Pak Samad janggut yang tak sedar diri..

Berita terbaru mengatakan, si jambang putih A. Samad Said akan mengepalai demonstrasi haram BERSIH 3.0 di jalan-jalan seluruh kotaraya sebelum Pilihanraya Umum berlangsung. Perlantikannya sebagai Pengerusi bersama BERSIH ini pastinya membuatkan orang tua lanjut umur ini tersenyum panjang..

Yang peliknya, didalam usia yang semakin hampir malam, jalan pun sudah tak berapa mampu, cakap pun makin merapu.., masih kuat rupanya keinginan Pak Samad untuk menentang kerajaan.

Patutnya di usia emas sebegitu, Pak Samad menumpukan usaha mengisi ruang-ruang ibadat yang tertinggal sewaktu muda, bukannya mengisi ‘dosa’ dijalanan. Jangan disebabkan terlampau gersang untuk mencari perhatian, perasaan hormat rakyat kepada warga emas seperti Pak Samad mulai pudar.

Pak Samad bukannya ‘mentah’ dalam berfikir.., Pak Samad juga bukannya anak kecil yang perlu diajar tentang baik dan buruk tindakan yang bakal dibuat. Seharusnya Pak Samad menjadi role model yang baik kepada seluruh generasi muda negara.., bukannya menjadi ‘pegemis kasih sayang’ di tepi jalan.

Ketika ini, semua rakyat sedar bahawa pilihanraya umum ke 13 makin hampir. Pakatan pembangkang yang sibuk bermimpi pasal Putrajaya sudah tentu akan menggunakan apa saja bagi merealisasikan impian mereka. Dan A. Samad Said merupakan salah satu ‘boneka’ Pakatan didalam usaha mereka menarik perhatian rakyat.

Modus operandi Pakatan melalui perhimpunan haram BERSIH sangat mudah. Mereka hanya mahu rakyat Malaysia memberi perhatian kepada mereka. Pakatan mahu rakyat lupa kepada segala kebaikan dan jasa-jasa kerajaan. Yang paling utama, Pakatan mahu dunia melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak aman.

Disinilah peranan Pak Samad diperlukan oleh Pakatan. Warga emas tersebut diperkudakan bagi menarik simpati golongan muda yang berdarah panas. Semangat anak-anak muda dibakar melalui sajak serta puisi Pak Samad yang kononnya negara sedang ditindas. Padahal.., negara sedang diancam ketenteramannya oleh Pakatan itu sendiri.

Apapun versi yang cuba Pakatan tunjukkan melalui perhimpunan haram BERSIH, ia bukan perjuangan untuk membersihkan pilihanraya sebenarnya. BERSIH adalah satu usaha terancang bagi menarik anak-anak muda turun membuat kacau di jalanraya. Jika negara huruhara, makin mudahlah Pakatan menawan Putrajaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *