LGBT & PAS: Tak Sokong Ambiga, Tapi Sokong Anwar..!!! Lagi Punah..!!!

Share


Baru-baru ini satu negara dikecohkan dengan sebuah program memperjuangkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dinamakan “Seksualiti Merdeka”. Festival tersebut di bawa dengan bangganya oleh pihak penganjur utamanya, Majlis Peguam dan SUARAM, nama NGO yang cukup sinonim dengan bau busuk pembangkang.

Menurut jadual asal, penganjur memberikan penghormatan kepada “ratu” yang memperjuangkan LGBT di Malaysia, Ambiga Sreevenasan, untuk merasmikan festival tersebut pada hari Rabu depan, 9 November. Bagaimanapun, dijangka program itu telah terbantut ekoran pengharamannya yang diumumkan oleh PDRM baru-baru ini.

Baru-baru ini juga, “johan” menjual agama di Malaysia, PAS menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan atas isu tersebut untuk menunjukkan “betapa Islamik”nya mereka. Bermula dengan kenyataan Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat, PAS membantah festival perjuangan LGBT itu.

Kemudian, kenyataan itu disambut pula oleh kepimpinan PAS di seluruh Malaysia. Ketua Dewan Muslimat PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS adalah antara yang paling lantang bersuara. Siti Zailah garang bak singa betina, Nasrudin Hasan Tantawi bengkeng hingga hampir tercabut serbannya. Betul punya marah tuuuu..!!!

Tapi, mereka hanya menyatakan pendirian mereka setelah NGO-NGO Islam dan Melayu lain sudah bersuara dan menempelak festival Seksualiti Merdeka. Sekiranya NGO-NGO Islam dan Melayu itu tidak lantang bersuara membantah, PAS sudah tentu “bisu” duduk di bawah ketiak DAP…

Ya. Memang benar PAS menolak festival LGBT dan lantang menolak serta tidak menyokong Ambiga kali ini. PAS beri alasan bahawa sememangnya PAS sokong Ambiga ketika Bershit 2.0, namun bertegas untuk tidak menyokong “ratu LGBT” itu kali ini…

Saya tertanya-tanya, apakah PAS tidak sedar tentang Anwar? Tidakkah PAS sedar bahawa Anwar merupakan “Raja LGBT” di negara ini? Mungkin PAS tidak menyokong “Ratu LGBT”, namun secara sedar atau tidak, “Raja LGBT” telah lama mereka sokong dan menobatkan dia sebagai ketua mereka!

Sekurang-kurangnya Ambiga dipercayai merupakan seorang wanita India yang “straight”. Namun, berlainan dengan Anwar, dia bukan saja “Raja LGBT”, malah dia dikatakan begitu aktif mempraktikkan LGBT. Bukan hanya sekarang dia amalkan, malah dia mula sejak di zaman sekolahnya dulu di MCKK! Pengamal tegarrrr..!!!

Mungkin sebab itu Anwar ketika diwawancara oleh media asing, Anwar mempertahankan golongan LGBT ini dan menyokong mereka memperjuangkan hak LGBT tersebut (mungkin Anwar malu nak cakap “directly”!).

Dan mungkin kerana sokongan itu juga Anwar disokong oleh kelab-kelab LGBT bertaraf antarabangsa. Untuk pengetahuan semua, kelab-kelab tersebut siap berkempen kepada semua golongan LGBT di negara ini untuk menyokong dan berjuang bersama Anwar. Mengapa? Kerana Anwar dan LGBT adalah sehaluan..seiring dan sejalan!

PAS sedar atau tidak perkara ini atau parti “Isle” itu pura-pura tak nampak hakikat tersebut. Tak payah jauh. Tanya saja Mat Sabu tentang bagaimana dia mendapat “ilham” untuk memberikan nama “Al-Juburi” kepada Anwar. You know, I know, we know…kan?

Justeru itu, PAS tak payah nak tunjuk baik dan kononnya lantang terhadap isu tersebut. NGO Islam dan Melayu lain lebih awal lantang bersuara serta lebih “champion” berbanding PAS. Apa yang PAS ada sekarang? PAS hanya ada telur yang sudah digenggam Anwar, dan telur Anwar pula digenggam oleh peguambelanya, Karpal Singh. Siapa Karpal Singh? Anda sendiri tahulah kan….!



4 thoughts on “LGBT & PAS: Tak Sokong Ambiga, Tapi Sokong Anwar..!!! Lagi Punah..!!!

  • November 5, 2011 at 7:23 am
    Permalink

    bermula dengan isu murtad Lina Joy, kemudian kalimah Allah, seterusnya isu murtad DUMC, lepas tu rusuhan BERSIH, kemudiannya mengangkat komunis sebagai pjuang negara dan skarang kebebasan dan hak asasi gay, lesbian, biseksual dan transgender..lepas ni apa lgi?

    mari kita tolak sesiapa saja yang sedang dan pernah bersekongkol dengan Ambiga ni termasuklah PAS..

    Reply
  • November 5, 2011 at 8:48 am
    Permalink

    Satu je nak tanya, apakah UMNO sokong CSL kerana bersekonggkol dengan presiden MCA tersebut yg. mana telah mengaku dialah individu dalam CCTV yg. hangat diperkatakan dulu.
    Jangan cepat menuduh orang jika diri sendiri terpalit lumpur. PAS berpegang pada perjuangan seseorang bukan INDIVIDU. Jika seorang pendosa perjuangkan kebajikan kita kena sokong, bukan sokong individu tapi kebajikan yg. diperjuangkan. Adakah kita kena tolak UMNO/BN hanya jika terdapat pemimpin2 UMNO/BN yg. rasuah, kaki botol dan kasanova?

    Reply
    • November 5, 2011 at 10:07 am
      Permalink

      hai padi..! awat tak guna nama bujuk dah? hehe..

      Reply
    • November 5, 2011 at 8:03 pm
      Permalink

      kalau iblis membaca Al Quran pun hang nk sokong jugak ke????….syaitan akan menyerupai pelbagai rupa utk menyesatkan umat Muhammad…bujuk2..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *