Hormati Keputusan Hakim, Tapi Allah Akan Tunjukkan Keadilan Sebenarnya Kelak..

Share


Ramai yang terkejut dengan keputusan hakim yang menetapkan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo, sebagai bersalah di dalam kesnya di Mahkamah Shah Alam semalam. Dalam keputusan hakim semalam, beliau dikenakan hukuman penjara 12 bulan dan rumah yang menjadi sebutan kes dirampas kerajaan.

Baiklah. Saya menghormati keputusan hakim tersebut.

Bagaimanapun, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa keputusan tersebut tidak sedikit pun menyanggah sokongan saya kepada Dr. Khir. Bukan kerana membodek mana-mana pihak atau menyebelahi pemimpin UMNO itu, tapi dari segi moralnya, pada saya Dr. Khir langsung tidak bersalah sama sekali.

Pertama, melihat dari latar belakangnya yang saya kenali, beliau merupakan seorang individu yang sangat merendah diri, zuhud dan taat kepada hukum hakam agama Islam. Sikap dan asas agama yang ada padanya membuat saya percaya bahawa beliau dan isteri tidak langsung punya sebarang potensi untuk melibatkan diri dalam unsur rasuah.

Kedua, Dr. Khir merupakan seorang yang sangat menjaga maruah dan harga diri. Misalnya, beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor dan mengembalikan gelaran “Datuk Seri” yang dikurniakan DYMM Sultan Selangor semata-mata untuk menjaga nama baik Istana dan maruah UMNO yang tewas di Selangor pada PRU12 yang lalu.

Tindakan ini tiada siapa pun dalam UMNO yang sanggup buat melainkan Dr. Khir. Cuba lihat di Kedah, Pulau Pinang dan Perak sebelum ini, adakah mana-mana pemimpin UMNO/BN yang meletak jawatan atau bertanggung jawab penuh dengan kekalahan di negeri masing-masing. Koh Tsu Koon misalnya, tak malu untuk menerima jawatan di peringkat pusat!

Justeru itu, adalah sangat tidak logik bagi Dr. Khir untuk merosakkan reputasi dan maruahnya dengan kegiatan rasuah sebagaimana yang didakwa.

Sebenarnya, saya faham sangat tentang jual beli rumah tersebut. Penjual rumah tersebut kesempitan wang dan menawarkan rumah tersebut kepada Dr. Khir untuk dibeli. Dr Khir dan isteri memang berminat dengan rumah tersebut dan pergi ke lokasi untuk melihat rumah terbabit.

Kemudian, beliau minta rumah terbengkalai dan sudah buruk tersebut diperiksa nilai sebenarnya. Beliau memohon pinjaman dari bank dan diluluskan pada RM3.5 juta sahaja. Memandangkan itu saja limit yang beliau dapat, mahu tidak mahu, penjual rumah yang kesempitan wang bertindak menjual juga rumah tersebut kepada Dr. Khir meskipun dia rugi sejuta dua..itu saja kesnya dari segi moral.

Namun, mungkin atas dasar nak “mengenakan” Dr. Khir sebagaimana yang beliau sebut di blognya pada Hari Raya yang lalu, kes ini dibawa ke tengah dari sudut teknikal dan perundangan. Kononnya, ada berlaku rasuah? Pada saya, jangankan rasuah, unsur rasuah langsung tak timbul pun…

Ianya lebih kurang begini. Anak kawan saya nak masuk universiti di luar negara dan dia kesempitan wang. Dia nak jual tanahnya yang berharga RM20,000 untuk memasukkan anaknya ke universiti. Dia tawarkan kepada saya untuk membeli tanah tersebut. Saya cuba nak beli, tapi tak ada duit sebanyak itu.

Kemudian, saya mohon pinjaman bank. Bank hanya luluskan RM14,000 saja. Oleh kerana nak pakai duit sangat untuk anaknya yang nak melanjutkan pengajian ke luar negara, kawan saya jual juga tanah tersebut kepada saya walaupun dibawah harga pasaran. Maka terjadilah perjanjian jual beli itu.

Beza antara cerita tersebut ialah Dr. Khir merupakan seorang MB manakala saya hanya orang biasa. Namun, apakah boleh dikatakan saya ini mengamalkan rasuah? Dan apakah Dr. Khir juga boleh dikategorikan sebagai mengamalkan rasuah? Kami hanya membeli sesuatu di bawah harga pasaran, itu saja!

Jangan beritahu saya bahawa para pembaca semua tidak pernah melakukan tawar menawar ketika nak beli barang! Biasalah tu!

Saya musykil dengan kes ini sebenarnya. Namun saya biarkan kepada Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan untuk tentukan. Pada saya, berkemungkinan juga Mahkamah Rayuan kelak akan memasukkan lebih banyak elemen MORAL di dalam kes tersebut.

Sebagaimana kita tahu, akta dan fakta perundangan hanya sedikit saja memasukkan elemen moral di dalam keputusannya. Sebagai contoh, kes Liwat Anwar I dulu, meskipun Anwar disahkan mahkamah terlibat dengan aktiviti meliwat, dia dilepaskan kerana fakta teknikal. Kes itu dibuang walaupun dari segi moralnya Anwar disahkan meliwat!

12 bulan penjara dan hartanah kes dirampas, itu hukumannya. Dan saya yakin, Mahkamah Rayuan ada keputusan yang lebih baik. Apa yang diperlukan sekarang ialah Dr. Khir harus meneruskan solat hajat dan solat malamnya sebagaimana sebelum ini dan minta dari Allah agar kebenaran yang sebenar bahawa dia tidak bersalah dibuktikan selepas ini di Mahkamah Rayuan kelak.

Ini semua hal duniawi. Esok di akhirat, sudah tentu mahkamah yang Maha Adil menanti kita semua. Justeru itu, saya memohon kepada Dr. Khir dan keluarga agar bersabar kerana Allah sentiasa bersama para muslimin yang sabar. InsyaAllah, kemenangan pasti akan berpihak kepada Dr. Khir sekeluarga. Wallahua’alam.



38 thoughts on “Hormati Keputusan Hakim, Tapi Allah Akan Tunjukkan Keadilan Sebenarnya Kelak..

  • December 24, 2011 at 3:05 pm
    Permalink

    Satu Keputusan yang luar jangkaan… Kepada pemimpin jangn lah berurus niaga dengan org yang ada sesuatu kepentingan. Dalam kes ini penjual ada urusan resmi perniagaan dengan MB….atau syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Jika Khir Toyo membeli hartanah dari orang lain yng tiada kaitan dengan harga yang murah…rasa masalah ini tidak berbangkit…

    Hakim membuat keputusan berdasarkan ada kepentingan antara kedua belah pihak.

    Reply
    • December 25, 2011 at 1:06 am
      Permalink

      Memang wayang kulit betullah. Lepas ni masuk mahkamah Rayuan, ..tu dah makan setahun. Aku yakin… lagi dua tiga hari nak setahun , mahkamah rayuan tetap kata Toyol bersalah. Lepas tu dia amik MC dari doktor pulak. Akhirnya dia selamat dari penjara.
      Samalah plan diorang dengan Polis yang pukul Anwar dulu tu. DAH BOLEH BACA PUNYA.

      Reply
      • December 25, 2011 at 1:32 am
        Permalink

        mcm sotong Kurita la hang ni….

        Reply
        • December 25, 2011 at 10:15 pm
          Permalink

          kalau wayang opera Nuar plak cmne bro? papa izah jahat..mama izah subahat.. pencacai2 pulak saling jilat..??

          BERSHIT 3 bila mau lancar bro? wayang lama tajuk baru.. hahaha..

          Reply
          • December 26, 2011 at 12:53 am
            Permalink

            Dari 1998 sampai sekarang DSAI kena tuduh…tapi satu pun tak boleh disabitkan dengan kesalahan sebab perancangan fitnah pasti bercelaru. Dulu berpuluh2 pelacur beratur kata pernah tidur dengan DSAI. Last2 tak da bukti, terpaksa jailkan DSAI pasal salahguna kuasa kononnya. Lps 6 tahun kena penjara, tiba2 didapati tak bersalah plak dan dibebaskan….kelakar betul. Apatah lagi bila aku tgk org2 terlibat fitnah DSAI tu semuanya mati dalam keadaan yang amat HINA. Tu yang aku terus keluar UMNO tuu..

          • December 28, 2011 at 12:10 am
            Permalink

            Masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan.
            Saya ingin perturunkan disini keputusan dua daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar. “Tun Jebat” pada 1hb
            Julai telah catatkan keputusan ini juga. Keputusan ini berbunyi;
            “Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were
            involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt”.

            Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan
            Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku.
            Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah.

            Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata
            dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan
            Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku.

            Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang
            dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah
            betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan.
            Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas
            penghakiman dua hakim tadi.

            Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat
            oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman
            salah keatasnya.
            Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.
            Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum.
            Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia.
            Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula
            berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia.
            Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah.

          • December 28, 2011 at 2:47 am
            Permalink

            ex-UMNO.. jgn ko dekati syirik..percaya kematian itu disebabkan kes Anwar! rosak le Akidah ko..

            Kebetulan takdir kematian itu dgn kes Anuwar mngkin Allah nk uji lg..siapa yg tertipu.. sbb seperti ramai tahu termasuklah pemimpin PR sndiri sehingga ke pemimpin Singapura yg anuwar brahi ni mmg terlbat dlm kes2 yg disabitkan..

            Terpulanglah nk percaya atau tidak..tp yg WAJIB ko tolak ialah kematian2 itu ada kaitan dgn Anuwar..itu ko tempah tiket syirik-amalan lain ditolak kalau syirik!

  • December 24, 2011 at 3:11 pm
    Permalink

    “” Beza antara cerita tersebut ialah Dr. Khir merupakan seorang MB manakala saya hanya orang biasa. Namun, apakah boleh dikatakan saya ini mengamalkan rasuah? Dan apakah Dr. Khir juga boleh dikategorikan sebagai mengamalkan rasuah? Kami hanya membeli sesuatu di bawah harga pasaran, itu saja!””

    Pendapat saya jika Khir Toyo membeli hartanah tersebut dengan orang biasa atau penulis diatas…ia tidak menjadi satu kesalahan walaupun dengan harga paling murah atau diberi percuma. Contoh Penulis nak hadiahkan tanah kepada Khir toyo secara PERCUMA atau dengan harga RM1 pun takda masalah selagi penulis tiada kepentingan dengan Khir Toyo pada masa urusniaga dijalankan.

    Reply
  • December 24, 2011 at 4:18 pm
    Permalink

    khir toyo dianaiyai oleh pihak-pihak berkepentingan dalam umno terutama di selangor!nampak ramalan khir menjadi kenyataan!

    Reply
  • December 24, 2011 at 4:52 pm
    Permalink

    Semoga Dr. Khir tabah. Semoga rayuan beliau nanti akan diterima. Berani Kerana benar.. Allah sentiasa adil kepada semua hambanya..

    Reply
  • December 24, 2011 at 5:28 pm
    Permalink

    “saya kenali, beliau merupakan seorang individu yang sangat merendah diri, zuhud dan taat kepada hukum hakam agama Islam”….

    LAWAK BODOH …. DARI UMNO

    Reply
    • December 24, 2011 at 7:00 pm
      Permalink

      hoi bodoh……si anwar al juburi tu merendah diri ke ? terang2 menyudu china doll…….itu apa ? warak ke ? kau yg paling buat lawak bodoh@bangang selamanya…

      Reply
  • December 24, 2011 at 5:31 pm
    Permalink

    Tiada yang lawak.. Bukan semua pemimpin pakatan rakyat baik n bagus…

    Reply
    • December 24, 2011 at 5:45 pm
      Permalink

      apa hang cerita P16 ? pemimpin pembanggang tak ada seekor pun yang baik !! kalau ada pun…baik depan mata saja kot !

      mana boleh jadi baik…kalau syaitan pun depa buat kawan !

      Reply
  • December 24, 2011 at 5:34 pm
    Permalink

    KHIR TOYO BUKAN ORANG NAJIB,…..

    KALAU ORANG NAIB DAH LAMA LEPAS ….

    ITU JEA DALAM POLITIK UMNO

    Reply
    • December 24, 2011 at 5:48 pm
      Permalink

      wahhh pandai hang c4 buat analisis politik…hehe patut lah pembanggang terus-terusan kempunan nak tawan putrajaya….

      orang macam hang jadi think tank !!

      hik ! hik ! hik !…errr mak angkat hang rosmah apa khabar ?

      Reply
      • December 24, 2011 at 9:37 pm
        Permalink

        ha’a bro..ko dah lupa rosmah ye..sampai ati c4 hehe

        Reply
    • December 25, 2011 at 12:18 am
      Permalink

      level budak UPSR 4D 1E la hang ni C4/C1..

      Reply
  • December 24, 2011 at 5:41 pm
    Permalink

    aku yakin sangat sangat yang semua ini sementara saja..diperingkat mahkamah rayuan besok yang ada hanya dokumen, saksi saksi semua ni mana ada. jadi aku yakin dan dah banyak terjadi pun kes sedemikian lepas diperingkat rayuan.

    Reply
    • December 28, 2011 at 12:35 am
      Permalink

      maksud ko ada mainan politik dalaman, so Khir toyo bukan lagi calon boleh menang camtu?

      Reply
  • December 24, 2011 at 5:46 pm
    Permalink

    yang kita nampak gambar video yang di sahkan ‘tulen’ olih pakar2 dari US pun penyokong Anwar tak nak percaya. ‘cinadoll’ di sudu Anwar walaupun sakit tulang belakang tapi ‘punai’ tak sakit pun.

    Reply
    • December 25, 2011 at 1:12 am
      Permalink

      Sedih tgk level IQ org UMNO ni. Memang la video tu original…tp orangnya belum tentu original. Macam sorang Pak Iraq yg mirip Saddam Hussuin yg dpt lari dari tahunan US. Beliau kena paksa melakukan lakonan seks yang kononya Saddam Hussin dalam rakaman Infra Red.Itulah masalahnya kalau amik APCO sebagai consultan negara.

      Reply
      • December 25, 2011 at 1:30 am
        Permalink

        kalau tak betul nape tak saman dato T tu…kan ke saman menyaman ni makanan Aljuburi…pelik kan..

        Reply
        • December 25, 2011 at 8:30 pm
          Permalink

          Sebab rakyat dah meluat tgk lakonan bengap puak2 ni. Malas nak layan orang bengap, takut jadi sama bengap. Baik Anwar buat kerja yang lebih berfaedah dari layan orang bengap.
          Takkan lah dari tahu 1998 sampai sekarang ni satu bukti pun tak dapat nak sabitkan anwar bersalah.
          Berani tuduh kat media jeee…dlm mahkamah lintang pukang.

          Reply
          • December 25, 2011 at 10:01 pm
            Permalink

            lpas hang kluar UNMO dulu, hang menetap kat hutan amazon ke…Najib ke yg pi amik air mani Anwar tu,lpas tu sumbat kat jubur saipul….bengong….

          • December 28, 2011 at 12:37 am
            Permalink

            Bijak pun hang, sebab tu Najib tak berani jadi saksi….kan..kan.

      • December 25, 2011 at 1:51 am
        Permalink

        korang pakatan haram lg sedih..bukti yg nyata pun korang tak caya..sedangkan citer2 fitnah yg tah rekaan semata2 bukan main korang percaya ye..jahil sgt korang ni

        Reply
        • December 28, 2011 at 2:50 am
          Permalink

          yg xthn tu Hadi ngok cpt2 kluar statement video tu BESI.. xboleh bersaksi… tanggunglah Hadi ngok oii di akhirat nnt… sbb jika HUDUD tidak tersabitpn krn teknikal bukti terteinggi (4 saksi iqrar).. hukuman TAKZIR boleh dibicarakan..spt kes khalwat atau cubaan Zina..

          inilah tipudaya2 makhluk2 laknat PAS dlm menipu agama..ramai yg jd mangsa.. mgkin juga ini yg dikatakan Nabi di akhir zaman Dajjal akan menipu umat Islam..

          Reply
      • December 25, 2011 at 11:36 am
        Permalink

        laaaa…hang ni tengok ” mission impossible ” banyak sangat niiii….

        hmmm…mungkin jugak si lebai kulop nik ajis tu dah lama padam….orang tua yang kita tengok tu hanya orang yang mirip dia…hahahahaha

        patut la hassan ali kata puak-puak hangpa ni dah bankrap pemikiran….ingat tu, bukan najib kata…hassan ali yg kata…

        sian…

        Reply
  • December 24, 2011 at 5:54 pm
    Permalink

    Ada juga pemimpin pakatan yang baik raplahjinga. Macam Dr. Hassan Ali. lagi baik kalau dia masuk umno. Manusia bukan maksum, bukan macam nabi and rasul

    Reply
    • December 25, 2011 at 12:24 am
      Permalink

      Hasan ali temberang ja lebih …….Ini satu sindiwara abad ini ………pelakun pelakun nya berjawatan besar didalam pas….untuk orang orang umno jangan termasuk kedalam kain mereka …….baunya busuk dan menakutkan ……..Untuk hasan ali …..lu fikirlan sendiri…….

      Reply
  • December 24, 2011 at 6:23 pm
    Permalink

    Dr. Khir dah lama cuba dipancing oleh org PAS, hanya kerana Dr. Khir tahu kepincangan PAS dan perancangan jahat PAS dan DAP, maka dia bersama UMNO … sapa tak tau markas PAS di Sungai Besar sebelah rumah aje ngan Dr. Khir … Dr. buat open house, org PAS pun datang sama …

    Reply
    • December 24, 2011 at 7:03 pm
      Permalink

      yes…itu aku setuju…memang dah lama diaorang nak pancing Dr Khir Toyo….tapi aku yakin dia takkan terpengaruh pun….sedara mara dia pun ramai yg sokong Lipas dan sikapir laknatullah

      Reply
    • December 28, 2011 at 2:53 am
      Permalink

      org PAS bab makan dgn duit sape bg pun diornag sapu.. opss satu lg ‘bini org’..

      Reply
  • December 24, 2011 at 10:20 pm
    Permalink

    Tubuh parti baru. Pejuangan baru….nafas baru…pemimpin baru…cabaran baru ..kita tunggu hingga haru biru baru muncul.

    Reply
  • December 25, 2011 at 12:16 am
    Permalink

    Adakah menjadi kesalahan membeli harta dibawah harga pasaran? Hakim membuat andaian ada unsur rasuah dan berkepentingan mendapat untuk diri khir dan istri kerana khir berurusan dengan seorang yang biasa mendapat kontrek kerajaan selangor .Bolehkah keputusan hakim dibuat berdasarkan andaian semata mata ….
    ikut suka kita lah nak jual sesatu dibawah harga pasaran …..adake mana mana peruntukan yang melarang amalan tersebut ……..
    Bagai mana pula jika seorang hakim membeli sebuah kereta dengan sebuah syrikat yang juga ada membekal kereta dan service kepada kerajaan …..adakah hakim tersebut boleh didakwa ?Susahlah macam ni semua dibuat berdasarkan andaian ……….Kalau macam tu dakwalah semua menteri besar dan PM sekali ……….

    Reply
    • December 25, 2011 at 11:15 am
      Permalink

      Utk kekawan gomen yang terbayar kurang harga tayar dekat kedai aku diminta datang utk membayar baki harga sebenar. Aku takut nanti sprm tangkap dakwa aku di mahkamah kemudian offer aku jadi saksi pendakwaan. Makan kawan sendiri…laga melayu dgn melayu.
      Yang tangkap india. Yang siasat cina dan yang dakwa aku melayu….1 Malaysia.

      Reply
      • December 25, 2011 at 10:12 pm
        Permalink

        naya je kan..hakim tu punye pasal habislah penjawat awam lepas ni kena beli brg ikut retail price..

        akta mana yg hakim tu pakai ekk?kena rmpas rumah yg masih hakmilik bank itu jd hak milik kerajaan? ini undang2 koboi ke?

        byk2 bersabar buat DS Dr Khir dgn ujian ini..semoga tabah dn ada hikmahnya! AMINN

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *