Guan Eng “Mabuk Teruk” Lepas Naik Kapal Selam..!!!

Share


Pakatan Haram hanya mampu menghantar seorang saja wakil untuk meninjau kebolehan KD Tun Razak, kapal selam jenis Scorpene yang dibeli Kementerian Pertahanan di Langkawi International Maritime and Aerospace 2011. Walaupun ramai dikalangan pemimpin pembangkang dijemput, namun hanya Guan Eng saja yang hadir.

Itupun, Guan Eng terpaksa membawa beberapa orang konco-konconya sebagai peneman ketika dibawa menyelam bersama KD Tun Razak. Akhirnya, dia akui juga bahawa kapal selam yang selama ini dikutuk dan difitnah tidak mampu menyelam, terbukti mampu menyelam lebih 90 minit di bawah paras laut…

Bagaimanapun, sempat juga Guan Eng cuba memutar belit tentang kapal selam itu. Kononnya, Pakatan Haram tidak mempertikai tentang keupayaan kapal selam itu menyelam atau dari sudut teknikal, namun mereka mempertikaikan tentang harga kos pembelian kapal selam itu yang dikatakan sangat tinggi.

“Kita tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam”, kata Guan Eng kepada media sejurus selepas “mabuk laut” bersama KD Tun Razak.

Mabuk ke apa, Guan Eng? Lebih 3 tahun para pemimpin Pakatan Haram memperlekeh KD Tun Razak kononnya tak mampu menyelam dan banyak kekurangan. Alih-alih, Guan Eng kata mereka tak pertikai tentang keupayaan atau teknikal? Kepala hotak dia! Nampak sangat menipunya…

Menjawab kepada pertikaian kos KD Tun Razak yang dikatakan sangat tinggi, saya menyatakan memang benar kosnya tinggi. Jadi apa masalahnya? Tahukah Guan Eng dan semua pemimpin Pakatan Haram bahawa sesuatu yang dilengkapi dengan peralatan ketenteraan yang sofistikated, canggih dan termoden perlu dibayar dengan kos yang tinggi?

Sekiranya Kerajaan memesan sebuah kapal selam “kosong” yang hanya mampu menyelam saja tanpa peralatan-peralatan ketenteraan, sudah tentulah harganya murah sahaja! Nak buat apa dengan kapal selam “kosong”? Nak suruh TLDM kejar ikan tenggiri atau ikan pari di dasar laut?

Takkanlah Kerajaan nak beritahu para pemimpin pembangkang tentang spesifikasi khas yang dipesan bersama pakej kapal selam itu? Itu semua rahsia Kerajaan. Takkanlah nak didedahkan kekuatan peralatan pertahanan negara dikhalayak umum atau kepada para pemimpin pembangkang?

Lagipun, boleh percaya ke para pemimpin Pakatan Haram ni? Tak diceritakan rahsia Kerajaan pun mereka sebok keliling negara memburuk-burukkan negara. Apatah lagi kalau diceritakan rahsia pertahanan negara. Dijualnya pada musuh diluar sana pulak nanti.

Alah..sebelum ini pun bukan kita tak tahu banyak rahsia Kerajaan yang dibocorkan kepada pihak luar. Kalau tak percaya, tanya Anwar Ibrahim. Berapa banyak rahsia Kerajaan yang telah dijual kepada negara asing ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu? Alaahh..macamlah orang tak tahu! Tiba-tiba saja US tahu itu dan ini pasal hal dalaman Malaysia dulu…

Kos KD Tun Razak tinggi disebabkan oleh spesifikasinya yang termoden, ketepatan yang terbaik, peralatan yang terbaik dan sebagainya. Memandangkan spesifikasi itu dirahsiakan (hanya beberapa pihak saja yang tahu, menteri BN pun ada yang tak tahu sebenarnya), maka pembangkang ambil kesempatan pula mempertikaikan perkara kos tersebut. Kita pun tahu lah taktik busuk pembangkang tu…

Pada saya, hanya puak-puak yang malas berfikir saja yang akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang itu. Kononnya komisyenlah, itulah, inilah..padahal semua tu tipu belaka! Sengaja pembangkang mahu mempermainkan minda rakyat untuk memburuk-burukkan Kerajaan.

Demikianlah perangai puak-puak pembangkang berlidah biawak macam Guan Eng. Dibiaya percuma merasai pengalaman menaiki KD Tun Razak pun lagi mahu komplen banyak. Orang kasi kek hitam dan 4 set kek najis pun tak reti berterima kasih. Dituduhnya pula UMNO yang buat, padahal terang-terang NGO-NGO yang mengaku hadiahkan kek-kek itu. Aparaaaaa..!!!



69 thoughts on “Guan Eng “Mabuk Teruk” Lepas Naik Kapal Selam..!!!

  • December 10, 2011 at 7:38 pm
    Permalink

    Wahai pelajar-pelajar IPTA, IPTS dan mahasiswa Universiti dan juga para petani, penternak dan nelayan,…..

    Kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS, kalau kamu pinjam duit PTPTN kerana belajar ….. kamu kena bayar balik selepas 6 bulan graduation disamping kadar bunga lagi…..kerajaan BN tidak peduli samada kamu berkerja atau tidak ….. kamu dikehendaki bayar balik pinjaman pelajaran 20 ribu hingga 30 ribu tu…. Kalau kamu tidak bayar, kamu akan ditahan…. Kalau keluar negara …. Gaji kamu akan dipotong n.

    Bagaimana Shahrizat Ketua Wanita UMNO Malaysia …. Boleh lepas nak bayar balik????. Siap beli kondo lagi….dengan duit pinjaman ???? Adakah kamu boleh buat duit pinjaman PTPTN untuk membeli kodo??? Kenapa shahrizat boleh beli kondo dan kereta Mercedes dengan duit pinjaman????

    Wahai para petani, penternak dan nelayan, saudara nak pinjam untuk pertanian punya lah susah sangat …dengan berbagai-bagai syarat yang ketat….. setelah meminjam saudara kena bayar balik pulak tu…… Bagaimana dengan Sharizat Ketua Wanita UMNO Malaysia senang2 nak pinjam sebanyak itu …… dengan RM250 juta kalau pinjaman diberikan kepada petani, penternak dan nelayan RM50 ribu seorang, seramai 50,000 orang petani, penternak dan nelayan boleh dibantu……. Kenapa kerajaan BN bantu seorang sahaja, Sharizat Ketua Wanita UMNO??????

    Kenapa Shahrizat boleh diberikan oleh Kerajaan BN pinjaman sebanyak itu ????

    SEDAR LAH SAUDARA …..

    SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN …..

    ADALAH SLOGAN PENIPU OLEH KERAJAAN BN……..

    ADA KAH ANDA MASIH MAHU MENGUNDI PARTI BN LAGI ????? PADA PRU 13 INI………

    KERTAS UNDI DAN PENSIL BERADA DITANGAN SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN…..…

    LAKUKAN PERUBAHAN ….. DENGAN MENGUNDI PARTI PEMBANGKANG ….

    JANGAN BIARKAN NEGARA INI DITADBIR OLEH PEROMPAK2 DARI PARTI BN DAN UMNO …….

    DAN MEREKA YANG TIDAK AMANAH DAN JUJUR DALAM MENGURUS KEWANGAN NEGARA….

    Reply
    • December 10, 2011 at 8:48 pm
      Permalink

      C4…borang BR1M tu kalau hang dah isi lengkap, antar cepat2 tau…..bkn apa… takut2 la kalau lambat hang hantar, lambat plak hang dpt duit tu….nanti hang tuduh kerajaan tak telus plak…

      bolehhh…toksah risau…bendera apa pun bleh mintak….bg tau kwn2 yea….

      Reply
      • December 10, 2011 at 11:52 pm
        Permalink

        Laa….itu duit rakyat..dapat RM500 jer??? Kak Jat dapat RM250,000,000.00

        Reply
        • December 11, 2011 at 12:48 am
          Permalink

          adusss…250 juta lg..hehe

          Reply
        • December 11, 2011 at 8:48 am
          Permalink

          PAS dapat 600 juta !!

          Reply
      • December 11, 2011 at 11:14 am
        Permalink

        kalau aku nak mintak pun tak ada sapa yang nak halang ….. duit cukai rakyat ….

        undi soal lain ….. lagi pun bukan duit UMNO ………

        Reply
        • December 11, 2011 at 11:52 am
          Permalink

          g la mintak..hehe

          Reply
          • December 15, 2011 at 3:59 am
            Permalink

            Ayat MAHA NGOK pencacai PR sepanjang hayat hidup mereka.. mcm C4

            duit rakyat tp klu Kerajaan xbuat dasar bg balik pada rakyat, mcm PR Selangor atau samalah mcm kerajaan LINTAH PAS! tgk sendiri lah Kelantan..berbuih2 mulut nk ulang PAS rompak-bahlolkan Kelantan!

            duit rakyat..lagi.. bape banyak percent duit ko/bapak ko bayar cukai yg ko bleh claim balik? duit rakyt lain yg bayar cukai banyak ko layak mentakedrah ke?? so kena ikut percent sape byr cukai byk so dpt balik byklah..

            skrg ni krjn kena jd mcm BANK lah?

            seterusnya.. duit rakyat..habih tu dasar-idea-gerak kerja rakyat dgn modal duit rakyat tu yg tarik berbilion2 hasil lain tu dtg dgn MAGIC ke? bayar cukai sebesar tahi gigi.. lepas tu terus dpt income negara berbillion bayar gaji-running negara semua?

            bodoh punya modal politik…15 tahun dulu lakulah jg modal bodoh ni.. itupn stkt di Kelantan.. skrg xde org nk sahutlah bg alasan bodoh cmtu C4 oii..

    • December 10, 2011 at 10:13 pm
      Permalink

      “LAKUKAN PERUBAHAN ….. DENGAN MENGUNDI PARTI PEMBANGKANG ….”

      Wah c4@AHJ ko saja yg tertipu oleh SiMat CD dan koncu2 dia…Kita Orang UMNO takkan makan kata2 mcm diatas nie…

      “DAN MEREKA YANG TIDAK AMANAH DAN JUJUR DALAM MENGURUS KEWANGAN NEGARA….”
      cermin MUKA Pemimpin PR lah dulu sebelum nak kata orang lain

      Ko nie sebenarnya dah TERDESAK wahai AHJ kerana PRU13 dah MELAMBAI2 selamat tinggal pada Sel, Penang & Kedah..K’tan ????? tunggu Pok Nikky turun dah Inna….

      Reply
      • December 11, 2011 at 11:22 am
        Permalink

        sapa yang terdesak sangat ni….. BN yang betul2 terdesak, bukan senang nak tawan balik 4 negeri ….. bro….???

        BN dan UMNO dah cirit hijau dah …..???

        berapa juta dah dilambakkan …. masih belum tentu menang …. lagi…

        entah2 negeri yg dikuasai sekarang pun boleh melayang ….

        Reply
        • December 11, 2011 at 11:55 am
          Permalink

          Rakyat dah sedar dan sokongan kepada PR dah makin merosot..bukti rakyat makin menolak PR…

          TOLAK PAKATAN RAKYAT..!!
          HIDUP BARISAN NASIONAL..!!

          Reply
          • December 11, 2011 at 1:11 pm
            Permalink

            pakatan rakyaat ? apa dia pakatan rakyaat ?

    • December 10, 2011 at 10:55 pm
      Permalink

      SOKONGLAH BARISAN NASIONAL..TOLAK LA PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT..KERANA PAKATAN RAKYAT LEBIH BANYAK MEMBAWA KEROSAKAN & KEBEJATAN FIZIKAL & MENTAL RAKYAT MALAYSIA..

      HIDUP BARISAN..!!
      UNDILAH BARISAN NASIONAL..!!

      Reply
      • December 10, 2011 at 11:53 pm
        Permalink

        Laaaaa…..sapa yg curi RM250 juta/ RM12.1 billion PKFZ dan byk lagi???? so org UMNO yg curi, org PR pulak yg bawak kebejatan…bengap sungguh ahli umno ni…

        Reply
        • December 11, 2011 at 12:50 am
          Permalink

          ala…bayangkan la baru 3 tahun memerintah..dah mcm2 onar berlaku kat negeri2 bawah PR..tak nampak ke..BENGAP jugak org2 PR ni..

          Reply
        • December 11, 2011 at 8:49 am
          Permalink

          yang menipu 600 juta hang buat-buat lupa….satu sen pun tak payah bayar….paip karat 600 juta lesap ruyup !!

          Reply
          • December 11, 2011 at 11:25 am
            Permalink

            kenapa tak buat report kat SPRM????

          • December 11, 2011 at 2:05 pm
            Permalink

            nanti pok nik hang terbungkang semput kena soal…hang kata pulak konspirasi kerajaaan…

            pas tu orang macam hang jugak nak guling-guling atas jalan makan tar…

            polis jugak yang susah nak bagi hanpa makan free….

            alaaa…c4 macam aku dok kata kat hang, pecacai macam hang, kalau hangpa tak jaga parking, hangpa guling atas jalan…kerja apa lagi yang hangpa gheti buat ?

            tak dak apa…elekk

      • December 11, 2011 at 11:16 am
        Permalink

        Nak sokong BN ????? maka RM pun terus berkuasa lagi….. mengatasi PM….

        oleh itu wajar menjatuhkan BN ….. bagi menjatuhkan RM….

        Reply
        • December 11, 2011 at 1:13 pm
          Permalink

          alaaaa…c4, hang boleh register masuk UMNO on line…tak susah pun..hehe

          Reply
      • December 11, 2011 at 11:24 am
        Permalink

        KENAPA AKU NAK UNDI BARISAN NASIONAL LAGI…..????

        KALAU AKU UNDI BN ….. ROSMAH MANSOR AKAN TERUS BERKUASA LAGI…..

        LEBIH BANYAK LAGI CINCIN DAN BEG TANGAN DIA BELI …. HARGA JUTAAN RINGGIT…

        UNTUK NAK JATUHKAN ROSMAH MANSOR DAN NAJIB ….. AKU TAK UNDI BN LAH …..

        Reply
        • December 11, 2011 at 11:57 am
          Permalink

          BN tak harap ko pun..tp rakyat yg akan mengundi BN..hehe

          Reply
    • December 11, 2011 at 9:06 pm
      Permalink

      cari cerita lain nampaknya… aikk mungkin yang ko tulis ni pun AUTA

      Reply
    • December 14, 2011 at 1:39 am
      Permalink

      ptptn dh banyak kali beri penjelasan, kalau masih tk kerja selepas 6 bulan, silalah berhubung dgn ptptn utk dptkan kelonggaran sehingga tempoh seterusnya atau sehingga dpt kerja. malah kadar faedah telah dikurangkan,cuma perlu isi borang. semuanya kena usahala utk dptkan penangguhan dan pengurangan kadar faedah. kalau diam, itu yg ptptn anggap sbg ingkar, dan surat tuntutan menyusul. dh byk kali bg penjelasan sepatutnya isu ini kena tutup buku, jgn repeat mcm tk tau apa2. atau mmg tau, tp seronok jdkan modal utk fitnah dan salahkan org.

      isu sharizat pun, biarja dia bayarkan, setakat ni tk ada masalah bayaran pun, aset yg dia beli guna duit pinjaman tu pun dah ada, kalau tk blh bayar hutang pun, rampas ja la aset. nasib baik ada aset, buatnya masa projek tu stuck sbb masalah kompeni diorg, dan duit tu hanya disimpan dlm bank, lagila susah nak byr hutang, sbb bunga simpanan kalah dengan bunga pinjaman, hilang le duit rakyat, nasib baik laki kak jat bijak, kalau pemimpin pembangkan yg memerintah, aku rasa akal genius mcm jauh sekali la. AKU TEKANKAN DISINI, APA2 KESALAHAN YG DILAKUKAN SEKALI PUN, DUIT PINJAMAN ITU TAK ADA MASALAH UTK DIBAYAR, MAKA SELAMATLAH DUIT RAKYAT.

      Reply
  • December 10, 2011 at 7:47 pm
    Permalink

    Serahkanlah negara kepada kumpulan PELIWAT atau pun penjinak bini orang kerana mereka lebih selamat kepada agama dan negara serta maruah bangsa. !

    …heheh..kita cakap bab LGE …yg jauh sangat pi simpang tuhhhh wat perrrr broo!!

    Reply
    • December 10, 2011 at 8:38 pm
      Permalink

      puak2 depa memang suka kerja2 songsang dan luar tabii ni…

      Reply
  • December 10, 2011 at 7:52 pm
    Permalink

    Keluarga Shahrizat beli kereta mewah dengan duit pinjaman 250 juta ???? Kesian pengundi BN tak dapat naik kereta nya …
    1. Pada 9 Disember 2009 keluarga shahrizat beli Mercedes Benz CLS 350 CGI harga RM534,622.00,
    2. RM3,363,507 membeli dua bidang tanah di Putrajaya
    3. 15 cek dikeluarkan berjumlah RM455,423 kepada Impian Global Networks Services untuk pakej pelancungan keluar Negara .

    Kesian dengan pencacai UMNO ….. yang sibuk mempertahankan Shahrizat …. Mereka tak dapat apa2 pun……

    Reply
    • December 10, 2011 at 10:15 pm
      Permalink

      Aku pon naik Merc gak…..napa ko cemburu ker???c4@ AHJ

      Reply
      • December 10, 2011 at 11:13 pm
        Permalink

        C4..yg naik china doll tu best kan…

        Reply
        • December 11, 2011 at 9:09 pm
          Permalink

          tu pakai duit rakyat SELANGOR TU.. yang best lagi ialah MAT SABU guna duit jabatan air penang untuk claim duit …

          Reply
      • December 10, 2011 at 11:56 pm
        Permalink

        Kalau ko dapat duit sendiri tapi tak curi duit rakyat, naik rolls royce pun aku tak marah…

        Reply
        • December 11, 2011 at 8:51 am
          Permalink

          alaaaa… moooo orang kenal sangat dengan hang….dengki dah jadi trade mark !

          hang tak cemburu ke tengok azmin pakai ferrari….bukan ada kerja pun budak tu….ferrari beb !!

          Reply
      • December 11, 2011 at 11:17 am
        Permalink

        aku tak cemburu pun…. aku pun naik mercedes ….. tak pernah pun mengundi BN….

        Reply
        • December 11, 2011 at 11:50 am
          Permalink

          BN pun tak mengharapkan org macam ko ni c4..takde yg positif..hampehhh

          Reply
        • December 11, 2011 at 2:08 pm
          Permalink

          hang naik mercedes sapu model 60an….tu jer standard hang, lain laaa macam moooo…dia urban, rumah korner lot, keta camry…fuyooo !!

          perkataan warranty pun dia tak pernah dengar !!

          hik ! hik ! hik !

          Reply
        • December 11, 2011 at 9:10 pm
          Permalink

          BAS BERJENAMA “MERCEDES”..

          Reply
    • December 10, 2011 at 10:57 pm
      Permalink

      ala…LGE tu dapat naik kapal selam lagi tu..lg bes hehe

      Reply
      • December 11, 2011 at 12:00 am
        Permalink

        Dah jemput…tadi ada yg kata tak ramai yg memenuhi jemputan…

        menteri umno pi buat haji naik private jet…ada org umno kisah???

        Reply
        • December 11, 2011 at 12:44 am
          Permalink

          lerr..ko ni pun..dari dulu kata bnyk membaca tp berita yg benar ko ketepikan tp yg fitnah bukan main seronok ko baca ye..kitorg tahu citer sebenarnya..ko yg tak tahu..banyakkan membaca lg ye moo..

          Reply
        • December 11, 2011 at 8:53 am
          Permalink

          cerciter…ceciter….menteri mana tu mooo…??

          dia naik apa pun….apa salahnya ? jangan gi dengan duit rasuah cukup le.

          Reply
        • December 11, 2011 at 9:12 pm
          Permalink

          Kalau aku malu la.. dah kutuk dan buat fitnah kemudian terkeseng-keseng naik ikut menyelam … tak malu!

          Reply
  • December 10, 2011 at 8:31 pm
    Permalink

    mana pulak 1, 3 orangla brother, guan eng, mansor othman dan p ramasamy

    Reply
  • December 10, 2011 at 11:05 pm
    Permalink

    Kalau bawak nurul tentu sempat dia tweet tweet,anak bapak..

    Reply
  • December 10, 2011 at 11:58 pm
    Permalink

    Berani cabar la…dah spent belas-belas juta baiki….

    Reply
    • December 11, 2011 at 8:54 am
      Permalink

      heh…heh…rupanya hang tak faham maksud perkataan waranti….moooo…moooo

      Reply
  • December 11, 2011 at 12:03 am
    Permalink

    UMNO tak dapat tutup masalah kapal selam tak boleh menyelam satu ketika dulu dengan bawak LGE menyelam dengan kapal selam sekarang. Siapa yg. menipu dan ditipu? Jelas kebodohan siapa yg. percaya KD Tun Razak tak pernah ada masalah untuk menyelam.

    Reply
    • December 11, 2011 at 12:31 am
      Permalink

      yg jelas nya LGE dah kena perangkap dgn BN…tersipu-sipu mcm siput babi dalam kapal selam tu….

      Reply
    • December 11, 2011 at 12:41 am
      Permalink

      lerrr..kalau tak dibuktikan nti di katanya terus2an menipu..dah dibagi peluang tengok sendiri (bukti) pun kata menipu jugak..ko ni bujuk kalau bab spin memang first class tip top..hehe

      Reply
    • December 11, 2011 at 8:55 am
      Permalink

      bujuk….yang menipu tu hang….yang kena tipu jugak…hang !!

      apalaaa nasib hang bujuk….sedih !

      Reply
    • December 11, 2011 at 11:19 am
      Permalink

      tak payah lah nak cerita kapal selam ni….. komisyen berjuta2 dah dapat pun….

      Reply
      • December 11, 2011 at 2:10 pm
        Permalink

        ok…kita citer pasal bung minggir..nak tak c4 ?

        Reply
      • December 12, 2011 at 2:18 pm
        Permalink

        Komisyen dapat Kapal Selam dapat apa masalahnya? Kalau komisyen dapat kapal selam x dapat itu masalah.

        Reply
    • December 11, 2011 at 11:45 am
      Permalink

      Hanya baru-baru ini sahaja Malaysia mampu membeli kapal selam. Bila baru memiliki maka pengalaman yang pada krew-krew dan jurutera kapal selam khususnya di dalam aspek teknikal adalah amat kurang berbanding negara-negara lain yang sudah lama memilikinya. Kapal selam yang pada satu masa dahulu ada sedikit masalah untuk menyelam bukan disebabkan oleh spesisikasi pembinaannya kerana jika demikian sudah pada hari ini pun kapal selam ini tidak akan mampu untuk menyelam. Masalahnya ada masalah teknikal yang agak kurang difahami oleh para krew dan jurutera yang masih kekurangan pengalaman. Kalau dipaksa juga menyelam dikhuatiri akan berlaku kerosakan yang lebih besar yang mungkin tidak boleh dibaiki lagi sehingga mungkin boleh menyebabkan kapal selam ini langsung tidak boleh digunakan. Bukankah ini pembaziran yang lebih besar. Jika demikian maka pihak pembangkang juga yang akan buat isu

      Reply
      • December 11, 2011 at 10:35 pm
        Permalink

        So betul, dulu tak boleh menyelam sebab teknikal. Tak payah pusing2, ngaku kelemahan kan senang. Masalah menteri tak mengaku kelemahan dan kekurangan.

        Reply
        • December 12, 2011 at 2:15 pm
          Permalink

          Dulu sbb kekurangan orang yang pakar dalam bidang teknikal untuk menyelamkan kapal selam = human error. Bukan kapal tidak tidak boleh menyelam disebabkan masalah teknikal.Contoh mudah: Bujuk tidak pandai menyelamkan kapal selam kerana tidak pernah menyelamkan kapal selam sebelum ini. Bukan bermakna kapal selam tidak boleh menyelam tetapi Bujuk yang tidak pandai menggunakan kapal selam untuk menyelam. Faham?

          p/s: Kalau kerja kat lab. ada laboratory machine br sampai pun kena berlatih bnyk kali nak operate. Practice berkali2 nak biasakan diri operate new machine. Kejap kang tersalah tekan 1 button pun boleh rosak result test or worst case rosakkan machine tue terus.. kena hantar pada pengedar balik.. Bukan sbb machine tue yg x ok tp sbb org yg handle tue x berpengalaman. Machine kenit pun RM2mil. Memandai2 nanti burn RM2mil.. Ini plak kapal selam..berapa besar machine.. berapa banyak button.. berapa banyk function.. Fikir2 kan lah.. Kerajaan beli utk keselamatan negara bukan untuk mengintai China Doll pun.

          Reply
    • December 11, 2011 at 10:40 pm
      Permalink

      Nabi muhammad dah buktikan Islam boleh menyatukan umat. bila Nabi berhijrah ke Madinah baginda mampu menyatukan orang Ansar dan Muhajirin. Sedangkan sebelum itu mereka tidak pernah aman dengan perang saudara diantara suku kaum di madinah.
      selepas hijrah orang Ansar sanggup bagi harta, perniagaan, rumah malah isteri kepada saudara muhajirin mereka. Persoalanya adakah kita sanggup/mampu mengamalkan Islam sepenuhnya?

      Reply
      • December 12, 2011 at 2:17 pm
        Permalink

        Bujuk dah mengamalkan Islam sepenuhnya?

        Reply
        • December 13, 2011 at 5:44 am
          Permalink

          tak perlu pertikaikan org lain amalkan Islam sepenuhnya atau tidak , tanya diri sendiri , tutur kata cara fikir kita menunjukkan segalanya .Bukan hak kita menentukannya…

          Reply
        • December 15, 2011 at 4:11 am
          Permalink

          bujuk..huhh…berlakon dgn ckp Islam sana sini… tp HAMPEH! Allah Maha Mengetahui

          duk jaja cedok2 bab ‘ISLE’, SIRAH tp diri sendiri pun celaru..konon nk bawa fikrah PAS… berlakon baik, tp songsang di belakang.. keje hentam UMNO/BN lepas tu sokong puak SESAT Toghut PAS.. cehhh.. meluat karaktor munafik mcmtu!

          Reply
          • December 15, 2011 at 4:14 am
            Permalink

            Bujuk skrip munafik hang ni duk recycle berapa ratus kali ha?
            hang nk tanye berapa ramai yg amal Islam? yg ikut gol Ansar? hang tu ikut dh ke?
            kalau hng betul2 ikut Islam..hng tk sokong puak2 sesat..mcm PAS.. hang tk menipu berlakon ‘warak’ tp nk cucuk jarum syaitan.. muhasabah diri sndiri dulu sblm soal amalan org lain..

            kalau sndiri tu dh beramal dgn Islam.. org lain pandang akan terpegun..usah kan ckp.. ini lg byk ckp lg bg org meluat!

          • December 15, 2011 at 4:19 am
            Permalink

            bujuk..aku nk pesan sikit lagi..esok hang pegi kedai cermin..beli cermin besar 2′ x 5′ lepas tu hang pandang kt cermin tu.. tgk tgk wajah hang ni wajah org beriman ke wajah org menipu?

            kalu hang rase dh mcm sempurna iman..then hang pegi ke Taman Melewar.. hang buat appointment dgn Tuan Presiden hang.. sbb kalau nk pegi Rusila Trg jauh kot.. pastu hang seru pd Presiden hang supaya KEMBALILAH pada ISLAM yg sebenar… bg arahan pd PAS Pusat, aturkan Syura Tergempar..then MUFARAKAH lah dgn DAP dulu.. then baru kita ckp balik pasal Golongan Ansar-Muhajirin then ke Daulah Islamiah..

            ok?
            aku meluat lah weii dgn skrip hang.. xbest langsung!!

  • December 11, 2011 at 4:48 pm
    Permalink

    sifat asal melayu ialah sifat islam ,yaitu tidak berpuak puak ,sekiranya kita sudah menjadi ber puak puak ,pengertianya kita semakin jauh dari orang melayu ,tuhan sudah menjadikan menghantar para nabi dan rasul juga dihantar sekali raja pemimpin manusia dari belahan dari nabi dan rasuluntuk di ikuti ,baik dari para nabi dan rasul atau raja yang di ikuti semuanya karena allah serta untuk mendapat keredaan allah jua .coba fikirkan apa yang boleh menyatukan umat

    Reply
  • December 12, 2011 at 9:58 am
    Permalink

    Yang penting..jangan bagi undi kepada Pakatan Rakyat..itu saja..

    Kalau bagi lagi punah binasa nasib kita semua..

    Sekian TERIMA KASIH

    Reply
  • December 12, 2011 at 4:12 pm
    Permalink

    ada siapa yang tau ilmu dalam islam ada 4 disiplin ,satu disiplin syariat,dua disiplin tariqat,tiga disiplin haqiqat,empat disiplin makrifat ,cuba fikirkan, nabi musa semasa belajar dengan nabi khidir disiplin ilmu apa yang di amalkannya dan nabi khidir disiplin ilmu apa yang di laksanakannya,kepada mereka yang tidak tau mari tanya orang alim

    Reply
  • December 12, 2011 at 9:13 pm
    Permalink

    Nak menyatukan umatIslam mesti sokong peliwat jadi PM,bersekongkol dengan DAP dan sokong ulamak munafik. PAS daha tunjukkan jalannya, lembu PAS ikut saja.Takbirrrr.

    Reply
  • December 13, 2011 at 5:35 am
    Permalink

    TAK PAYAH MELALAK MELALUT , PRU 13 PI UNDI…TENGOK SAPA KENA.

    Reply
  • December 15, 2011 at 4:07 am
    Permalink

    terdesak tahap nak mampos pencacai PR merayu2 undi kt sini hahaha talian hayat ape ni ha C4?

    semboyan PRU belum ditiup lg ko dh gelabah berok buat &statement ala Mahposs SRP xpass otak kemut tu?

    klu terdesak sgt pun guna lah akal bg de strategi bijak sket.. strategi menjilat ‘bodo’ mcm ni xterpakai sedangkan PAS tgh pecah belah..
    DAP pulak tgk gila kuasa mabuk laut.. PKR pulak tgh sibuk nk cuci najis yg dikeluarkan oleh BAPAK mereka..

    so logik ke ha??

    semoga Tuhan lingkupkan dan musnahkan Pakatan Rakyat.,,lemahkan parti2 PAS-PKR-DAP laknatullah ini… RAKYAT BOSAN weiii dgn WAYANG SARKAS PR!!

    Reply
  • December 17, 2011 at 12:00 pm
    Permalink

    PADA AWAL PERADABAN UMAT MANUSIA AGAMA MENG ESA KAN TUHAN DIPANGGIL AGAMA TAUHID BERMULA DI DALAM SURGA LAGI DI MANA NABI ADAM ALLAH TAALA NIKAHKAN DENGAN SITI HAWA DI DALAM SURGA DENGAN MAS KAHWIN NYA BERSALAWAT KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S A W ,SEBAGAI BUKTI SEBELUM SESUATU ALLAH TAALA CIPTAKAN ,MAKA ALLAH MENCIPTAKAN NUR MUHAMMAD S A W ,TERLEBIH DAHULU ,SETERUSNYA ALLAH SUBHANAHUATAALA ,MENCIPTAKAN SEKALIAN RUH ,SURGA DAN NERAKA ,PARA MALAIKAT ,SERTA 4 UNSUR ANGIN,AIR,API,TANAH,ARASY,LANGIT DAN ,BUMI,DARI NUR MUHAMMAD S A W,MAKA AGAMA TAUHID INI DI PIMPIN TIGA NABI DAN RASUL 3 KITAB UTAMA MASA ITU ,SERTA PARA NABI YANG LAINYA,KITAB ZABUR, DI TURUNKAN KEPADA NABI DAUD ALAISSALAM,KITAB TAURAT, DITURUN KAN KEPADA ,NABI MUSA ALAISSALAM,KITAB INJIL, DITURUNKAN ALLAH TAALA KEPADA NABI ISA ALAIHISSALAM,SETERUSNYA KITAB TERAKHIR DI TURUNKAN KEPADA NABI MUHAMMAD S A W,SEBAGAI NABI TERAKHIR YANG MEMBAWA MUKJZAT KITAB SUCI AL QUR AN,DENGAN MEMBAWA AGAMA SUCI AGAMA ISLAM ,SELEPAS KITAB SUCI AL QUR AN DI TURUNKAN MAKA KITAB KITAB YANG SEBELUMNYA DAN AGAMA AGAMA YANG SEBELUMNYA DI BATALKAN SERATA TIDAK DI AKUI LAGI,SEBABNYA ALLAH SUBHANAHUA TAALA TELAH MENYEMPURNAKAN KEBAIKAN ,DAN AJARANNYA KEPADA AGAMA ISLAM,SERTA ALLAH SUBHANAHUATAALA TELAH MEREDHAI AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA YANG SAH DI TERIMA DI SISI ALLAH SUBHANAHUA TAALA,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *