Boleh Bersatu Kerana Bola Sepak, Tapi Tak Mahu Bersatu Kerana Islam..?

Share


Sekalung tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Muda negara yang berjaya mempertahankan kilauan emas bagi kontijen Sukan SEA kali ini di Stadium Bung Karno, Indonesia.

Bukan mudah untuk menang kali ini. Setelah didahului seawal minit ke-5 hasil jaringan Gunawan Dwi Cahyo, skuad bawah 23 negara terpaksa menghadapi pelbagai ancaman dan provokasi dari penyokong fanatik Indonesia yang ternyata tiada langsung semangat kesukanan.

Sebelum perlawanan berlangsung, penyokong-penyokong Indonesia mengancam tidak akan membiarkan skuad Harimau Muda pulang dengan mudah sekiranya menang pada perlawanan final tersebut. Malah, sikap pemain Indonesia yang melakukan tackle keras meskipun pengadil sudah meniup wisel turut menekan para pemain negara.

Dari ketinggalan 0-1 seawal minit ke-5, Harimau Muda bangkit menyamakan kedudukan hasil tandukan Mohd Asraruddin. Dan perlawanan diheret secara dramatik sehingga ke tahap penentuan melalui sepakan penalti. Mungkin kesabaran yang ditunjukkan Harimau Muda itu dihadiahkan dengan kemenangan bagi pihak Malaysia.

Secara sedar atau tidak, kemenangan Harimau Muda ini menyaksikan seluruh rakyat Malaysia bersatu hati menyokong pasukan negara tanpa mengira fahaman kepartian atau sokongan politik. Rata-rata penyokong Skuad Harimau Muda jelas memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada mereka.

Namun, saya tertanya, sekiranya kita mampu bersatu kerana sukan, mengapa kita tidak boleh bersatu kerana Islam? Misalnya, mengapa bila isu murtad menjadi topic hangat diperbincangkan, parti-parti pembangkang membuat keputusan untuk tidak bersatu untuk hal melibatkan aqidah umat Islam tersebut?

Disaat aqidah umat Islam semakin tercabar, mengapa umat Islam di Malaysia, terutamanya dari parti PAS enggan bersatu bersama NGO-NGO yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat tempohari?

Persoalan ini perlu dijawab sejujur-jujurnya oleh umat Islam di dalam PAS, PKR mahupun DAP. Dimana letaknya kepentingan Islam di dada mereka berbanding kedudukan sukan bola sepak negara? Mana lebih penting? Islam atau bola?



6 thoughts on “Boleh Bersatu Kerana Bola Sepak, Tapi Tak Mahu Bersatu Kerana Islam..?

  • November 22, 2011 at 2:06 am
    Permalink

    DSAI & gang manusia berhati kerdil,
    sekerdil baki yang nak terkutil…
    dari trowong sempit & kecil
    mana ada rasa malu & musykil
    apa dibuat semuanya tak adil
    berjanji-manis wlu nak buat mustahil
    dik termakan jasa, budi kaum jahil
    anak, isteri & pengikut lagi di tasykil
    lebih utamakan gereja, tokong & kuil
    masjid baginya hanya profil
    nasib bangsa dibela menyambil
    keutamaan nak kuasi P’utrajaya di Dengkil

    Reply
  • November 22, 2011 at 2:20 am
    Permalink

    ( Dimana letaknya kepentingan Islam di dada mereka berbanding kedudukan sukan bola sepak negara? Mana lebih penting? Islam atau bola?)………jawaban PAS mesti la LGE & Karpal Singh yg lg penting dan jawaban PKR ape lagi kalau tak jubur aljuburi…….

    Reply
  • November 22, 2011 at 10:39 am
    Permalink

    Aljuburi yg xberani bersumpah………….

    Reply
  • November 22, 2011 at 9:44 pm
    Permalink

    ALhamdulillah..Malaysia menang di gelanggang org!
    Tahniah buat Harimau Muda..1Malaysia mmg power lah!

    demi sukan betul tu ramai yg boleh bersatu, tp krn agama dan bangsa mcm2 helah.. wpun berslogankan agama.. itu yg kita marah sgt tu pd REGIM Pok NIK..
    REGIM KEPALA PAIP KARAT=PAS

    Reply
    • November 23, 2011 at 2:15 pm
      Permalink

      sebab apa kah agaknya PAS dan UMNO tidak dapat bersatu ???

      Reply
  • November 23, 2011 at 12:11 am
    Permalink

    Perpaduan dalam sokan cuma semacam buih buih di arus sungai akan hilang dalam beberapa minit jerr. Begitu jugak ngan perpaduan dalam bolasepak cuma semasa perlawanan bila habih pertandingan perpecahan bermula balik. Perpaduan bukan dalam acara sokan tapi penyatuan semua rakyat multi etnik dalam semua lapangan kehidupan. Perpaduan bermula ngan sistem pendidikan. Indonesia telah berjaya dalam formula penyatuan jitu rakyat mereka dalam pendidikan – Bahasa Indonesia sebagai teras penyatuan bangsa.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *