Sibuk berzumba, 15 wanita dikompaun RM1,000 langgar PKPB

ALOR SETAR, 31 Mei  — Seramai 15 wanita yang melakukan aktiviti zumba di sebuah premis di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sepasukan anggota polis yang menjalankan tugas rondaan PKPB dan cegah jenayah membuat pemeriksaan di premis berkenaan pada 6.30 petang Jumaat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita berumur antara 25 dan 50 tahun itu sedang menjalankan aktiviti zumba di dalam premis berkenaan dan gagal memberi penjelasan munasabah untuk berkumpul.

“Mereka telah melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker