Dakwat Kekal: Anwar Tetap Akan Mencetus Kekecohan..?

Share


Berita terkini mengenai penggunaan dakwat kekal pada setiap Pilihanraya Umum di negara ini telah dimuktamadkan apabila Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, mengesahkan bahawa dakwat kekal yang pernah diuji sebelum PRU ke-12 pada tahun 2008, boleh dipakai pada PRU ke-13 sekiranya bahan kandungannya masih sama.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, penggunaan dakwat kekal seperti yang dipersetujui Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen, pada pilihan raya umum kali ini kini hanya memerlukan kelulusan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kandungan bahan yang akan digunakan.

Dengan itu, maka dianggap isu penggunaan dakwat kekal oleh pengundi pada setiap PRU di negara ini telah selesai. Dan saya kira, sudah tentu ia bakal memuaskan hati ramai pihak, terutama puak pembangkang dan Bershit 2.0 yang mengambil tindakan bodoh dan tidak bertamadun untuk meminta sesuatu yang boleh diminta dengan cara yang sangat mudah dan elok.

Namun, percaya atau tidak, pembangkang tetap tidak akan berpuas hati dengan keputusan tersebut dan tetap akan buat kacau pada PRU ke-13 kali ini. Nak tahu kenapa?

Menurut sumber, puak pembangkang dah “all out” untuk PRU kali ini. Salah satu modal tetapnya untuk berkempen ialah tetap isu penggunaan dakwat kekal.

Menurut sumber yang merupakan salah seorang bekas pemimpin PKR, puak-puak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim, akan memanipulasikan isu dakwat kekal sama ada BN menang atau kalah pada PRU kali ke-13 ini.

Kalau BN menang, Pakatan Haram dijangka akan mencetus kekecohan besar ala-ala Dataran Tahrir di Mesir dengan menimbulkan kekacauan dan ketidak stabilan dalam negara secara berlarutan seberapa lama yang boleh. Mereka dijangka akan mengambil kesempatan di dalam tempoh pembentukan Kabinet baru BN.

Malah, dikatakan juga bahawa mereka akan buat kacau sehingga PM dan barisan kabinet tidak boleh dan dihalang untuk mengangkat sumpah di hadapan DYMM Yang DiPertuan Agong.

Namun, sekiranya BN tewas pada PRU kali ini, maka isu dakwat kekal akan dimain dari “angle” lain. Katanya, puak-puak Anwar akan memainkan isu bahawa BN selama ini menipu dalam setiap PRU sejak merdeka dan kekalahan BN pada PRU yang menggunakan dakwat kekal membuktikan dakwaan mereka.

Pada saya, tidak mustahil dengan apa yang didakwa sumber ini. Ini memandangkan pada peristiwa-peristiwa lalu, Anwar dan penyokong-penyokongnya sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan kuasa. Sebagai contoh, mereka pernah merancang untuk membakar Stadium Bukit Jalil ketika perasmian Sukan Komanwel dahulu bertujuan untuk mencetus kekecohan!

Selain itu, mereka juga pernah membaling bom molotov koktel ke kediaman rasmi Tun Dr. Mahathir yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri dengan tujuan mencetus kekecohan di dalam negara. Banyak lagi yang mereka pernah rancang dan buat, namun kebanyakkannya berjaya dipatahkan dan mereka pernah dicekup SB pun banyak kali…

Bagaimanapun, kita tidak boleh memandang ringan mengenai isu penggunaan dakwat kekal ini memandangkan ia mampu mencetus kekecohan besar dan mengancam keselamatan negara. Justeru, itu, sewajarnya kita perlu bersedia dengan strategi-strategi ampuh bagi mematahkan perancangan keji mereka itu.

Sedarlah wahai rakyat tentang permainan politik kotor pihak pembangkang yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim ini. Sebelum Anwar mengetuai Pakatan Haram, pihak pembangkang lain tidak pun melakukan taktik kotor sekeji ini. Namun setelah Anwar mengetuai mereka, negara hampir huru hara dikerjakan agen yang dilatih Yahudi ini.

Persoalannya, sampai bila kita nak biarkan Anwar berleluasa mencetus suasana tegang dan mengancam keselamatan negara? Sampai bila?



6 thoughts on “Dakwat Kekal: Anwar Tetap Akan Mencetus Kekecohan..?

  • December 11, 2011 at 5:59 pm
    Permalink

    asal usul ,web site, keturunan Melayu berasal dari Minangkabau? kajian DNA
    sifat asal melayu ialah sifat islam ,yaitu tidak berpuak puak ,sekiranya kita sudah menjadi ber puak puak ,pengertianya kita semakin jauh dari orang melayu ,tuhan sudah menjadikan menghantar para nabi dan rasul juga dihantar sekali raja pemimpin manusia dari belahan dari nabi dan rasuluntuk di ikuti ,baik dari para nabi dan rasul atau raja yang di ikuti semuanya karena allah serta untuk mendapat keredaan allah jua .
    cuba fikirkan apa yang boleh menyatukan umat.

    Reply
    • December 12, 2011 at 12:02 pm
      Permalink

      Formula penyatuan Ummah ialah dengan menyumbat Anwar dalam penjara. Walau umat islam , melayu tentunya dinegara ini sebelum ini memiliki ideloji , pandangan dan ikutan politik yang berbeza sejajar dengan demokrasi yang menjadi amalan tetapi perangtakan tidak seteruk sekarang.

      Bekas bakal PM ini berjuang hanya untuk satu matalamat yang kita semua tahu. Dia cuma memainkan watak yang remote control nya di pegang oleh pihak luar.Dia dan kumpulannya dibiayai dgn dana besar mencukupi untuk mencetus huru hara. Tanpa sokongan sebegitu dari mana pulak ‘viagra’ yang dia dapat bagi menjana kehangatan kerah mencapai cita citanya.

      Dia mengandaikan atau disuruh andaikan apa yang berlaku diluar saperti Eqypt & Libya yg telah musnah pemerintahan mereka dan Syria dalam proses keruntuhan sama, utk dicopy paste di Msia dan di-adoptasikan disini.

      Semangat ini lah yang diapi2kan kepada juak & puak nya sehingga mereka merasakan mereka dizalimi & dianiaya. Zalim macam mana, aniaya macam mana kita sendiri pun tak tahu dan mereka sendiri pun tak akan bolih beri ulasan terperinci.

      Rakyat egypt & Libya jika ditanya zaman mana yang mereka sebenarnya mahu, mereka akan pasti mengatakan zaman Hosni adalah lebih baik di Egypt dan Ghadafi sepatutnnya tidak ditumbangkan diLibya. Sekurang2nya dizaman itu penghidupan mereka damai & tenteram tidak huru hara, tiada rakyat yang mati katak saban saperti apa yang sedang berlaku sekarang.

      Kita tahu dia bakal disumbat diatas jenayah yang dia lakukan. Tapi kita juga dalam pada itu rasa sikit bosan menunggu.

      Reply
  • December 12, 2011 at 12:07 am
    Permalink

    Negara akan aman setelah tamat perbicaraan kes liwat II sekiranya DSAI disimpan di Sg. Buloh, agaknya. Maaf cakap ye!!

    Reply
    • December 13, 2011 at 12:31 pm
      Permalink

      Paling elok kalau Anwar ni dihumban ke habitat asalnya di Sg Buluh sampai kiamat…

      Reply
    • December 13, 2011 at 4:24 pm
      Permalink

      Ye, tak salah untuk bercakap begitu. Anwar jika berada diluar akan terus mendidik anakbuah dan pencacainya untuk menjadi penderhaka lebih dari Jebat. Untuk tidak mengindahkan law & order. Untuk berhimpun dan berdemo tidak berkesudahan.

      Ini adalah Anwarism. Kita tidak anti Anwar for nothing tetapi Anwar memang jelas penhancur segala kedamaian & keamanan yang kita kecapi selama ini.

      Anwar dengan sikap pengacaunya bermula dari zaman pelajarnya lagi . Peristiwa memali, baling , kedah adalah ciptaan nya.

      Adanya dia, dia akan menghalalkan segala yang haram dan mengiktiraf segala yang mungkar.

      Reply
  • December 12, 2011 at 4:38 pm
    Permalink

    ada siapa yang tau ilmu dalam islam ada 4 disiplin ,satu disiplin syariat,dua disiplin tariqat,tiga disiplin haqiqat,empat disiplin makrifat ,cuba fikirkan, nabi musa semasa belajar dengan nabi khidir disiplin ilmu apa yang di amalkannya dan nabi khidir disiplin ilmu apa yang di laksanakannya,kepada mereka yang tidak tau mari tanya orang alim

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *