Scorpene Berjaya Buktikan Sifat Buruk Pembangkang Yang Takut Pada Kebenaran

Share


Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu media bahawa beliau telah menghantar surat jemputan rasmi kepada para pemimpin utama pembangkang untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki dan menyelam bersama kapal selam negara, KD Tun Razak bersempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA ’11).

Malangnya, dari ramai-ramai yang dijemput, hanya seorang saja yang berani tampil untuk menerima jemputan tersebut. Satu-satunya pemimpin pembangkang itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dijadualkan akan hadir pada jam 3 petang, Jumaat ini bagi memenuhi jemputan itu.

Menurutnya lagi, selain Guan Eng, hanya Nurul Izzah yang memberikan respon terhadap jemputan itu. Itu pun, Izzah dilaporkan menolak pelawaan itu. Mungkin takut dirinya dimalukan dikhalayak ramai, barangkali…

Lihatlah rakyat Malaysia. Ketika mana Kerajaan berhabis meningkatkan keupayaan pertahanan negara dengan pembelian kedua kapal delam tersebut, para pemimpin pembangkang berceramah di sana sini, keliling negara memburuk-burukkan negara.

Kononnya, kapal selam Scorpene yang dibeli itu tidak mampu menyelam, bocor dan rosak di sana sini. Kononnya, Kerajaan BN hanya membazirkan wang rakyat membeli kapal-kapal selam tersebut. Malah, difitnahnya pula pemimpin Kerajaan kononnya menerima komisyen melalui pembelian kapal selam tersebut.

Meskipun dakwaan tersebut telah diperjelas dan dijawab secara terperinci oleh Perdana Menteri dan para kabinetnya, puak-puak pembangkang tetap menolak dan memekakkan telinga seolah-olah dungu dan bodoh! Lebih menyakitkan hati lagi, mereka menyebarkan tohmahan memburuk-burukkan Kerajaan kepada rakyat. Walhal, semua yang diperkatakan itu dusta semata-mata dan mereka seolah bangga pula bila berbohong kepada rakyat…

Selain itu, pembangkang juga mempersoalkan harga kapal selam yang dikatakan terlalu tinggi berbanding harga pasaran. Ishhh..!!! Kerajaan bukannya beli sampan! Kerajaan beli kapal selam lah! Lagi pun, harga sesebuah kapal selam bergantung kepada spesifikasi yang dimuatkan dalam pakej tersebut. Lebih canggih, maka lebih mahallah harganya. Janganlah nak bandingkan dengan harga kapal selam lain kerana kapal selam dibina berdasarkan permintaan pembeli!

Kalau nak tahu sangat sebab-sebab kapal selam itu mahal, terimalah jemputan nak kapal selam tu. Boleh tengok secara terperinci dan tanya Zahid Hamidi mengenai harga setiap “parts” yang ada pada kapal selam tu. Tanya beliau harga kipas sebilah berapa ringgit, harga tangga, harga teropong, harga skru dan sebagainya…kasi puas hati sendiri..!!!

Kini, setelah puas ditohmah, Kerajaan sekali lagi menjemput mereka-mereka yang bodoh sombong itu untuk menyaksikan sendiri kapal selam yang selama ini dikutuk mereka itu. Mana Tony Pua? Mana Anwar? Mana Mahfuz? Dan mengapa pula Nurul Izzah menolak jemputan untuk membuktikan kebenaran yang cuba dibuktikan Kerajaan itu?

Memang benar mereka takut! Takut kerana Kerajaan telah berjaya membuktikan pembohongan mereka selama ini. Takut kerana tembelang mereka sudah pecah. Takut kerana segala penipuan mereka selama ini begitu senang ditangkis oleh Kerajaan. Takut kerana mereka risau rakyat tahu bahawa merekalah penabur fitnah paling berjaya abad ini!

Begitulah perihal para pemimpin pembangkang. Dijualnya pembohongan kepada rakyat, dan bila dibuktikan mereka berbohong, mereka terkucil-kucil lari dari kebenaran. Saya pasti, rakyat sememangnya celik untuk menilai kebobrokan pembangkang yang gemar memanipulasi dan menjaja fitnah kepada mereka.

Mereka akhirnya akan sedar bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah “permata berharga”, manakala pembangkang jelas sekali “kaca yang hina”. InsyaAllah, Allah akan buktikan semuanya menjelang PRU 13 nanti. Agar kita tidak silap memilih lagi…



26 thoughts on “Scorpene Berjaya Buktikan Sifat Buruk Pembangkang Yang Takut Pada Kebenaran

  • December 7, 2011 at 10:01 pm
    Permalink

    La..dah ok la…sebab dah spent juta-juta baiki…

    Sebab tu dia berani panggil…

    Reply
    • December 8, 2011 at 1:35 am
      Permalink

      hmmm…hang fitnah lagi mooo !!

      kerosakan tersebut telah dibaiki oleh pengeluar kapalselam tersebut…tanpa kerajaan mengeluarkan belanja satu sen pun..

      mooo..hang pernah dengar tak perkataan warranty ?…manala tau kot-kot hang tak pernah dengar…sebab perkataan tu orang kampung jer dok sebut !!…hang orang urban…tak pernah kot hang dengar…hehe

      menjadi-jadi fitnah hang sejak semenjak ni…awat moo ? dah desperate sangat ke ?

      hmmmm…

      Reply
      • December 8, 2011 at 2:02 am
        Permalink

        spent berjuta2??

        Moo.. ko ni langsung xtakut ke dgn dosa buat fitnah kering?
        kapal ke beli lori ke.. semua ada jaminan pengeluar terhadap kecacatan pembinaan..
        tp kenapa ye ko JAHAT sgt Moo?

        Reply
      • December 10, 2011 at 11:40 pm
        Permalink

        Jadi betul laa… dulu tak boleh nyelamkan? Hairankan benda baru tak berfungsi. Nasib baik kapal tu tak menyelam dan tak boleh timbul macam kapal selam rusia dulu, habis anak kapal mati.

        Reply
    • December 8, 2011 at 4:32 pm
      Permalink

      abis tu, bile dah ajak ngape x de siape pon nk naik….?
      why..? why..? why..?

      Reply
      • December 10, 2011 at 11:41 pm
        Permalink

        Zahid tak ikut LGE menyelam bersama KD Tun Razak….why?..why?

        Reply
  • December 7, 2011 at 10:28 pm
    Permalink

    NFC: Gaji suami Shahrizat RM100,000 sebulan?
    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR 7 Dis: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail.

    Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan.

    “AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya.

    “Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini.

    Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.

    Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif) dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.

    Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.

    Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.

    Reply
    • December 7, 2011 at 10:51 pm
      Permalink

      Panggil SPRM suruh siasat lah. Bolih kita tengok ada orang terjun tingkat macam wakil pakatan haram yang terjun bunuh diri.

      Satu lagi bolih ditambah, laki Syarizat selain bergaji bulanan 100K, beli kondo mewah, kereta merz S class dia juga sudah pasang bini muda berumur 22 tahun tanpa Syarizat tahu.

      (Nasi tambah diatas pastinya penyedap hidangan)

      Panggil SPRM esok, kenapa lambat sangat? Ko ingat kisah 3 Datuks dulu selepas penemuan harta khazanah yang paling kotor dan tak berguna dengan serta merta panggil wartawan buat tayangan filem percuma. Itu makna nya selepas menemui sesuatu (yang baik) kita kena cepat bertindak. Jangan hanya pukul gendang tin kosong berdentum berdentam tak beri faedah 1/2 sen pun.

      Hero dalam filem ‘celaka pendek’ itu pun maki hamun, kona baring kiri, kona baring kanan , atas dan bawah semua kona. Malangnya sampai hari ini belum pun saman fitnah. Apasal ? tak kan nak tunggu January 12 baru nak saman kot. By the time dia dah hijrah kerumah baru, rumah berjeriji.

      Its going to be too late brader. Too late. Then I dont know whether to laugh or to cry (sepatahkata Mike Jacko dalam sebuah lagunya)

      Reply
      • December 8, 2011 at 1:40 am
        Permalink

        heh..heh..right on bro.

        Reply
      • December 8, 2011 at 2:03 am
        Permalink

        TERBAEK BRO!! kasi hentam itu org jiwa sakit

        Reply
    • December 7, 2011 at 11:04 pm
      Permalink

      nasib baik aku perasan citer ni dari Harakah…perrhhh…kalau tak penat jea baca komik si moooo ni…

      Reply
      • December 8, 2011 at 1:37 am
        Permalink

        perghh ! selamat aku kali ni sting…

        Reply
  • December 7, 2011 at 11:27 pm
    Permalink

    Harakakah..hararakah..sape la penulis artikel ni seboleh2nya nak menghasut & merosakkan negara..takde yang positif langsung..kes PKNS tu ape citer..??..ada tak harakah buat laporan..??..haramjadah

    Reply
  • December 8, 2011 at 12:00 am
    Permalink

    hahahah….layan pi laaa puak kergheja membangkang….patut bawak Nuar naik sama bukan takat anak dia. Anak dia kanyaq lagi…!! Jumaat nanti kita tunggu kelih Guan Eng nak kena bedal hahaah tunggguuuuuuuuuuu!!!

    Reply
  • December 8, 2011 at 1:44 am
    Permalink

    Cuba hangpa perati tengok kapal selam tu….ada persamaan dengan satu babak dalam video ” aku naik kuda ” lakonan bung minggir….

    patut laaa…nurul sakit hati sangat dengan kapal selam tu…

    dan kak jijah kata…tu anugerah tuhan…

    hik ! hik ! hik !

    Reply
    • December 8, 2011 at 1:53 am
      Permalink

      kat dalam kapal selam tu ada senjata sulit bro..torpedo..lg bahye..hehe

      Reply
  • December 8, 2011 at 2:05 am
    Permalink

    Politik Nuar blh idup panjang sbb ada pencacai2 mereka yg aktif buat fitnah dn huru hara..

    Reply
  • December 8, 2011 at 9:07 am
    Permalink

    Dah baikii belas2 juta, baru nak panggil….

    Reply
    • December 8, 2011 at 2:39 pm
      Permalink

      lerrrrr..takkan nak panggil masa repair..bole tolong ke..??..makin menghuru harakan keadaan ade le..hehe

      Reply
    • December 8, 2011 at 4:31 pm
      Permalink

      Agaknye bile si moo nie beli kerete x de warranty kot….?
      tuh pasal bile kete baru dia rosak, die kene kuar duit repair…

      Reply
      • December 10, 2011 at 11:46 pm
        Permalink

        Masalahnya beli mahal2 tak boleh menyelam. kalau beli 2nd hand takpa jugak…
        Kalau dah repair tak perlu tunjuk jaguh la…
        kenyataannya apa yg. MP bisingkan tu betul, kalau MP senyap KD Tun Razak ni mungkin jadi pameran di Lumut.

        Reply
    • December 8, 2011 at 11:54 pm
      Permalink

      mooo..mengelabah puyuh…mati akai…wtc

      Reply
  • December 8, 2011 at 11:52 pm
    Permalink

    Pakatan dan fitnah…jodoh yg x dpt di pisahkan lg…

    Reply
  • December 9, 2011 at 11:15 am
    Permalink

    LARR..DULU MASA TAK BOLEH TENGGELAM TAK PANGGIL PULAK..HAHAHA
    KORANG INGAT ISU INI BARU 2,3 BULAN? DAH LEBIH 4 TAHUN PR MALUKAN UMNO PASAL ISU BARU SKG NAK BAWA MASUK??

    TERIMA LA HAKIKAT YANG KAPAL SELAM ITU DULU TAKLEH MENYELAM..NASIB BAIK ADE PR BALANCE UMNO DALAM POLITIK. KALAU TIDAK SAMPAI KIAMAT RAKYAT MALAYSIA DILEMBUKAN
    KATA KAPAL SELAM KITA PALING CANGGIH DI DUNIA WKAKAKAKAKAKAKAK…RASA2 SAMPAI SKG PON MUNGKIN TAK REPAIR2 LAGI..HAHA

    Reply
  • December 11, 2011 at 2:10 pm
    Permalink

    APA ARTI FITNAH DAN APA ARTI MENGUMPAT SIAPA YANG BERANI SANGAT NAK TANGGUNG DUA DOSA BESAR NI ,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *