Politik jijik Pakatan untuk aibkan anak isteri pemimpin.

Share


Dengan permohonan maaf dan penafian terkini yang dibuat oleh media dari Australia berkenaan isu anak Perdana Menteri yang didakwa membeli belah di negara tersebut, ia sekaligus menunjukkan kepada kita bahawa pembangkang didalam negara memang suka memfitnah pemimpin kerajaan.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Perdana Menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones yang merupakan antara gedung terbesar di Australia. Laporan bertajuk “Delegates go shopping and sightseeing” dipetik meluas di blog-blog pembangkang, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily.

Mereka telah secara berterusan memfitnah keluarga Perdana Menteri tanpa terlebih dahulu membuat siasatan lebih lanjut tentang kesahihan berita tersebut. Beberapa pemimpin Pakatan dari PKR juga secara terus mengaitkan isu itu dengan penyelewengan duit rakyat. Kini apabila terbukti semuanya tidak benar, apakah pembangkang dan juga pemimpin-pemimpin mereka sanggup meminta maaf kepada keluarga Perdana Menteri?

Persoalannya sekarang, dimana pula suara Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan juga Hadi Awang apabila anak Perdana Menteri difitnah sebegini rupa dan diheret ke kancah politik yang amat kotor? Bukankah sebelum ini mereka-mereka itu amat menentang politik jijik yang mengaibkan anak isteri pemimpin?

Sebelum ini, Guan Eng bersama bapanya Kit Siang mengecam barisan kepimpinan kerajaan kerana dikatakan bersubahat dengan blogger untuk memfitnah anaknya yang berusia 16 tahun. Perdana Menteri juga dikecam kerana didakwa membiarkan politik jijik mengaibkan anak isteri berleluasa dikalangan penyokong kerajaan.

Tetapi kini, apakah desakan yang sama disuarakan apabila penyokong Pakatan sendiri melakukan fitnah dan juga mengaibkan anak isteri pemimpin utama negara? Kenapa semua mereka-mereka yang sebelum ini amat lantang bercakap mengenai akhlak dan adap berpolitik, membisu seribu bahasa?

Sebenarnya, budaya mengaibkan serta memfitnah keluarga pemimpin ini dipelopori oleh pihak pembangkang sejak dari dahulu lagi. Hanya kini apabila kena pada batang hidung mereka sendiri, barulah mereka tahu betapa peritnya dan betapa sakitnya hati bila difitnah dan diaibkan.

Jika dilihat semula, pemimpin kerajaan manakah yang terlepas dari permainan politik jijik pembangkang di Malaysia? Politik memburuk-burukkan keluarga pemimpin sudah wujud sejak dari zaman Tun Mahathir, hinggalah zaman DS Najib kini. Boleh dikatakan hampir kesemua anak-anak isteri pemimpin pernah diaibkan dan difitnah oleh pembangkang.

Jadi, tak hairanlah warisan politik jijik itu diteruskan pula oleh generasi baru pemimpin pembangkang seperti SamsulIskandar dan juga Chegu Bard. Mereka-mereka ini sudah tentu telah dilatih serta dididik dengan budaya fitnah oleh pemimpin-pemimpin senior mereka.

Rakyat sebenarnya harus bijak menilai pemimpin yang memainkan politik busuk sebegini. Jika politik mengaibkan keluarga serta anak isteri pemimpin yang diamalkan oleh pihak Pakatan ini dibenarkan, ia akan merosakkan pemikiran generasi anak muda negara. Oleh itu, tolak Pakatan demi membersihkan politik didalam negara!



5 thoughts on “Politik jijik Pakatan untuk aibkan anak isteri pemimpin.

  • November 4, 2011 at 10:13 pm
    Permalink

    Aku kesian dekat PM ni, kerenah anak dan Isteri mengganggu pentadbiran dan kelancaran kempen beliau. Akbar dan blog pembangkang sepatutnya tidak tangkap muat berita tampa risikan dan pengesahan. Tapi nak salahkan Hadi,Nuar dan LGE tak betul pulak sebab diorang tak ulas apa2 pasal hal ni. Takat blog… boleh baca je, tak boleh percaya. Samalah papagomo ke dan seangkatan.
    Sekarang yg. perlu difikirkan apakah rakyat percaya tohmahan ini atau tidak?
    Jika rakyat percaya, UMNO kena berhati2 kerana mementum rakyat nampaknya menolak segala penjelasan dan kebenaran yg. datang dari UMNO/BN dan menerima segala berita dan putarbelit PR. Tapi buat masa ni biarlah PM dan Isteri tumpukan Ibadat Haji kerana itu lebih penting dari politik…

    Reply
    • November 5, 2011 at 11:45 pm
      Permalink

      tuan padi..sy manyak doubt la sam tuan punya ayat.. “kerenah anak isteri..”
      siapa yg buat kerenah? siapa yg taburkan fitnah? anak dan isteri tidak buat..tp difitnah kononya buat… itu karenah pemfitnah lah

      lainlah mcm kerenah anak menantu Nik Ajis..yg control kekayaan negeri.. Perbadanan Negeri tu..lubuk harta bro..! suami Nik Amalina ni buat kerenah..PAS Kelantan penat nk counter balik.. aduhh..ambo kantol..!

      Reply
  • November 5, 2011 at 12:16 am
    Permalink

    Senang ajerkan buat salah minta maaf. Habis cita…Tapi tahukah kesannya sebelum pegesahan yg ianya satu fitnah……….Aku rasa ramai yg rasa marah semasa itu….BN/K’jaan perlu mengambil berat atas Penyebar2 Fitnah bahaya seperti ini dan tindakkan yg sewajar2nya perlu diambil….Kem.Dlm.Negeri napa LEMBIK SANGAT………..????????Dah muak & malaslah nak dengar script nie……….”kita akan siasat hal ini dan akn mengambil tindakan”…..

    Reply
  • November 5, 2011 at 7:16 am
    Permalink

    sah…puak2 ni kaki fitnah..namanya je parti islam…khak ptuih…

    Reply
  • November 5, 2011 at 11:42 pm
    Permalink

    Sebenarnya ejen2 Anuwar lah kasihan.. modal nk fitnah xjalan..
    sbb Australia, medianya pro-pembangkang Malaysia.
    SO kasihanlan pada Pakatan Rosak, sebab isu semakin xjalan, nk spin fitnah 24juta cincin x dgn hrpan boleh mark-up sokongan pd PR, tgk2 makin rakyat bosan dan muak

    so try lg.. guna blog2 Pakatan R utk spin-off, tgk2 pihak kerajaan lg cepatg counter-back. SO siapa yg sepatutnya malu? Sampai kena mohon maaf sbb main stail fitnah bodoh.. basicless.. main tangkap muat buat tuli.. lost integrita lahh…hahaha kasihan2..

    yg taktahan tu ayat “is believed to have spent..bla..bla..” hahaha.. media pro-anwar pun mabok xder sumber yg jelas.. tp mahu tehegeh2 jugak utk melapor berita berupa fitnah.. siapa mark-up cost AUD60k.. kah..kah.. kencing hanyir punye staill politik..

    syabas pakatan..upah le byk2 lg ejen dajjal kt luar negara tu!

    Reply

Leave a Reply to padi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *