Jumaat Ini Penentu Nasib Khir Toyo

Share



Kes perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo memasuki fasa terakhir apabila kedua-dua belah pihak Peguam Bela dan Pendakwaraya menutup hujahan kes mereka Isnin lalu. Jumaat ini, Hakim Datuk Wira Mokhtarudin akan membuat keputusan sama untuk menyabitkan Dr. Mohamad Khir dengan pertuduhan tersebut atau membebaskannya.

Dr Mohamad Khir dituduh mendapatkan satu barangan berharga bagi dirinya dan isteri dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, yang beliau ketahui mempunyai hubungan rasmi dengannya, pada harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Pada hari jumaat ini, Hakim Datuk Wira Mokhtarudin Baki akan membuat keputusan mengenai kes ini. Berdasarkan hujahan pendakwaraya dan peguam bela, Hakim mungkin perlu memutuskan beberapa perkara berikut:

1. Apakah nilaian sebenar hartanah berserta rumah yang tidak siap pada 2007 itu sama dengan harga pembelian pada 2004 sebanyak RM 6.5 juta. Ini kerana pertuduhan tersebut dengan jelas menyatakan Dr. Khir memberi balasan yang kurang berbanding harga RM 6.5 juta.

2. Yang mana satu pilihan hakim dalam menentukan harga hartanah tersebut pada 2007 sama ada nilai pembelian, nilai oleh Rahim and Co atau nilai oleh TransAsia.

3. Jika hakim menerima nilai pembelian tersebut sebagai nilai struktur rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007, Hakim perlu membuat keputusan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai harga hartanah tersebut bernilai RM 6.5 juta.

4. Untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan ini, Hakim perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak keterangan SP2 dan SP 3. Hakim juga perlu memutuskan apakah kenyataan-kenyataan SP2 dan SP3 boleh diterima sebagai satu saksi yang suci dan melampaui keraguan munasabah. Ini kerana pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir bergantung kepada kenyataan-kenyataan SP2. Jika kedua-dua ini diterima oleh Hakim, maka Dr. Mohamad Khir akan disabitkan kesalahan.

5. Jika hakim menerima penilaian Trans-Asia, Dr. Mohamad Khir mungkin dibebaskan berdasarkan kenyataan SP2 sendiri bahawa beliau tidak pernah memaklumkan kepada tertuduh mengenai laporan ini.

6. Jika Hakim menerima laporan Rahim and Co, bermakna tertuduh harus dibebaskan walaupun pendakwaraya mendakwa SP2 terpaksa menjual kepada tertuduh. Ini kerana tertuduh mendapat barangan tersebut dengan memberi balasan yang setimpal. Dakwaan SP2 terpaksa menjual juga tidak dapat diterima kerana SP2 mengaku di dalam Mahkamah bahawa beliau yang menawarkan untuk menjual kepada tertuduh.

Penulis berkesempatan hadir di mahkamah isnin lalu dan membuat beberapa catatan untuk pertimbangan pembaca. Tidak semua dapat dicatitkan.

Para peguam bela Dr. Mohamad Khir mengemukakan hampir 130 halaman hujah pembelaan yang dikemukakan oleh tiga orang peguam iaitu Kamarul Hisham Kamaruddin, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan M. Athimulan.

Antara garisan pembelaan pasukan Mohamad Khir Toyo yang dikemukakan oleh Datuk Jahaberdeen ialah balasan yang tidak mencukupi mestilah berasaskan “fair market value” bukannya harga pembelian terdahulu.

Menurut Jahaberdeen rumah yang dibeli oleh Dr. Mohamad Khir pada 2007 bukanlah rumah yang sama seperti yang dibeli oleh Dato Shamsuddin Haryoni pada 2004. Pada 2004, Shamsuddin membeli rumah yang lengkap dan lanskap menarik seperti diakui oleh Shamsuddin sendiri.

Manakala ketika Dr. Mohamad Khir membeli rumah asal yang dibeli oleh Shamsuddin telah diruntuh dan Shamsuddin membina rumah baru. Ketika rumah tersebut dibeli ia hanya 60% siap mengikut kenyataan Rahim and Co. Pendakwaraya tidak pernah mencabar peratusan siap rumah ini ketika dibeli.

Peguam Dr. Mohamad Khir berhujah, adalah tidak masuk akal untuk tertuduh membeli hartanah dalam keadaan tersebut dengan harga seperti yang dibeli oleh Shamsuddin pada 2004.

Jahaberdeen juga berhujah bahawa ketika Shamsuddin ingin mencagarkan hartanah tersebut pada 2005, penilai yang dilantik oleh Maybank bagi tujuan pembiayaan oleh Shamsuddin hanya menilia hartanah tersebut dengan harga RM 4.3 juta. Irhamy and Co hadir di mahkamah memberi keterangan dengan jelas mengenai perkara tersebut.

Justeru harga RM 3.5 juta pada 2007 untuk rumah yang tidak siap dan tiada lanskap merupakan satu nilaian yang adil.

Jahaberdeen juga berhujah laporan penilai Trans-asia yang dibuat oleh Shamsuddin tidak mematuhi disiplin penilaian rumah tidak siap. Trans-Asia menilai rumah hartanah tersebut pada harga RM 5.5 juta dengan membuat penilaian berasaskan harga rumah siap dan kemudian mengurangkannya harga berdasarkan keadaan rumah tersebut. Malahan laporan Trans-Asia sangat meragukan kerana langsung tidak menyertakan sebarang gambar bagi membuktikan lawatan tapak telah dibuat oleh penilai. Laporannya juga tidak ada sebarang perincian pengiraan seperti yang dilakukan oleh Rahim and Co.

Jahaberdeen turut meminta Mahkamah menolak laporan penilaian Henry Butcher yang diarah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat nilaian hartanah tersebut pada 2009. Nyata sekali Henry Butcher tidak mempunyai sebarang akses seperti Rahim and Co kerana nilaian tersebut dibuat pada 2009 setelah rumah tersebut siap. Henry Butcher menilai rumah tersebut pada harga RM 5 juta pada 2007 berasaskan laporan Rahim and Co dan pandangan mereka ketika melawat rumah tersebut pada 2009.

Jahaberdeen juga mengingatkan mahkamah bahawa penilaian oleh Irhamy and Co sangat penting untuk pertimbangan mahkamah kerana ia merupakan pandangan pakar yang jelas sekali mengetahui harga pembelian RM 6.5 juta tetapi tetap menilai rumah tersebut RM 4.3 juta pada 2005.

Pembelaan Dr. Khir sebenarnya dimulakan oleh Kamarul Hisham pada sebelah pagi sebelum disambung oleh Jahaberdeen pada sebelah petang. Kamarul memulakan hujah dengan menyatakan bahawa pendakwaraya gagal sama sekali membuktikan Dr Khir mengetahui bahawa beliau telah mendapat mendapatkan barangan berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau seperti mana kehendak pertuduhan dalam Seksyen 165.

Menurut Kamarul, pendakwaraya gagal membuktikan elemen pertuduhan melampaui keraguan munasabah dalam membuktikan tertuduh mendapat barangan dengan balasan yang kurang dan tertuduh juga mnegetahui keadaan tersebut semasa membelinya.

Tiada sebarang bukti menunjukkan terduduh mengetahui atau dimaklumkan mengenai harga pembelian sebelumnya. Saksi Pendakwa (SP) kedua, Datuk Shamsuddin juga tidak pernah menyatakan beliau memberitahu tertuduh harga hartanah yang dibelinya sebelum ini.

Namun, kamrul berhujah, ADALAH tidak penting tertuduh mengetahui harga pembelian sebelum itu atau membelinya dengan harga yang lebih murah berbanding dahulu kerana apa yang penting ialah pembelian oleh tertuduh mengikut harga pasaran. Kamarul merujuk sebuah kes di England.

Kamarul juga dengan merujuk satu kes di India berhujah bahawa tindakan pendakwaraya menyatakan “market value” bukan kayu ukur dalam menentukan nilai hartanah dan sama ada tertuduh mendapat barangan dengan harga yang lebih rendah merupakan satu kesalahan besar dari sudut keadilan.

Kamarul mempersoalkan bagaimana secara prinsip dan logik pendakwaraya boleh menggunakan harga terdahulu sebagai “benchmark” balasan mencukupi. Adakah jika hartanah jatuh ketika pembelian maka pembeli harus membeli dengan harga yang sama sungguhpun lebih mahal dari pasaran semasa?

Kamarul juga mengkritik pendakwaraya yang semasa penggulungan awal kes ini langsung tidak membantu mahkamah menentukan apakah tanda aras penentuan harga yang mahu digunakan apabila mereka mendakwa mahkamah tidak terikat dengan pandangan pakar hartanah.

Menurut Kamarul pendakwaraya gagal membuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh mengetahui harga sebenar pembelian yang dibuat oleh Ditamas sebelum beliau membelinya

“Tertuduh hanya mempunyai penilaian Rahim and Co ketika membuat keputusan membelinya. Tiada sebarang pembuktian dibuat oleh Pendakwaraya dalam membuktikan tertuduh mengetahui terdapat harga lain pada hartanah tersebut ketika beliau membeli. Sungguhpun tertuduh pernah ditawarkan harga yang tinggi pada 2004, namun rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007 adalah berlainan sama sekali.”

Kamarul juga menolak hujahan Pendakwaraya bahawa tertuduh berpakat dengan Shamsuddin kerana terbabit dalam ubah suai rumah sebelum beli. Bukti tersebut bukan sahaja lemah dan tidak boleh dipercayai malah tidak relevan dengan pertuduhan. Pertuduhan harus membuktikan tertuduh membeli hartanah tersebut di bawah nilai pasaran ketika beliau beli pada 2007.

Kamarul juga menyatakan kebergantungan pendakwaraya kepada kenyataan SP1, SP2 dan SP3 semata-mata tanpa penilaian “market value” bermakna mahkamah harus membebaskan tertuduh sekiranya semua saksi-saksi ini tidak boleh dipercayai.

Bagi mengukuhkan hujahnya, Kamarul menyatakan SP2 (Shamsuddin) merupakan saksi yang tidak boleh dipercayai dan mempunyai sebab untuk berbohong demi kepentingannya. SP2 mengubah kenyataan beberapa kali dan mengakui beliau mengubah kenyataan sebelum dituduh dengan selepas dituduh. Kamarul merujuk kepada beberapa kes duluan dalam menunjukkan kenyataan SP2 sangat lemah kerana membuat kenyataan 122 yang tidak benar sebelum ini. Justeru kenyataan SP2 harus disokong oleh bukti lain jika mahu diterima.

Dalam pada itu, kamarul juga memetik pelbagai kenyataan SP2 yang bertentangan sesama sendiri.

Kamarul juga mempersoalkan kenyataan SP2 yang kononnya beliau dipaksa memberi kenyataan SPRM mengikut kehendak tertuduh pada 2009. Mahkamah diingatkan bahawa bahawa tertuduh bukan lagi Menteri Besar pada 2009 jadi bagaimana paksaan boleh dibuat oleh tertuduh ke atasnya.

“Kenyatan SP2 yang bertukar-tukar mengikut keuntungannya menunjukkan beliau akan berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya. Justeru keseluruhan kenyataan SP 2 adalah tidak bernilai dan “Bogus”.

Kamarul juga mengingatkan Mahkamah bahawa SP2 berbohong apabila menyatakan beliau pergi melawat rumah SP 1 (Saiful) dengan Dato Sumardi dan tertuduh semasa hendak membeli rumah tersebut. Menurut Kamarul kenyataan ini dinafikan oleh SP1, menyatakan hanya Sumardi dan SP2 yang datang ketika SP2 mahu membelinya. Kenyataan SP 1 sebagai pihak yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi dalam kes ini jelas menunjukkan pembohongan SP2.

Kamarul juga membaca kenyataan SP2 yang menyatakan beliau tidak berkata apa-apa apabila SP 1 memaklumkan bahawa beliau ingin menjual hartanah tersebut dengan harga RM 7 juta. Namun SP1 dalam keterangannya menyatakan bahawa SP2 melakukan tawar-menawar harga hingga akhirnya dipersetujui sebnayak RM 6.5 juta.

Kamarul juga mengingatkan Mahkamah bahawa menurut SP2 beliau yang menawarkan untuk jual rumah tersebut bukan diminta oleh tertuduh.

“Menurut SP2 beliau bawa tertuduh melawat rumah tersebut. Jika tertuduh yang merancang keseluruhan pembelian ini adakah tertuduh perlu menunggu tawaran pembelian dan kemudiannya melawat rumah tersebut?”



32 thoughts on “Jumaat Ini Penentu Nasib Khir Toyo

  • December 21, 2011 at 11:17 am
    Permalink

    Semua pemimpin umno terpalit dgn rasuah dan salah guna kuasa, cuma siapa yg nak jatuhkan siapa jer..
    Kalau PR naik, kita akan bukak balik tak kira dari parti mana, buat siasatan yg telus.

    Reply
    • December 21, 2011 at 4:35 pm
      Permalink

      kalau yea mooo….PR tu hape…

      Reply
    • December 22, 2011 at 11:10 am
      Permalink

      jgn lupe bukak file 3billion anwar

      Reply
  • December 21, 2011 at 11:44 am
    Permalink

    Dr Khir sudah banyak beri damage factor masa jadi MB Selangor dan antara penyebab utama undi melayu lari dari UMNO ke pembangkang.
    Samada dia menang atau kalah , dia tetap liability pada UMNO dan jangan bagi dia bertanding lagi kali ni kalau UMNO nak rampas balik Selangor

    Reply
    • December 21, 2011 at 3:02 pm
      Permalink

      Tapi sebab apa umno terus mempertahankan pemimpin macam ni dah sekian lama dah???

      Reply
    • December 21, 2011 at 7:29 pm
      Permalink

      kenapa? ada projek tak dapat atau ada boss kau yang takut dengan Dr Khir? Nak tahu juga aku faktor labiality tu? boleh cerita sikit? kalau setakat tuduhan kosong saja semua pemimpin UMNO resign sajalah. Setakat ni aku tgk kalau kat public Dr Khir diterima ramai bila ke mana saja. Cuma yang ada kepentingan politik saja sebut soal labialiti ni.

      Reply
  • December 21, 2011 at 3:49 pm
    Permalink

    itu baru seorang pemimpin UMNO…

    bagaimana yang lain dah dakwa ke ???

    Reply
  • December 21, 2011 at 3:51 pm
    Permalink

    tapi aku rasa dia boleh lepas gitu jea…

    dengan bantuan wahyu2 dari UMNO…

    Reply
  • December 21, 2011 at 4:01 pm
    Permalink

    UMNO tidak akan hidup tanpa rasuah …..

    dulu kini dan selama2nya rasuah

    Reply
    • December 26, 2011 at 5:10 pm
      Permalink

      Tuduhlah tanpa bukti. Dlm undang2 hudud pun perlu bukti barulah hukuman dijalankan. Jadi….tempat yg layak untuk sipembawa fitnah ialah neraka waqiah. Apa itu neraka waqiah? Bacalah surah Al Waqiah

      Reply
  • December 21, 2011 at 4:02 pm
    Permalink

    Tiada sebab untuk Dr Khir tidak di pertandingkan atau tidak di calonkan,kalau kita lihat dalam kes ini ternyata Dr Khir seorang yg berani kerana benar.Kes ini menunjukkan yg Dr Khir adalah pemimpin yg berwibawa dan berkebolehan dgn kepimpinan yg teruji bukan liability.
    Dalam usia yg muda sbgi MB Selangor ketika itu jelas menunjukkan dianya telah berjaya mengemudi Selangor dgn cemerlang.Banyak dugaan juga tuduhan yg dilaluinya,semuanya di atasi dengan tenang tanpa ada apa2 salah laku.Ini fakta.Semasa Dr Khir memimpin Selangor dan melihat gerak kerjanya,pernah terdetik di hati saya bahawa Dr Khir berpotansi sebagai Perdana Menteri satu hari nanti…

    Shabas Dr Khir,percayalah Allah sentiasa bersama org yg ikhlas dan benar.Dr Khir antara umat itu.

    Reply
    • December 21, 2011 at 4:15 pm
      Permalink

      Laaaaaaaaaaaaaa….org salah macam ni pun hang dok ampu, memang hang sangat sesuai dok dalam umno..dan patutlah umno semakin kurang mendapat tempat di hati melayu…

      Reply
      • December 21, 2011 at 4:56 pm
        Permalink

        jgn salah kat Azman tu mooo…mcm hang jugak, dh tunjuk mcm2 bukti pun hang tetap kata AnWar tu insan paling madani kat dunia ni….hang tengok tak video Aljuburi tu moooo?????…yg terjuntai2 tu hape moooo…

        Hang pun sesuai sgt dok dlm PKR tu..dan patut la PKR dibenci oleh semua org skrg ni….belum pernah aku tengok dlm sejarah MB2 kat malaysia ni kena maki hamun dgn rakyat mcm MB PKR ni….

        yg kelakarnye mooo…MB gagap tu kena hamun dgn macha estet jea mooo…aku tengok macha tu moooo, lebih bijak dari MB gagap hang tu….nape yea…

        Reply
        • December 21, 2011 at 4:59 pm
          Permalink

          Apa kaitan dgn anwar lak??? Ini org gomen curik duit rakyat…kalau Anwar masuk jail pun, ada duit kami dia curi????

          Reply
          • December 21, 2011 at 5:18 pm
            Permalink

            Tok Guru rasuah kat malaysia ni nama dia En. Anwar Bin Ibrahim atau di Indonesia lebih mesra di panggil BABI..

            Hang tak tau ke moooo..laaaaa…..dh berbillion dia sapu duit rakyat…sebab tu jd bekas banduan pun bleh bli rumah berjuta-juta, ke luar negara ikut suka mak dia jea…langgan pelacur…..hang bg tau aku sapa bekas banduan dlm dunia ni bleh enjoy mcm MAT CD tu…

  • December 21, 2011 at 5:37 pm
    Permalink

    Kita tak mahu Khir masuk penjara. Tapi bila sudah disahkan bebas dari pertuduhan nanti kita juga berharap Khir hanya bergiat dari belakang, tidak lagi peneraju. Ini kerana kita rasa Khir sudah jadi kurang relevant. Tapi kita berharap Khir bolih bersabar dengan keadaan ini dan bolkihlah berharap untuk kenyakinan pada nya bertambah elok dari hari kehari.

    Dalam masa yang sama kain kapan dan batu nisan untuk PKR di selangor dan PR diseluruh negara sudah kita siap sedia. Modus operandi juga sudah siap diatur. Yang kita kurang pasti ialah kita tak tahu nak kuburkan dia orang dalam satu common liang lahad atau berasingan.

    Kemungkinan besar atas alasan penjimatan kos, kita akan tanam mereka beramai ramai dalam satu lubang. Jimat kain, jimat batu nisan.

    Reply
    • December 21, 2011 at 7:31 pm
      Permalink

      bolehkah kapankan PKR kat selangor ni? mmmm susah sikit kot kalau lihat keadaan sekarang.

      Reply
  • December 21, 2011 at 7:50 pm
    Permalink

    masuk penjara sajalah!

    Reply
  • December 21, 2011 at 9:07 pm
    Permalink

    aku yakin yang dr. khir langsung tak bersalah…yang penting harga itu bukan ditentukan sendiri sebaliknya oleh penilai hartanah bertauliah…itu bukti yang tak tercabar oleh mana-mana pihak..

    aku tak nampak sebab kenapa dr. khir tak boleh bertanding..anwar dihukum penjara 6 tahun sebab salah guna kuasa, lim guan eng dipenjara sebab menghasut tapi masih lagi bertanding dan menang..

    takde masalah pun?

    Reply
    • December 22, 2011 at 11:09 am
      Permalink

      ko silap bro…untuk PAS semua halal…bontot, murtad, beer sume halal asalkan musuh PAS iaitu orang ISLAM UMNO tumbang…untuk dap asal agenda cina tercapa…untuk pkr asal anwar tidak dipenjarakan…

      ko bicara soal calon…kan DAP kata kalau dia letak babi pun dia boleh menang….sbb orang MELAYU PR dia tak undi umno tapi dia lebih rela undi babi-menurut kata DAP….

      Reply
  • December 22, 2011 at 9:59 am
    Permalink

    MenantuOrgFelda.. Aku setuju dgn komen saudara.. Banduan masih memimpin kerajaan.. So ape salahnye kalo khir toyo bertanding semula.. Berani kerana benar.. Takot kerana salah.. Simple!

    Reply
  • December 22, 2011 at 10:58 am
    Permalink

    Artikel yang mantap dan pemerhatian yang teliti.

    Memang benar sepertimana yang telah di tulis oleh penulis artikel.

    Ini bukan soal persepsi mengenai apa itu RASuAH pada perspektif Fitnah Pakatan Haram Jadah dan Ng Suewy Lim yang sebelum ini mengatakan HARTANAH itu berbilai Ratusan juta,

    Ternyata di dalam mahkamah nilai hartanah itu hanya sekitar RM5 juta sahaja.

    Perbezaan nya ialah kata-kata Ng Suwey Lim tidak melalui proses pencabaran sepertimana keterangan mengenai nilai hartanah dalam Mahkamah.

    Keputusan mahkamah ke atas Khir Toyo nanti itulah KEBENARAN TERPAKAI dan bukannya PERSEPSI BERUNSUR FITNAH HASUTAN JAHAT BERDASARKAN KEPADA PERSPPEKTIF RASUAH PAKATAN HARAM JADAH YANG BERSIFAT LEMAH SERTA TIDAK BERASAS SAMASEKALI.

    Tahniah kepada penulis.

    SOAL SAMADA SEORANG PEMIMPIN ITU ADALAH LIABILITI ATAUPUN TIDAK SEBENARNYA BERGANTUNG KEPADA SOKONGAN PARA PENGUNDI.

    PERSEPSI BERUNSUR FITNAH JAHAT BAGI MEMBINA PERSPEKTIF ‘UMNO DAN RASUAH TIDAK TERPISAH’ ADALAH PERBUATAN DURJAN DAN CURANG. PERKARA INI SUDAH MELAMPAUI BATASAN WAJAR DAN MUNASABAH.

    JIKA BENAR RASUAH ADALAH AMALAN UMNO SUDAH TENTU PADA HARI INI TIDAK AKAN WUJUD PUN KELAS PERTENGAHAN MELAYU YANG BEGITU BESAR JUMLAHNYA.

    PADA HARI INI JUGA KITA DAPAT MELIHAT JEFF OOI, GWO LOH BOURNE, NIK NAZMI NURUL IZZAH, TIAN CHUA DAN RAMAI LAGI PEMIMPIN PAKATAN HARAM JADAH YANG DAHULUNYA TIDAK PEGANG KUNCI MERCEDES KINI SUDAH MEMEGANG KUNCI KERETA MERCEDES. TIDAKKAH ITU RASUAH DAN PENYELEWENGAN?

    PADA MASA MEREKA BERKUASA JELAS KITA MELIHAT DENGAN MATA KEPALA KITA SENDIRI TIADA PEMBAIKAN KEPADA RAKYAT. RAKYAT MASIH TIDAK BERADA DI TAHAP MEMBANGGAKAN SEPERTI SEBELUMNYA.

    Reply
  • December 22, 2011 at 11:04 am
    Permalink

    jangan perasan la mooo.. MB PKR pi sembahyang Jumaat kat tempat aku sorang pun tak layan..masing-masing buat derrrkkk..

    Reply
  • December 22, 2011 at 11:28 am
    Permalink

    kalau pr menang lg kt selangor pru13 nanti tukang jual mesti untung besar & tukang beli payah nk berjimat. sebab? pembeli tak boleh tawar harga barang lebih2, silap2 nanti kena heret ke mahkamah!!! hahaha, betul tak. aku nk jadi bisnesman la lepas ni sbb pr ada harapan cerah utk kekalkan kuasa kt selangor…

    Reply
  • December 23, 2011 at 11:11 am
    Permalink

    buat ape lh saling tuduh menuduh dan memburukkan satu sama lain, biarlh hujah yg bernas dan fakta yg menentukn, jk di dunia mahkamah adalah kata pemutus maka terima ajelah, nti di akhirat biar mahkamah Allah SWT yg beri pengadilan seadilnya, itupun jk kamu percayakan Allah SWT.Di sana nti tiada konspirasi, ini lah jadinya apabila terlalu taksub dlm berpolitik. Walhal politik itu adalah perperangan minda. Gunakan minda utk berpolitik bukan gunakan hati. Hati bila dh x suka akn kata tak elok saja walaupun fakta jelas.. Pada semua gunakan minda utk berpolitik…DS Najib ada bisikkan kat aku PRU 13 nti pada 11 Mac 2012….hahaha hari Ahad & coti sekolah tu… sesuai sgt.

    Reply
  • December 23, 2011 at 2:19 pm
    Permalink

    setahun penjara macam tak cukup jer…

    aper pendapat org2 UMNO ni?

    nak gak aku dgr komen dieorg ni

    Reply
  • December 24, 2011 at 11:22 pm
    Permalink

    Kesian khir toyo. Kena penjara. Rumah kena rampas. Loan bank rumah tetap kena bayar….

    Reply
  • December 25, 2011 at 10:00 pm
    Permalink

    Kak Ijat cabar, Siapa pemimpin UMNO yg. bersih?
    Apa maksudnya?

    Reply
  • December 26, 2011 at 5:07 pm
    Permalink

    Biasalah dah takdir. Biarkanlah dia berehat disana tanpa gangguan dam muhasabah diri. Pada yg menokok tambah tanpa bukti..neraka jahanamlah tempat yg selayaknya. Ingat tu..neraka jahanam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *