Apa gunanya tawaran Negara Berkebajikan PAS?

Share


Sebelum ini, PAS menaburkan janji serta dakyah palsu bahawa menyertai parti mereka bermakna bersetuju dengan perjuangan Islam. Itu bermakna, mereka seolah-olah mahu mengatakan yang parti selain dari PAS, adalah merupakan parti yang langsung tak mendokong Islam sebagai perjuangan memajukan ummah.

Selepas itu, pemimpin-pemimpin PAS bawa pula janji syurga serta pahala jika memberikan undi 4 tahun sekali kepada parti tersebut. Ini dicanangkan oleh setiap penceramah-penceramah mereka diserata ceruk kampung dengan harapan untuk menjatuhkan pemimpin Islam UMNO. Bagi mereka, UMNO itu hanya akan membawa ke neraka.

Penceramah PAS mewar-warkan, UMNO menolak hukum Islam. UMNO juga tak setuju HUDUD dilaksanakan didalam negara yang berbilang kaum ini. Pemimpin UMNO juga dituduh melarang HUDUD dilaksanakan di Kelantan walau hakikatnya HUDUD yang dibentangkan oleh PAS adalah HUDUD yang bercanggah dari HUDUD yang sebenar didalam Islam.

Tetapi apabila DAP melarang PAS bercakap mengenai HUDUD serta perlaksanaan negara Islam didalam manifesto Pakatan Rakyat, habis terkunci seluruh mulut pemimpin-pemimpin PAS. Baik yang tua mahupun yang muda, semuanya seolah-olah terpukau dengan sergahan dari Karpal Singh dan juga herdikan dari Lim Kit Siang.

Dek kerana pukulan maut dari kafir-kafir DAP terhadap telur-telur pemimpin PAS, para lebai-lebai didalam PAS kini cuba pula membawa politik baru yang dibalut dengan topeng agama bagi mengabui mata rakyat serta ahlinya.

PAS kini cuba memperkenalkan konsep baru yang kononnya lebih hebat dari konsep perjuangan negara Islam. PAS kini memperkenalkan pula Konsep Negara Berkebajikan.

Namun langkah PAS melalui kenyataan Haji Hadi yang mahukan perjuangan PAS digantikan dengan perjuangan Negara Berkebajikan, nyata songsang. Rakyat sebenarnya sedang melihat sambil mentertawakan apa yang PAS buat ketika ini.

Jika Negara Berkebajikan yang menjadi persoalan, realitinya sudah lama ia diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Apa lagi pembaharuan yang mahu PAS bawa jika ia sudah lama dipraktikkan dengan jayanya oleh kerajaan memerintah? Mampukah PAS menunjukkan contoh konsep negara berkebajikan yang mereka bawa? Mampukah mereka menyaingi UMNO?

Jika kita lihat di Kelantan sendiri, apa yang boleh PAS banggakan selama lebih 20 tahun memerintah? Plaza Tok Guru? Bangunan Pasaraya? Ataupun indek jenayah serta sosial yang semakin membimbangkan setiap penghuni negeri Kelantan? PAS sendiri gagal di Kelantan, bagaimana mereka mahu mencampuri urusan pentadbiran Malaysia?

Semua kemudahan kebajikan di Kelantan adalah dibina serta diselenggara oleh Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat itu siapa? Bukan kah kerajaan Pusat itu adalah Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO ? Pusat Kesihatan, Pendidikan, Ekonomi, malah Masjid juga terpaksa diharapkan kepada UMNO untuk menyediakannya di Kelantan. Tak malukah PAS?

Jadi, apa gunanya PAS membentangkan tawaran Negara Berkebajikan mereka? Bagi menipu rakyat didalam Pilihanraya Umum akan datang? Ataupun menipu seluruh jemaah PAS supaya tak berubah hati meninggalkan kapal PAS yang semakin karam? Haji Hadi dan PAS hendak membohongi siapa sebenarnya?



One thought on “Apa gunanya tawaran Negara Berkebajikan PAS?

  • December 11, 2011 at 4:51 pm
    Permalink

    sifat asal melayu ialah sifat islam ,yaitu tidak berpuak puak ,sekiranya kita sudah menjadi ber puak puak ,pengertianya kita semakin jauh dari orang melayu ,tuhan sudah menjadikan menghantar para nabi dan rasul juga dihantar sekali raja pemimpin manusia dari belahan dari nabi dan rasuluntuk di ikuti ,baik dari para nabi dan rasul atau raja yang di ikuti semuanya karena allah serta untuk mendapat keredaan allah jua .coba fikirkan apa yang boleh menyatukan umat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *