Saat kejatuhan Pakatan semakin tiba..

Share


Semakin dekat dengan tempoh pilihanraya umum ke 13, semakin banyak persepsi yang timbul mengenai prestasi Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Diatas kertas, kita melihat Barisan Nasional melalui kepimpinan DS Najib berjaya menukarkan sokongan rakyat supaya beralih kepada mereka berbanding di zaman Tun Lah.

Kalau tak 100 peratus sekalipun, perlu diakui bahawa lebih dari separuh sokongan rakyat telah diterima oleh kerajaan melalui pelbagai program-program mesra rakyat, serta skim-skim bantuan yang diwujudkan kepada rakyat bawahan.

Bukan hendak menafikan sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat, tetapi realitinya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ternyata hanya menggali kubur mereka sendiri apabila terlampau ghairah menabur janji tanpa ada inisiatif untuk menunaikannya. Inilah yang membuatkan sokongan terhadap mereka semakin merudum.

Dari segi media maya pula, memang tak perlu dinafikan lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional telah mendahului lawan mereka. Ini dikuatkan lagi dengan DS Najib sendiri yang sanggup menghabiskan masa bagi menumpukan fokus kepada pengundi muda di internet. Usaha Perdana Menteri itu ternyata berbaloi apabila beliau kini amat popular dikalangan pengamal media baru.

Walaupun ramai dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat juga aktif berkomunikasi di ruang siber, tetapi impaknya kurang jika hendak dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh DS Najib. Karisma serta aura Perdana Menteri ternyata lebih hebat dari apa yang mampu dihasilkan oleh Ketua Umum Pakatan, mahupun Mursyidul Am PAS. Itulah kelebihan menjadi Perdana Menteri.

Dari segi persepsi rakyat bawahan pula, apa yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diperhatikan dengan penuh minat. Bagi mereka, slogan rakyat didahulukan sedang berada dilandasan yang betul.

Walaupun masih ada yang taksubkan janji-janji Pakatan Rakyat, namun usaha kerajaan melalui program 1Malaysianya dilihat berjaya membuka mata pelbagai pihak. Di Kedah misalnya, Menteri Besar Azizan Razak masih lagi popular, tetapi populariti tersebut makin pudar apabila pelbagai isu rakyat tidak diselesaikan dengan baik terutamanya didalam isu mangsa banjir.

Dan Pakatan Rakyat dilihat melakukan satu tindakan yang amat merugikan apabila terlalu menumpukan usaha untuk merampas negeri Johor dari tangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana, rakyat di negeri-negeri naungan Pakatan ketika ini masih terabai serta belum dijaga kebajikan mereka selepas tiga tahun dibawah Pakatan Rakyat.

Selain itu, isu-isu perkauman dan agama yang timbul telah menunjukkan kedudukan sebenar PAS didalam gabungan Pakatan. PAS ternyata tak mampu untuk meneutralkan isu apabila berlaku campur tangan dari DAP. Ini sekaligus membuktikan bahawa PAS hanya suara minoriti dalam gabungan tersebut.

Sebab itulah sudah mula kedengaran yang PAS harus berdiri sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Malah, desakan dari ahli-ahli PAS peringkat bawahan juga menunjukkan mereka tak selesa apabila PAS dilabelkan sebagai kuda tunggangan kepada DAP.

Kesimpulannya, usaha-usaha keras yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan DS Najib Razak telah mula dirasai oleh rakyat kebanyakan. Ini termasuklah penyokong-penyokong pembangkang. Semua ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat sedang meniti hari-hari akhirnya sebelum PRU13.

Jangan hairan jika Pakatan Rakyat hanya tinggal sejarah selepas tarikh pembubaran Parlimen nanti. Kerana jika hendak dibandingkan antara janji kosong Pakatan dengan usaha konsisten BN, sudah tentulah rakyat lebih bijak menilainya.



11 thoughts on “Saat kejatuhan Pakatan semakin tiba..

  • December 7, 2011 at 3:50 pm
    Permalink

    Mereka berkokok berderai derai sedangkan ekor terpalit najis. Mereka bergabung dalam satu pakatan rapuh yang hanya mampu tidur sebatal tapi layan mimpi berlainan.

    Mereka bercakaran tentang dasar dan fahaman. Terlalu kabur hala tuju mereka dan rakyat nampak semua ini. Dalam hati rakyat jelata akan tertanya. Betul ke, boleh ke? layak ke untuk handle lebih sedangkan apa yang ada dipenuhi noda, tunggang terbalik dengan janji kosong yang tidak tertunai.

    Ringkas nya, mereka berNAFsu besar tapi ketiadaan teNAGa.

    Reply
    • December 7, 2011 at 4:00 pm
      Permalink

      Eh sapa yg sebat duit Gomen RM250 juta tu, PKFZ RM12.1 billion????
      Siapa yg beli cincin juta2? Wan Azizah ke binik Nik aziz???

      Eh tak paham aku….

      Reply
      • December 7, 2011 at 4:22 pm
        Permalink

        Pada akhir 1980an semasa Anwar sebagai Menteri Kewangan telah mencadang Masjid Simpang Enam di George Town di majukan untuk pembangunan pusat membeli-belah dan pejabat. Para jemaah masjid telah membantah cadangan tersebut kerana masjid telah di bangunkan dan di binakan oleh seorang perdangan berlian Tn Hj Wahab pada 1893 dan tanah tersebut telah di wakafkan. Lalu para jemaah sembahyang hajat memohon kepada Allah swt supaya project ini tidak di teruskan. Seterusnya politik karier Anwar terus menjunam. Ini sebagai tanda Allah swt telah memakbulkan permintaan para jemaah. Perangai yang buruk timbul satu demi satu. PR akan menjunam juga… Allah swt mahakuasa…

        Reply
        • December 7, 2011 at 5:03 pm
          Permalink

          Seharusnya fakta sebegini menyedarkan mereka. Malangnya tidak. Mereka akan terus menerus menghentam projek lembu 250J. Terus mendakwa cincin dibeli isteri PM 24J.

          Walau pun semua ini sudah diperjelaskan bahawasanya projek feedlot adalah loan yang perlu dibayar balik. Cincin dibawa masok untuk tujuan exhibition bukan dibeli dsbgnya.

          Mereka golongan ketandusan isu jadi ada benda lain macam bunyi sikit mereka mula bersorak jadikan semua itu bahan isu.

          Dasar menang sorak kampung tergadai. Berkokok riuh sekampung, ekor bergelumang najis. Golongan macam ini perlu pergi ke JB untuk makan kacang pol. Makanan ini mencerdaskan minda selain dari coklat minda yang memang bagus dimakan bagi mencernakan idea baik , bernas dan tidak berserabut.

          Reply
        • December 8, 2011 at 1:52 am
          Permalink

          ya ! aku masih ingat lagi masa tu…dia nak bangunkan sekali dengan bangunan UMNO kat jalan mcalister tu….

          last-last bangunan tu pun nampak suram jer…

          anwar…jadi kelam…

          Reply
      • December 7, 2011 at 8:51 pm
        Permalink

        Cincin tu kan dah terbukti barua2 cam ko yang buat fitnah…still nak cakap lagi. Moo, baik ko naik bangunan tingkat 22, terjun kepala ke bawah…baru ko faham kot..kesian mak bapak ko lahir anak bodoh macam ko…dah la bodoh, jadi barua bangsa & agama plak tuh…malang tul…

        Reply
      • December 7, 2011 at 10:12 pm
        Permalink

        bodohnya mooo hingga xdpt nk diselamatkan lagi,.pelaburan 25oJ adalah utk j/pjg,.projek msih berjalan baru 3thun,.dari mana mooo lembu ni dpt fakta seolah 250J tu hangus mcm tu saja lgsung xbawa hasil??

        klu beli kondo pun,.dibeli ats nama sykt dan jadi aset, kondo msih berdiri bukan runtuh mcm highkand tower mlah nilai hartanah di KL terus naik dari semasa ke semasa

        Reply
        • December 7, 2011 at 11:47 pm
          Permalink

          Kami menyokong usaha kerajaan bagi melahirkan usahawan Melayu yang berdaya saing..berdaya maju..bagi memecahkan monopoli pihak pembekal bangsa asing sedia ada..supaya harga pasaran tidak di manipulasi sewenang2nya..supaya Melayu tidak terus ketinggalan..Islam terus tidak dihina..& berdiri sama tinggi dengan bangsa lain..sebenarnya segala tohmahan dan suara sumbang pihak yg mempertikai usaha tersebut hanyalah dari sifat negatif mereka yg sejak azali lagi..anggaplah itu semua sebagai cabaran & dugaan bagi memperkemas & memperbaiki lg pengurusan sedia ada..semoga Melayu terus maju dan berdaya saing..syabas NFC!!

          Reply
      • December 8, 2011 at 12:06 am
        Permalink

        dah giler mana nk paham…wtc la hang ni…

        Reply
      • December 8, 2011 at 1:49 am
        Permalink

        mooo….macam dah blurrr jer aku tengok la ni…dah jadi macam c4 pulak aku nampak.

        awat hang mooo ?

        Reply
  • December 7, 2011 at 4:08 pm
    Permalink

    Mengata orang dia yang lebih. Itulah perumpamaan kepada pemimpim pakatan rakyat. Menjanjikan bulan dan roket… jika menawan putrajaya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *