Nilai Penarik Beca di P.Pinang hanya RM20 sahaja..

Share


Memang memalukan!! Selepas dihentam teruk oleh kumpulan pengusaha beca di Pulau Pinang kerana Kerajaan Negeri DAP tak mengambil berat terhadap golongan berkenaan, hari ini Guan Eng tampil untuk menyelamatkan keadaan.

12 November lalu, 50 penarik beca di Pulau Pinang telah berdemonstrasi di KOMTAR bagi mengecam pentadbiran DAP negeri yang mengabaikan kebajikan mereka. Kumpulan penarik beca tersebut juga mengecam pentadbiran berat sebelah kerajaan negeri DAP yang disifatkan sebagai menutup periuk nasi mereka.

Selepas sebulan dari tarikh demonstrasi berkenaan, baru sekarang ini pemimpin utama DAP tersebut mengambil inisiatif untuk bersemuka dengan para penarik beca untuk menenangkan keadaan.

Malangnya, dikhabarkan pemimpin DAP negeri hanya menjanjikan bantuan RM20 sahaja bagi setiap penarik beca di negeri berkenaan. Apalah yang mampu dibuat dengan nilai RM20 pada zaman sekarang? Hendak beli sekampit beras gred sederhana pun tak lepas.

Tetapi itulah realitinya.. Bagi DAP Pulau Pinang, mungkin nilai bagi setiap penarik beca di negeri itu hanyalah sebanyak RM20 sahaja. Itulah harga bagi usaha seluruh penarik beca yang mempopularkan industri perlancongan di negeri ini.

Lebih memalukan, pemberian bantuan RM20 itu digembar-gemburkan sebagai kemurahan hati pemerintah negeri. Pemberian RM20 itu juga dibuat secara terbuka kononnya mahu tunjukkan kepada satu dunia tentang regim DAP yang amat prihatin kepada golongan rakyat marhaen.

Inilah sikap berpura-pura parti kiasu di P.Pinang. Apabila kerajaan Barisan Nasional memberikan bantuan kepada rakyat melalui pelbagai program, wakil-wakil DAP mula lah mengkritik serta memperlekehkan usaha tersebut.

Sedangkan hakikatnya, kerajaan Barisan Nasional berusaha untuk mendahulukan rakyat serta menjamin keselesaan masyarakat pelbagai kaum disamping memakmurkan negara. Ini yang membuatkan DAP kurang senang. Bagi mereka, jika kerajaan DS Najib popular, ia bermakna mereka gagal.

Jadi, DAP makin terdesak untuk mencari peluang meraih populariti bagi menandingi apa yang diterima oleh kerajaan Barisan Nasional. Sebab itulah mereka terlampau terdesak hinggakan RM20 pun sanggup dijadikan modal untuk menunjuk-nunjuk kepada rakyat.



3 thoughts on “Nilai Penarik Beca di P.Pinang hanya RM20 sahaja..

  • December 12, 2011 at 10:30 am
    Permalink

    hmm.. Patut la dapat kek najis…

    Reply
  • December 12, 2011 at 6:31 pm
    Permalink

    pada moooo.. pemberian rm20 tu ada ‘substance’. kalau dah jadi manusia bodoh yang akan kembang ‘pungkok’ atas benda yg DAP buat. JKM bagi sumbangan bulanan pun 10 kali ganda tak kecoh pun.

    mooo… ayat2 yg macam kat Havard tu meloyakan, kekal jadi lembu DAP selamanya. uuuuwwweeekk

    Reply
  • December 15, 2011 at 11:38 am
    Permalink

    bukan main bangga uloq RM20…. khaaakk ptuihhh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *