reply
  • February 15, 2012 at 3:34 AM
    Permalink

    Jika orang2 UMNO berada di zaman rasullullah… merekalah yg akan menentang rasullulah… mengaku islam tapi tidak menegakkan hukum2 islam. Mulut2 ulamak dikunci walaupun mungkar di depan mata. Itulah tanda2 akhir zaman. Akhir sekali aku doakan agar Allah beri petunjuk pada semua umat islam dan dapat mendirikan negara islam dan menjalankan hukum2 islam. InsyaALLAH…

    Reply
    • June 12, 2012 at 1:26 PM
      Permalink

      sejak Umno memerentah negara,banyak syiar islam berkembang,masjid byk didirikan,dikelantan PAS buat sebijik je masjid sepanjang 20 tahun.Umno tadbir negara dgn baik,rakyat hidup selesa,sekolah2 agama bawah kerajaan negeri dibantu dr segi kewangan dan guru2nya kebajikan dijaga.Imam2 dapat gaji ijazah gred 41.Ealun guru2 alquran dan KAFA dinaikkan.PAS cakap je pejuang islam tapi habuk pun takdak.umno menaikkan martabat islam di malaysia tapi PAS menaikkan martabat Gay dan pejuang seks bebas di malaysia

      Reply
  • January 10, 2013 at 8:51 AM
    Permalink

    PAS x lah seperti yg anda fikir.

    cuba fahami konsep Dakwah ISLAMIAH. itulah yg PAS cuba bawa dalam politik Malaysia.

    bergabungnya PAS/DAP/PKR adalah kerana Dakwah.

    kenapa PAS sudi bergabung dgn DAP? X nak dgn UMNO?

    kalau diikutkan sejarah, berkali2 umno mengkhinati perjanjian PAS-UMNO sejak tahun 1960an, diperlekeh, difitnah oleh umno (x caya try kaji isu tuhan samseng)

    penyatuan yg diwarwakan baru2 ni seolah2 berbaur kepentingan( bila lemah baru nak ajak gabung. masa kuat?-zaman pakLah 2004(bru habis Plihan raya). ada umno nak ajak bergabung?). Wujud kesangsian. kalau hangpa pon mesti pikir 2,3 kali klu dgn bekerja kembali dgn org yg pernah khianati hangpa.

    W’alam. just pandangan.

    Reply
  • January 22, 2014 at 4:19 PM
    Permalink

    Salam,
    Saya penyokong UMNO kerna byk kebaikan yg telah kami sekeluarga merasa dan pelbagai kebaikan telah dihulur oleh UMNO bgi membantu sesama bangsa dan saya juga penyokong tegar Dato Haron Din… mcmana tu? Jgn sesekali memperlekehkan beliau sudah tentu hatiku membara.

    Kalo Dato Haron Din adalah pemimpin utama PAS sudah tentu saya org pertama menghantar borang keahlian…

    Reply
  • January 24, 2015 at 8:11 AM
    Permalink

    Kpd Semua,

    Brckplah dgn adab dan ilmu

    Krn tiada ilmu d tmpt yg x bradab ..

    Istighfar banyk 2 ,prbnykkn selawat

    Spttnya kita contohi Prof tapi kita ?

    Bergaduh hal politik & dunia semata2

    Subhanallah ..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.